RUGI KALAU TAK BERKENALAN TASYADANIA NI BOLEH BAWA SOLAT BERSAMA OK! Tu dia anak dara sapa pulak Tasyadania ni? Retis ke dia? Atau pernah viral kat media sosial? Mesti ramai tertanya tanya kan sapa Tasyadania tu.. Nama memang sedap.. Orangnya cantik jugak ka? Abang - abang tu mula la tu nak mengusya.. Pantang dengar nama ala2 western sikit dok bayang awek cantik ja kan? Jaga2 abang.. akak2 tengah dok perati tu. Satgi ada yang makan nasi pakai straw sebulan pulak. hahahaha
Tak payah mengedik sangat la abang abang.. Tasyadania hangpa tak boleh buat bini nombor 2,3 atau empat pun. Tasyadania yang di maksudkan adalah sesuatu yang sangat wangi.. Kalau terbau harumannya anda boleh jatuh cinta ok! Boleh terbawa bawa sampai dalam mimpi katanya. Tasyadania... Bau dia memang tak buat orang pening. Bau dia lembut sangat & bau sangat sederhana. Memang sesuai la bagi kami yang memang tak suka bau2 yang terlalu kuat.
Dah cakap pasal bau pulak.. Natang apa Tasyadania tu wei??? Ok ok.. jangan marah kami cuma cerita pasal perfume @ minyak wangi ja. Tasyadania tu satu jenama minyak wangi yang berasaskan 70% pati yang katanya original dari france & German. jauh kan pati2 tu di ambil.
Kami sedang guna ok perfume ni. Bayangkan seseorang yang tak suka bau perfume sejak mengandung 5 tahun lepas tetiba boleh terima bau perfume ni? Bermakna perfume ni bau dia memang tidak buat orang pening kepala.. Bau dia sangat ringan tapi tahan lama. satu hari pun still bau lagi. Orang duduk sebelah pun tak payah tutup hidung sebab haruman dia sangat sederhana & ada bau yang menenangkan. Tu yang aku boleh describe pasal Tasyadania perfume ni. Aku guna haruman Inspirasi Salena Gomez. So berbau gigirl la. Bau haruman bunga tapi tak pasti nak cakap bunga apa. Cuma boleh cakap memang sedap & selesa sangat bau dia.
Tasyadania ni bukan ada 1 jenis haruman jer tapi ada 12 haruman yang anda boleh pilih ikut selera korang sendiri.. Antaranya.. (boleh rujuk pada gambar)
TasyaDania perfume ni.. Katanya pakar mewangi & menyegarkan orang dari subuh sampai senja. So hangpa tak payah nak sembur banyak kali. Nak keluar tu just sembur sekali lepas tu simpan je kat rumah perfume tu. Tapi misal kata nak travel jauh jangan risau botol dia tak besar macam botol mineral water tu.. Size botol dia ala2 dedoran jer boleh campak masuk dalam handbag pun muat.
Salah satu produk bumiputera yang di inspirasikan dari jenama terkenal antarabangsa dengan harga yang mampu milik. Kalau tak mampu beli perfume yang international brand tu.. Guna TasyaDania ni pun haruman dia setanding dengan minyak wangi antarabangsa juga. Selain tu kelebihan TasyaDania perfume ni adalah..
↷Diinspirasikan dari jenama terkenal antarabangsa.
↷Produk bumiputra (halal)
↷Tahan Lama (Tahan lebih 8 jam)
↷Mudah di bawa ke mana-mana (ringan)
↷Pati Original
↷Setanding Produk Antarabangsa
↷Boleh di bawa solat
↷Menepati citarasa & permintaan semua.
↷Harga MAMPU MILIK.
Boleh di bawa solat.. Tu yang penting bagi umat Islam. Sebab kalau kat luar kita sembur di badan atau baju nak solat takkan nak tukar baju. Normally kalau di luar kita akan solat baju yang sama kita pakai masa keluar kan? Jadi penting juga la perfume yang boleh di bawa solat ni. Kalau tak tau nak pakai perfume apa yang boleh di bawa solat, try la TasyaDania perfume ni.
Selain tu.. Kalau bau dia mix dengan peluh pun dia tak mengeluarkan bau pelik atau bau yang tidak menyenangkan. Dia kekal wangi jer.. Tak caya try la sendiri. Kami dah try so kami berani la cakap. Kalau tak try memang tak berani nak bagi statement macam ni ok!
Harga dia tak adalah mahal sangat berbanding boleh pakai berbulan bulan lamanya tu. Kami guna pun tak luak lagi. Bukan nak buat mandi pun.. sembur dua tiga kali tu dah cukup tahan 1 hari bau dia..
Harga Ahli - RM37 (35ml & RM8 (3ml)
Harga jualan - RM65 (35ml) & RM15 (3ml)
Kalau berminat nak cuba perfume keluaran bumiputera, halal & boleh di bawa solat ni korang boleh contact
Pisyah 017 5660691
eh sama la kita. sejak pregnant 2011 dulu sampai skang x leh tahan ngan bau perfume. 6 tahun suda tak pakai perfume.hihi...boleh la nk cuba perfume ni. yang penting sah utk dibawa solat.
ReplyDeleteyang penting blh tahan solat tu
ReplyDelete