Showing posts with label peluh. Show all posts

RUGI KALAU TAK BERKENALAN TASYADANIA NI BOLEH BAWA SOLAT BERSAMA OK!

RUGI KALAU TAK BERKENALAN TASYADANIA NI BOLEH BAWA SOLAT BERSAMA OK! Tu dia anak dara sapa pulak Tasyadania ni? Retis ke dia? Atau pernah viral kat media sosial? Mesti ramai tertanya tanya kan sapa Tasyadania tu.. Nama memang sedap.. Orangnya cantik jugak ka? Abang - abang tu mula la tu nak mengusya.. Pantang dengar nama ala2 western sikit dok bayang awek cantik ja kan? Jaga2 abang.. akak2 tengah dok perati tu. Satgi ada yang makan nasi pakai straw sebulan pulak. hahahaha


Tak payah mengedik sangat la abang abang.. Tasyadania hangpa tak boleh buat bini nombor 2,3 atau empat pun. Tasyadania yang di maksudkan adalah sesuatu yang sangat wangi.. Kalau terbau harumannya anda boleh jatuh cinta ok! Boleh terbawa bawa sampai dalam mimpi katanya. Tasyadania... Bau dia memang tak buat orang pening. Bau dia lembut sangat & bau sangat sederhana. Memang sesuai la bagi kami yang memang tak suka bau2 yang terlalu kuat.

Dah cakap pasal bau pulak.. Natang apa Tasyadania tu wei??? Ok ok.. jangan marah kami cuma cerita pasal perfume @ minyak wangi ja. Tasyadania tu satu jenama minyak wangi yang berasaskan 70% pati yang katanya original dari france & German. jauh kan pati2 tu di ambil.

Kami sedang guna ok perfume ni. Bayangkan seseorang yang tak suka bau perfume sejak mengandung 5 tahun lepas tetiba boleh terima bau perfume ni? Bermakna perfume ni bau dia memang tidak buat orang pening kepala.. Bau dia sangat ringan tapi tahan lama. satu hari pun still bau lagi. Orang duduk sebelah pun tak payah tutup hidung sebab haruman dia sangat sederhana & ada bau yang menenangkan. Tu yang aku boleh describe pasal Tasyadania perfume ni. Aku guna haruman Inspirasi Salena Gomez. So berbau gigirl la. Bau haruman bunga tapi tak pasti nak cakap bunga apa. Cuma boleh cakap memang sedap & selesa sangat bau dia.

Tasyadania ni bukan ada 1 jenis haruman jer tapi ada 12 haruman yang anda boleh pilih ikut selera korang sendiri.. Antaranya.. (boleh rujuk pada gambar)


TasyaDania perfume ni.. Katanya pakar mewangi & menyegarkan orang dari subuh sampai senja. So hangpa tak payah nak sembur banyak kali. Nak keluar tu just sembur sekali lepas tu simpan je kat rumah perfume tu. Tapi misal kata nak travel jauh jangan risau botol dia tak besar macam botol mineral water tu.. Size botol dia ala2 dedoran jer boleh campak masuk dalam handbag pun muat.

Salah satu produk bumiputera yang di inspirasikan dari jenama terkenal antarabangsa dengan harga yang mampu milik. Kalau tak mampu beli perfume yang international brand tu.. Guna TasyaDania ni pun haruman dia setanding dengan minyak wangi antarabangsa juga. Selain tu kelebihan TasyaDania perfume ni adalah..

↷Diinspirasikan dari jenama terkenal antarabangsa.
↷Produk bumiputra (halal)
↷Tahan Lama (Tahan lebih 8 jam)
↷Mudah di bawa ke mana-mana (ringan)
↷Pati Original
↷Setanding Produk Antarabangsa
↷Boleh di bawa solat
↷Menepati citarasa & permintaan semua.
↷Harga MAMPU MILIK.

Boleh di bawa solat.. Tu yang penting bagi umat Islam. Sebab kalau kat luar kita sembur di badan atau baju nak solat takkan nak tukar baju. Normally kalau di luar kita akan solat baju yang sama kita pakai masa keluar kan? Jadi penting juga la perfume yang boleh di bawa solat ni. Kalau tak tau nak pakai perfume apa yang boleh di bawa solat, try la TasyaDania perfume ni.

Selain tu.. Kalau bau dia mix dengan peluh pun dia tak mengeluarkan bau pelik atau bau yang tidak menyenangkan. Dia kekal wangi jer.. Tak caya try la sendiri. Kami dah try so kami berani la cakap. Kalau tak try memang tak berani nak bagi statement macam ni ok!


Harga dia tak adalah mahal sangat berbanding boleh pakai berbulan bulan lamanya tu. Kami guna pun tak luak lagi. Bukan nak buat mandi pun.. sembur dua tiga kali tu dah cukup tahan 1 hari bau dia..

Harga Ahli - RM37 (35ml & RM8 (3ml)
Harga jualan - RM65 (35ml) & RM15 (3ml)

Kalau berminat nak cuba perfume keluaran bumiputera, halal & boleh di bawa solat ni korang boleh contact
Pisyah 017 5660691

KALAU BULU KETIAK BERSEPAH TAK PAYAH PAKAI SINGLET

KALAU BULU KETIAK BERSEPAH TAK PAYAH PAKAI SINGLET. Kalau dulu singlet ni sinonim jadi pakaian dalam jer. Orang lelaki pun pakai singlet di dalam baju tapi zaman sekarang singlet macam salah satu fesyen bila bersepah kita boleh nampak lelaki keluar ke mall atau beriadah hanya bersinglet. Dah bukan jadi satu pakaian dalam lagi.

Sumber Google Sekadar Hiasan

Bila dah jadi satu trend semua orang akan terima & ikut sebagai satu fesyen yang depa rasa kalau di gayakan nampak urban & stylo milo kononnya. Kalau awek tengok pun menitik air liur katanya. Aku tak tau la pandangan mata aku maybe tak up to date sangat kot dengan gaya lelaki bersinglet. Sebab walau hensem macam mana pun tetap aku geli tengok lelaki bersinglet.nak2 lagi jenis bulu ketiak bersepah. Tak payah bersinglet sangat la. Tak sanggup aku nak bayangkan peluh ketiak yang meleleh sebab tak ada penyerapan. Kalau pakai baju berlengan lain la peluh tu serap jugak kat kain.

Serius tak seksi & menghairahkan pun lelaki bersinglet sebagai fesyen untuk jenjalan kat mall @ mana2 pusat riadah. Even ketiak ko licin sekalipun tetap nampak geli hahahaha. Kalau rasa nak jadi lelaki seksi & mampu menghairahkan kaum wanita untuk mendekati hangpa tak payah tayang badan sado. Muka hensome pun tak perlu. Hanya perlu buat benda ni jer confirm tak sempat korang declare perempuan tu dah berangan pergi honeymoon dengan korang. Nak tau apa yang perlu buat untuk jadi lelaki seksi yang mampu mencairkan hati perempuan sila baca kat sini >> 7 Perkara Yang Buat Lelaki Nampak Seksi <<

Satgi ada dok mai pertikai laki pakai singlet geli sangat yang perempuan pakai baju dah macam bikini tak pulak hang kesah. Bukan tak kesah tapi rasanya dah ramai sangat kaum lelaki ambil kisah jadi kita kesahkan pulak pasal pakaian lelaki. Almaklum la lelaki ni kadang2 prihatin sangat dengan apa yang perempuan pakai padahal kadang2 depa tu pakai sampai nampak size angry bird tak pulak rasa segan & malu. Satgi ada pulak setaz mai dok cakap pasal aurat.. jadi sebelum berlaku aku nak bagitau siap2 apa yang aku tulis tidak menyebut pasal aurat sesiapa cuma apa yang aku tulis hanya dari pandangan mata aku je. Aku sedar aku bukan selayaknya cakap pasal aurat orang.

Aku tak kisah la kalau setakat nak bersantai kat rumah di musim panas pakai singlet sebab bila kat rumah kita nak lebih santai kan. Cukup la kat rumah jangan sampai keluar dating dengan awek pun kau bantai singlet jer hapa kau fikir badan kau ketul2 macam roti bun tu semua orang tengok terliur ke? Ada orang tengok kau bersinglet rasa nak muntah tau tak?? hahahhaa

Moral of the story, bila pakaian dalam di pakai di luar & menjadi ikutan maka kadang2 fesyen orang sekarang lebih nampak kuno berbanding orang dulu.peace yo!

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com