Sebelum ni fasha sandha & diana danielle pernah mencetuskan kontroversi bila announce kat umum depa dah mengandung walhal kawen tak sampai sebulan. paling rare fasha sandha 2 minggu kawen, umum mengandung 2 minggu. Orang pun rasa pelik.. 2 minggu kawen, 2 minggu mengandung. Macam tu jugak nasib menimpa chef Riz yang kategori tak menyempat sangat nak umum yang bini dia dah mengandung. tak ramai yang tahu berapa lama tempoh persenyawaan boleh berlaku selepas bersama pasangan Kat entri ni nanti aku bagitau yer..
Sumber Media Hiburan
Biasa la.. Bila retis yang baru kawen. Tak retis pun orang yang baru kawen tup tp bagitau dah mengandung mula la mulut2 muncung macam cencorot memainkan peranannya.. Soalan.. Rasanya baru kawen takkan dah boleh detect dah mengandung. Aku dulu.. sebulan baru dapat kesan.. Iskk.. ni mesti dah terrrrrrrrrrrrrrrr.... Tu dia spekulasi paling jahat. Bila terbaca kat post media hiburan pasal cerita bini chef Riz dah mengandung banyak jugak komen2 berunsur pertikaian tentang kandungan bini chef riz ni.
Pertikaian kebanyakkan datang dari orang perempuan sendiri
Takde apa yang mustahil boleh kesan kandungan seawal 2 minggu. Teknologi semakin canggih dah.. Tak payah cempeqa sangat la. Orang tak sampai sebulan kawen pun dah boleh lekat kalau memang itu dah rezeki dia. Tak payah nak tuduh dia buat seks luar nikah bagai. Tu namanya bunting pelamin yer adik adik..
Bagi cencorot2 bermulut muncung ni maybe dia tak tahu tempoh paling awal kesan kehamilan & tempoh persenyawaan boleh berlaku.
sebenarnya
boleh mengesan kehamilan
selepas beberapa ketika iaitu selepas lekat/pengimplanan (implantation),
lebih kurang pada awal 6-8 hari selepas persenyawaan (Boleh rujuk DISINI untuk lebih info tentang kehamilan).
Persenyawaan boleh berlaku dalam tempoh 12 hingga 24 jam selepas
waktu tersebut sekiranya hubungan kelamin dilangsungkan.Bila ejakulasi
berlaku pada suami semasa hubungan kelamin, sperma
boleh hidup sehingga tiga hari untuk tujuan persenyawaan dengan benih
dari ovari. (Rujukan DISINI).
Tak mustahil la kita boleh mengesan kehamilan seawal seminggu selepas
persenyawaan berlaku.
Aku dah pernah buat entri pasal ni masa kecoh fasha sandha mengandung dulu (boleh rujuk entri
STATUS KANDUNGAN FASHA SANDHA ).. Aku buat lagi entri baru sebab takpe la.. nak share ilmu bagi mereka2 yang terlepas entri lama tu. Hope.. bila orang yang baru kawen tetiba mengandung tak payah la kita nak buat spekulasi jahat.. Apa dia buat tu antara dia dengan Allah.. Kita berbaik sangka sudah. Jadi pengajaran juga pada pasangan pengantin baru.. Kalau bunting pelamin tu elok la sorok2 dulu dari pengetahuan umum.. bagitau mereka2 yang sepatutnya sudah.. Tak payah teruja sangat nanti kesan buruk tu balik pada diri sendiri.