Showing posts with label gulai lemak. Show all posts

RESEPI AYAM MASAK LEMAK TANPA CILI PADI

RESEPI AYAM MASAK LEMAK TANPA CILI PADI. Normally orang buat masak lemak jenis berlauk ni memang letak cili padi atau cili apa atau apa2 cili la.. Cuma beza pedas dengan kurang pedas je kan.. Tapi memandangkan mak mertua kami tengah tak sihat.. Dia pun tak mau makan pedas pedas dalam tempoh dia masih uzur macam tu. Nak masak singgang je manjang.. Alahai kesian pulak kan. Lagipun tekanan darah dia dah turun kadang2 low.. So meh la kita bagi dia makan yang boleh naikkan darah dia supaya sentiasa di paras normal.


Maka sebab kat rumah den ada ayam.. Ayam yang den nak masak rendang sebenarnya. Almaklum la raya kan even raya cina sekalipun. Bila tinggal kat malaysia ni.. Semua raya kita berpeluang cuti maka di kira kita pun macam raya jugak la kan. Ada la tinggalkan sikit untuk masak kat mak mertua. Sebab bahan2 masak lemak ni ada persamaan dengan masak rendang.. so dari membazir bahan2 yang berlebihan maka berlaku la kisah masak lemak ayam tanpa cili padi di dapur sekangkang kera cik minah tak berapa gebu ni..

Bahan bahan nak buat Ayam masak lemak ni adalah

1.Ayam
2. Serai
3. Lengkuas
4. Halia
5. Kunyit hidup
6. Daun kunyit
7. Daun limau purut
8. Bawang besar
9. Bawang putih
10. Santan

Cara memasak..

1. Kisar Serai, lengkuas,bawang besar, bawang putih, kunyit hidup & halia
2. Ambil kuali tuangkan bahan kisar & masukkan ayam yang dah di cuci & di potong kemudian buka api.
3. Campak je daun kunyit yang dah di simpul & daun limau purut
4. Biar masak sampai mendidih kemudian masukkan santan.
5. Biar sampai masak & tutup api.

Dengan beberapa step mudah dah siap ayam masak lemak tanpa cili padi. Bukan je sesuai untuk orang2 yang tak boleh makan pedas malah untuk kanak kanak juga. Walau tanpa rasa cili padi tu tetap sedap ok! Lemak berkrim di sukai ibu mertua katanya hehehehe

walaupun tanpa cili tapi kesedapan dia tetap menyerlah ok. Ni letak siap2 dalam bekas pakai buang. Senang tak payah collect balik dah hahaha. Sebagai menantu yang baik kena la sekali sekala masak untuk mak mertua bukan je tunjuk baik masa sebelum jadi menantu je

Kalau yang nak convert masakan ni bagi pedas just kisar je dengan cili padi atau cili api mengikut kepedasan yang korang nak. Step memasak dia tetap sama. Cuma ada orang suka menumis bahan kisar guna minyak tapi aku guna kaedah merebus je semua. Sebab ayam & santan tu dah ada minyak. So tak payah berminyak minyak sangat nanti naik minyak pulak orang yang makan. hahahaha

Moral of the story.. Resepi ni utara style ok bukan nogori 9 style. Kena mention siap2 satgi ada yang dok pertikai orang negeri 9 masak lemak tak macam ni.. tak macam tu bagai. hehehehe

RESEPI MASAK LEMAK IKAN MASIN PALING MUDAH & CEPAT

RESEPI MASAK LEMAK IKAN MASIN PALING MUDAH & CEPAT. Kalau tak simple aku malas nak share sebab kesian bebudak baru belajar masak. Kang berpintal pintal pulak otak depa nak matching bahan bahan masakan. Sebab masak lemak ikan masin versi lekatlekit ni memang kategori campak2 jer maka boleh la aku share dengan hadik hadik yang baru akil baligh nak belajar masak bagi persediaan nak jadi menantu orang nanti. hehehe


Lain orang lain cara masaknya. Jadi dalam versi lekat lekit ni meh kita tengok apa bahan yang di gunakan.. Jangan risau bahan bahan asas buat masak lemak jugak. Antara bahan yang di gunakan bagi merealisasikan masak lemak dalam periuk adalah..

Ikan masin (boleh guna ikan talang tapi aku guna ikan duri sebab tu je yang ada)
Serai
Bawang besar
halia
cili padi
asam keping
santan kotak
Kunyit hidup/serbuk kunyit
Ubi kentang

Bahan kisar
Bawang
serai (ada orang suka ketuk jer tapi aku suka blend halus)
halia
kunyit hidup (kalau guna serbuk kunyit tak payah kisar)
cili padi (yang ni ikut selera. Nak pedas letak lebih. Nak sederhana letak sikit)

Potong ikan masin kemudian rendam lebih kurang setengah jam nak bagi kurang masin. Potong ubi kentang. Lepas tu panaskan minyak.. Tumis bahan kisar & masukkan serbuk kunyit kalau guna serbuk kunyit. kalau guna kunyit hidup dah tak payah tambah serbuk kunyit kang over pulak kuningnya. Biar mendidih sekejab masukkan kentang, kemudian masukkan ikan masin. Masukkan asam keping & serai (kalau serai tu serai ketuk). Biar masak sekejab baru masukkan santan. Lepas tu masukkan santan, masak dalam 10 minit macam tu tutup la api. Pastikan ubi kentang tu dah empuk dulu. Lepas tu letak dalam mangkuk hidangkan je la.

Ni la rupa masak lemak ikan masin lekatlekit. Kuning menawan kelambu katanya hahaha

Dah siap Masak lemak ikan masin atau sesetengah orang panggil gulai lemak. Normally orang guna nenas tapi di sebabkan aku cukup fobia nak makan nenas aku tukar guna kentang. Versi aku ni memang kuah dia pekat sikit. Ada orang suka kuah cair. Apapun tetap sedap di tekak tukang masak katanya. hehehehe

Masak sendiri kat rumah ni memang jimat berbanding membeli belah kat bazar ramadan. Ahad lepas aku tak sempat masak jadi membeli je kat sri damansara. Ada satu pakcik ni jual nasi kandar tapi dia orang melayu la. Aku teliti la lauk2 dia.. Nampak macam best bau pun masih menarik lagi so aku order la satu lauk sotong. Lauk sotong 2 ekor,telur rebus sebiji & 3 biji kacang bendi rebus sekali nak bayar RM13. Nasi kandar memang mahal rupanya. Almaklum la aku memang tak makan restoran mamak sangat so aku tak tau la harga nasi kandar tapi sebungkus nasi RM13 tu memang aku rasa mahal la. Hahaha..

Jadi pada hadik hadik yang dah mula terfikir nak kawen tu.. cuba cuba la belajar masak lemak ikan masin ni yer. Antara hidangan pembuka selera ramai orang. Almaklum la kalau orang melayu ni memang taste depa masakan macam tu la.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com