SHASHA & RASHIDAH GOLONGAN ATTENTION SEEKER CIPLAK
SHASHA & RASHIDAH GOLONGAN ATTENTION SEEKER CIPLAK. Belum berakhir fenomena Rashid muncul pulak watak shasha & Rashidah yang guna konsep yang sama menyampaikan mesej dalam bentuk sarcasm @ sindiran. Bagi aku depa ni semua golongan Attention seeker je tapi tak kreatif. kerja depa curi perhatian orang ramai dengan menciplak idea orang lain. Nampak murahan sangat tau.Serius.. muak pulak aku jenis golongan macam ni. Tak ada identiti.. Apa dia buat sebab dia tengok orang lain buat & dapat sambutan maka dia buat buat benda yang sama cuma tukar nama je lain. Macam produk tiruan cina.. Dia tukar jenama jer. Bunyi nak sama tapi tak sama tapi barang yang di buat memang meniru produk lain cuma kualiti je la berbeza. reka bentuk, fungsi semua lebih kurang sama. Tiru design orang kemudian letak jenama sendiri. Macam tu la dengan watak shasha & rashidah ni..
Zaman media sosial memang ramai yang nak jadi popular.. Maka jadilah attention seeker. Ada attention seeker yang bijak so kehadiran mereka dapat sambutan, ada jugak attention seeker yang bodoh kemunculan depa lebih di kenali sebab kena kena kutuk je. Tak salah nak jadi attention seeker tapi jadilah attention seeker yang kreatif dengan cara tersendiri yang mampu mencetuskan satu fenomena baru di alam maya bukan hanya tau ciplak jer.
Please la ada rasa ego dalam diri tu sikit.. Ego ni perlu jugak untuk kita tidak sentiasa asyik nak meniru je apa yang orang lain buat sampai kita jadi manusia yang tak ada identiti. Jangan ego hanya tak suka mengalah & mengaku salah je bila buat silap. Ego macam tu ego sampah.. sebab tak bagi manafaat. Cuba cipta satu ego di mana kita nak menyerlah dengan cara tersendiri tanpa di bayangi identiti orang lain.. Kan bagus. At least kurang sikit makhluk copy paste di alam maya.
Moral of the story.. sebab tu penting ambil sarapan pagi bagi mereka yang nak lebih kreatif dalam hidup. Takde la sentiasa lost idea seterusnya jadi makhluk suka meniru je. Sebab dengan pengambilan sarapan pagi boleh tingkatkan daya tumpuan.. Kalau nak buat sesuatu tapi tak boleh fokus memang kita akan jadi kering idea. Sarapan pagi ni penting sangat tau.. Ramai yang menyesal sebab selalu skip sarapan sebab dalam sarapan ada 4 perkara penting ni >> 4 Perkara yang buat anda rasa menyesal tidak ambil sarapan << Jadi pada korang yang rasa nak jadi perhatian di alam maya ciptakan satu identiti yang menarik yang tak ada orang buat lagi, Insya Allah.. anda akan jadi attention seeker yang nampak bijak & kreatif.