BUKAN NASI GORENG AYAM TAPI NASI AYAM DI GORENG
BUKAN NASI GORENG AYAM TAPI NASI AYAM DI GORENG. Kena baca betul2 tajuk entri tu untuk cari apa kepelikkannya. Bukan nasi goreng ayam atau nasi ayam goreng tapi nasi ayam di goreng,hokay! Korang pernah makan atau pernah buat? Confirm ramai yang tak pernah cuba masak apatah lagi cuba makan. Semenjak jerebu mengganas ni, aktiviti aku 100% dalam rumah. Selain buat kerja2 rutin harian, Jerebu memberi hidayah kepada aku jadi rajin masak & bereksperimen dengan masakan.Sebelum ni aku ada cerita pasal Resepi Nasi Ayam Paling Senang Dalam Dunia.. Lebihan nasi tu aku simpan dalam peti ais sebab tak habis makan. Ada la dalam sepinggan macam tu. Nak makan pun dah rasa macam takde selera walau condition dia masih tiptop. Rasa sedap masih sama seperti macam baru keluar dari rice cooker. Ke aslian rasanya pun tidak berubah walau di sejukkan dalam peti ais untuk mengelak dari jadi basi. Jadi untuk tidak membazir beras yang dah jadi nasi ayam tu maka terhasilah.. Nasi Ayam Di Goreng.
Rasa dia takde la pelik sangat. Rasa Nasi goreng jugak la. Cuma kalau korang nak buat Nasi Ayam Di Goreng ni, kurangkan minyak untuk menumis. Sebab Nasi Ayam tu dah sedia kita masak dengan mentega kan.. Jadi tak perlu guna banyak minyak supaya nasi tu tak terlalu berminyak. Kedua.. Garam. Kalau nasi ayam tu korang dah masak dengan cukup garam.. Jadi tak perlu garam lagi. Yang lain2 tu sama je macam masak nasi goreng biasa. Campak je apa yang korang rasa nak campak dalam nasi goreng ikut selera serakah sendiri la kan.
Kenapa aku mula dok buat resepi pelik sejak dua menjak ni. Ni sebab sejak aku terbaca artikel pasal idea kombinasi makanan biasa dengan sesuatu yang lain dari yang lain. Contoh macam nasi lemak makan bersama creme brulee. Normally kita makan nasi lemak dengan sambal,rendang je kan. Kalau korang nak pun nak jadi macam aku merepek kat dapur dengan membuat kombinasi makanan biasa supaya jadi lain dari lain tapi sedap boleh tengok kat sini >> 10 Kombinasi Makanan & minuman Yang Confirm Anda Tidak Pernah Cuba <<
Bilalah gamaknya Jerebu nak habis supaya aku tak merepek lagi dengan menu2 merepek tapi sedap. Jemu pulak terkurung dalam rumah ni. Rindu pulak bau Mall. Memang la dalam Mall tertutup jerebu tak masuk tapi sementara nak keluar rumah turun ke tempat parking terpaksa redah jerebu jugak. Buka tingkap pun rasa pedih mata & pening kepala inikan nak mengharung jerebu. Tidak sanggup ambil risiko untuk anak aku. Ni pun batuk dia belum hilang.