KALAU DAH 4 BINI PUN MASIH TAK CUKUP.. LAYANAN PELACUR KELAS PERTAMA PUN BELUM TENTU PUAS
Kes seorang buruh yang di jatuhkan hukuman 18 tahun penjara & 3 sebatan atas kesalahan merogol anak jiran yang berusia 11 tahun. Walau dah ada 4 orang bini tapi tetap la terlibat dalam jenayah rogol. (Sila clik DISINI untuk membaca artikel tersebut)Buruh 4 bini yang di jatuhkan hukuman kerana merogol kanak2 11 tahun
Bila jadi kes suami curang, suami makan luar, suami skandal dengan perempuan lain perempuan juga di salahkan. Katanya tak pandai jaga suami, layan suami. Bila dah jadi kes macam tu baru sibuk cari tips nak pikat hati suami. Kenyataan ni sang lekit terima dari pengomen perempuan juga. Seolah2 bila kes - kes macam ni jadi, 90% salah perempuan jer.
Bila suami rogol anak dara orang siapa pula nak kita salahkan?? Nak - nak lagi rogol kanak - kanak bawah umur macam tu? Bini juga ke salah tak pandai layan suami. Abis budak perempuan tu pandai layan sangat ke sampai si jantan ni terpaksa rogol.
Wahai kaum wanita bergelar isteri, jangan tundung jari ke dahi kaum sendiri sahaja. Zaman sekarang ni semua manusia dah jadi pelik. Kalau jenis manusia yang tak reti rasa syukur & puas, ko layan la macam pelakon porno 5 bintang sekalipun tetap kesetiaan tergugat bila kat luar tengok perempuan dahi licin sikit. Pada sang suami jangan asyik guna alasan lapuk bini tak pandai layan bila nak curang. Korang cuba renung diri sendiri dulu, korang dah layan bini korang sebaik mungkin ker? Layanan bukan hanya atas katil jer tau!