Showing posts with label bubur nasi. Show all posts

RESEPI MOI SUP AYAM MUDAH & SEDAP

RESEPI MOI SUP AYAM MUDAH & SEDAP. Kalau orang kedah memang panggil Moi.. Tapi biasanya orang kenal sebagai bubur nasi atau nasi air di sesetengah tempat terutama di kawasan pantai timur. Macam macam cara orang makan moi atau bubur nasi ni. Ada berlauk.. ada yang makan kosong cuma di tambah gula atau kicap & ada di makan bersama sup. Hari ni den terr... masak moi @ bubur sup ni.


Alkisahnya nasi semalam tak habis.. Nak buat nasi goreng pun nafsu serakah tak menjurus ke arah tu maka nak di buang sayang marilah kita merebus nasi tersebut menjad bubur. Ni bukan kisah nasi dah jadi bubur ok tapi kisahnya membuburkan nasi yang tak habis makan. hehehehe.. Bila dah masak bubur tu rasa macam selalu sangat dah makan bubur ayam.. Tapi masih boleh di makan bersama ayam kegemaran laki ku itu. Maka terhasilah Moi Sup.

Nak buat Moi Sup ni takde la susah sangat sampai perlu pergi bertapa kat gunung ganang bagai semata mata nak belajar masak.. mudah je. Bertapa kat blog lekatlekit ni pun korang boleh dah dapat resepi Moi sup.. Moh la kita tengok apa kejadahnya bahan yang di gunakan untuk memasak Moi sup tersebut..

Bahan Bahannya untuk buat Moi @ bubur nasi..

Beras (kalau ada lebihan nasi pun lagi senang. Cepat sikit masak)
Caranya kau rebus beras tu sampai hancur berkecai sampai tak nampak sifat lagi. Ambil masa jugak dalam 2 3 jam gitu kalau beras. Dah kau rasa jadi bubur & sedikit pekat tutup api biar je dia dalam periuk kejab. Boleh jugak tambah sedikit garam dalam bubur @ moi tu kalau suka. Meh kita buat sup pulak

Bahan bahan untuk buat sup..

Ayam
Rempah soto (aku guna jenama mak siti sebab tu je stok yang ada kat rumah)
Kiub pati ayam
Bawang besar
bawang putih
Halia
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Jintan Manis
Buah pelaga
Garam
Minyak masak

Bahan kisar

Bawang besar
halia
Bawang putih
Jintan Manis
Bunga lawang

Cara nak masak

Kisar dulu bahan2 kisar sehingga halus mulus.
Kemudian panaskan minyak masak.
Tumis bawang,kulit kayu manis, bunga lawang sikit,buah pelaga sampai naik bau & layu di pusara
kemudian masukkan serbuk rempah soto mak siti. Masak sekejab sampai naik bau baru masuk bahan kisar.
Biar semua tu masak sekejab sampai naik bau lagi.. masukkan sedikit halia yang di ketuk & masukkan ayam.
Tambah air & masukkan kiub ayam biarlah dia mereneh dalam tu sampai masak. Jangan lupa masukkan garam secukup rasa.

kalau guna serbuk rempah soto ni bau dia memang menggugat keimanan sikit. Jiran sebelah pun kau boleh belanja bau sedap tu tau. Dah masak.. Cedok la moi @ bubur dalam mangkuk. Tambah sup & ayam yang dah di carik carikkan. Hiaskan dengan daun bawang, daun sup & bawang goreng & hidangkan.. dah hidang tu tak payah tengok jer.. Makan la takkan tu pun kena bagitau. hehehehe


Senang tak tidak?? Senang jer.. Musim2 hujan memang sedap la makan benda2 macam ni panas panas. Kombinasi moi @ bubur nasi dengan sup memang tak menghampakan. Boleh jugak di makan dengan telur masin, atau nak pedas boleh tambah cili kicap.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com