SIBUK DENGAN 'BOIKOT' TAPI TAK BELI PUN PRODUK ORANG ISLAM
SIBUK DENGAN 'BOIKOT' TAPI TAK BELI PUN PRODUK ORANG ISLAM. Hangpa perasan tak spesis yang jenis orang kempen boikot dia pun tak nak kalah. Pung pang pung pang kat social media.. boikot tu boikot ni.. Alih alih lepak starbuck la.. makan kat kopitiam, membeli belah kat pasaraya pasaraya besar milik bukan Islam. Dia tak semak pun segala produk dia beli keluaran orang Islam ke dak.. Tapi kemain share lahai kempen memboikot ni. Tapi pantang sikit ada produk viral macam boba tea.. Ayam pedas 3 kali ganda.. Laju dia beli. Tak mau terlepas peluang merasa katanya.Saya bukan la nak ajak orang boikot apa apa atau sesapa tapi golongan acah acah macam ni bagi saya cuma sekadar nak mencetuskan provokasi. Dia tak buat tapi dia suruh orang lain buat.
Tak salah pun kita nak support keluaran produk orang Islam untuk bantu tingkatkan ekonomi orang Islam tu sendiri. Dengan cara tu keuntungan mereka dapat di salurkan melalui zakat atau apa apa aktiviti amal yang boleh membantu orang lain. Tak perlu pun nak memboikot.. Just support tapi bukan la support membabi buta. Orang melayu pun ada yang tak boleh pakai.. Tapi ni jenis lebih melayu dari Islam. Jual produk memudaratkan orang yang tu tak payah nak support. Yang tu hangpa patut boikot sebab dia menjahanamkan bangsa sendiri yang banyak beli produk produk dia.
Apa yang kita boleh beli produk dari keluaran orang Islam.. kalau betul betul nak bantu naikan ekonomi orang Islam kita beli la. tapi tak semua produk atau servis tu di jual & di sediakan oleh orang Islam.. Kita hidup dalam negara berbilang kaum ni tak boleh di nafikan memerlukan antara satu sama lain. Saya tak suka nak racist boikot bangsa tu bangsa ni.. negeri tu negeri ni.. Sebab masa saya susah perlukan bantuan.. bukan hanya orang Islam je tolong ada pelbagai bangsa, agama & etnik kat malaysia ni sama sama tolong.
Bagus kita lebih mengutamakan produk keluaran orang muslim. Yelah.. selain kita lebih yakin status kehalalannya ia juga satu tindakan yang lebih baik tapi tak perlu la kita bersifat perkauman sangat. Sebab baik buruk seseorang bukan kerana agama & bangsanya tapi kerana sikap & pemikiran dia jugak. Pun begitu saya menyokong penuh untuk semua support produk keluaran Muslim ni. Jangan saya cakap tak perlu boikot hangpa langsung tak mau pi beli produk orang Islam pulak nanti. Kena faham sokong produk orang Islam bukan bermakna kita perlu boikot produk non muslim. Ada juga produk non muslim yang kita perlu untuk tingkatkan ekonomi orang Islam ni.. Contoh pengguna social media untuk memasarkan produk. Benda ni kita sedia maklum ia bukan milik orang Islam tapi kalau kita menolak kita akan ketinggalan. ye dak..
Tapi selagi boleh support produk muslim macam produk keluaran Faiza even I tak berapa suka beras emas dia tu.. Tapi banyak lagi produk lain keluaran Faiza yang kita boleh beli. Yelah.. tak semestinya kita wajib suka semua produk keluaran Muslim. Kalau dah tak kena dengan taste nak buat macam mana ye dak. Untuk produk makanan contoh faiza la sebab di kenali ramai..
Tak semestinya produk makanan je kita support produk orang Islam.. yang lain lain macam produk bantal jenama DAG.. tetiba bantal DAG pulak.. Dak aihh... tetiba teringat dok nampak iklan dia kat board iklan kat highway tu. Almaklum la.. co-pilot macam cheq ni memang la kalau travel jauh banyak masa boleh mengusya papan papan iklan sepanjang jalan.
Hangpa jangan la rasict sangat even DAG ni keluaran syarikat DAS Abdul Global, syarikat milik bumiputera kelahiran kelantan.. dia juai bantal bukan kosmetik beracun yer. Jangan la pukul rata semua hokay! Kelantan tak salah yang saya depa hat juai produk beracun je kekekeke.
Tak kisah dari mana pengeluar produk Muslim tu dari kelantan ke kedah ke yang penting kalau produk dia tak memudaratkan support la. Bantal dia pun nampak empuk sangat tu.. ada sapa nak belanja den bantal DAG tak? Manatau tidoq lena & tak mimpi ngeri lepas guna bantal DAG kan? Yelah nak tidoq hotel selalu selalu tak mampu.. Dapat bantal seempuk & kualiti yang sama macam bantal hotel pun jadi lah katanya.. hahahaha..
Selain produk.. Orang Muslim kat Malaysia ni pun dah ramai buka pasaraya, pasar mini, kedai runcit bagai. Dengan membeli di premis perniagaan depa juga membantu untuk naikan ekonomi orang Islam. Tapi yang buka pasaraya, kedai bagai.. kena juga utamakan produk bumiputera bukan produk menyamar macam produk keluaran orang melayu tapi sebenarnya bukan.
Begitu juga perkhidmatan.. Macam tailor, kedai repair macam bengkel ke apa.. Kalau ada pilihan berurusan dengan peniaga Islam, jadikan itu pilihan pertama. Kalau ada tapi tak memuaskan.. takpe la second choice kita pilih yang non muslim.
Kesimpulanya.. Kuasa membeli di sebuah negara ni terletak pada rakyatnya. Kat Malaysia ni kita sedia maklum ramai orang melayu Islam jadi kuasa membeli tu harus la kita yang monopoli. Tak perlu nak boikot moikot.. Nak support perniagaan orang Islam.. beli produk mereka. Simple kan?