BUKAN NASI GORENG AYAM TAPI NASI AYAM DI GORENG

9/14/2015 03:04:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

BUKAN NASI GORENG AYAM TAPI NASI AYAM DI GORENG. Kena baca betul2 tajuk entri tu untuk cari apa kepelikkannya. Bukan nasi goreng ayam atau nasi ayam goreng tapi nasi ayam di goreng,hokay! Korang pernah makan atau pernah buat? Confirm ramai yang tak pernah cuba masak apatah lagi cuba makan. Semenjak jerebu mengganas ni, aktiviti aku 100% dalam rumah. Selain buat kerja2 rutin harian, Jerebu memberi hidayah kepada aku jadi rajin masak & bereksperimen dengan masakan.

Sebelum ni aku ada cerita pasal Resepi Nasi Ayam Paling Senang Dalam Dunia.. Lebihan nasi tu aku simpan dalam peti ais sebab tak habis makan. Ada la dalam sepinggan macam tu. Nak makan pun dah rasa macam takde selera walau condition dia masih tiptop. Rasa sedap masih sama seperti macam baru keluar dari rice cooker. Ke aslian rasanya pun tidak berubah walau di sejukkan dalam peti ais untuk mengelak dari jadi basi. Jadi untuk tidak membazir beras yang dah jadi nasi ayam tu maka terhasilah.. Nasi Ayam Di Goreng.

Nampak jejari misteri tu. Tu la penunggu rumah ni. Sekarang ni pantang nampak camera asyik sebut selfie je. Dan nampak gambar nasi goreng tu. Itulah Nasi Ayam Di Goreng Di Makan Bersama lebihan kari. Kira apa aku masak sebelum ni aku tak sia siakan la walau sebutir nasi. Mesti kalau tak habis aku lakukan transformasi.

Rasa dia takde la pelik sangat. Rasa Nasi goreng jugak la. Cuma kalau korang nak buat Nasi Ayam Di Goreng ni, kurangkan minyak untuk menumis. Sebab Nasi Ayam tu dah sedia kita masak dengan mentega kan.. Jadi tak perlu guna banyak minyak supaya nasi tu tak terlalu berminyak. Kedua.. Garam. Kalau nasi ayam tu korang dah masak dengan cukup garam.. Jadi tak perlu garam lagi. Yang lain2 tu sama je macam masak nasi goreng biasa. Campak je apa yang korang rasa nak campak dalam nasi goreng ikut selera serakah sendiri la kan.

Kenapa aku mula dok buat resepi pelik sejak dua menjak ni. Ni sebab sejak aku terbaca artikel pasal idea kombinasi makanan biasa dengan sesuatu yang lain dari yang lain. Contoh macam nasi lemak makan bersama creme brulee. Normally kita makan nasi lemak dengan sambal,rendang je kan. Kalau korang nak pun nak jadi macam aku merepek kat dapur dengan membuat kombinasi makanan biasa supaya jadi lain dari lain tapi sedap boleh tengok kat sini >> 10 Kombinasi Makanan & minuman Yang Confirm Anda Tidak Pernah Cuba <<

Bilalah gamaknya Jerebu nak habis supaya aku tak merepek lagi dengan menu2 merepek tapi sedap. Jemu pulak terkurung dalam rumah ni. Rindu pulak bau Mall. Memang la dalam Mall tertutup jerebu tak masuk tapi sementara nak keluar rumah turun ke tempat parking terpaksa redah jerebu jugak. Buka tingkap pun rasa pedih mata & pening kepala inikan nak mengharung jerebu. Tidak sanggup ambil risiko untuk anak aku. Ni pun batuk dia belum hilang.

4 comments:

  1. Amboi, rajin nampaknya ke dapur! Inilah kelebihan jerebu. Kalau dah rasa terpenjara dalam rumah tu Suria, apakata cari lebih cerita seram. Kongsi kat sini. Macam lama aje akak tak baca kisah seram di lekatlekit ni.... Kang akak take over kang, nangis pulak akak menang tanpa bertanding!

    Opppsss... komen terkeluar tajuk pulak. Kalau kena gaya kombinasinya okeylah. Nasi lemak + creme brulee, awat lain macam aje rasanya! Itu baru tengok nama, belum try makan lagi!

    ReplyDelete
  2. Ada hikmah gak time jerebu ni ek suria...terus jadi kretip mengolah masakan gitu....kikiki...mesti sedap berganda nasi ayam goreng tu kan

    ReplyDelete
  3. Aduhai.. Jerebu mengganas..

    ReplyDelete
  4. Bila duduk kat rumah perut dengan tekak ni mulalah gedik manja nak makan sesaje..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com