Showing posts with label hina. Show all posts

KERANA MISAI PUN BOLEH BUAT LELAKI PUTUS ASA UNTUK JADI LELAKI

KERANA MISAI PUN BOLEH BUAT LELAKI PUTUS ASA UNTUK JADI LELAKI. Manusia zaman sekarang memang semua hati tisu.. jiwa rapuh bak ranting mati.. Tak boleh di uji sikit cepat untuk mengalah. Tak kira la lelaki atau perempuan. Walaupun lelaki ni terkenal dengan sikap yang hatinya lebih keras jiwanya lebih kental tapi mungkin lelaki lelaki macam tu wujud zaman hang tuah je. Zaman hang Najib sekarang cuma hang Najib je masih kental biarpun di kecam, di hentam, di kutuk, di hina, di herdik & di caci tanpa belas kasihan. Lelaki lelaki lain bukan tak ada macam hang Najib cuma semakin tak berapa ramai dah. hahaha

Icon Abang Misai Paling Legend di Malaysia. Biar badan tak sado tapi dengan misai lentik cukup buat dia nampak hero hehehe

Semua orang tahu isu seorang bekas maknyah yang kembali ke dunia pondan tu kan? Dia meletakkan kesalahan tu kepada orang yang katanya mengecam dia biarpun dia cuba berubah menjadi seorang lelaki walhal sejak dia mengumumkan untuk berhijrah ramai yang menyokong & memberi kata kata peransang & semangat untuk dia terus menjadi lelaki. Aku sendiri rasa macam tak boleh terima sangat alasan dia menyalahkan orang lain tu.. Sebab dalam hidup kita sebagai manusia kau baik ke jahat ke memang tak dapat elak jadi bahan umpatan orang. Dulu kau kental di hina sebagai seorang pondan.. Takkan kena kutuk bila kau memilih jalan kearah kebaikkan kau dah tak boleh tahan. Mula2 aku memang rasa tak nak la kritik dia.. memang aku taknak kritik dia pasal keputusan dia nak jadi pondan tu cuma jangan jadikan orang lain sebagai alasan bila kau sendiri sebenarnya memang gagal mengawal nafsu sendiri. Kau sendiri sebenarnya tak mahu jadi lelaki. Bak kata pepatah.. dimana ada kemahuan di situ ada jalan. Kalau tak ada kemahuan memang seribu satu alasan dia bagi.

Paling tak boleh blah.. Isu misai & janggut pun dia jadikan salah satu punca kenapa dia kembali ke dunia pondan. Sapa kata misai & janggut sesuatu yang remeh dalam kehidupan lelaki. Ada lelaki akan jadi down bila misai & janggut dia tak tumbuh. Terus tak mau jadi lelaki katanya. Mungkin sebab tu la 7 Lelaki Ni Memilih Kekal Bermisai dengan gaya Unik kot >> 7 Abang Yang Menjadi Idola Kepada Lelaki Yang Nak Bermisai << Sebab Misai jugak menjadi salah satu lambang kelakian katanya. Tapi kalau tak ada misai tak bermakna dia tak lelaki kan. So, Tak payah nak down sangat la kalau kau jenis lelaki yang memang tak mampu nak bermisai atau janggut. Ramai je lelaki kat luar sana tak ada misai & janggut. Elok je menjalani kehidupan mereka sebagai lelaki normal. Kot2 la misai tu penentu lelaki tu subur atau tak. Mungkin boleh la di anggap masalah serius. hikhikhik.

Moral of the story.. Dengan meletakkan kesalahan pada orang lain sebagai punca kita melakukan perkara buruk tak membuatkan kita nampak baik. Jadi apapun perkara yang berlaku dalam hidup kita kebanyakkan adalah pilihan kita sendiri. Kalau nak dengar apa yang orang cakap memang ramai yang mati bunuh diri.

YANG BETUL ITU MENGATA, YANG TAK BETUL ITU FITNAH

YANG BETUL ITU MENGATA, YANG TAK BETUL ITU FITNAH. Kalau sesapa masih ingat ayat tu mesti ingat ayat tu dari filem apa. Kalau susah sangat nak ingat biar la aku ingatkan senang sikit. Ayat tu di petik dalam filem anak mami the movie.. Dialog yang di ucapkan oleh Allahyarham Pak Pie kepada Mami mulut longkang lakonan sapa ntah pelakon yang jadi mami tu lupa pulak aku. Almaklum la memory dah berkarat susah sikit nak ingat banyak benda katanya. Tak penting pun nak ingat nak pelakon tapi apa kisah di sebalik ayat tu?

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Kisahnya.. pasal kita2 manusia ni la. Kadang2 aku tengok kat Facebook.. Ramai yang menampilkan imej2 positif ni kadang2 takde la positif mana. Macam aku ni lain la.. Semua kata aku lantang & suka bergaduh padahal aku tak anggap perbezaan pendapat tu satu permusuhan. Memang masa ber diskusi tu macam gaduh tapi lepas tu aku jenis lupakan jer. Pun tetap orang labelkan aku ni negatif tapi ada aku kesah sangat dengan persepsi manusia yang jenis berat sebelah & kaki mengampu tu? Asal kau ada nama sikit maka apa kau cakap semua jadi betul..

Tengok orang yang di labelkan positif pun kerap jugak dok menulis status mengumpat walaupun apa yang dia cerita tu bukan rekaan tetap la mengumpat. Atau yang buat status ala2 ustaz & ustazah pun kebanyakkan ada unsur mengumpat jugak. Tu baru cerita pasal mengumpat belum bab menyindir. Cuma mungkin banyak pengaruh sikit maka nampak la dia macam sedang memberi moral of the story pada orang lain padahal hujung2 cerita tetap la mencerca gaya berhemah sipolan yang menjadi tajuk cerita dia tu.

Kita ni kadang2.. rasa macam apa kita buat betul sebab ramai yang menyokong tapi sebenarnya cara kita tu pun salah jugak. Aku pun sama jugak la.. Sebab kita ni manusia. Asal kita rasa kita cakap benda yang betul je kita rasa tak salah.. sedangkan kadang2 yang betul itu mengata. Yang tak betul dah terang terang fitnah. Jadi dua2 perkara tu tetap salah & berdosa cuma tu la berat kerat sangat di antara kita mampu control dari tak melakukan perkara tu.. hehehehe

Moral of the story.. Kita manusia kebanyakkan kesilapan & kesalahan yang kita buat sama je cuma yang berbeza mungkin cara kita buat kesilapan & kekerapan kita melakukan kesalahan tu. So, tak perlu kita budget mulia sangat.. sebab kita cuma manusia. hehehe

BILA PENERBIT FILEM SAMPAH RASA LEBIH HEBAT DARI P.RAMLEE

BILA PENERBIT FILEM SAMPAH RASA LEBIH HEBAT DARI P.RAMLEE. Sampai bila2 selagi dia terus menerbitkan filem asal siap.. asal boleh jual sebab guna pelaris retis lawa, hensem, kontroversi padahal filem dia memang tak layak di tayangkan layar perak aku akan terus labelkan filem dia filem2 sampah yang mengotorkan industri perfileman malaysia. Seorang businessman yang terjun ke bidang penerbitan filem semata mata untuk cari untung memang sampai bila2 takkan faham & takkan reti apa itu seni. Yang dia tau asal boleh jual. Buat la apa saja asal filem tu boleh jual.. Itu bagi dia dah cukup untuk buat dia berjaya. Sebab tu dia tak kisah menerbitkan lambakkan filem2 sampah sebab bagi dia bukan kualiti karya seni tu tapi perniagaan.


Kita memang tak ada hak nak halang dia nak berniaga apa termasuk la meniaga filem yang hanya gah pada kuantiti tapi miskin pada kualiti.. Sebab dia ada duit. Tapi bila dia membandingkan diri dia dengan seorang anak seni sejati di mana karyanya sehingga kini menjadi kebanggaan & masih di minati setiap generasi memang dia sengaja minta kena kecam la. Siapa kau wahai apek nak kata 'Jangan jadi seperti P.Ramlee yang miskin." Yer.. dia mungkin miskin dari segi harta. Tak mampu jadi jutawan macam kau semasa hayatnya. Dah la tak kaya di aniaya pulak dengan manusia2 yang tak ada perikemanusiaan. Sehingga akhir hayat dia terpaksa menanggung kesusahan akibat di aniaya oleh manusia durjana.

Komen seorang pengarah filem melayu berkenaan isu seorang apek yang rasa dia lebih hebat dari Allahyarham Tan Sri P.Ramlee

Kerana dia miskin semasa hayatnya bukan bermakna kau boleh rasa kau lebih hebat dari dia wahai apek. Kalau di bandingkan dengan P.Ramlee.. P.Ramlee jauh beribu batu lebih hebat dari kau. Setakat kau buat filem sampah setahun penuh panggung dengan cerita bodoh yang orang rasa nak bakar panggung tu.. Baik kau duduk diam diam buat kerja kau sudah. Buat je la filem bodoh tu sampai kau mati. Lepas kau mati.. nescaya filem2 kau terbitkan tu pun akan mati bersama kau. Sebab filem2 kau tu semua filem sampah yang orang takkan ada hati nak tengok lebih dari sekali apatah lagi nak kenang sebagai satu karya seni yang hebat.

Ni statement apek tu yang buat dia kena kecam. Mentaliti orang meniaga memang macam tu. Buat apa target dia adalah mesti jadi kaya & dapat untung banyak. Berlakon macam kayu Tapi gah dengan kontroversi & publisiti murahan pun takpe asal ada nama & orang kenal dah boleh buat duit.

P.Ramlee Sampai bila bila pun nama dia meniti di bibir peminat filem melayu. Tak tau la akan lahir pelakon, pengarah, penyanyi sehebat P.Ramlee di masa akan datang tapi sampai sekarang memang tiada siapa mampu menandingi kehebatan P.Ramlee. Cara P.Ramlee mengangkat filem melayu keperingkat yang lebih tinggi patut di jadikan inspirasi & motivasi kepada semua pembikin filem. Filem melayu sekarang cuma mampu jual kat panggung tempatan jer.. Satu dua jer boleh lepas sikit kat pasaran luar. Kalau filem Apek tu jangan harap la.. Nak tayang kat indonesia pun tak lepas jangan berangan la nak pergi jauh dari tu.

Pengarah & retis yang bawah produksi apek yang rasa dia lagi hebat dari P.Ramlee tu jangankan nak buat filem yang boleh menjadi kebanggaan Negara nak buat iklan macam ni pun belum mampu >> 10 Iklan Raya Yang Sangat Menyentuh Hati & emosi << Jadi jangan nak dabik dada sangat la. Seni bukan semata mata duit tapi seni adalah sesuatu yang boleh sampai ke hati orang yang menonton.

Kesimpulannya.. Memang Apek tu banyak menaikkan nama2 retis melayu walaupun ada yang berlakon macam kayu. Memberi peluang artis melayu menjana pendapatan tapi tak bermakna dia lebih hebat dari P.Ramlee. Dia guna muka2 cantik, hensem & ada kontroversi untuk di ketengahkan dalam filem dia bukan semata mata nak tolong retis tu kalau benda tu tak memberi pulangan pada dia balik. Orang meniaga ni tetap la 'Untung' menjadi target dia.

P/S : Untuk mengangkat Industri Seni Hiburan Tempatan Ke peringkat Tertinggi Memang Perlukan Duit Tapi Dengan Duit Sahaja Belum Tentu Mampu Menghasilkan Karya Seni Yang Hebat.

UMPAMA SATU DOSA PEREMPUAN TAK CANTIK KAHWIN DENGAN LELAKI KACAK

UMPAMA SATU DOSA PEREMPUAN TAK CANTIK KAHWIN DENGAN LELAKI KACAK. Kecoh la bini seorang pelakon baru yang kacak terpacak di kutuk haters kaw kaw punya di account instagram pemilik pelakon tersebut. Mungkin dari pandangan mata & nafsu manusia biasa rupa bini pelakon tu bukan kategori wanita cantik tapi yang lelaki tu memang la agak kacak. Maka ramai retis2 berdemo kat post tu cuba mempertahankan isteri kepada pelakon tersebut yang di hina tanpa ada salah kat orang yang menghina dia.

Pelakon kacak bersama si Isteri yang menjadi kutukan haters.

Bagi aku kutuk fizikal & rupa orang ini agak melampau. Sebab semua tu kurniaan Allah yang kita tak boleh tulis & lukis macam mana nak jadi. Kau boleh lukis muka kau macam mana kau nak? Kalau manusia boleh lukis sendiri wajah dia.. aku rasa ramai yang tak nampak rupa macam manusia. Sekarang ni pun ramai dah mula ubah wajah mereka melalui pembedahan & suntikkan botox bagai.. bayangkan lah kalau kita di beri kuasa menentukan macam mana rupa yang kita nak bila kita di lahirkan. haru biru unggu kelabu jadinya rupa bentuk manusia ni.

Agak biadap bila orang menghina rupa seseorang seolah2 jadi macam satu dosa besar perempuan kurang cantik berkahwin dengan lelaki kacak. Dalam ramai2 dok hina dia tu confirm bukan semua cantik & hensem2 pun tapi kutuk orang macam tak pernah tengok rupa sendiri dalam cermin. Hello.. cantik pada pandangan mata setiap orang tak sama, ok! Kau ingat semua orang pandang rupa che ta tu lawa ke even majoriti kata dia lawa. Ada jugak orang nampak dia hodoh tapi takde la nak luahkan pandangan macam tu secara umum.

Kalau perangai buruk aku accept la kutuk pun. Perangai tu bukan lahir secara semulajadi tapi di bentuk oleh seseorang atau diri sendiri. Tapi kalau rupa yang takde sentuhan pembedahan plastik atau suntikan botox tak ada siapa berhak menghina. Itulah secantik cantik ciptaan Allah walau pada pandangan & nafsu manusia tak cantik. Sekurang kurangnya dia bersyukur & tidak mengubah apa yang Allah bagi kat dia. Nak kutuk pi kutuk retis yang botox sampai senget dagu & pipi bagai. Supaya depa rasa malu & insaf sikit. hehehehe

Yang kutuk tu kita anggap dia jeles je la.. Almaklum la perempuan yang rupa biasa biasa mampu menawan hati lelaki kacak. Mungkin ada kelebihan dia yang tak ada pada perempuan berwajah cantik yang lukis kening tebal macam borders tu. Mungkin dia seorang perempuan rajin tak biar gobok jadi sarang tikus. Ada perempuan muka je cantik tapi malas hanger & lipat baju. Sebab bab mengemas baju bajan ni memang ramai perempuan sangat malas nak buat. Ramai perempuan lebih suka membeli baju bajan tapi malas mengemas & selalu mengalami almari sesak.. jadi elok la tengok ni >> Kurangkan kesesakkan Dalam Almari Anda. Jom tengok macam mana nak buat dengan mudah << Siapa tahu kelebihan tu pun mampu menawah hati lelaki kacak. Kita tak tahu antara ramai perempuan cantik, kenapa seseorang lelaki memilih perempuan yang tidak menyerlah dari segi paras rupa. Tapi yang pasti perempuan tu tetap ada keistimewaan dia tersendiri.

Moral of the story.. Muka lawa pun mati esok dalam kubur jadi makanan ulat jugak.Takde muka lawa dalam kubur kau dapat 1 set meja solek lengkap dengan kosmetik mahal. Jadi tak payah nak hina rupa orang sangat kalau muka sendiri pun sebenarnya bukan elok mana cuma dok perasan cantik je. hehehe

NAK TAU KENAPA MELAYU DI PANDANG HINA?

NAK TAU KENAPA MELAYU DI PANDANG HINA?. Orang melayu paling ramai suka merendahkan bangsa sendiri. Orang melayu paling ramai suka memburukkan bangsa sendiri. Pendek kata yang paling ramai berpecah belah sekarang ni adalah bangsa melayu jadi tak pelik la dalam pertelingkahan sesama bangsa melayu.. Bangsa lain ambil kesempatan untuk merampas semua hak orang melayu di Tanah Melayu yang kini Bukan lagi Tanah Melayu tapi Malaysia.


Kita tak payah la cakap isu politik.. macam berat sangat. Kita tengok di sekeliling kita sudah. Baru ada kelab popular sikit... sikit je popular dia. Takde la sampai peringkat international. Malaysia pun tak ramai orang kenal sangat pun cuma popular di kalangan golongan tertentu je. Tu pun tetiba kepala jadi macam belon kena isi  angin. Besar kepala dok ada. Tak boleh orang berbeza pendapat sikit.. tak boleh orang bangkang sikit istihar musuh. Ajak geng boikot bagai. Tu baru hal remeh temeh yang hanya libatkan media sosial. Gamaknya orang macam tu kalau di angkat jadi Perdana Menteri boleh lingkup jugak negara sebab jenis yang rasa diri dia sentiasa betul. Nasib baik baru jadi ketua darjah persatuan geng geng hutan amazon. Tu pun dah dok amalkan sistem berpuak. Kalau dah jenis berpuak confirm la susah nak bersatu ye dak?? Maka berlakulah perpecahan antara orang melayu.

Tu salah satu contoh la.. Contoh yang lain. Misal kata seorang melayu yang dia kenal buat something buruk pada dia ayat tipikal orang melayu. Ni la melayu.. Ni la perangai buruk orang melayu.. Ni la  janji melayu.. melayu bla.. bla.. dot com dot my. Padahal bukan semua orang melayu macam tu cuma bila seorang orang Melayu buat.. dia akan sebut Melayu. Bila sebut Melayu.. dia mewakili semua yang berbangsa melayu. Kau point kat orang kau nak cakap sudah la. Main2 bangsa.. kenapa kau lahir bangsa Orang asli ke bukan melayu? Kau pun melayu jugak kan? So kau tak rasa macam menghina diri sendiri ke bila kau menghina bangsa melayu??

Kita sebenarnya yang memberi gambaran buruk tentang bangsa kita pada orang lain. Kita yang menjatuhkan bangsa kita sendiri sebenarnya bila kita sentiasa memberi persepsi buruk & contoh yang buruk tentang bangsa kita. Kadang2 sebab terlampau marah pada seseorang secara tak sengaja apa yang kita hina adalah bangsa bukan individu yang buat salah pada kita.

Jangan me'layu'kan bangsa Melayu. Kalau bukan kita yang menaikkan martabat bangsa Melayu siapa lagi.. Takkan nak suruh bangsa lain memperjuangkan bangsa melayu kot. Mustahil la kan.. Yang dok ada sekarang pun tunggu peluang je nak ambil semua hak orang melayu. Depa umpama tarik rambut dalam tepung.. pelan pelan & sikit2.. Sedar2 tinggal kain pelekat je kita ni. Maka inilah masa kita kena berubah. Paling penting jangan buat benda ni >> 5 Isu Paling Hot Yang Anak Muda Tak Boleh Buat << Kalau kita tetap tak berubah melakukan kesalahan yang sama seterusnya di warisi generasi akan datang tak mustahil zaman kegemilangan orang melayu nanti hanya wujud dalam buku teks sejarah tanah melayu je la.

Kesimpulannya kat sini.. Hari ni orang melayu di pandang hina bukan kerana perbuatan dari bangsa lain tapi penghinaan itu datang dari bangsa melayu sendiri. Orang melayu menghina bangsa melayu bukan sesuatu yang pelik sangat dah berlaku.. Malah bagai satu fenomena biasa. Jadi.. apa nak pelik kalau orang pandang Melayu ni macam hina sangat sebab kita yang memberi gambaran itu pada orang luar. Jadi tepuk dada tanya selera.

HINANYA ORANG YANG ADA HOBI BELA KUCING

HINANYA ORANG YANG ADA HOBI BELA KUCING. Memang aku levelkan orang2 yang ada hobi bela kucing ni manusia paling hina. Memang aku tak respect jenis manusia macam ni. Bagi aku manusia jenis macam ni tak layak untuk di sayangi. Kita dampingi orang2 macam ni pun patut buat macam hobi je. Masa suka kita layan la.. Bila dah bosan kita tinggal je tanpa rasa bersalah baru dia rasa macam mana perasaan orang buat kat dia macam tu.


Kucing walau seekor haiwan pun ada perasaan suka, sedih,sayang, rindu bagai. Jangan ingat dia binatang yang tak berakal dia tak bernafsu & berperasaan. Bayangkan masa dia suka.. dia kutip jaga & belai kucing tu. Tiba satu masa dia rasa macam menyusahkan sesenang je dia buang atau pergi campak kat mana2 pusat perlindungan haiwan atau campak depan rumah aktivis pencinta haiwan tanpa rasa bersalah.

Hello.. pencinta haiwan akan mencintai setiap haiwan yang dia jaga. Kalau hilang rasa macam hilang anak tau. Aku pernah hidup dengan kucing berpuluh puluh ekor.. Kalau hilang tu memang risau. Aku pernah pukul dua tiga pagi keluar cari kucing tak balik masa kat kampung dulu. Walaupun aku banyak kucing tapi hilang sekor pun tetap rasa hilang jugak. Kalau mati tu.. Ya Allah Tuhan saja yang tau rasa sedih tu macam mana. Bila tengok dah tak ada kelibat dia dalam rumah.. Rasa macam tak lengkap. Apatah lagi nak buang atau bagi kat orang. Biarlah penuh satu rumah.. Asalkan kita nampak dia depan mata. Cuma kat sini, tempat aku tinggal tak sesuai nak bela kucing. Kalau bela kang ada je datang ketuk pintu rumah.

Terbaca satu status akak ni.. Dia pun salah seorang aktivis haiwan secara sukarela. Bergerak secara individu. Katanya ada la semangkuk manusia ni datang rumah dia hantar selonggok kucing tanpa bagi sebarang sumbangan ke hapa. Hantar kucing je semata mata tanpa rasa malu atau bersalah. Nak hulur singgit dua pun takde buat tampung makanan kucing tu. Sesenang hati kau je.. masa suka kau simpan, masa kau dah bosan campak je tanggungjawab kau kat orang. Mohon pergi mati la orang macam ni. esok2 kau mati berulat dalam rumah tak ada orang tau jangan tanya apa dosa kau yer...

Sesiapa yang nak bagi sumbangan boleh berhubung terus dengan beliau yer. Insya Allah berkongsi rezeki dengan haiwan pun salah satu cara membuka pintu rezeki.

Kalau rasa hati, perasaan,jiwa korang tak mampu sampai ke tahap menyanyangi & mencintai haiwan better kau bela cicak je dalam rumah. Tak pun bela semut & lipas. Itu je yang layak hangpa buat pets. Memang haiwan2 kotor je layak untuk manusia yang tak ada perikemanusiaan macam tu. Buat haiwan suka suka je nak ambil & suka2 je nak campak. Kalau rasa nak hilangkan bosan kat rumah tak payah jadikan haiwan sebagai pelepas sepi korang. Korang buat je benda ni >> Benda Best Yang Mungkin Anda Tak Pernah Cuba Buat Bila Di Rumah << Sebab kalau korang bela sekadar suka2 macam tu, emosi haiwan tu jugak terdera. dia dah sayang, dah manja dengan korang tetiba korang buang dia. Cuba bayangkan korang sayang & bergantung hidup dengan seseorang tetiba orang tu buang korang dalam hidup dia. Sakit tak??

Moral of the story.. Haiwan pun salah satu amanah Allah kepada manusia. Bukan semua orang mampu bela haiwan kat rumah tapi jangan menganiaya mereka kalau tak mampu untuk menyayangi. Bagi aku perbuatan bela masa suka, buang bila rasa terbeban adalah salah satu bentuk penganiayaan jugak. Kau jangan ingat nak dapat title pencinta haiwan kalau macam tu kau punya cara bela kucing. Ingat kucing bukan haiwan yang kau boleh buat sebagai hobi ia berkaitan dengan amanah & tanggungjawab. Amanah & tanggungjawab kau tak boleh anggap sebagai hobi,hokay!

FB PAGE KISAH RUMAHTANGGA TEMPAT MENGAIBKAN SUAMI

FB PAGE KISAH RUMAHTANGGA TEMPAT MENGAIBKAN SUAMI. Baru2 ni aku ada follow satu page kisah rumahtangga. Dah nama pun kisah rumahtangga... kisah2 kat dalam tu memang berkisahkan kehidupan rumahtangga yang majoriti rumahtangga bermasalah. Yang paling aktif berkongsi masalah adalah kaum wanita la berbanding lelaki.. aku kurang nampak lelaki ada join berkongsi masalah dengan isteri. Mungkin kaum lelaki bergelar suami ni memang tak pernah ada rasa masalah dengan bini dia ke hapa tak tau la hahahhaa...


Aku rasa yang follow page ni pun dari berbagai peringkat umur. Tu dari penilaian kasar aku dari gaya bahasa, short form di gunakan dalam komen atau cerita yang di kongsikan. Macam2 kisah aku dok baca majoriti dari dari kaum wanita.. Memang kebanyakkan wanita spesis tak boleh simpan apa2 dalam hati. Tak kira masalah kecik atau besar dia tetap nak kena share. Mungkin cara tu buat dia lebih tenang & rasa bebanan perasaan tu sedikit ringan la kot. Yang betul2 ada masalah perlukan pandangan tu aku accept la.. Mungkin cara tu boleh membantu. Ni yang sebenarnya bukan masalah tapi saja nak luahkan perasaan untuk cari masalah tu yang aku tak paham. Ada satu post aku baca kat Page Rumahtangga. Dia cuma Nak cerita tak puas hati dengan bini skandal dia pun nak minta admin page tu share. Just nak maki hamun je pun. Nak menghina & merendah2 kemampuan si isteri pada boyfriend dia. Bukan dia nak minta pendapat apapun. Admin page tu pun aku rasa macam lari dari konsep sebenar page tu. Lebih kepada nak rating. Luahan hati macam tu  sememangnya akan dapat share & respond walau hanya untuk mengherdik tindakkan sipolan yang kurang bijak dok buat luahan perasaan tak puas hati dengan bini boyfriend dia bagai.. Sebab memang benda tu kategori luahan berani mati kena pijak.

Rasanya post2 macam ni tak perlu nak share untuk di perbincangankan di page tu. Sebab memang tak jadi perbincangan yang jadi kepincangan je. Semua pakat dok maki hamun.

Rasanya setiap post melalui penapisan melalui admin.. Kenapa post budak2 bodoh macam tu tetap admin nak share jugak??? Tak boleh ke ignore je post2 macam tu sebab dia bukan nakkan pandangan sesiapa atau apa2.. Just nak cipta kontroversi. Admin page tu memang suka kontroversi kot.. Yelah.. nak jual nama page supaya orang lebih kenal kan... Banyak lagi masalah orang lain yang boleh admin share bagi membantu mereka yang memerlukan dari layan post2 bodoh macam tu.

Ni Bukti setiap post di tapi oleh admin sebelum di post tapi kenapa post2 takde manafaat pun di kongsi. Asalkan cerita dia hot & spicy macam kisah seorang gadis yang tengah bercinta dengan suami orang tu. Bukan masalah tapi cari masalah. Post tu terang2 minta kena maki & post tu juga membuka ruang untuk orang rasa naik angin. Rasanya tak perlu admin nak share post2 macam tu. Tak bawa manafaat. Nak bagi teladan apa dengan kisah2 macam tu..

Satu lagi aku ada terbaca satu post yang berpendapat page ni membuka ruang & peluang wanita mengaibkan suami sebab memang yang banyak bercerita adalah wanita berbanding lelaki. Kenapa mengaibkan sedangkan post2 kat situ bukan orang tahu siapa pun.. sebab yang komen tu ada jugak dok cerita pasal masalah rumahtangga dia.  Orang boleh detect dari account dia. Jadi hati2.. Ramai yang rajin baca komen2 ok! So, berhati hati la kita nak kongsi apapun.. Ramai mata melihat & membaca. Rahsia rumahtangga patut menjadi rahsia dari orang yang tak sepatutnya. Jangan tak boleh suami kau buat silap sikit semua kau nak cerita kat orang padahal bila kau buat silap takde pulak suami kau sibuk2 nak tulis kat FB.. Kita sama2 manusia, dah tentu ada kurang & lebih. Manusia itu takkan pernah sempurna. Kalau betul2 ada masalah salurkan pada tempat yang betul & lebih selamat menyimpan aib di samping boleh membantu mencari jalan penyelesaian terbaik.


Bila ada kemudahan.. manusia akan memandang mudah terhadap semua perkara termasuk rahsia rumahtangga dia akan rasa bukan satu isu besar nak di kongsi dengan sesiapapun. Asalkan hati dia puas.. dia dah tak fikir, dia mungkin menulis ketika hati dia sedang marah sangat tapi bila hati dia dah sejuk & terpujuk dengan pasangan dia.. Dia akan lupa segala gala yang dia marah tadi tapi orang lain yang baca luahan hati dia mungkin tak lupa. Persepsi orang cuma ada 2 jer.. samada melihat dia sebagai isteri yang tak pandai menjaga nama & maruah suami atau anggap suami dia seorang suami yang teruk. Kita marah laki.. masa marah memang rasa dia la seburuk2 manusia tapi bila habis marah dia la sebaik baik laki yang ada dalam dunia tapi bila kita terlajak tulis kat media sosial.. penerimaan orang takkan berubah mengikut mood kita. So, renung renungkan. Fikir dulu sebelum menekan keyboard.

Moral of the story.. kalau rasa tak nak dapat pasangan yang menyakitkan hati sangat dari awal sila siasat dulu perangai sebenar lelaki yang bakal jadi jodoh tu. Memang la masa bercinta semua nampak baik sebab semua nak cover depan pasangan tapi ada benda lelaki tak boleh nak cover perangai sebenar & korang boleh detect perangai sebenar mereka. Nak tau macam mana nak detect perangai sebenar lelaki meh baca kat sini >> Confirm perangai Sebenar lelaki akan terbongkar kalau Hadapi Situasi Macam ni << Jadi dari situ korang boleh buat penilaian secara kasar layak atau tak dia jadi laki korang. Jangan lepas kawen korang pun tergolong dalam spesis yang suka mengaibkan suami sebab terlampau sakit hati dengan perangai laki sendiri. hehehehe

RASA JIJIK DENGAN PEREMPUAN KETINGGIAN 165CM KE BAWAH

RASA JIJIK DENGAN PEREMPUAN KETINGGIAN 165CM KE BAWAH. Amboi hina sangat ke golongan perempuan renek macam aku ni. Sampai pandang jijik bagai. Awat perempuan pendek ni semua ketiak berbau ke? Asal pendek je auto nampak macam najis ke? Satu penghinaan jugak la untuk golongan berketinggian rendah. Macam aku ni 140cm je beb! So, hangpa jangan pelik la aku dok cerita pasal kids size bagai.


Ada la sorang mamat.. Aku kategorikan dia sebagai attention seeker je. Biasa la attention seeker ni memang dia akan buat status yang minta tapak kaki dari orang lain. Bila dia keluar dengan statement minta di caci maka akan jadi viral seantero alam maya. Sebab dia perlukan perhatian.. Mungkin hidup dia selama ni tak ada siapa yang peduli. Dia pun kurang menyerlah di kalangan kawan kawan di alam realiti.. Selalu orang tak perasan kewujudan dia maka terpaksa jugak la dia mencari perhatian di alam maya. Mungkin sebab muka pun tak berapa nak siap.. Nak jadi viral sebab hensem memang tak mungkin la so ini je pilihan dia ada. Buat satu status yang buat ramai orang marah.. Maka dia akan menjadi perhatian ramai di alam maya.


Setakat kau sorang jijik dengan perempuan pendek ni.. Tak jadi kemurungan pun. Nak2 lagi macam aku ni dah berlaki. Ada ku kesah kau pandang jijik ke hapa. At least bulu ketiak aku takde la bersepah. Atau bulu hidung sentiasa terjuntai keluar ke.. Tak pun leher berdaki. Saja je buat entri ni untuk bagi publisiti kat kau yang jijik dengan perempuan pendek. Kesian.. Mungkin lepas ni hidup dia tak kesunyian & kemurungan lagi selepas status tu mendapat perhatian ramai.

Buat apa la nak menghina ciptaan Allah.. Tinggi ke pendek ke.. Bukan pilihan kita tapi semua tu Allah yang tentukan sebab hanya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Kalau kita pandang ciptaan Allah dengan pandangan yang jijik.. Sama la kita menghina ciptaan Dia.

Satu lagi dik.. Muka tak hensem tak pe. Tak jadi hotstuff pun bukan satu dosa.. Tapi kalau sengaja membangangkan diri macam ni orang pandang kau bukan setakat jijik je malah maybe perempuan2 kat luar sana akan pandang kau macam Najis mughallazah jer. Jangankan nak sentuh.. Nak lalu sebelah kau pun depa tak hingin. Cara kau up status tu memang sengaja minta di hina. Biar pendek tapi jangan pengotor macam ni >> Kita Tak Sedar Selama Ni Kita Serasi Dengan Bau Busuk benda2 Ni Sehingga Kita Tak Rasa Ia Sesuatu Yang Busuk Lagi << kalau macam ni punya perangai tak salah la kau nak pandang jijik pun.

Zaman semua nak jadi popular memang depa tak kisah dah kalau nak kena kecam ke hapa.. Janji boleh popular. Cara paling mudah nak di kenali di alam maya salah satu buat status bodoh macam tu. Sapa2 rasa nak try.. boleh la. Tapi tahan la kena maki nanti.

ORANG PERASAN CANTIK JE SUKA KUTUK ORANG GUNA CAMERA 360

ORANG PERASAN CANTIK JE SUKA KUTUK ORANG GUNA CAMERA 360. Aku pernah tulis pasal isu sindir menyindir orang yang tak perlukan application camera untuk cantikkan muka depa yang katanya natural beauty tu. Ambil gambar muka tengah teran nak berak pun tetap nampak cantik. So,apa kelas nak guna camera effect ni. Berbanding orang yang mungkin muka tak la comel sangat,kulit pun tak gebus gebas.. Dah la tengok muka sendiri dalam cermin asyik terkejut je. Nak jugak tengok muka sendiri dalam gambar sambil tersenyum.


Yelah.. bila tengok applikasi camera yang mampu buat beast jadi beauty at least bagi motivasi jugak depa untuk menjaga kebersihan, kesihatan & kecantikkan diri. Aku pun macam tu. Bila tengok gambar yang editing cantik nak mampus.. Aku pun semangat sikit nak menghabiskan duit kat guardian beli skincare katanya. Bukan apa nak jugak suatu hari nanti jangankan jerawat.. ruam sebijik pun tak ada kat muka. Gebu macam emma maembong katanya. Boleh la main lempang2 manja kat tempat awam dengan laki sendiri sambil minum est cola.

manusia mana tak mengimpikan wajah yang menarik.. Kalau tak cantik pada pandangan mata orang pun cukup la cantik kat pandangan mata sendiri & pasangan. Beruntung la hangpa yang lahir dengan kecantikkan semulajadi. Kulit tak sensitif. Takde masalah jerawat,jeragat,sopak,kurap,panau bagai walau bangun tidur pun kadang2 sampai mandi baru muka tu kena air. Apatah lagi nak beli skincare penuh meja solek.. memang tak la. tapi tetap jugak cantik walau ambil gambar guna camera dari sematpon galaxy Y yang dah masuk kategori ketinggalan zaman tu. Sebab Allah dah bagi kelebihan kat hangpa walau cuci muka pakai sabun cap kapak pun lawa tak abis jangan dok kutuk sangat orang yang gambar nampak cantik sebab camera effect. Kalaupun hangpa lawa tak payah la perasaan sangat hangpa paling lawa dengan dok kutuk muka orang tanpa camera effect macam celaka bagai. Bukan tak ada yang buat status menghina macam ni kat FB. Aku sendiri pernah baca & komen kat status macam tu. Padahal aku tengok gambar dia pun tak macam original sangat. Macam ada jugak kesan2 editing.

Ingat.. sebab Allah bagi muka hangpa cantik je hangpa rasa macam hangpa berhak hina orang bagai. Sekali Allah nak uji muka jadi retak seribu.. Time tu tengok sapa yang gelabah dok search applikasi camera kat playstore.

Orang akan upload gambar yang dia rasa cantik je sebab tu aku kata orang yang perasan cantik tak guna camera effect ni sebab selama ni walau orang tak puji pun dia rasa muka dia lawa tahap dewa dewi bintang tiga dah walau guna camera standard dalam smartphone tu. padahal kadang2 smartphone tu memang dah cipta camera dia bila ambil gambar nampak cantik dah tak perlu nak install applikasi camera gebu gebas.dah include effect tu dalam standard setting camera tu. Sebab tu dia rasa walau tak payah edit gambar nampak cantik. tapi tetap namanya effect camera jugak. Yang rasa lawa pun kadang2 sebab dia guna teknik macam ni je tu gambar dia nampak cantik >> Ini Sebenarnya rahsia gambar nampak cantik << Padahal kalau face by face sama level je muka dia dengan watak hantu kak limah.

Moral of the story.. Orang yang cantik sebenarnya orang yang bijak. Sebab kebijaksaan sahaja boleh membuatkan sesiapa saja nampak cantik

ORANG CELIK LEBIH SENSITIF BERBANDING CALIPH BUSKERS YANG BUTA

ORANG CELIK LEBIH SENSITIF BERBANDING CALIPH BUSKERS YANG BUTA. Dua tiga hari ni aku dok baca jugak kisah Pelawak & pengacara Tv Hj Nabil yang di hentam bagai nak rak sebab terlepas cakap sesuatu yang bagi peminat seolah2 menghina kekurangan caliph Buskers dalam satu rancangan tengah bergegar kat astro sekarang ni. Aku ni insan tak berlanggan esteruk katanya.. Jadi cuma baca update kat media sosial je la. Dua tiga hari tengok wartawan & media dok panas kan isu ni terfikir jugak aku benda kecik je. Ni strategi untuk menaikkan rating rancangan tu ke hapa. Biasa la stesen tv ni kadang2 menjadikan isu kecil sebagai kontroversi untuk menaikkan rating rancangan tu.

Caliph Buskers

Katanya Caliph Buskers pun tak rasa terhina atas gurauan Hj Nabil tu. Bagi aku pun Nabil bukan niat nak menghina pun. Mungkin sebab dia bercakap secara spontan maka terlepas cakap benda macam tu tanpa ada niat tak baik selain bergurau. Tapi yang pelik orang yang sempurna pancaindera pulak terlebih touching dari orang buta ni, camna? Depa yang terlebih terasa berbanding orang yang terlibat. Ingat semua orang Istimewa ni sensitif sampai tak boleh bergurau ke. Depa tak teruk sangat kot nak emosi benda kecik2 macam ni.

Sumber Beautifulnara

Kadang2 kita ni over dari mangsa kejadian. Orang cuit sikit jer tapi yang tolong terasa tu dia punya sentap lebih dari orang yang di tujukan. Dah lebih sudu dari kuah katanya. Kadang2 bukan dia simpati sangat pun cuma nak tunjuk betapa dia warrior. Memperjuangkan orang yang di tindas padahal benda kecik je. Takde isu penghinaan atau penindasan pun. Tapi bila masa lagi nak tunjuk hero kan? time2 camni la katanya. Takat taip guna jari telunjuk je jangan berangan nak jadi keyboard warrior sangat la. hahaha.

Kalau aku berada kat tempat Caliph Buskers pun aku tak rasa benda ni isu yang patut aku sedih sampai nak sentap. Kadang2 golongan OKU ni pun tak suka di layan macam OKU sangat. Mereka pun nak rasa hidup macam orang normal. Depa pun nak bergurau, mengusik macam orang lain. Kadang2 sebab kita ni terlebih jaga perasaan golongan OKU ni mungkin buat mereka rasa diri mereka terlalu kekurangan sampai tak boleh di layan macam orang normal lain.

Moral of the story.. Hidup dalam dunia ni orang cepat sentap memang akan sentiasa makan hati last2 mati bunuh diri je. Jadi sila control sikit emosi anda. Ada perkara yang kita tak perlu sentap sangat.

MAKCIK TUA MELAYU DI HINA OLEH LELAKI INDIA DI GENTING

MAKCIK TUA MELAYU DI HINA OLEH LELAKI INDIA DI GENTING. Genting memang semua orang tau tempat yang ada thempark & dia agak sejuk di Malaysia sebab dia atas bukit walau tak bersalji. Nak pergi sana elok la sediakan sweater. Tapi ada je orang rilex pergi genting dengan short pans & singlet. Maybe kulit dia tebal. Lemak dia pun tebal. Kita yang macam kulit dengan tulang (aku ke tu? hahaha) tak payah la nak ala2 berbikini sangat la ke genting.

Sumber Google

Aku selalu pergi genting balik hari je. Almaklum la tempat yang tak berapa jauh dari KL ni laki aku bukan nak bermalam sangat. Lagipun genting bagi aku bukan ada apa sangat selain meriah dengan tempat permainan & judi jer. Pernah sekali try naik Roller Coster kat situ.. sumpah taknak naik dah. Aku rela masuk rumah hantu dari naik roller coster. hahaha. walau banyak kali pun pergi genting aku rasa memang aku tak pernah pusing abis satu genting pun.

Tapi pernah berlaku satu peristiwa yang di ceritakan oleh mak aku masa dia ikut rombongan orang kampung pergi genting highland. Tapi benda ni dah lama berlaku la. Tetiba teringat so boleh la aku story kat sini. Biasa la rombongan macam tu kebanyakkan orang tua je la excited nak pergi kan. Orang tua2 ni faham2 je la... ada yang memang fobia nak guna escalator. Bila terpaksa guna escalator mula riuh rendah masing2 pegang aku kau la takut. Bila dalam keadaan panik macam tu.. seorang makcik ni yang takut sangat nak naik escalator mengelebah pegang makcik aku. Sebab badan dia besar & makcik aku sekeping jer. Kurus keding, makcik aku jadi hilang imbangan maka depa dua2 jatuh. Makcik aku patah tangan. Dalam keadaan kelam kabut macam tu kebetulan ada india mana entah la.. tengok sambil mengumpat dalam bahasa tamil. Bukan main lagi dia hina.. lebih kurang macam ni la ayat dia di translate dalam melayu. Datang dari hutan mana entah naik escalator pun tak reti. Agak kurang ajar jugak la sebab orang jatuh dari escalator cedera bagai dia datang herdik macam tu nak2 lagi yang jatuh tu orang tua bukan mat rempit jatuh motor masa lumba haram. Memang silap la cakap depan mak aku. Mak aku memang fasih bahasa tamil. Tengok movie tamil tak payah subtitle. Aku tak ingat apa mak aku sound dia balik dalam bahasa tamil tapi dengar mak aku cakap tamil dengan muka mak aku yang pure melayu tu tersentap dia. Diam & blah terus.

Banyak lagi benda best boleh buat kat genting dari dok cari pasal dengan orang tanpa pasal. Genting bukan tempat orang bandar je boleh masuk, orang asli pun tak salah kalau nak bersukaria kat sana. Selain tempat permainan & tempat judi (bagi yang bukan Islam mungkin kat situ best untuk berjudi) ada lagi benda yang best boleh buat kat Genting tanpa perlu anda berstatus orang bandar. Contoh buat benda ni. Memang nikmat sangat kalau buat benda2 ni dalam cuaca sejuk macam di genting. Almaklum la tempat sejuk kan.. memang sesuai sangat la nak buat perkara macam ni. Sejuk2 baru rasa ghairah nak buat ye dak?? Kalau korang nak tau apa yang best & nikmat sangat tu meh tengok kat sini >> Inilah Perkara Paling Nikmat Boleh Buat Dalam cuaca Genting << Sangat jeng jeng tau! Nak tau baca sendiri.

Moral of the story.. Ini Malaysia beb! Ada berbilang kaum & bahasa. Tak mustahil ada jer bangsa lain yang faham bahasa dari bangsa lain. Bukan nak racist tapi nak pesan tak kira apa bangsa pun kita takde hak nak menghina tempat asal usul orang tu dengan mengaitkan tempat asal dia dengan sesuatu perkara buruk walaupun orang asli yang tinggal dalam hutan. Penghinaan akan menyakitkan hati sesiapa saja. Bukan kita kena jadi orang bandar & urban dulu baru kita berhak dia pandang mulia. Lelaki india yang hina orang kampung aku tu entah2 asal pun dari estate, siapa tahu. kan?? tetiba boleh duduk bandar setahun dua dah rasa macam high class sangat. Peace!

ORANG BODOH JE LAYAN ALVIN TAN

ORANG BODOH JE LAYAN ALVIN TAN. Alvin Tan?? Tak kenal.. Memang korang bukan pengguna media sosial la kot.. maybe setahun sekali baru online. Kalau kat alam maya penuh pancaroba ni semua orang kenal Alvin Tan. Bekas Blogger Blog lucah kini ketakutan & dah lari ke luar negara & sentiasa mencipta provokasi & menghina agama Islam untuk mendapat perhatian masyarakat. Terbaru isu dia upload gambar konon tatu tulisan Allah kat peha ke apa ntah.. Aku pun malas sangat nak ambil tahu pasal Alvin Tan ni. Almaklum budak terencat macam tu bukan boleh layan sangat.. makin layan makin menjadi jadi provokasi dia buat.

Baru ke luar negara pun dah tak boleh tangkap inikan kalau dia ke lubang cacing. Doakan dia ke lubang kubur je settle. hahaha

Tapi ramai jugak setia menjadi pemaki hamun & melayan setiap apa yang dia buat di media sosial terutama yang ada unsur menghina agama Islam. Bukan aku kata kita tak perlu mempertahankan Islam tapi Alvin Tan tu semua orang tahu apa dia buat sekadar untuk mencetuskan kemarahan umat Islam & mendapat perhatian dari masyarakat. Makin kau respond setiap apa yang dia buat semakin dia akan buat. Kau fikir dia touching sangat dengan maki hamun hangpa tu?? Kalau benda tu bagi kesan pada dia.. Takde la dia terus buat & buat lagi. Sebenarnya lagi hangpa dok marah cakap bukan2 selagi tu setiap apa dia buat mencapai target. Cuba buat tak tau jer... Dia pun rasanya boring sebab apa dia buat takde kesan sampingan.

Alvin Tan sebenarnya seorang budak lelaki yang hidup kesunyian.. Mak bapak pun jauh. Dia perlukan kasih sayang & perhatian so dia buat la apa saja yang boleh orang nampak dia wujud di muka bumi Allah ni. kalau buat benda2 baik sekarang ni susah nak jadi viral & orang bagi perhatian jadi buat benda2 jahat ni sekejab jer orang share seantero alam maya. Motif dia cuma mendapat perhatian ramai dengan gambar2 & status2 yang menganggu sensitiviti orang lain.

Nasihat aku pada Alvin Tan & semuanya masyarakat yang rajin sangat melayan gambar2 berunsur provakasi & penghinaan tu.. Dari hangpa dok buat masa layan @ buat benda takde pekdah tu ada lagi baik korang pi selfie ke.. ambil gambar ke  yang best masuk contest ni >>Suka bergambar? Ini yang mesti korang tengok << Untung menang dapat jugak hasil. Dari dok melayan budak jahat macam Alvin Tan tu hapa pun tak dapat selain sakit hati. Orang bodoh je layan spesis macam Alvin Tan. Alvin Tan pun kalau dah memang suka sangat selfie tu apa kata salurkan bakat anda tu ke contest tu. Mana tau menang boleh tampung kehidupan anda di luar negara. hahahahaha

Moral of the story..  Orang bodoh macam Alvin Tan berjaya memperbodohkan ramai orang tak tau la nak kata sapa lagi bodoh. So, renung renungkan jangan biar hidup anda di perbodohkan. Peace Yo!

KALAU SETAKAT NAIK MOTOR TAK PAYAH NAK DRIVE THRU LA

KALAU SETAKAT NAIK MOTOR TAK PAYAH NAK DRIVE THRU LA. Setakat naik motor kau tak payah drive thru sangat la.. Nampak macam Jakun katanya. Tak layak laluan drive thru untuk penunggang motorsikal. Yang pakai kereta je boleh drive thru. Yang pakai motor nak2 lagi kapcai jangan mencemar duli kat lalui drive thru.. Nyah kau dari situ!! Pergi kau parking jauh2 sikit kemudian masuk order kat kaunter. tak sedar naik motor nak drive thru.


Amboi sombongnya mukadimah kau lekatlekit Ooi.. Hina sangat ke orang tunggang motor ni? Isk... aku pun membesar bonceng motor je. Bukan kaya raya sangat pun. Takkan la aku nak lupa diri tahap keji sampai macam tu sekali. Takde la terbaca satu post yang tengah jadi viral kat FB pasal seorang minah ni gelakkan sebuah motorsikal yang di tunggang dua insan bercinta katanya. Tak tau la mana dia tau depa masih bercinta.. ntah2 beranak pinak dah kat rumah tu pun sapa tau. Gelak pasai depa ni drive thru kat Mc D. Macam menghina sangat pun ada.. terkejut katanya. tak tau la apa yang dia terkejut sangat tengok motor kat laluan drive thru tu.. ke dia yang baru keluar dari hutan pelik tengok motor drive thru.

Pinjam Gambar kat Blog BuasirOtak

Jangan gelakkan kesusahan orang cheq Ooi.. hari ni kau berkereta tak mustahil kalau Allah nak tarik nikmat yang kau ada, kau berkaki je atas jalan. Jangan nanti orang nampak ko terkedek kedek kawat kat laluan drive thru pulak.

Rezeki setiap orang tak sama.. Maybe dia cuma mampu pakai motor tapi siapa tahu dia lebih senang dari orang yang mengejek dia. Senang tak semestinya harta & duit jer.. mungkin hidup dia lebih bahagia & senang hati dari yang dalam kereta tu. Hidup tak senang tengok orang susah. Ada je nak gelakkan.

Moral of the story... Aku dah pesan banyak kali. Zaman Laman Sosial & Viral ni hati2 nak post apa2. Silap haribulan nak gelakkan orang diri sendiri kena maki seantero alam maya.

RAMAI IBU JADI RIAK BILA MEMILIKI SUSU BADAN YANG BANYAK

Aku bukannya dengki.. Aku pun menyusu anak sampai setahun lebih jugak sebelum tukar ke susu formula. Masa anak aku lahir memang susu melimpah ruah even aku tak ambil apa2 supplement cuma minum susu anmum jer. Sampai terpaksa pam keluar.. lepas tu buang je sebab anak aku time tu tak nak menyusu dari botol. Punyalah banyak rezeki susu.. Tapi tak terasa pulak nak canang2 kat orang yang aku ibu yang subur dengan susu. Bab2 macam tu aku sensitif sikit nak share...

Gambar sekadar hiasan. Carian Google

Tapi sekarang ni aku tengok ramai ibu2 yang menyusu badan anak dia macam terlalu menunjuk. Kadang2 statement dorang tu nampak bangga & riak sangat. Contoh.. "Sorry anak aku tak minum susu formula.. Hanya susu ibu. Tengok la sihat & kuat. Bijak pulak tu.." Atau.. ayat penjual produk.. "Takde alasan susu kering.. Yang ada cuma nak atau tak BF anak sampai 2 tahun." Macam susu tu boleh kau bancuh kemudian isi dalam nenen kau! padahal dia lupa.. susu ibu juga rezeki dari Allah.. Produk cuma ikhtiar. Kalau Allah tak mengizinkan ia terjadi.. kau telan la produk milk booster katanya... tak keluar jugak susu kau tu even kau perah guna spin kat washing machine sekalipun.

Atau jenis yang tak habis2 nak bagitau orang yang anak dia minum susu ibu.. sampai kita dok tengok update dia pun rasa.. Macam kau sorang ada susu badan. dah tak nampak dia nak berkongsi kebaikkan susu ibu tapi nampak lebih nak menunjuk kelebihan dia ada. Kalau niat nak berkongsi.. Cara perkongsian tu biarlah tak nampak macam bangga/riak melampau, memperkecilkan orang lain atau mempertikaikan orang yang takde kemampuan menyusu badan anak dia. Takde siapa nafikan kebaikkan susu ibu.. Kalau boleh ramai para ibu sekarang nak susukan anak dia dengan susu ibu cuma bukan semua orang berpeluang buat macam tu. Ada orang sebab kesihatan,ada orang sebab memang tak ada rezeki susu. Semua tu perancangan Allah.. Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik. Bukan para ibu yang takde susu tu golongan ibu yang pemalas, kekurangan atau nak jaga badan jer..

Jadi geng tayang susu tu berpada pada la dalam nak berkongsi atau keluarkan statement. Jangan sampai golongan yang tak berkemampuan menyusu baby mereka terasa terhina dengan post anda. Nak jual produk pun tak payah mempertikaikan orang yang tak ada susu. Nak meniaga ni kena cakap perkara yang orang suka dengar bukan sakit hati bila dengar.

Moral of the story.. Susu apa pun yang mak bapak bagi kat anak anak.. semua nak yang terbaik. kalau dia taknak bagi yang terbaik.. baik tak payah bagi susu langsung. Jadi, jangan rasa ibu yang bagi anak2 dia susu formula tak kisah dengan tumbesaran & kesihatan anak dia ok! Kemampuan setiap orang berbeza.

P/S : Pendapat ini tak merujuk kepada semua ibu2 yang breastfeeding yer.. Segelintir yang buat kalau terasa bagus la. hehehe

HINANYA ORANG YANG EDIT MUKA BAGI CANTIK

Zaman sekarang ni nak gambar nampak cantik dah tak susah. Tak payah nak teruk2 belajar photoshop atau apa2 software editing. Melambak boleh cari aplikasi camera yang auto menukarkan wajah pontianak kepada wajah bidadari katanya. Hanya dengan satu snap.. ting! terus cantik.

Sumber Google

Bagi aku.. biarlah dia nak nampak diri dia dalam keadaan cantik. Yelah.. bukan semua orang di lahirkan dengan kelebihan muka lawa, ensem bagai. Mungkin benda tu buat dia happy even dia tahu hakikat sebenar dia tak secantik gambar. Bukan dia nak perasan cantik pun sebenarnya.. Tapi dia teringin nak nampak cantik. Manusia mana yang tak suka kecantikkan. Semua orang suka nampak cantik.

Sekarang ni sebab ramai yang nampak cantik dengan editing ataupun aplikasi camera.. banyak troll2 di buat untuk sindir golongan cantik editing ni tak kurang statement2 berunsur menghina. Alahai.. dia cuma nak nampak cantik macam satu dosa besar pulak. Macam aku pulak kalau aku tengok muka aku ter over cantik hasil editing benda tu bagi motivasi pada aku untuk cari produk yang boleh merawat masalah kulit aku sekaligus mencantikkan aku macam dalam gambar even aku tak upload pun muka aku tunjuk kat orang. Buat untuk kepuasan sendiri & motivasi diri. Sebab tu aku selalu mention muka aku cantik macam kawah bulan. hahahaha

Dan berhenti menghina orang yang cantik dari editing sebab majoriti ramai yang guna aplikasi editing sekarang untuk cantik. Retis pun yang korang nampak cantik pun hasil editing jugak.. tak 360, makeup. Apa ko fikir makeup tu bukan satu editing ke?

Bersyukurlah hangpa yang natural beauty katanya tak payah nak edit2 muka sedia lawa macam puteri gunung gondol tu.. sebab bukan semua orang di beri kelebihan mempunyai wajah cantik tapi kalau dia beri pilihan semua orang nak cantik.

Moral of the story... Allah boleh tarik kecantikkan yang dia bagi pada kita dengan sekelip mata so jangan sebab kita cantik kita boleh hina orang lain yang cuba untuk nampak cantik macam kita even fake pun.

P/S : kita pun tahu beza kot antara natural & edit sebab effect flawless @ glowing dia tak sama. So, tak jadi isu sangat la...

KISAH SEDIH ANAK MONA FANDEY YANG KITA TIDAK TAHU

Rasanya Mona Fandey nama yang tak asing lagi dalam sejarah Malaysia. Kes pembunuhan yang melibatkan banyak cerita mistik & amalan khurafat. Bukan sahaja kes pembunuhan dia mendapat perhatian malah cerita2 misteri,mistik, & seram berkenaan dia jugak menjadi hot story. Filem berkisahkan Mona fandey pernah di hasilkan tapi bila nak di tayangkan di banned sebab ada kaitan dengan ahli politik. Besa la kalau yang sebelah... si nun tu mana boleh tayang.krik...krik..krik...


Semalam terbaca satu artikel luahan hati anak kepada Affandi & anak tiri kepada Mona Fandey. Walau dia tak pernah di besarkan atau berjumpa dengan bapak dia selama berbelas tahun & hanya jumpa semasa kes pembunuh adun pahang sedang dalam perbicaraan. Tu pun berjumpa kat penjara masa dia berumur 16 tahun. Tapi akibat ada pertalian darah dengan Affandi sekaligus berkaitan dengan mona Fandey dia terpaksa hadapi kehidupan yang sukar. Bukan dia jer.. Malah saudara tiri dia.. anak hasil perkahwinan mona fandey & Affandi pun melalui perjalanan hidup yang sukar.

Kesian jugak aku baca kisah anak anak affandi & Mona Fandey ni.. Tak jadi bertunang walau tarikh dah di tetapkan & jemputan dah di maklumkan bila keluarga pihak perempuan tahu dia ada pertalian darah dengan Affandi suami kepada Mona fandey. Di berhentikan kerja dengan alasan yang sama. Di tuduh mengalamalkan ilmu hitam seperti ayah & mak tiri dia.  Yang paling sedih dia pernah menyertai pertandingan tekwando mewakili negeri kelantan tapi ada peserta tarik diri dari bertanding dengan dia sebab fikir dia mengamalkan ilmu macam ayah & mak tiri dia. Aku boleh bayangkan betapa terhinanya dia.

Cerita dia.. Ayah dia pernah bagitau yang dia tak terlibat dalam pembunuhan tu. Yang buat Mona Fandey & pembantu dia tapi dia redha. Petugas penjara jugak bercerita yang ayahnya berpuasa selama 3 tahun secara berterusan sehinggan hari kematiannya tapi tujuan dia berpuasa katanya tak tahu sebab apa. Sebab insaf atau sebab lain tak pasti. Cuma kita berbaik sangka je la. Orang dah jadi arwah... Moga terampun segala dosanya.


Inilah mentaliti & perangai masyarakat kita. Anak salah.. mak bapak kena maki. Mak bapak salah anak yang di hukum. Aku tak nampak kat mana hinanya menjadi anak pasangan yang di tuduh membunuh ni.. Yang di katakan pembunuh ibu bapa mereka bukan mereka. Berhenti menjadi hakim & hukum orang yang tidak bersalah. Beri peluang mereka menikmati hidup seperti orang lain kerana mereka berhak menikmatinya.

Moral of the story... Tak berdosa menjadi anak seorang penjenyah yang menjadi dosa apa yang kita kita buat sepanjang hidup. Tapi tu la.. bak kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

PENGALAMAN SEDIH & SERAM SEORANG JURUSOLEK MAYAT

Dalam masyarakat cina bila meninggal dunia mereka akan di solek sebelum di lakukan upacara pengebumian. Maka ada di kalangan mereka yang bekerjaya sebagai jurusolek mayat. Yang peliknya mereka memerlukan jurusolek mayat untuk melengkapkan upacara kematian tapi persepsi sesetengah dari kaum mereka memandang kerjaya ni sebagai satu kerjaya yang hina, kotor & membawa malang.


Tertengok satu video seorang jurusolek mayat yang cerita pengalaman dia makeup mayat yang adakala datang dalam keadaan tak sempurna & mengerikan. Paling sedih.. Bila kawan, kaum keluarga & saudara mara meminggirkan dia kerana bekerja sebagai jurusolek mayat. Ada yang menjauhkan diri, tak nak bergaul dengan dia & yang paling sedih ada yang taknak dia datang untuk sebarang majlis keraian seperti perkahwinan takut dia membawa malang. Pernah berlaku satu kejadian di mana dia pergi melawat saudara dia.. selepas kedatangan dia tu salah seorang ahli keluarga saudara dia terlibat dalam kemalangan & meninggal dunia. Mereka menyalahkan dia & menghalau dia ketika dia datang untuk memberi penghormatan terakhir.

Sedih jugak aku tengok video pengalaman seorang jurusolek mayat ni.. dalam sedih2 tu ada jugak ngeri & seram yang dia ceritakan. Yelah berdepan dengan mayat hampir setiap hari pelbagai keadaan.. Setakat tengok cerita seram ok la kita tau semua babak cuma lakonan. Cuba berdepan secara live dengan mayat yang mati dalam keadaan ngeri. kau mampu. kalau korang nak tengok video pengalaman seoarang jurusolek mayat korang boleh tengok kat sini >> [VIDEO] A dead body with half it’s head missing was sent to her doorstep and she had to…

Moral of the story.. Apapun kerjaya selagi bertujuan baik janganlah di pandang hina. Jurusolek mayat bagi mereka yang bukan islam mungkin satu keperluan.. Kalau semua orang rasa jijik, takut & hina pekerjaan tu sapa yang nak makeup mayat?? Jadi berhenti menghukum sedangkan kamu memerlukan golongan macam ni. Sepatutnya kamu berterima kasih kerana dia sanggup melakukan pekerjaan tu walau di pandang hina oleh masyarakat.


ANAK MATI JATUH MAIN ESCALATOR, JANGAN BUNUH IBUNYA

Anak & ibu.. pernah berkongsi hidup dalam satu jasad.. Yang kali pertama rasa kehadiran anak adalah ibu. Yang merasa pergerakkan pertama adalah ibu, yang bersusah payah kendong anak dalam perut adalah ibu maka si ibu lebih terasa jika berlaku apa apa pada si anak.

Semua orang rasanya tau kes semalam pasal budak yang jatuh dari ketinggian 5 tingkat di kenanga wholesale city. Video gambar bagai dah rancak di viralkan. Hope kita tak perlu jadi salah seorang yang memviralkannya lagi. Aku ada baca komen2 yang memaki hamun, mengutuk, mengeji & ada jugak masih berperasaan seorang insan yang mendoakan kesejahteraan buat si ibu yang mungkin sekarang ni dalam keadaan tertekan & rasa bersalah sangat dengan apa yang berlaku.

Semalam aku pun nak tidur terfikir pasal video tu terbayang andai tu anak aku.. Ya Allah rasa bayangkan pun aku tak sanggup macam mana la kalau kita yang berdepan dengan situasi macam tu. Besarnya tekanan untuk seorang ibu. Kalau betul pun dari kelalaian dia sendiri tak perlu kita jadi penghukum.. sebenarnya dia sendiri dah rasa terhukum dengan apa yang berlaku. Kita tak perlu menambah lagi beban rasa bersalah dia tu.

Cuma kita ambil iktibar dari apa yang berlaku. Sememangnya gadget melalaikan manusia. Tapi bukan salah teknologi cuma salah kita sendiri yang terlalu obses dengan teknologi. Kadang2 Allah nak bagi peringatan pada kita semua dengan menguji seorang hamba yang terpilih untuk hadapinya.


Memang ajal & maut Allah yang tentukan tapi tak bermakna kita tak perlu ambil langkah keselamatan untuk mencegah. Kalau berlaku jugak,takde la kita rasa bersalah sangat. Sekurang kurangnya kita dah cuba letakkan anak anak kita di tempat selamat.

Sudahlah.. berhenti menherdik si ibu. Sudahlah kehilangan anak jangan kita pulak jadi pembunuh ibunya. Perbuatan kita sekarang mungkin memberi tekanan besar pada si ibu & tak mustahil akan membunuh akal & iman si ibu. Bila akal & iman mati, risiko dia melakukan perkara yang bahaya akibat tekanan adalah lebih tinggi. Jangan jadi pembunuh akal & jiwa orang lain. Bagilah peluang untuk  dia perbaiki apa yang silap & menikmati hidup yang lebih tenang.

P/S : selagi belum di uji jangan rasa diri kita terlalu hebat


INILAH ARTIS VIRAL TERBARU

Artis Viral.. sapa pulak jadi retis viral ni. Ramai kalau aku nak list kan kat sini. Ramai dah yang berjaya jadi retis di sebabkan viral. Maka bertebaran la artis viral di alam maya. Siapa artis2 viral tu?


Tanpa kita sedar ramai dah orang di kenali sebab viral. Dah popular macam retis & ada yang jadi retis pun sebab video viral. Tak kira la perkara baik, perkara buruk & paling banyak perkara bodoh. Walaupun penggiat laman sosial ni tahu tak susah orang nak sebarkan sesuatu melalui media sosial tetap tak jadi pengajaran sebelum nak buat sesuatu. Bila dah berlaku benda2 buruk baru mengelabah macam tak cukup tanah...

Terbaru video seorang yang mempertikaikan hukum hudud & islam.. Dalam video kemain lancang kuning. Riak muka kemain bangga & confident tapi sekali kena hentam lari nyorok celah ketiak mak.. Yang best bapak dia pun tak nak kalah. Nak jugak jadi selebriti viral.. Tampil menyokong perbuatan anak dia.. Hope mak dia tak join sama la. Kang anak beranak kena viral pulak... dah macam kena penyakit berjangkit.

Sekadar minta maaf sebab takut pada kecaman manusia je

Bodoh sebenarnya bukan satu dosa sangat tapi yang jadi silap bila kita rasa bijak sehingga memperbodohkan diri. Kebanyakkan yang educated sekarang ni suka buat benda yang memperbodohkan diri & mengundang kemarahan ramai. Gamaknya terlampau pandai tak tau nak guna kebijaksaanan tu sampai jadi bodoh balik. Bila dah terlalu pandai banyak benda pulak jadi pertikaian.. kenapa tu.. kenapa ni.. berbanding tak berapa berpelajaran tinggi ni.. kadang tindakkan orang tak berpendidikan tinggi lebih bijak & selamat dari golongan bijak pandai. Contoh.. video viral yang mempertikaikan hudud.. Pejadah kau nak mempersendakan hukum agama kau sendiri melainkan kau sendiri tak percaya pada agama kau. Memang skrip orang lain sediakan tapi kalau kau sanggup membaca skrip tu bermakna kau mempersetujui apa yang di tulis. Betul yang tak mempertikai pun bukan semua ikut apa agama suruh tapi tidak la sampai menyatakan secara terangan seolah2 hukum agama tu tak betul atau tak relevan di guna pakai. Aku yang tak berapa solehah ni pun.. nampak kau bodoh sebab kau sengaja tempah neraka dunia. Perbezaan pendapat tu tak salah & tak jadi masalah tapi ada isu yang boleh di pertikaikan & ada isu sangat sensitif kalau di sentuh.. So, kalau rasa diri tu bijak pandai2 la bezakan apa yang boleh & tidak.

Moral of the story jangan buat sesuatu sebelum mengkaji takut kita terlanjur dalam perbuatan, padah jawabnya. Hope golongan Artis Viral benda2 bodoh ni tak di ternak dengan berleluasa di alam maya.. Hope spesis ni di racun & di hapuskan dengan segera sebelum dia menjadi virus dalam otak golongan muda yang rasa.. nak popular senang.. buat benda bodoh atau buat benda yang berisiko kena kecam, confirm ramai yang memviralkannya & seterusnya di kenali ramai.

P/S : jangan salahkan racun yang membunuh tapi kena tahu kenapa racun bertindak kalau tak ada yang menternak. Jangan salahkan golongan mengecam kalau kita tak timbulkan isu. Simple! Kadang2 kita adalah punca pada orang lain melakukan kesalahan. Contoh sebab video ni muncul ugutan & orang yang ugut pun berisiko di kenakan tindakkan undang2. Kalau isu ni tak timbul.. maka tiada yang mengugut. Punca ugutan berlaku adalah kerana emosi mereka terganggu dengan kata2 yang di hamburkan dalam klip video tersebut walau niat nak melakukan tu takde pun.. Kesimpulannya video tu adalah punca segala masalah yang orang lain buat.
** betul bukan dia saja yang terlibat malah banyak individu yang terlibat dalam penghasilan video tu tapi satu benda bodoh kau yang jadi hos. Sapa suruh cari pasal**


KAU SUKA ORANG EDIT MAK BAPAK KAU BERBADAN BABI

Tu dia.. hot & spicy tajuk entri dengan soalan kau suka? Dah tentu takde yang jawab suka,kan? Sentuh bab mak bapak ni kadang2 lebih sensitif dari orang sentuh pasal diri kita, kan? Ada orang kita boleh hina dia sampai ke urat saraf paling halus tapi sentuh atas kulit mak bapak dia je pun dia sanggup berbunuh sebab nya benda yang takde jual & cuma satu dalam dunia ni adalah mak bapak.

Asal nak menghina atau cerca mesti babi.. babi lagi mulia dari spesis yang suka membabikan orang ni.

Semalam ternampak satu post gambar DS Rosmah isteri kepada perdana menteri kita di edit berbadan haiwan nampak macam babi.. teringat aku Almarhum TG Nik Aziz pun pernah gambar dia di edit macam tu. Tujuan dia semua orang tahu untuk menghina.. Ni semua atas dasar perbezaan fahaman politik. Yang buat dah tentu bukan di kalangan orang2 kat atas.. tapi politikus2 takde masa depan yang taksub pada parti yang di sokong.

Kalau kita melihat mereka2 yang di hina dengan cara macam tu sebagai seorang individu memang kita takde rasa kesian.. Cuba melihat dia sebagai seorang ibu atau bapak orang lain.. Dan bayangkan orang buat macam tu kat mak bapak kau! Kau fikir semua orang suka mak bapak kau ke even kau sayang mak bapak kau! Kalau orang tak suka mak bapak kau hina mak bapak kau dengan cara macam tu, kau rasa kau happy ke tak? Kau rasa bangga ke tak? Macam tu perasaan orang lain tengok mak bapak dia di hina macam tu. Tak tau la kalau kau jenis anak memang suka orang aniaya mak bapak kau..

Orang yang taksub ni bukan jer bila terjebak dalam politik negara je jadi tak berapa manusia.. kalau dalam apa2 perkara pun kalau taksub memang hati lebih di kuasi nafsu dari akal maka tindakkan macam fikir guna tapak kaki bukan otak. Orang yang fikir guna tapak kaki ni memang layak kena pijak je. Jadi.. berpada2 lah dalam menyatakan sokongan pada sesuatu atau seseorang tak payah over sangat. Mati esok orang yang korang sanjung tu tak tolong bagi jawapan dalam kubur.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com