INILAH ARTIS VIRAL TERBARU

3/21/2015 08:05:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

Artis Viral.. sapa pulak jadi retis viral ni. Ramai kalau aku nak list kan kat sini. Ramai dah yang berjaya jadi retis di sebabkan viral. Maka bertebaran la artis viral di alam maya. Siapa artis2 viral tu?


Tanpa kita sedar ramai dah orang di kenali sebab viral. Dah popular macam retis & ada yang jadi retis pun sebab video viral. Tak kira la perkara baik, perkara buruk & paling banyak perkara bodoh. Walaupun penggiat laman sosial ni tahu tak susah orang nak sebarkan sesuatu melalui media sosial tetap tak jadi pengajaran sebelum nak buat sesuatu. Bila dah berlaku benda2 buruk baru mengelabah macam tak cukup tanah...

Terbaru video seorang yang mempertikaikan hukum hudud & islam.. Dalam video kemain lancang kuning. Riak muka kemain bangga & confident tapi sekali kena hentam lari nyorok celah ketiak mak.. Yang best bapak dia pun tak nak kalah. Nak jugak jadi selebriti viral.. Tampil menyokong perbuatan anak dia.. Hope mak dia tak join sama la. Kang anak beranak kena viral pulak... dah macam kena penyakit berjangkit.

Sekadar minta maaf sebab takut pada kecaman manusia je

Bodoh sebenarnya bukan satu dosa sangat tapi yang jadi silap bila kita rasa bijak sehingga memperbodohkan diri. Kebanyakkan yang educated sekarang ni suka buat benda yang memperbodohkan diri & mengundang kemarahan ramai. Gamaknya terlampau pandai tak tau nak guna kebijaksaanan tu sampai jadi bodoh balik. Bila dah terlalu pandai banyak benda pulak jadi pertikaian.. kenapa tu.. kenapa ni.. berbanding tak berapa berpelajaran tinggi ni.. kadang tindakkan orang tak berpendidikan tinggi lebih bijak & selamat dari golongan bijak pandai. Contoh.. video viral yang mempertikaikan hudud.. Pejadah kau nak mempersendakan hukum agama kau sendiri melainkan kau sendiri tak percaya pada agama kau. Memang skrip orang lain sediakan tapi kalau kau sanggup membaca skrip tu bermakna kau mempersetujui apa yang di tulis. Betul yang tak mempertikai pun bukan semua ikut apa agama suruh tapi tidak la sampai menyatakan secara terangan seolah2 hukum agama tu tak betul atau tak relevan di guna pakai. Aku yang tak berapa solehah ni pun.. nampak kau bodoh sebab kau sengaja tempah neraka dunia. Perbezaan pendapat tu tak salah & tak jadi masalah tapi ada isu yang boleh di pertikaikan & ada isu sangat sensitif kalau di sentuh.. So, kalau rasa diri tu bijak pandai2 la bezakan apa yang boleh & tidak.

Moral of the story jangan buat sesuatu sebelum mengkaji takut kita terlanjur dalam perbuatan, padah jawabnya. Hope golongan Artis Viral benda2 bodoh ni tak di ternak dengan berleluasa di alam maya.. Hope spesis ni di racun & di hapuskan dengan segera sebelum dia menjadi virus dalam otak golongan muda yang rasa.. nak popular senang.. buat benda bodoh atau buat benda yang berisiko kena kecam, confirm ramai yang memviralkannya & seterusnya di kenali ramai.

P/S : jangan salahkan racun yang membunuh tapi kena tahu kenapa racun bertindak kalau tak ada yang menternak. Jangan salahkan golongan mengecam kalau kita tak timbulkan isu. Simple! Kadang2 kita adalah punca pada orang lain melakukan kesalahan. Contoh sebab video ni muncul ugutan & orang yang ugut pun berisiko di kenakan tindakkan undang2. Kalau isu ni tak timbul.. maka tiada yang mengugut. Punca ugutan berlaku adalah kerana emosi mereka terganggu dengan kata2 yang di hamburkan dalam klip video tersebut walau niat nak melakukan tu takde pun.. Kesimpulannya video tu adalah punca segala masalah yang orang lain buat.
** betul bukan dia saja yang terlibat malah banyak individu yang terlibat dalam penghasilan video tu tapi satu benda bodoh kau yang jadi hos. Sapa suruh cari pasal**

4 comments:

  1. budak skrg smua pnda tapi xleh nk fikir dgn betul..main sedap mulut je ckp..

    ReplyDelete
  2. Memang selalu macam ni. Bila bercakap tak ingat lansung siang dan malam. Bil adikecam, barulah nak minta maaf.

    ReplyDelete
  3. Over pandai inilah dia..

    ReplyDelete
  4. Zaman sekarang ni apa pun senang nak diviralkan especially benda yang nampak bodoh. Otak kurang berfikir dan bercakap lepas, beginilah jadinya. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur. Kalau dah terlajak kata, silalah tanggung. Siapa suruh cakap tak berfikir dulu, kan...

    Akak baru je tengok video ni. Yalah, kita selalu dok atas pagar. Bukan suka sangat dok atas pagar berduri ni tapi adakalanya kita rasa macam orang bodohlah kalau terlalu taksub sangat dengan sesuatu. Macam lalang, ikut je mana nak lentuk *_*

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com