'DRIVE THRU' BUANG SAKA.Assalammualaikum.. salam satu malaysia dari kak ton ton bak. Makyung dedek. Tu dia mukadimah ala ala founder produk gitu. Manatau aura founder melekat kat den..jadi founder kaya raya & berjaya dunia akhirat macam ustaz ebit liew tu kan... Doa baik baik.. Moga jadi baik.ye dak??
Apa cerita ni buang saka drive thru ja.amboi ingat restoran fast food, swab test je ada drive thru. Nak buang saka pun boleh drive thru jugak je. Kat mana tu gamaknya tempat buang saka drive thru.
Sejak semalam dok viral satu video yang menunjukan seorang wanita di dalam sebuah kereta berhenti tepi jalan atas jambatan sebuah sungai besar membuang sesuatu ke dalam sungai tu. Cara dia tu cuma keluarkan separuh badan melalui tingkap kereta kemudian membaling satu bungkusan yang pada mulanya netizen ingat sampah.
Lepas jadi viral tuan punya badan tampil memohon maaf di atas perbuatan dia. Katanya dia baru balik dari membuat rawatan tradisional dan yang di buang tu katanya saka.
Amboi buang saka cara pandu laju yer makcik. Kelass you makcik mencipta satu revolusi baru membuang saka. Lepas ni maybe sungai sungai tepi jalan raya macam tu akan menjadi port drive thru untuk buang saka pulak.
Tu dia saka kau.. jangan nanti ada yang jumpa saka terbuang pi kutip pulak. Kalau ikut amalan orang dulu dulu memang cara macam tu la depa buang saka. Tapi tak la drive thru. Depa pi sungai ka laut ka.. depa peranyut (buang) saka. Sebab tu kalau jumpa apa apa benda pelik jangan kutip bawa balik. Kalau hangpa pernah tonton filem jangan pandang belakang.. begitu la akibat bila kutip barang yang jumpa tepi laut atau sungai. Last last saka buangan tu mengganggu. Tapi makcik ni tak tau la betul ke tak.. Tapi kalau betul ada saka buang la guna rawatan Islam. Islam ada cara yang lebih baik dari main campak campak je ikut suka hati. Kita tak boleh menidakan kewujudan saka ni sebab orang dulu banyak berdamping dengan saka untuk tujuan menjaga harta, keturunan & untuk memudahkan aktiviti mereka mencari rezeki macam masuk hutan belantara bagai. Tapi orang dulu jahil.. didikan agama pun kurang. Kita jangan la ikut pulak kalu tahu benda tu khurafat & berdosa.
Apapun nak buang saka pun tak payah la buat macam tu. Kan dah jadi viral. Silap haribulan kena saman sebab di anggap buang sampai ke sungai. Mencemarkan air. Kami orang selangor dah la selalu kena gangguan air.. maybe punca orang dok buang saka dalam sungai la kot. Kekekeke..
Moral of the story.. benda yang berlaku ni jadikan pengajaran. Tak kira la nak buang saka ke sampah ke ingat zaman teknologi ni camera semua atas tapak tangan. Banyak mata memerhati melalui lensa camera. Bahaya sebab rakaman tu boleh tersebar. So nak buang apapun buang la secara berhemah
VIDEO! BUDAK TADIKA PASTI TOLAK TERIMA HADIAH BEG FROZEN. Dah hujung tahun sesetengah sekolah buat majlis penyampai hadiah kecemerlangan murid..ada sekolah di kawasan berisiko tinggi mungkin tak ada la kan. Kita sekarang masih dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan covid-19. Nak nak katanya sekarang ada mutasi baru yang virus jadi lebih cepat merebak. Lagi la tidak di galakan sebarang majlis di adakan. Statistik kes harian pun masih 4 angka.
Tertengok kat tiktok satu majlis kecemerlangan murid yang di adakan oleh sebuah tadika Islam (PASTI). Tapi yang ni tahun 2019 punya majlis yer. Bukan 2020. Rasanya untuk 2020 tak ada kot di buat majlis hari kecemerlangan murid. Bertabah lah yer anak anak.
Yang mencuit hati seorang murid lelaki menolak dari menerima hadiah berupa beg bercorak kartun frozen. Boleh tengok pada video di bawah.
Hangpa pun.. tercabar tau ego lelaki bagi beg pompuan macam tu. budak budak sekarang dah pandai. Kalau ye pun jangan la bagi corak lukisan muka elsa tu kat budak lelaki. Hilang macho dia. Kekekeke..
Moral of the story.. nak bagi hadiah pun pastikan sesuai mengikut jantina yer. Atau bagi yang jenis unisex. Jangan ingat budak tadika sekarang tak ada taste ok.
VIDEO! KUAH BAKSO DI RENDAM SELUAR DALAM SEBAGAI PELARIS. Masa kecil kecil dulu ada juga dengar cerita pasal pelaris guna seluar dalam ni. Tapi sebelum tu biarlah eden terangkan dulu apa itu pelaris. Mungkin ada yang tak faham, terpinga.. tertanya.. di dalam dilema pulak kan.
Pelaris tu adalah satu perbuatan sihir yang di gunakan untuk melariskan perniagaan. Of course la syirik & khurafat. Benda benda sihir ni memang akan guna bantuan jin. Tak ada istilah magic tanpa unsur khurafat kat situ.
Berbalik pada cerita pelaris guna seluar dalam ni.. kebanyakan orang berniaga makanan la. Dulu pernah dengar ada orang jual laksa dia balut penutup buyung dengan seluar dalam untuk jadikan pelaris. Memang laris la jualan dia tu.
Ni tertengok kat tiktok satu video perempuan jual bakso guna pelaris seluar dalam. Dia lagi win.. dia rendam seluar dalam dia dalam periuk kuah bakso tu. Kau bayangkan laki yang record tu tahu selepas dia dah kenyang makan bakso?? Hangpa bayangkan la.. kalau tak sabar mau mandi jugak perempuan tu dengan kuah bakso. Boleh tonton di video kat bawah
Kita bila letak pergantungan dengan jin & syaitan macam tu la. Sedangkan yang memberi rezeki tu Allah. Apapun agama semua ajar benda yang sama kot. Dok buat perkara syirik & khurafat kalau menjadi pun tetap dengan izin Allah.. Sama juga kau berdoa kalau Allah kata tu rezeki kau tetap la rezeki kau.
Walaupun dah nak habis tahun 2020 tapi benda benda macam ni tak pernah habis. Masih ada yang mengamalkan di era moden. Semua dengan satu sebab.. untuk nikmati hidup senang dengan cara pantas.
Moga kita terhindar dari terpedaya dengan hasutan iblis yang ingin menyesatkan manusia.
RAKAMAN VIDEO ISSEY & SABRI YUNUS TROLL ISU JANTINA SAJAT DALAM RANCANGAN BINTANG MENCARI BINTANG. Eden ni bukan la follower rancangan realiti TV sangat. Kadang kadang tertengok secara tak sengaja. Malas nak adjust area TV untuk channel lain.. Tengok je la TV apa yang clear katanya. Almaklum la rumah den takde piring esterok mahupun melanggan NJOI ke hapa jauh sekali berani pasang Antena Parabola kat Malaysia ni.. Kang ke dalam pulak kami anak beranak kan.
Semalam sesambil nak tunggu tertido selepas selepas urusan2 wajib tu.. Tengok juga rancangan bintang mencari bintang. Masa tertengok tu Giliran Issey buat persembahan.. Artis jemputan dia semalam Sabri Yunus. Seronok juga bila Otai Lawak bergabung dengan pelawak baru atas pentas dengan loghat kelate demo hok pekat tu kee.. Tu dia tetiba lekatlekit jadi orang kelantan. Bukan apa kena practice tak lama lagi kena pergi kelantan. kekekeke
Tak tau apa tajuk persembahan depa tu.. Tapi memang terkejut juga la Isu Jantina Sajat jadi Troll dalam persembahan depa tu. Siap JAKIM tu kena sarcasm juga tu. Bermula dari pantun Issey yang bertanya sajat lelaki ke perempuan dalam Loghat kelantan. Lepas tu di balas Sabri Yunus.. Katanya kalau semua masalah dia nak kena selesai baik dia jadi menteri hahaha. Lepas tu dia tambah lagi dalam bentuk pantun balik mempersoalkan Sajat lelaki ke perempuan. Di balas dengan pantun Issey katanya nanti dia jumpa sajat dia tanya sendiri. Lepas tu sabri yunus pulak balas pantun.. katanya kalau dapat jawapan esok, tak payah tunggu sebulan lagi. Hahahahaha. Nak senang paham hangpa tengok je la rakaman episod semalam kat video kat bawah ni..
Gila semua terlibat dalam Isu Jantina sajat ni kena Troll termasuk JAKIM yang pernah keluarkan kenyataan akan umumkan keputusan Jantina sajat sebulan lagi.
Gila berani.. Erkk.. kalau Troll orang macam tu kat TV tak kena saman yer. Den sarcasm dalam blog pun kena saman ni pulak retis yang buat macam tu. Pengaruh Artis & stesen TV ni rasanya lagi besar dari blogger picisan macam lekatlekit.com ni kan.. hehehehe
Tapi depa retis so backup pun kuat berbanding den ni hanya ikan bilis sahaja. Orang nak buli pun senang ye dak.. Alolo.. siannya den. hahahaha
Apapun memang persembahan Issey & Sabri Yunus semalam agak menghiburkan. Apapun Good luck untuk semua peserta rancangan bintang mencari bintang musim ni. Kalau minggu depan tertengok lagi den bagi la komen hahahaha
VIRAL DAVID TEO KENA TAMPAR, SEMUA SEBAB MASING2 KURANG AJAR. On je FB hari ni kecoh semua orang cakap pasal tampar. Mula2 malas nak ambil tahu isu2 viral memandangkan keadaan diri yang kurang sihat. Tapi lepas makan ubat rasa macam sihat sikit layan buletin 1.30 kat tv3 ada jugak isu david teoh kena penampar dengan pelawak yang di kenali sebagai Mat Over tu. Sedutan video tu pun ada di tayangkan jugak.
Bila aku tengok memang aku setuju David Teo kena penampar sebab cara dia bercakap agak kurang ajar. Ada aku baca dari akhbar online katanya dia merampas mic dari pengacara majlis, Dato Rosyam Nor. Tu pun kurang ajar jugak. Bukan sebab aku sokong kepimpinan Dato Seri Najib.. Tapi walau macam mana pun kita tetap kena respect. Tak bermakna aku setuju David Teo kena penampar aku sokong perbuatan Mat Over tu..
Memang david teo agak kurang ajar tapi cara mat over bertindak pun boleh di lihat sebagai tindakkan kurang ajar kerana mencetuskan kekecohan & tak menghormati majlis yang sedang berlangsung. Walau marah macam mana sekalipun.. kekasaran bukan penyelasaian yang terbaik.
Dalam video ni pun dengar pengacara majlis pun cakap dia memang kurang ajar. Sapa dia tak tau la kan. hehehee
Ada juga yang kata drama je semua tu.. Semua dah di rancang. Tak tau la orang gila mana rancang kejadian macam tu dalam majlis yang melibatkan pemimpin negara. Mentang2 yang hadir kebanyakkan orang yang terlibat dalam industri hiburan tak semestinya apa yang berlaku drama yang telah di rancangkan. Yang pasti dari pandangan mata aku.. Aku tak terfikir benda ni drama.. Mat Over tu pun memang pernah ada isu bergaduh masa perlawanan bola antara artis dulu. So, memang dia ada sikap baran kot...
Apapun David Teo memang dah terkenal dengan mulut dia yang cakap ikut sedap jer.. Dengan penampar macam tu hope lepas ni dia lebih reti belajar beradab bercakap dalam majlis2 rasmi macam tu. Tak payah nak terpekik terlolong sangat.
Moral of the story... David Teo, jangan sombong & angkuh. Mat over jangan over. hehehehe
SERAM! BALAI POLIS BANDAR HILIR MELAKA BERHANTU? Tu dia.. jarang2 ada kisah seram berkaitan balai polis yang masih beroperasi. Sapa kata walaupun banyak hero2 gagah perkasa yang bekerja kat situ cik Hantu tak berani buat onar.. Dia bukan lut pun kena tembak dengan senjata api kan.. So, ada dia kesah nak sakat abang2 polisi katanya.
Rasanya cerita ni dah jadi viral tapi aku baru terbaca kat harian Metro tadi pasal kes tetiba pintu kaca balai polis bandar hilir yang katanya terbuka sendiri. Sebelah terbuka masuk ke dalam balai. Yang sebelah lagi terbuka kearah luar balai Kemudian salah satu daripadanya pecah tak tahu punca. Kejadian berlaku kira kira pukul 4.21 pagi 6 april.. kejadian dua hari lepas la. Time2 macam tu kalau korang jenis selalu baca kisah2 seram memang antara time kemuncak kalau nak berlaku apa2 gangguan berkaitan makhluk halus ni. Memang selalunya time sebelum subuh. Kang subuh satgi hantu pakat lari balik rumah dah. Kira time2 macam tu time depa dok merayap tak ketahuan hala la jugak. So sapa2 yang jenis kutu rayap tengah malam tu.. Kira geng depa jugak la kan...
Video rakaman cctv semasa kejadian
Memang di sahkan oleh ketua Polis melaka ada kejadian pintu kaca pecah kat balai polis tu cuma dia anggap mungkin di sebabkan angin. Kuat jugak angin boleh tolak pintu kaca macam tu kan.. Dah tu dia tolak dua pintu kaca dalam dua arah berbeza pulak tu. Angin apa gamaknya yer... Angin kus kus ke angin bayu membawa diriku.. sepintas lalu ku terkenangkan mu.. Ops.. ternyanyi pulak. Asal tulis cerita seram je mesti nak ternyanyi. hahahahaha
Cara dia pecah tu kalau nak salahkan angin.. Memang tak berapa logik. Takkan angin bertiup dalam dua arah berbeza kat satu tempat. Rasanya balai tu kena buat majlis tahlil & bacaan Yasin kot bagi mengelakkan sebarang gangguan yang mungkin boleh menganggu petugas petugas kat situ. Susah jugak kalau asyik kena kacau nak2 lagi yang duty shift malam ni.. Even polis pun.. Bab makhluk halus ni.. berdiri jugak bulu romanya pak! Walau tak sampai terkincit dalam seluar sekalipun. Gangguan makhluk halus ni mana boleh halau & halang dengan senjata api.. kau acah2 pistol dengan gari dia tak heran pun katanya. So, kena ada aktiviti keagamaan jugak la.
Moral of the story.. hope abang abang & kakak kakak polis bertabah la menjalankan tugas. Saja ja tu dia ucap salam perkenalan. Maybe baru sampai nak tumpang tidur dalam lokap kot. hehehehe
PERLU KE TAYANG KEPADA UMUM VIDEO SEMASA NAK BERSALIN. Kalau zaman dulu.. Zaman beranak dengan bidan kampung. Masa nak beranak tu habis semua mak bidan halau kecuali mungkin sorang yang membantu dia untuk uruskan orang nak bersalin tu. Habis tutup ni.. Supaya orang lain tak nampak. Betapa orang dulu - dulu sangat menjaga 'malu' tu.
Tapi zaman sekarang kalau hospital tu izinkan aci boleh sekampung dia nak bawa masuk dalam LR. Nasib baik la hospital kalau kerajaan ni hanya suami je la boleh temankan isteri selebihnya petugas2 perubatan macam Nurse & doktor je la. Kalau hospital private ni tak tau la boleh masuk beramai ramai ke tidak... Almaklum la aku cuma ada pengalaman sekali je beranak kat hospital kerajaan. Tu pun aku rasa service dah cukup baik.. Tak payah nak spent duit banyak2 nak bayar kos bersalin kat private hospital. Mungkin nasib aku juga.. Allah permudahkan & masa tu di bantu oleh orang2 yang baik.
Baru2 ni viral sebuah video menantu tiri kepada seorang artis terkenal nak bersalin. Memang la video tu tak tunjuk semua.. Tunjuk part2 yang masih lulus untuk tayangan umum jer. Part muka dok teran nak beranak.. Muka dok tahan sakit.. muka menangis lepas anak lahir.. siap nampak ok kemaluan anak dia. Mungkin depa urban kot.. Tapi kalau aku memang tak la kan nak tunjuk muka aku nak meneran.. muka dok tahan sakit bagai.. Mau aku tutup habis account media sosial kot malu. Yelah.. tak sama. Aku gambar muka sendiri pun jarang sangat nak upload kan.. Apatah nak upload video masa nak beranak.
Record moment tu bagi aku sweet la. Kalau yang ada kemudahan tak salah nak buat benda yang sama. Buat & simpan la moment tu baik baik sebab ia sangat berharga ok! Zaman dulu tak ada kemudahan macam sekarang, Tak salah kita nak guna teknologi menyimpan kenangan macam tu. Benda tu nanti boleh tunjuk kat anak anak.. Macam mana struggle seorang ibu nak lahirkan mereka. Tapi video2 macam tu aku rasa patut jadi benda yang privacy kot.. Tak perlu nak sebarkan pada orang lain. Sekarang ni depa masih mengamalkan hidup ala2 western kan.. Mana tau satu hari dah dapat hidayah, berhijrah kearah yang lebih baik. Benda2 tu aku rasa mungkin jadi benda yang mereka menyesal buat. Dalam keadaan yang sepatutnya orang tengok kan.. Aku pun bukan baik. Bukan jenis bertutup litup sangat tapi fikir jangka masa depan. Bila benda ni dah ada dalam google search sampai bila bila pun orang boleh cari.
Apapun tengok ramai yang touching tengok video tu.. Yelah.. orang kita memang macam tu suka touching dengan macam macam perkara yang jadi viral kat media sosial tapi setakat tu la touching dia pun. Lepas tu dia tak ingat pun yang dulu mak dia nak beranak kan dia pun susah macam tu jugak. Mak baru cakap sepatah.. Dia dah high pitching kat mak dia katanya. Jadi.. kadang2 video2 macam tu memang tak bagi apa2 impak kepada manusia yang jenis acah acah termotivasi.. terinspirasi bagai tu. Jenis acah acah ni.. sampai bila2 pun dia sekadar acah acah je kan... hikhikhikhik. P/S : ramai akan judge entri ni sebagai dengki. Biasa la tipikal orang kita katanya.. hehehehe
FYNN JAMAL DI KECAM ISU JANGAN SOLAT SEPERTI ANJING. Tertarik pulak aku dengan kontroversi yang semakin viral tentang Fynn Jamal ni.. Actually bukan la aku nak komen pasal kenyataan berani dia tentang solat tu.. Cuma tertarik dengan teguran seorang ilmuan alim dan faqih terhadap Fynn Jamal & juga nitezen yang mengecamnya..
Satgi orang tak paham pulak kes apa solat macam anjing bagai ni.. Bagi yang tak ikuti kontroversi tu aku story sikit la yer.. Bukan nak mengaibkan Fynn Jamal ke sesapa.. Sekadar nak bagi jelas apa yang berlaku. Fynn Jamal memuat turun 1 video menerangkan cara solat yang betul. Dalam video tu dia dengan yakin cakap.. Solat lelaki & wanita adalah sama. Cara kita solat selama ni adalah salah.. Sebab masa nak sujud tu kita kepitkan ketiak kan.. Sebab terlalu yakin keluarkan fatwa konon cara tu salah maka Fynn Jamal di kecam. Yang pasal Solat macam anjing tu.. Dia mengaitkan dengan hadis Rasullullah katanya.. mengumpamakan solat macam tu solat macam anjing.. Alahai.. macam tak best pulak aku rasa nak tulis balik statement Fynn Jamal ni.. Korang tengok sendiri la video kat bawah ni..
Sebab terlalu yakin mengeluarkan fatwa sendiri.. Maka buat sekian kali Fynn Jamal di kecam. Tampil membetulkan kenyataan Fynn Jamal tu seorang ilmuan alim dan faqih.. Boleh baca penjelasan beliau kat bawah ni..
Ramai yg minta pada siapa saya tujukan status ptg tadi. Ni, ha mari kita dgq dulu penjelasan akak Fyn Jamal. Dia kata solat lelaki dan perempuan adalah sama. Dia menggunakan dalil hadith tapi tak kena pada tempatnya. Bukan nak serang tapi nak terang supaya kita tak terpengaruh! Semoga Allah berikan kefahaman yg benar pada Akak fyn Jamal dan kita semua.
Mari kita dengarkan penjelasan daripada ustaz yg benar2 ustaz dan mengaji.
Daripada Ustaz Abdul Rahman Dan Zaujah.
SOLAT ORANG PEREMPUAN.
Ada satu video yang dikongsikan oleh rakan-rakan di mana dalam video tersebut, ada seorang artis mengatakan dengan tegas bahawa solat orang perempuan sama seperti solat lelaki sehinggakan kalau sujud pun tak payah nak rapatkan ketiak. Artis tersebut dengan penuh confident mengatakan bahawa perbuatan merapatkan ketiak tu SALAH.
Baik. Sekarang kita tengok, apakah pandangan EMPAT MAZHAB dalam hal ini:
M A Z H A B H A N A F I :
Disebutkan dalam Kitab Al-Durr Al-Mukhtar:
( والمرأة تنخفض ) فلا تبدي عضديها ( وتلصق بطنها بفخذيها ) لأنه أستر ، وحررنا في الخزائن أنها تخالف الرجل في خمسة وعشرين .
"Dan (ketika sujud) wanita hendaklah lengannya diturunkan / direndahkan (ke lutut) supaya dia tidak menzahirkan kedua lengannya. Dan hendaklah dia MERAPATKAN perutnya dengan kedua pehanya kerana yang demikian itu lebih tertutup. Dan kami telah tulis dalam Al-Khazain (mungkin nama kitab Hanafi) bahawa (solat) wanita berbeza dengan lelaki dalam 25 perkara".
M A Z H A B M A L I K I :
1) Kata Ibnu Abi Zaid Al-Qairawani dalam Matan Al-Risalah (matan muktabar dalam fiqh Mazhab Maliki):
وهي في هيئة الصلاة مثله غير أنها تنضم ولا تفرج فخذيها ولا عضديها.
"Dan keadaan wanita dalam solat ialah seperti orang lelaki, cuma wanita MERAPATKAN dan tidak meluaskan kedua pehanya dan KEDUA LENGANNYA".
2) Kata pengarang Al-Syarh Al-Kabir:
أن المرأة يندب كونها منضمة في ركوعها وسجودها
"Bahawasanya wanita disunatkan MERAPATKAN (anggota badannya) ketika rukuk dan sujudnya"
Kemudian Imam Al-Dusuqi menghuraikan maksud kalam di atas dalam Hasyiah-nya:
أي بحيث تلصق بطنها بفخذيها ومرفقيها بركبتيها
"Iaitu: wanita hendaklah MERAPATKAN perutnya dengan pehanya, dan sikunya dengan lututnya".
M A Z H A B S Y A F I E :
1) Untuk Mazhab Syafie, kita bagi Matan Abi Syuja' je lah:
والمرأة تضم بعضها إلى بعض.
"Dan wanita MERAPATKAN anggotanya antara satu sama lain".
2) Atau kalau nak rujuk Imam Syafie terus pun boleh. Kata beliau dalam Kitab Al-Umm:
والرجل والمرأة في الذكر والصلاة سواء ولكن آمرها بالاستتار دونه في الركوع والسجود بأن تضم بعضها إلى بعض
"Dan lelaki serta wanita adalah sama dalam hal zikir dan solat. Tetapi aku memerintahkan agar wanita menutup selain daripada apa yang dilakukan oleh lelaki ketika rukuk dan sujud, iaitu dengan MERAPATKAN sebahagian anggotanya dengan sebahagian yang lain"
M A Z H A B H A N B A L I :
Imam Ibnu Qudamah menyebutkan dalam matan Fiqh Hanbali yang masyhur yang bernama Al-Muqni':
والمرأة كالرجل في ذلك كله ، إلا أنها تجمع نفسها في الركوع والسجود
"Dan wanita sama seperti lelaki dalam semua hal tersebut, kecuali wanita menghimpunkan dirinya (merapatkan anggota badannya) ketika rukuk dan sujud".
K E S I M P U L A N :
Keempat-empat mazhab suruh wanita rapatkan lengan ketika sujud dan rukuk.
Sebagai tambahan, al-faqir ingin menyatakan beberapa perkara:
1. Saya bukan nak menyerang. Tapi cuma nak bagi terang. Supaya lepas ni jangan mudah menghukum salah.
2. Saya juga dengan rendah hati ingin menasihatkan artis tersebut agar mencari guru fiqh yang bermazhab dan bukan yang baru nak mula mencipta mazhab. Nasihat ini juga ditujukan kepada semua yang membaca tulisan yang tidak seberapa ini.
3. Akhir sekali, saya menolak sekeras-kerasnya perbuatan orang-orang yang mencaci artis tersebut. Sayangilah dia. Firaun yang jahat tu pun Allah suruh Nabi Musa dakwah dia dengan lembut. Kamu ingat si artis tu lagi jahat dari Firaun ke? Atau kamu rasa kamu lagi mulia dari Nabi Musa?
Akhukum fi Al-Sunnah,
Abdul Rahman Ibn Harman Shah Raniri Al-Azhari Al-Syafie.- Kredit Mohammad Muzani
Apa yang paling aku tertarik adalah teguran dia pada nitezen.. Aku anggap teguran untuk diri aku jugak la walau aku tak terlibat pun dalam isu Fynn Jamal ni. Cuma mungkin sebelum ni pernah termelakukan perkara yang sama kan.. Sejahat jahat manusia tu tidak la sejahat Firaun yang mengaku Tuhan. Jadi.. Mungkin Fynn Jamal tersilap dalam perkara ni kerana tidak merujuk dulu kepada mereka yang lebih arif & lebih berilmu tapi tak bermakna dia sengaja nak sebarkan fatwa songsang. Rasanya dia tak ada niat sampai macam tu kot...
Apapun semoga jadi pengajaran kepada kita semua.. Nak menyebarkan apa perkara sekalipun terutama berkaitan hukum hakam melibatkan agama ni.. Pastikan rujukan kita itu sahih supaya tidak tersebar apa2 fatwa, hadis atau petikan ayat2 Al Quran yang palsu.
Moral of the story.. Apapun yang baik jadikan pengajaran, yang buruk jadikan peringatan agar tidak tidak termelakukan perkara yang sama di zaman Viral ni.
INI SEBAB VIDEO PENGANTIN PEREMPUAN NYANYI DI HARI PERSANDINGAN JADI VIRAL. Jodoh tu orang kata rahsia Allah.. Kita takkan tahu siapa jodoh kita selagi jodoh tu tak sampai. Kita merancang jodoh kita tapi Allah yang memutuskan siapa jodoh kita. Memang kita boleh tulis ciri2 pasangan idaman kita tapi tak mustahil jodoh yang kita dapat tak semua memenuhi ciri yang kita mahukan..
Tadi tertengok Blogger cantik manis Namee Roslan share satu video nyanyian seorang pengantin perempuan kepada suaminya di hari persandingan mereka. Subahanallah.. suara dia memang sedap. Sampai ke hati feel sweet like kencing manis tu.. Nak2 lagi dia nyanyi lagu Ruth Sahanaya.. Kaulah segalanya. Lagu evergreen tu.. Antara lagu kegemaran aku jugak. Lagu tu pun dah memang romantik bangat katanya.. Di tambah la dengan kemantapan vokal orang yang bawa lagu tu.. Boleh terawang sampai langit ke tujuh.Tetiba je rindu laki sendiri ok hahaha.. Nasib baik laki sendiri kan? Kalau terindu laki si pengantin tu haru biru unggu kelabu jugak jadinya.. Jadi tak pelik la kenapa video tu jadi viral. Sebab.. suara dia memang betul2 menusuk hingga ke kelambu ok! Tak caya korang dengar sendiri kat video di bawah ni...
Boleh tonton video pengantin perempuan tu nyanyi kat sini
Walaupun orang kata tengok size badan pasangan tu sangat berbeza.. Mungkin ada yang terfikir mungkin perempuan tu kaya sebab tu laki tu kawen dengan dia bla.. bla.. bla.. Tak semestinya jugak. Lelaki yang elok size badanya.. Pilih perempuan berbadan besar sebagai pasangan hidup tak semua kerana harta perempuan tu ada. Dulu aku ada kawan yang dia memang lebih tertarik dengan perempuan yang berbadan besar.. Tu yang cantik & menarik pada pandangan mata dia. Badan sekeping macam model memang dia tak terliur langsung.
Tu la kan.. cantik pada setiap mata orang tak sama. Mungkin bukan sebab rupa atau fizikal mahupun material.. Tapi ketulusan seseorang menerima diri kita seadanya.. Sanggup bersama masa susah & senang pun boleh jadi salah satu faktor kita nampak seseorang tu memilih pasangan yang pada pandangan mata orang lain mereka macam tak sepadan.
Tapi kan.. Serius.. terlentok jugak ok aku dengar pengantin perempuan ni nyanyi. Feel sampai ke tulang sumsum katanya. Alahainya sweet.. Hope sweet mereka berdua ni sampai ke jannah la. Gemuk boleh kurus..yang tak cantik boleh cantik. Guna je benda Alah ni.. Namee Roslan pun pakai ok >> Ini Rahsia 4 Wanita Malaysia kelihatan Muda & cantik.. Termasuk Namee Roslan << Jadi tiada apa yang tak boleh di ubah kalau setakat gemuk atau tak cantik ni kan.. Even hati yang buruk pun boleh di ubah jadi baik kalau kita pandai mendidik. kekekeke
Moral of the story.. Cinta memang buta sebab kadang2 orang tak melihat dari pandangan mata kasar tapi melihat dari pandangan mata hati.
VIDEO PERSEMBAHAN FIENA DI PENTAS MENTOR MILENIA 2017 MINGGU KETIGA BUAT RAMAI PENONTON MENANGIS TERMASUK DATO HATTAN. Minggu ketiga pentas mentor milenia 2017 aku masih declare diri aku sebagai juri surirumah yang confident dok bagi komen setiap persembahan protege kat facebook. Aku tahu ada yang rasa annoying sangat bila aku buat macam tu.. Tapi pilihan di tangan sendiri la kan.. Kita boleh follow & unfollow.. Aku sesaja je nak memeriahkan majlis mentor milenia 2017 kat media sosial katanya. Alang2.. memang aku follow sampai minggu ketiga ni.. Aku komen je la...
Semalam.. Persembahan Usop bagi aku paling terbaik walaupun dia kalah dengan Elica maybe dari segi kemantapan Vokal. Sebab semalam Elica betul2 bawa lagu Mama Aku ingin pulang tu memang terbaik sangat. Cuma semalam Elica memang nampak mempertaruhkan Vokal semata mata sebab tak ada apa2 gimik dalam persembahan dia.. Macam Usop siap naik kapcai tu.. Paling tak boleh blah dia park betul2 depan Juri tetap, Dato Hattan kemudian nyanyi depan2 Dato Hattan kau..
#Elica nyanyi lagu Mama Aku Mahu Pulang.. Antara lagu yang orang suka nyanyi masa ujibakat.. Not bad persembahan Elica. Nampak malam ni Elica mempertaruhkan vokal semata mata.. Gud luck je la untuk Elica#ProtegeAkim#MentorMilenia2017#MentorMilenia
Semalam Usop bawa lagu Hang Pi Mana.. Menggunakan penari iringan kanak kanak yang berbaju sekolah. Memang menghiburkan persembahan usop semalam. Macam biasa Sorakkan untuk Usop seperti minggu2 sebelum ni memang lebih kuat berbanding protege lain. Aura usop memang sangat kuat untuk mentor milenia 2017 ni. Cayalah orang lunas!!
#Usop nyanyi lagu hang pi mana malam ni wei.. Rare persembahan usop malam ni naik kapcai lepas tu nyanyi depan muka Dato Hattan.. Vokal tak payah nak pertikai. Memang vokal usop masih terbaik. Penari latar budak2 sekolah rendah.. Memang persembahan usop betul2 terbaik malam ni..#teamUsop#MentorMilenia2017#MentorMilenia
Cuma kecewa sikit dengan persembahan Along semalam.. Nyanyian dia aku rasa memang dah ok sangat dia bawa lagu tiara tapi aku setuju dengan Dato Hattan dia nyanyi tak ada feel sebab mungkin Tomok suruh dia berlakon jadi orang gila atas pentas. Nampak Along memang kurang selesa untuk bawa watak sambil menyanyi. Berbanding persembahan dia minggu lepas.. Tak payah suruh dia berlakon ke hapa dia nyanyi lagu kekasih awal & akhir memang sangat2 terbaik & nampak dia mampu menjiwai lagu tersebut dengan baik. Aku rasa tomok ni kadang2 terlalu mendesak protege dia buat sesuatu perkara yang sebenarnya perlu masa mereka untuk belajar. Macam Along.. dia pemalu sangat. Dia boleh menyanyi dengan baik tapi kalau nak suruh dia berlakon dalam nyanyian memang nampak dia masih tak mampu. So, Bagi aku tomok memang suka ambil risiko.. Sebab tu semalam Along di Bottom 2.
#Along nyanyi lagu rock kapak malam ni, Tiara. sekarang aku dah#TeamAlong sebab aku rasa dia ada potensi jadi juara Mentor Milenia tahun ni.. Wah.. Budak pemalu ni nyanyi sambil berlakon Malam ni. Jadi banduan. Lagu Tiara ni memang rasa lagu2 yang matching dengan vokal Along.. Macam tak ada masalah sangat dia nak bawa lagu2 macam ni. Tapi aku setuju dengan Juri Tetap Dato Hattan.. dia nyanyi malam ni memang tak ada feel. Persembahan dia minggu lepas lebih baik dari minggu ni#ProtegeTomok#MentorMilenia2017#mentormilenia
Qalisya.. Hope lepas ni please jangan pakai skrit pendek dik Ooi.. Bukan nak kutuk atau hina fizikal awak tapi better awak sembunyikan betis awak tu ok! Bukan kata tak cantik cuma tak berapa menarik mata memandang hehehehe..
#Qalisya nyanyi lagu listen. Antara Favorite lagu aku tu.. Ada part terkuncil. Enjoy jugak persembahan Qalisya even aku rasa penyanyi asal dia nyanyi lagi baik hahaha.. hope Qalisya tak pakai skrit pendek.. nampak betis besar hehehhe #protegeTomok#mentormilenia2017#mentormilenia#TeamAlong#TeamUsop
Yang lain - lain korang boleh baca komen kat bawah ni...
#Syeera nyanyi lagu hi hi bye bye... dia nyanyi ok tapi aku macam tak minat persembahan dia. Aku rasa macam dia merewang sangat atas stage. hahaha.. Apapun vokal dia power.. dia nyanyi lagi baik dari penyanyi asal lagu ni #ProtegeBlack#MentorMilenia2017#MentorMilenia
Minggu ni Juara mungkin Usop kot. Elica pun nampak ada peluang jadi juara minggu ke 3 ni. Yang mungkin tak berapa selamat Balqis, Qaleesya.. Tu cuma ramalan aku jer belum tentu benar belaka hahaaha#MentorMilenia2017#MentorMilenia#TeamUsop#TeamAlong
Juara mingggu ketiga Mentor Milenia 2017 #Elica.. Tahniah
Apapun.. Mentor Milenia sepanjang 3 minggu ni rasa macam tak boleh nak ramal siapa bakal menang walau dari segi supporter memang nampak Usop lebih banyak supporter tapi dari segi persembahan selama 3 minggu ni nampak kejutan demi kejutan dari semua protege. Minggu pertama Usop menang.. Minggu kedua Along.. Minggu ketiga Elica. So, Untuk juara mentor milenia 2017 ni boleh jadi sesiapa saja selain Usop.. Nampak suspend jugak sebab dari pandangan aku memang tengok fenomena selama 3 minggu ni.. Tak mustahil Along, elica atau Syeera boleh jadi juara. Mungkin juga Anna..
Apapun memang persaingan nampak hebat jugak. Sebab setiap minggu setiap protege yang mula2 kita nampak macam tak menyerlah sangat atas pentas.. Tunjuk improvement yang baik. So, untuk usop hang jangan selesa sangat na... Jangan dok loglaq. Berusaha lebih kuat lagi lepas ni ok! Pada Along.. Kalau pun tak menang untuk mentor milenia kali ni Along memang dah ada pakej menjadi seorang penyanyi yang baik. Moga ada rezeki Untuk Along dalam Industri seni hiburan tempatan.. Insya Allah.
Tapi apapun persembahan yang paling menyentuh hati semalam adalah dari peserta ujibakat jemputan.. Fiena. Seorang gadis remaja dari sungai buloh yang cacat penglihatan tapi sangat berbakat besar dalam mencipta lagu & boleh menyanyi dengan baik. Semalam dia nyanyikan lagui ciptaan dia sendiri yang buat ramai penonton mengalirkan airmata termasuk juri tetap, Dato Hattan. Yer.. lagu dia memang sesuai di jadikan soundtrack drama. Dari lagu dia pun aku rasa boleh hasilkan satu kisah untuk di dramakan.. Itulah kekuasaan Allah.. Tidak menciptakan makhluknya tanpa kekurangan & kelebihan mereka tersendiri. Semoga Allah permudahkan urusan Fiena..
Persembahan Fiena Di pentas Mentor Milenia 2017 semalam
Tu je komen dari aku selaku juri surirumah yang tak di undang untuk minggu ketiga pentas mentor Milenia 2017. Minggu depan.. Kalau ada jodoh dengan mentor milenia aku akan menjurikan lagi diri ini. Pada yang rasa annoying tu.. minta maaf la noh.. seminggu sekali jer aku buat update berderet2 macam tu kat wall FB. hehehehe
INI SEBAB ANDA TAK PERLU BELI CHEESY WEDGES KFC LAGI. Sapa yang suka makan cheesy wedges? Aku suka jugak.. Selalu kalau makan kat KFC la.. yelah orang tak berapa ada ada setakat KFC je la mampu makan katanya. Hahahaha... Tapi bukan la tiap - tiap minggu pun makan kat KFC. Muak beb kalau makan tiap tiap minggu melainkan laki aku je tak reti jemu makan ayam. Sekarang ni je kurang sikit dia beli KFC tu.. kalau dulu rasa macam nak menangis bila terpaksa makan kfc seminggu lebih dari sekali. hahahaha
Kalau korang suka makan cheesy wedges lepas baca ni entri korang dah tak perlu beli kat KFC lagi. Aku nak share resepi paling senang di muka bumi ni untuk buat sendiri cheesy wedges ni. Kau makan la sampai muntah keju katanya.. Kos nak buat sendiri of course la lebih jimat kalau di masak dalam jumlah yang banyak. Maybe untuk jamuan hari jadi kecil kecilan kat rumah ker kan.. Atau korang nak buat sebagai jualan untuk tambah sumber pendapatan sampingan pun boleh.
Kat sini untuk memudahkan korang nak buat sendiri cheesy wedges aku share tutorial melalui video kat bawah & kalau nak ambil resepi bertulis boleh ambil kat sini >> [VIDEO] Resipi Cheesy Wedges <<
Senang kan nak buat cheesy wedges sendiri? Kata kunci dia cuma RAJIN je semua pun boleh jadi ye dak? Kalau malas jangankan nak buat cheesy wedges, nak goreng telur mata pun memang tak terbuat punya. hehehehe. Apapun selamat mencuba resepi mudah ni..
SARI YANTI & JEP SEPAHTU KAWEN SENYAP SENYAP. Mula dah viral kat media sosial pasal pernikahan pasangan retis kita ni.. semua orang sedia maklum depa memang pasangan bercinta jadi kalau kawen tu bukan benda pelik atau mengejutkan sangat la. Dah suka sama suka kan.. Cuma tu la tak ada angin tak ada ribut.. tak dengar pun planning nak kawen yang di gembar gemburkan di media tetiba selamat dah menikah depa hari ni. Alhamdulillah..
Tak salah pun depa nak kawen senyap senyap.. Sebab apa depa buat perkara baik. Mendirikan rumahtangga tu umpama membina masjid besar pahalanya cuma dalam Islam ni bila nak nikah ni di galakkan kita me war war kan perkahwinan tersebut supaya tidak timbul fitnah. Nak - nak lagi retis la.. Jangan sorok benda ni bakal mencetuskan kontroversi & fitnah terhadap diri anda jugak. Kawen senyap senyap tetiba orang tahu korang tinggal serumah.. nak di jadikan kesah hangat lagi tup tup kau termengandung bagai.. Orang tak tau kau dah nikah sebab konon tak privacy bagai... Kan dah jadi fitnah yang maha besar.
Sebab tu la apa yang Islam galakkan kita buat ada sebab & kebaikkan dia. Takde sesaja dia nak suruh hangpa war war kan perkahwinan sebab nak suruh menunjuk nunjuk kat orang hangpa dah kawen. Bukan itu sebabnya yer adik adik. Sekadar untuk mengelak fitnah sahaja.
Tapi Jep & Sari Yanti ni tak di kira kawen senyap senyap dah sebab semua orang dah tau. So, takde la berlaku fitnah apa - apa kan. Maybe bukan perancangan depa nak kawen senyap senyap kot cuma depa nak buat suprise je kat peminat & wartawan. Kalau betul depa nak kawen sembunyi sembunyi takde la gambar depa nikah tersebar ke serata alam maya sekarang ni kan? Rasanya gimik je kot ni... Sekadar meraih publisiti katanya hahahaha
Video semasa akad nikah Jep Sepahtu & Sari Yanti
Apapun selamat pengantin baru buat mereka. Semoga perkahwinan antara mereka kekal hingga ke syurga.
TEGURAN PEDAS AMRAN FANS TERHADAP PELAKON RUHAINIES ISU TERLEBIH MESRA DENGAN ADIK LELAKI. Lama tak cerita pasal Meran ni kan.. Status2 dia pun jarang lalu lalang kat news feed. Maybe kurang hyperactive dah meran sekarang. Tapi Meran masih berbisa bila sekali sekala dia muncul. Terbaru teguran dia kepada pelakon muda Ruhainies yang sekarang ni kerap sangat dok upload video mesra dengan adik lelakinya. Aku pernah tertengok la video dia suruh adik dia dukung dia dalam pasaraya.. Tak nampak apa yang best & sweet... Nampak macam attention seeker je buat benda2 tu semua hahahaha
Terbaca komen berunsur teguran pedas dari Amran Fans berkaitan perkara tu.. Ini dia Komen Amran Fans...
Amran tak faham betul apa masaalah si Ruhainis ni. Sejak dua menjak ni bukan main lagi dia upload video bermesra dengan adik lelaki dia.. Hari tu video adik lelaki dia dukung dia dalam pasar raya. Lepas tu video main cium-cium pipi dekat airport.. Kau ingat adik lelaki kau tu tak ada punai ke bangang? Lepas tu ada pulak macai si Ruhainis ni kata, "kesiannya pemikiran kau. Bahaya orang macam kau ni kalau ada dalam family. Sebab dengan adik beradik sendiri pun kau bernafsu". Wei macai. Tarbiah Jinsiah ni Nabi pun sebut lah. Tarbiah Jinsiah ni maksud dia pendidikan seksual. Walaupun darah daging, nak bermesra dengan adik beradik yang lain jantina tu pun kena ada batas. Sedangkan budak umur 10 tahun pun diwajibkan asing tempat tidur, so kau jangan nak kata title adik beradik tu adalah tiket untuk bergomol sesuka hati.. Dalam perkara ni mak bapak kena main peranan. Kita mungkin tak fikir benda-benda macam tu, sebab kita dah melepasi usia tersebut. Tapi bagi anak anak yang sedang meningkat remaja ni, naluri seksual mereka tu tengah berkembang pesat dan mencanak naik.. Tak kan nak tunggu dah jadi sumbang mahram baru kau nak sedar? Pada macai artis, suka dekat artis pun jangan jadi bodo macam lembu. Artis makan tahi kau pun nak makan tahi ye tak.. Kepada Ruhainis, ubah lah perangai kau tu sikit. Kau tu bukan budak budak lagi. Bulu ketiak tu beratus kali dah cukur.
Walaupun bahasa teguran Amran Fans ni agak kasar tapi apa yang di sampaikan tu betul. Pergaulan antara adik beradik berlainan jantina ni pun ada batas nak2 lagi zaman sekarang ni.. Manusia semakin hilang kewarasan. Anak beranak pun boleh berlaku sumbang mahram inikan pulak adik beradik yang dah akil baligh. Memang perlu ada kemesraan antara adik beradik untuk menjaga silaturrahim tu cuma jangan melebihi batas. Kalau terlebih batasan dah tak jadi silaturrahim.. Jadi sila la abang rahim hehehehe
Salah satu video kemesraan Ruhainies & adik lelakinya. Dari ucapan Ruhainies pada adik lelaki dia.. kalau orang tau tau lelaki tu adik dia maybe jadi fitnah yang maha besar jugak. Jadi perbuatan macam ni sebagai selebriti tak perlu kot nak di tayang sangat
Aku ni membesar dengan 6 orang adik beradik perempuan.. So, tak tau la macam mana hidup dengan adanya adik beradik lelaki dalam rumah sampai la aku berkahwin. Dulu lelaki dalam rumah aku cuma arwah Ayah jer.. So, nak feel & react tu tak tau macam mana dengan adik beradik lelaki sebab tak ada pengalaman langsung. Lepas kahwin pun tak pernah tinggal dengan keluarga mertua. Sebab suami aku ada la sorang adik lelaki tu pun aku tak pernah mesra dengan dia. Jenis pendiam sikit adik ipar aku tu. Tapi bila tengok memang perbuatan Ruhainies tu memang rasa janggal. Rasa over sangat mesranya. hahahaha
Moral of the story.. Apapun nak bermesra ni biar berpada pada & tak semua perkara yang kita rasa tidak salah kita buat jadi tak salah di pandangan mata orang. Tak perlu la nak tunjuk2 sangat kemesraan tu sebab kadang2 kita yang menyebabkan timbulnya fitnah keatas diri kita sebab terlampau nak expose semua perkara kepada umum. Yang mana tak perlu.. simpan untuk kita kita saja. P/S : Pelakon sekarang mutu lakonan tu tak seberapa.. kontroversi je lebih.
VIDEO & RESEPI MUDAH KUIH KERIA GULA MELAKA. Ni antara kuih yang tengah viral & In-trend sekarang. Masing2 sanggup berbaris berejam lamanya nak merasa kuih keria yang tengah viral alih2 bila service kurang memuaskan mula meroyan kat media sosial.. Nak makan kuih keria pun macam nak cari harta karun punya la susah..
Takpe kalau rasa susah sangat nak beli kuih keria.. Kita boleh cuba buat sendiri kat rumah.. Bukan susah pun. Yang susah tu sebenarnya sebab 'Malas'. Kalau rajin Insya Allah semua jadi mudah.. Gagal sekali tak bermakna untuk sekian kali akan gagal jugak. Biasa dalam mencuba sesuatu yang baru kadang2 kita takkan berjaya untuk kali pertama.. Kadang2 dua tiga kali buat baru mendapat hasil yang gempak.
Kuih keria.. Bagi orang yang tak pernah cuba buat mungkin dia membayangkan nak buat tu macam susah. Sebenarnya tak adalah susah mana pun.. Kalau tengok dari resepi kuih keria gula melaka memang simple sangat step nak membuatnya.. Lagi mudah sebab dia tunjuk tutorial dengan video. Kalau bagi resepi bertulis kadang2 orang yang tak pernah masuk dapur ni akan tertanya tanya jugak la.. macam mana nak adun ni.. nak gentel.. nak bla.. bla.. dot com. Jadi dengan adanya tutuorial melalui video memudahkan anda untuk mencuba buat sendiri di rumah. Jadi kalau korang nak tengok video & resepi kuih keria gula melaka boleh tengok kat sini >> VIDEO] Resipi Kuih Keria Gula Melaka <<
Tapi sebab ada yang mungkin tak memerlukan tutorial dari video takpe aku bagi jugak resepi secara bertulis kat sini..
Bahan-bahan:
- 500g keledek putih (direbus)
- ¾ cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- ½ sudu kecil garam
- ¼ cawan air
- 150g gula melaka
- 1 sudu besar gula
Cara-cara:
1. Lenyekkan keledek.
2. Masukkan tepung, baking powder dan garam.
3. Gaul hingga menjadi doh.
4. Bentukkan menjadi kuih keria.
5. Goreng hingga perang.
6. Dalam kuali yang lain, panaskan air, gula melaka dan gula.
7. Gaul hingga pekat, dan masukkan kuih keria.
8. Teruskan mengacau hingga kering.
9. Hidang!
Senang kan nak buat kuih keria gula melaka ni. Pada penggemar kuih keria boleh la cuba buat. Elok sangat la kan hari ni hari minggu hehehehe.
Moral of the story.. Kalau rajin merasa nikmat sedap.. kalau malas mereput la kat situ merasa nikmat dalam mimpi je. Tu pun kalau muncul dalam mimpi. hahahaha
PERKARA PALING MENYERAMKAN BERLAKU DI MALAYSIA. Kat Malaysia ni kalau nak tengok filem seram memang la kau jangan harap la akan rasa seram sampai nak kencing pun kau sanggup bawa teman masuk tandas sekali.. Memang tak jumpa la filem2 seram melayu sekarang yang betul - betul seram. Setakat rancangan geng paranormal cari entiti pun dah takde apa yang menyeramkan. Paling2 terakam gambar asap atau titik titik cahaya jer.. Mula2 di tayangkan rancangan macam tu memang excited la juga.. Tapi bila di tayangkan lagi rasa tak ada apa yang best dah pun..
Kalau google kisah2 seram pun.. Sekadar baca je la. Tetap feel seram tu tak sampai. Erkk.. lupa nak cakap aku cakap pasal aku bila tengok filem atau baca cerita seram.. Orang lain aku tak pasti la feel seram dia level mana kan.. Kalau aku la.. setakat hantu 'fake' ni memang seurat bulu roma pun belum tentu berdiri...
Tapi ada satu perkara paling menakutkan rakyat Malaysia sekaligus menjadi perkara yang paling menyeramkan kat malaysia. Benda ni kalau berlaku confirm sesak habis petrol pump.. Boleh jadi huru hara jugak la.. Nak tau benda apa sila tonton video kat bawah ni..
Seram tak seram.. tengok je terus lari masuk kereta balik katanya. Mungkin dia akan trauma nak pandu kereta lagi lepas ni. Jangankan bawa kereta bawa motor pun mungkin dia tak sanggup lagi. Tak mustahil suatu hari kat Malaysia ramai orang kembali ke zaman pra kemerderkaan iatu kayuh basikal sebab perkara yang menyeramkan ni berlaku secara berleluasa. hehehehehe
Nak buat macam mana.. seram tak seram tetap kena hadap. Apa yang korang boleh buat untuk tidak rasa seram sangat cuma try buat benda ni >> Yang Ada Buat Bisnes Makanan Mungkin Ni Membantu anda << Mungkin kalau success anda dah takkan rasa seram untuk apa2 yang berlaku lagi. Yelah bila ada duit & ekonomi kukuh benda2 macam ni takkan jadi benda menyeramkan dah. hehehehehe
BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 3.. AFEEF MULA CEMBURU DENGAN IFFAT. Nampaknya aku memang melekat lekit dengan drama ni sebab penangan Ashraf muslim kembali berlakon. Entah kenapa suka sangat aku tengok ashraf muslim ni berlakon walau tak menjadi watak nakal dia. hehehe... Di tambah lagi drama ni ok la.. Takde la cinta melentok liuk sangat kan. Takde pegang2.. peluk2.. Maybe sebab ashraf muslim heronya. Ashraf muslim antara retis yang tak berlakon adegan2 daring pegang2 & peluk2.
Untuk episod ketiga ni.. Sambungan lepas depa pi cari baju pengantin kemudian terserempak dengan kawan lelaki si Iffat yang suka kat Iffat dalam diam tu dengan mak dia. Tiap kali terserempak dengan Raff tu Afeef macam cemburu jer.. Dijadikan kisah selepas depa pi cari barang2 nak kahwin Afeef bawa Iffat pergi dinner. Sebab makanan yang Afeef order terlebih pedas, kebetulan Iffat tak makan pedas so merajuk la si Iffat sampai balik.
Sampai kat rumah belum sempat Afeef balik Iffat minta izin kat mak dia nak keluar beli burger sebab lapar. Masa dia singgah nak beli burger tu dia terserempak dengan Raff. Masa depa tengah borak2.. kebetulan Afeef lalu & nampak. Bengang la beb bakal bini dok berborak dengan lelaki lain.
Video sedutan episod 3 Drama Biar aku jadi penunggu
Afeef mula pelik dengan perasaan dia jeles dengan Iffat. Yelah.. dia nak kawen dengan Iffat bukan sebab dia suka kat Iffat pun jauh sekali cinta. Sekadar untuk memastikan plan dia berjalan lancar. tetiba jeles.. Tapi sebab dia malas nak layan perasaan tu.. Dia biarkan je berlalu. Tapi malam tu dia call2 Iffat tak jawab.. Gelisah jugak la. Iffat sesaja je konon merajuk. Yelah.. nak manja2 katanya. hehehehe
Dalam episod ni Afeef mula berjanji setia. Konon lepas kawen Afeef akan ke luar negara so mereka akan berjauhan. So minta Iffat setia dengan dia.. Hek kau!! Padahal nanti dia ke luar negara kawen dengan perempuan lain.. Ops.. tercerita pulak episod yang belum di tayangkan. Hahahaha...
Dalam episod 3 ni jugak Afeef & Iffat di nikahkan dalam majlis yang sederhana. Maka sah la mereka sebagai suami isteri. Yang turut menyaksikan upacara pernikahan tu adalah Raff.. sian Raff. Sedih yang dia tak boleh nak tunjuk kat sesapa bila Iffat jadi milik orang lain. Nampak tersiksa sangat muka dia tu. Nak buat macam mana tak mau cakap awal2. Lagipun jodoh adalah perkara yang tertulis sejak azali. Redha je la Raff.
Lepas kahwin so Iffat ikut Afeef ke rumah keluarga Afeef tapi malangnya adik perempuan bongsu Afeef awal2 dah tunjuk tak suka dengan Iffat. Sebab dia marah Abang dia tinggalkan damia hanya sebab mak dia tak suka. Bagi dia abang dia tak berusaha untuk damia. Tapi Iffat nampak macam tak kisah.. Lurus bendul sangat si Iffat ni macam tak faham orang tak suka kat dia.
Selepas selesai semua urusan.. Maka Afeef pun berangkat la ke luar negara. Tak tergambar perasaan Afeef akhirnya apa yang dia plan berjalan lancar. Masa lepas hantar Afeef naik flight Iffat terserempak dengan kawan satu sekolah dia.. Kat situ dia tahu damia juga keluar negara. Hati dia mula rasa tak best.. Jeng jeng.. jeng... Lepas ni akan berlaku la kisah yang lebih trajidis.. So kena follow episod yang seterusnya.. Akan lebih menyayat hati.. menyakitkan hati & menjerut hati katanya. hehehehe
Untuk episod 3.. berjaya jugak aku follow. Hope episod seterusnya pun aku mampu follow jugak. Semoga tak ada aral melintang pukang. hahahaha
SEMPENA MAULIDUR RASUL, BUNTAT LEBIH TRENDING DARI RASULULLAH SAW. Aku ni serius aku tak follow sangat drama 7 hari mencintai ku ni.. Tapi tengok jugak sikit2 la. Selalu aku menonton pun memang tak tumpu sangat. Kiranya tengok kalau ada kesempatan je la.. Tapi untuk episod semalam yang aku tak sure episod keberapa dah.. Tertengok la jugak sikit sebelum 7.30 semalam..
Pelakon Kanak Kanak Yang Membawa watak Buntat Dalam Drama 7 Hari mencintaiku
episod semalam buat ramai follower drama ni terutama perempuan menangis teresak esak. Episod si Buntat meninggal dunia. Masa babak tu keluar background lagu Uji rashid tapi tak sure tajuk apa.. Lirik dia aku ingat sikit.. 'Dalam dakapan senja, ku renungi gambar wajahmu... bla.. bla.. dah tak ingat. Dah la babak mati keluar pulak lagu yang menyentuh hati mau tak meraung la hakak2 yang menonton. Aku sebab tak follow & tengok pun tak kusyuk sangat.. so feel sedih tu tak terasa la kot. Hahahahaha. Tak expect Buntat akan jadi trending semalam... Tapi sebab ramai followers drama tu makan trending la buntat lebih dari hero & heroin drama tu..
babak yang menyentuh hati hakak2 yang menonton semalam
Sebab dah masing2 asyik bercakap pasal buntat & jadi trending semalam.. Teguran dari seorang pendakwah sebab kebetulan semalam adalah hari Maulidur Rasul tapi Nabi Muhammad SAW tak pulak jadi trending macam buntat.. Tegur2 manja jer. Yelah kita ni memang sentiasa kena ingat mengingati ye dak.. Sebab kita manusia bukan tak ingat tapi kadang2 terlupa jer yang kita dah nampak taksub sangat dengan hiburan..
Bukan la tak boleh berhibur tapi mungkin apa yang nak di sampaikan mungkin sekadar untuk mengingati kita semua supaya jangan berlebihan sehingga membelakangi apa yang perlu di dahulukan. Tak perlu kot nak keluarkan status tak puas hati macam sipolan ni..
Jadi sama - samalah kita ambil Teguran Ustaz Kazim elias sebagai tegur kerana sayang sebab aku ada nampak ada yang sarcasm Ustaz Kazim balik. Konon dia pun layan Buntat jugak. Bukan layan maybe sebab dia nampak sana sini orang update pasal buntat sebab tu tercetusnya teguran tu. Terima je la apa yang baik untuk memperbaiki diri kita kan...
Apapun hakak2 semua jangan sesedih.. sedekahkanlah Alfatihah untuk Buntat. Moga Lepas ni Murah rezeki buntat dalam bidang seni supaya dia menjadi salah seorang pelakon yang membuktikan untuk menjadi seorang pelakon yang di minati ramai tak perlu rupa paras & fizikal yang menawan sangat. hehehehe
P/S : Cari balik screenshot teguran Ustaz Kazim Elias tu tak jumpa pulak.
15 DECEMBER BAKAL DIHANTUI DENGAN HAUNTED SCHOOL. Bagi peminat cerita & filem seram ni dia macam alert jer kan kalau ada cerita atau filem2 seram terbaru. Almaklum la.. Sebagai peminat tegar tiap kali keluar filem baru Instinct tu dah dapat rasa tu katanya.. Macam ada kuasa mistik jugak. hehehehe
Aku ni seperti yang ramai sedia maklum memang peminat cerita & filem seram nak2 lagi Filem thailand. Filem Seram Thailand memang jarang mengecewakan aku walau ada jugak yang tak menepati standard seram & citarasa puaka aku tapi jumlahnya sangat sedikit berbanding Filem Malaysia terutama terbitan MiG. hahahaha. Agaknya bila la Filem Terbitan MiG ni nak ada anjakkan paradigma sampai aku boleh jadi peminat setia filem2 seram keluaran MiG. Satu harapan besar juga sebab MiG antara produksi yang banyak menghasilkan filem2 seram tapi cuma filem yang di terbitkan tu bukan je tak seram malah tak best langsung untuk di tonton.
Berbalik kepada Filem Seram Terbaru dari Thailand ni, Haunted School. Tajuk pun dah mengambarkan kisah seram yang berlaku di sekolah. Dari sinopsis yang aku baca kisahnya tentang sekolah yang mempunyai satu misteri. Walaupun pelajar bertukar ganti tapi bangun & bilik2 di situ masih kekal sama tanpa ada sebarang perubahan. Kisahnya berlaku pada hari orientasi di mana ada sekumpulan pelajar ni tidak menghadiri kelas. Mereka duduk melepak sambil bercerita kisah seram bagi menakutkan sesama sendiri. Kejadian seram bermula bila semua watak2 dalam cerita seram mereka tu menjadi nyata & menghantui semua pelajar di sekolah tersebut membuatkan sekolah itu semakin tidak selamat. Nak tahu apa berlaku seterusnya kena la tonton sendiri.
Trailer Filem Haunted School
Nampak ada dah Blogger hiburan mula mempromosikan filem ni. Mula di edarkan tiket2 percuma untuk tayangan perdana pada 14 December nanti. Bertuah la sapa dapat kan? Of course ada blogger akan dapat. Kalau tak ada anak ni, nak jugak aku rebut tiket tayangan perdana tapi apakan daya semua tu terpaksa di korbankan & tunggu je la DVD keluar nanti untuk di jadikan koleksi. Nasib baik walaupun aku minat dengan filem2 seram Thailand ni tapi aku takde la obses nak jadi orang pertama menonton sesebuah filem. Aku rilex je sampai aku jumpa dvd dia kat pasaran.
Tak silap aku kat Thailand dah keluar bulan october lepas. Ni kalau online rasanya dah ada cuma maybe tak ada subtitle la kot. Kalau korang faham bahasa Thailand boleh la tengok, ye dak. Tapi aku memang nak tengok biar puas hati. Sebab tu aku tak suka dvd cetak rompak.. Tapi kalau cetak rompak yang rakam dari Astro First tu boleh la layan. Gambar ok & subtitle pun ok tapi beli dvd cetak rompak banyak risiko. Kau tak tau yang mana dia rakam dalam panggung wayang, yang mana dia rakam dari astro first & yang mana dia ambil dari original copy. Kau cuma boleh beli & lepas beli baru kau tahu kualiti dia macam mana. Selalu terbeli yang rakam panggung memang tahap rasa nak maki. dengar orang sembang la.. gambar senget benget, alih2 aku tak tengok pun. Jadi sebab aku taknak spoil mood sendiri, aku lebih suka beli original. hehehehehe
Jadi pada yang tak berkesempatan bawa anak anak pergi bercuti sempena cuti sekolah ni boleh la bawa pergi tengok wayang tapi tengok la filem yang bersesuaian dengan umur anak anak korang. Kalau yang anak2 dah besar nak bawa tengok filem haunted school ni boleh la.. Kalau yang masih kecik2 tu tak sesuai la kan...
VIRAL VIDEO PEREMPUAN CANTIK MENGAMUK, SEKADAR TAKTIK NAK LARISKAN PRODUK. Dulu kecoh perempuan montel rakam video kononnya buat laporan polis sebab dia beli krim pelansing ni tapi bila dia pakai tak panas so dia tak puas hati. Katanya kalau tak panas macam mana nak bakar lemak dia.. Walhal memang produk tu dah mention awal2 bahawasanya krim tu memang tak panas tapi mampu melansingkan badan. Siap sebut nama produk banyak kali.. Akhirnya orang dapat detect itu cuma strategi marketing untuk memviralkan produk tu supaya orang tahu & beli.
Ok habis cerita terobek tu.. Ni yang terbaru. Kali ni tak guna minah montel tapi guna perempuan cantik,langsing putih gebu yang stylo milo macam retis datang serang satu kedai jual produk. Konon dia tak puas hati dengan produk yang mula2 katanya dapat menyembuhkan penyakit kencing manis mak dia.. tapi bila dia check kencing manis mak dia kat hospital katanya dari 15 turun ke 10. Dia tak puas hati sebab turun 5 jer (kat situ sebenarnya dia nak bagitahu produk tu berjaya turunkan level kencing manis mak dia).. Lepas tu dalam video tu tak tunjuk langsung muka orang yang dia maki. Kalau betul dia nak viral confirm la dia tunjuk muka orang yang jual & consult dia pasal produk tu. Confirm dia nak highlight orang yang kononnya menipu dia, ye dak? Ni tak dia video tu hanya fokus kat muka dia & produk tu.. Kat situ nampak sangat la.. saja buat video supaya jadi kontroversi seterusnya akan viral.
Muka cantik tapi marketing tak cantik sangat walau berkesan untuk di viralkan. Cuma orang yang percaya akan maki balik dia la.. hahaha
Alah.. trick sampah la cik kak Ooi.. Orang baru kenal media sosial mungkin terpedaya & percaya la kau betul2 tak puas hati dengan produk tu. Tapi bagi blogger macam den.. Memang selalu mengikuti perkembangan semasa di media sosial ni, nampak 'drama sangat' tau!! Trick2 macam tu kami dah tak terpedaya la. Kalau produk tu betul2 berkesan tak perlu kot nak guna taktik2 drama sangat yang nampak murahan macam tu. Tu kategori menipu jugak tu. Kalau tak tau macam mana nak perkenalkan produk hang tu meh sini bagi blogger buat review secara berjemaah. Kalau minat email je kat den lekatlekitgurl@yahoo.com.
Takpe la.. nampak berbakat jugak dia dalam lakonan hope Mejar David Teo ambil dia berlakon dalam filem seram akan datang. Sebab dia dah ada pakej yang David Teo nak.. cantik.. seksi & boleh berlakon tu sebagai bonus la kan.. hehehehe... Bagi watak hantu pun sesuai nampak garang tu sesuai jugak jadi hantu.
Moral of the story.. Tak payah tengok filem2 macam ni kat wayang dah >> 6 Aksi Panas Dalam Filem Underworld: Blood Wars! Ok. Bawah Umur Sila Jangan Tengok << membazir je beli tiket sebab kat media sosial sebenarnya lagi banyak drama panas boleh di tonton. hehehehe
P/S : Nak tonton video perempuan ni mengamuk tengok kat SINI
SALAH FAZURA KALAU LAGU ESTRANGED, HANCUR TAK MASUK FINAL MUZIK MUZIK 31. Aku tak selalu sangat layan rancangan muzik muzik ni tak kira la tiap2 minggu ke, semi final ke, final ke.. Tapi semalam secara tak sengaja terlayan jugak satu dua persembahan semifinal muzik muzik 31 kat tv3 ni. Macam saja je nak bagi bahan aku mengkritik kan.. Antara satu dua persembahan tu.. Lagu Kumpulan Estranged duet dengan Fazura bertajuk hancur tu pulak aku tertonton.
Sebelum ni aku tak tau lagu tu nyanyian estrange & fauzra. Dok dengar jadi soundtrack drama2 kat tv. Ikut halwa telinga aku ni lagu tu sedap la. Menusuk juga ke lubang telinga seterusnya tertembus ke hati. Vokal vokalis estrange ni sapa pertikai aku cucuk dengan garfu. Sebab memang sedap hingga menjilat jari. Kemantapan vokal dia aku sendiri tabik spring. Tapi yang aku pelik kenapa lagu tu depa pilih fazura sebagai rakan duet. Kenapa??? Adakah mereka sengaja nak menghancurkan lagu tu dengan suara fazura yang kalau menyanyi live memang sama hancur dengan tajuk lagu.
Korang dengar sendiri suara fazura dari video rakaman persembahan semifinal muzik muzik 31
Sebab suara fazura ni bagi aku bukan level penyanyi.. Jangankan profesional tahap nyanyi kat karaoke pun tak sedap jugak ni. Pendek kata dia memang tak ada talent jadi penyanyi & suara dia memang tak sedap langsung. Kang peminat fauzra marah pulak cakap tak sedap langsung.. ok ok bagi komen jaga hati bukan suara dia tak sedap cuma dia memang tak di kurniakan suara yang lunak untuk jadi penyanyi. hehehehe. Kalau lagu estranged & fazura tak masuk final muzik muzik 31 memang salah tu 100% sebab suara fazura yang totally hancur berkecai. Sebab kalau ikutkan lagu tu dah cukup mantap & suara vokalis estranged dah cukup power.. Tak ada sebab dia tak boleh ke final. Tapi kalau terpilih ke final jugak pun bukan sebab fazura la.. Tapi tetap kerana kemantapan lagu & suara vokalis estranged.
Tolonglah retis muka cantik jangan over confident sangat kalau korang takde suara & bakat dalam nyanyian. Dah berlakon tu berlakon je la.. Jangan la buat orang morning sickness dengar suara hang tu. Tolong la simpati sikit kat orang yang mendengar ni. Simpati pulak aku dengan kumpulan estranged. Mesti dorang pun hilang keyakinan untuk ke final lepas persembahan semifinal tu.
Moral of the story.. Bakat seni suara ni adalah bakat semulajadi.. Memang ada orang tak di kurniakan suara lunak merdu untuk menyanyi. Kau belajar vokal macam mana pun suara kau tak sedap takkan sedap sebab benda ni bukan semua orang ada.. So pada yang rasa tak berbakat menyanyi tu pergi la buat benda lain yang korang ada talent. Minat tanpa bakat kalau dalam seni suara memang susah.Last2 kau terpaksa jadi penyanyi 'suara mesin' je la.. kena miming setiap masa sebab nyanyi live memang.. 'hancur.. hancur.. suaramu'.. hehehe
P/S : kalau ketagih nak menyanyi.. fazura boleh cuba nasib kat smule. hehehe
Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah
* Review berbayar dan harga masih boleh di runding * Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim * Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim * Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog * Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.
Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017
Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com