KISAH SEDIH ANAK MONA FANDEY YANG KITA TIDAK TAHU
Semalam terbaca satu artikel luahan hati anak kepada Affandi & anak tiri kepada Mona Fandey. Walau dia tak pernah di besarkan atau berjumpa dengan bapak dia selama berbelas tahun & hanya jumpa semasa kes pembunuh adun pahang sedang dalam perbicaraan. Tu pun berjumpa kat penjara masa dia berumur 16 tahun. Tapi akibat ada pertalian darah dengan Affandi sekaligus berkaitan dengan mona Fandey dia terpaksa hadapi kehidupan yang sukar. Bukan dia jer.. Malah saudara tiri dia.. anak hasil perkahwinan mona fandey & Affandi pun melalui perjalanan hidup yang sukar.
Kesian jugak aku baca kisah anak anak affandi & Mona Fandey ni.. Tak jadi bertunang walau tarikh dah di tetapkan & jemputan dah di maklumkan bila keluarga pihak perempuan tahu dia ada pertalian darah dengan Affandi suami kepada Mona fandey. Di berhentikan kerja dengan alasan yang sama. Di tuduh mengalamalkan ilmu hitam seperti ayah & mak tiri dia. Yang paling sedih dia pernah menyertai pertandingan tekwando mewakili negeri kelantan tapi ada peserta tarik diri dari bertanding dengan dia sebab fikir dia mengamalkan ilmu macam ayah & mak tiri dia. Aku boleh bayangkan betapa terhinanya dia.
Cerita dia.. Ayah dia pernah bagitau yang dia tak terlibat dalam pembunuhan tu. Yang buat Mona Fandey & pembantu dia tapi dia redha. Petugas penjara jugak bercerita yang ayahnya berpuasa selama 3 tahun secara berterusan sehinggan hari kematiannya tapi tujuan dia berpuasa katanya tak tahu sebab apa. Sebab insaf atau sebab lain tak pasti. Cuma kita berbaik sangka je la. Orang dah jadi arwah... Moga terampun segala dosanya.
Inilah mentaliti & perangai masyarakat kita. Anak salah.. mak bapak kena maki. Mak bapak salah anak yang di hukum. Aku tak nampak kat mana hinanya menjadi anak pasangan yang di tuduh membunuh ni.. Yang di katakan pembunuh ibu bapa mereka bukan mereka. Berhenti menjadi hakim & hukum orang yang tidak bersalah. Beri peluang mereka menikmati hidup seperti orang lain kerana mereka berhak menikmatinya.
Moral of the story... Tak berdosa menjadi anak seorang penjenyah yang menjadi dosa apa yang kita kita buat sepanjang hidup. Tapi tu la.. bak kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Command mentality masyarakat kita...kesian...x pe la...semoga allah permudahkan untuk dia kan...
ReplyDeleteSusah nak ubah persepsi tu. Sebab dah sebati dgn masyarakat kita. Kesian kan,salah org lain,yg lain kena tanggung aib dan susahnya.
ReplyDeleteOrang kita ni memang acapkali prejudis kak... takut lekat badi lah apa laa...
ReplyDeleteFor your information, kenyataan dari warden penjara kata Affendi dan Juraimi yg bunuh,mona tukang kutip bunga.tapi baguslah semua kena hukum sekali.kenapa affendi dirahsiakan profilnya? Coz abangnya adalah Rahim and Co. peguam terkemuka pada zaman itu dan orang akan korek sapa pula dia tu.
ReplyDelete