Showing posts with label cekodok pisang. Show all posts

RESEPI & PETUA NAK BUAT CEKODOK JADI BULAT BULAT

RESEPI & PETUA NAK BUAT CEKODOK JADI BULAT BULAT.  Hari ni kita ke dapur lekatlekit sekejab untuk belajar buat cekodok yer.. Jangan ingat bila sebut cekodok semua membayangkan alah simple je tu. Nak buat senang je.. Dengar nama dia macam old skool, simple, mudah & kacang jer.. Tapi try buat dulu bagi yang tak pernah sekali masak cekodok kat rumah. Masa tu kau tahu dapur kau tinggi ke rendah.


Aku dulu mula2 belajar buat cekodok tanpa pengawasan pakar kat dapur pun pening jugak fikir. Macam mana la orang buat cekodok jadi bulat2 & cantik je rupa parasnya. Aku buat semua jadi leper2 & kalau tak leper pun dia jadi bujur2 sireh gitu. Memang tak puas hati sungguh. Kira aku tak putus asa jugak la.. Aku tetap terus cuba macam2 kaedah untuk menghasilkan seni cekodok bulat2 katanya.

Orang kata nak bagi dia bulat2.. letak sikit serbuk penaik atau soda bikabornat.. Aku dah letak. Ikut petua mak aku.. letak sedikit air gula. Aku buat.. Memang cekodok tak jadi leper tapi tak jadi bulat2 jugak. Tetap bujur. Sebab aku guna sudu.. So dia ikut bentuk sudu. sampai la satu hari aku tergerak hati nak jemput dia guna hujung jari style orang2 veteran tu. Dulu aku rasa macam susah je sebab nanti bancuhan adunan cekodok tu melekat lekat kat jari.. Tapi rupanya itulah rahsia sebenar macam mana cekodok jadi bulat2 & cantik.

Siap ada testimoni lagi cekodok air tangan aku. Tengok perbezaan bentuk cekodok tu. Kalau guna sudu memang buruk bebeno.. guna hujung jari cantik je kejadianya.

Bagi petua buat cekodok bulat2 pun tak guna kalau tak tahu resepi. Apa?? Ingat semua orang tahu ke buat cekodok.. Ok aku share je la 1 resepi cekodok pisang yang memang menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia...

Bahan2 yang di perlukan untuk buat cekodok pisang

Tepung gandum
Pisang (suka hati la nak guna pisang apapun janji pisang yang dah masak ranum)
Air yang di campur sedikit gula & garam
Serbuk penaik/ soda bikarbonat
Minyak masak untuk menggoreng

Cara nak buat

Lenyek pisang sampai hancur tak bernyawa lagi.
Kemudian campurkan tepung gandum dengan serbuk penaik/soda bikarbonat. Tapi jangan banyak. Hujung sudu pun dah cukup & gaul bagi semua bahan sebati & bercampur.
Masukkan tepung ke dalam pisang yang dah di lenyek tadi. Tambah air yang dah di campur sedikit gula & garam
Gaul hingga sebati
* Pastikan jangan letak terlebih atau terkurang air. Agak2 tak cair sangat adunan cekodok tu. *

Panaskan minyak. Minyak tu makesure sampai boleh tenggelam cekodok korang baru elok kejadiannya nanti. Guna hujung jari2 (5 jari kesemuanya) tangan kanan. Jemput la cekodok tu ke dalam minyak panas. Goreng sehingga masak & hidangkan.

Memang bunyi macam simple tapi kena tahu teknik yang betul nak buat cekodok ni. Aku pun lama jugak nak khatam untuk dapat cekodok yang bulat2 macam tu. Kes malas nak guna tangan. Sebab lepas jemput kena cuci lepas tu goreng dulu cekodok. Lepas tu jemput lagi.. basuh tangan & goreng cekodok sampai habis adunan tu. Tapi percayalah guna tangan lebih cepat & mudah berbanding guna sudu, hokay!

Cekodok ni antara hidangan untuk sarapan pagi orang melayu. Tapi orang sekarang banyak yang dah western.. Tak main la makan cekodok pepagi katanya. I is eat mushroom soup every morning katanya. Tapi aku melayu yang still ada selera melayu & ada la certain2 western food tu aku suka jugak. Kira aku ni selera mix la kan. hehehe

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com