TIKTOKERS BUKAN ISLAM BAYAR ZAKAT?? Assalammualaikum.. Lama rasanya tidak menulis sepatah dua kata di blog lekatlekit ni kan? Blog yang penuh kisah suka duka. Ada manis ada luka dan ada bermacam ceriteranya. Dari bujang sampai berkahwin sampai la dah ada dua cahaya mata. Dari muda sampai dah tak berapa muda. Ya Allah lamanya kan..
Jadi untuk tidak mensia sia sewa domain setiap tahun marilah kita coretan sepatah dua kata. Kebetulan memang terasa nak bercakap satu isu yang pagi pagi dah terbaca kisah seorang tiktokers & usahawan muda yang katanya walaupun bukan Islam dia juga melaksanakan tanggungjawab membayar zakat.
BUKAN ISLAM BAYAR ZAKAT? Bukankah syarat mewajibkan seseorang itu membayar zakat salah satunya harus Islam. Celah mana dia boleh declare apa dia bayar itu adalah zakat. Memang boleh bukan islam untuk menyumbang kepada pusat zakat tapi bukan di kira sebagai membayar Zakat. Ia cuma sumbangan yang setahu aku akan di asingkan dari duit zakat yang di bayar oleh umat Islam. Sumbangan tu di agihkan atau di salurkan kemana tu aku tak pasti sangat. Tu hangpa pi tanya pusat zakat. Lagipun pemberian berbentuk sumbangan dari bukan Islam tak salah untuk di gunakan untuk bantu orang Islam cuma ia bukan dalam kategori zakat.
Aku rasa macam tak best bila golongan aktivis, usahawan atau influencer yang bukan Islam gunakan Istilah zakat melalui sumbangan di buat melalui pusat zakat macam mencari publisiti untuk meraih perhatian & mendapat pengaruh di kalangan orang Islam. Benda ni boleh jadi salah faham. Jadi tolong jangan gunakan istilah membayar zakat. Cakap je sumbangan. BerBeza tau sumbangan dan bayar zakat. Zakat adalah kewajiban umat Islam yang berkemampuan. Ia hanya untuk orang Islam bukan Islam tidak sah kalaupun dia berniat membayar zakat sebab salah satu syarat untuk membayar zakat adalah mesti beragama Islam.
Zaman sekarang ramai nak buat marketing 0 cost.. Cari publisiti tanpa menghiraukan sensitiviti agama lain. Asal boleh buat masyarakat rasa 'impress' dengan dia.. Dia main langgar je. Perkara perkara macam ni boleh mengundang salah faham berkaitan agama jadi rasa pihak sepatutnya perlu juga pantau & cegah sebelum parah. Nanti ramai pulak ingat orang bukan islam pun boleh bayar zakat. Lepas tu jadikan konten untuk tarik pengaruh di kalangan orang melayu Islam.
Melihat dari trend menunggang agama sekarang memang merisaukan. semua tahu di Malaysia menunggang agama Islam paling mudah untuk meraih keuntungan maka ramai mula ambil kesempatan tak kira yang Islam atau bukan islam. Sebab penduduk majoriti di Malaysia ni adalah bangsa melayu beragama Islam jadi kena cari pengaruh di kalangan orang Islam baru senang nak buat untung. Trend yang sangat tak sihat bagi aku.
Di tambah lagi mentaliti orang melayu sekarang kalau nampak je bukan islam yang meniru gaya hidup orang melayu sikit mudah sangat la kagum. Padahal orang tu sekadar mengambil kesempatan atas kelemahan orang melayu ni. Aku bukan nak racist ke apa.. Tak. Budaya menunggang agama ni bukan kata orang bukan Islam je buat yang Islam sendiri pun ramai cuma perkara macam ni berlaku adalah di sebab kita sendiri mudah di manipulasi jadi akan muncul golongan golongan yang mengambil kesempatan macam ni.
Moral of the story.. Nak salahkan penunggang agama 100% pun tak boleh kalau kita sendiri yang mudah di tunggang sebab tu orang ambil kesempatan jadi apa yang boleh kita buat supaya tak jadi haiwan tunggangan adalah menjadi bijak. Sekian makaseh (versi Alleycats).
Disclaimer ; Entri ini adalah umum tidak merujuk kepada mana mana pihak.
GANGGUAN JIN LINTASAN DALAM JELMAAN ASAP HITAM DATANG DARI RITUAL IBADAT ORANG BUKAN ISLAM. Lama dah terperam dalam hati kisah ni sebab tak ada masa nak up kat blog. Sementara malam ni ada sedikit masa terbuang sambil layan drama Goyang Syafiq kat TV9 elok jugak la sesambil layan TV kita manafaatkan sesuatu kat blog katanya. Akibat kerajinan yang melampau ni maka malam ni bersiaran la segmen seram serik lekatlekit dengan tajuk cerita seperti yang tertulis tu.
Pekebendanya Jin lintasan ni lekatlekit Ooi.. Mesti ramai yang tanya kan? Macam aku yang dah biasa menggunakan khidmat di pusat rawatan Islam ni.. Dah biasa dengar istilah Jin lintasan ni. Jin lintasan ni jenis jin yang bebas berterbangan sana sini. Bermakna dia tak tinggal kat satu tempat.. Kat mana dia rasa ada port baik dia pergi la bertenggek. Bukan jin belaan sesiapa atau di hantar oleh sesiapa untuk menganggu manusia. Sebab tu dia di gelar lintasan. Sebab dia sekadar melintas.. Umpama singgah singgah je. Sapa terkena ikut nasib la kan....
2 minggu lepas alkisahnya anak kesayangan aku ni demam dekat seminggu ok! Bagi makan ubat dah bergelen gelen katanya.. Siang ok. Bila takhkala malam menjelma dia kembali demam semula.. Sebab dah ada pengalaman anak aku demam tak kebah kebah macam ni rasa lain macam jugak. Sebab dia demam mengejut. Malam sabtu sebelum dia tidur memang sihat Wal'afiat jer. Takde langsung tanda nak demam ke hapa.. Tapi masa sebelum dia tidur & tengah minum susu tu,memang aku nampak macam asap halus.. macam asap colok tapi lagi halus dari tu. Takde la berkepul kepul macam orang bakar kemenyan tu..Dia macam sawang @ sarang labah2 tergantung atas kepala anak aku. Tergantung yang tak berpaut kat mana2. Alah.. susah sangat nak paham. Macam terapung la.
Serius.. mula2 aku ingat sarang labah labah @ sawang.. aku cuba nak tangkap & buang.. tak dia macam lari bila aku nak capai.. terbang lepas tu ghaib. Masa tu aku cuma fikir sawang yang terbang & hilang di tiup angin. Sekemunit pun tak terfikir ada kaitan dengan apa2 perkara mistik ke jin ke toyol ke hapa. Serius.. even aku ni suka baca & tengok cerita seram tapi mentaliti aku ni takde la asyik fikir hantu je ok! Sebab tu masa tu aku tak terfikir langsung apa2 yang berkaitan dengan makhluk halus..
Lepas minum susu, anak aku pun tidur la. Mak dia pun senang hati la. Kalau tak.. pepaham je la budak2. Lagi mata celik selagi tu ada ja la benda dia nak buat & nak minta kita buat untuk dia kan.. Masuk tengah malam macam tu aku perasan badan anak aku panas. Sah! Demam.. tetiba demam mengejut aku mula tak sedap hati. Sebab ada pengalaman yang sama cuma tak nak fikir bukan bukan aku anggap demam biasa la. Musim budak2 dok demam jugak kan? Si bapak pula rasa dia kot yang bawa balik something sebab dia ada tegur someone ni kenalan dia baru pindah rumah. Rumah tu pulak dah setahun kosong.. Tapi kenalan dia ni non muslim. Dia kata dia saja je cakap kalau Muslim akan buat majlis tahlil & bacaan yassin dulu untuk halau jin. Sebab rumah yang lama kosong, ada makhluk halus yang akan tinggal. Dia risau sebab mulut becok dia ke penyebab anak dia tetiba demam.
Tapi masing2 cuba fikir demam tu cuma demam biasa takde kaitan dengan apa2 perkara mistik. Sampai hari ke enam demam still tak kebah. Siang ok.. malam demam. Seminggu tu memang tak sekolah la anak aku. Sebab dah dekat seminggu, Aku ajak jugak pergi pusat rawatan Islam Al Qayyum kat sri damansara. Sebab rawatan kat situ nampak lebih serasi dengan budak shahila. Memang dah banyak kali kami pergi kesitu.
Macam biasa selepas bacaan Ayat ayat Al Quran.. Ustaz tu kata dia nampak asap hitam. Dia gambarkan macam dalam cerita X-Men nak bagi kami paham keadaan asap tu tapi memasing laki bini tak layan pulak filem X-Men jer so kami tak dapat bayangkan la lagu mana watak asap tu hahahaha. Asap tu katanya dia nampak dalam rumah kat bucu dinding di bahagian ruang tamu. Memang Jin tapi bukan jin yang di hantar sesiapa. Cuma jin lintasan. Ustaz tu tanya jugak ada tak jiran yang berbangsa ..tet.. non muslim. Memang la ada jiran tu agak kuat beribadat.. dia sembahyang boleh kata 5 waktu jugak sehari.
Ustaz tu jin tu datang bila tiap kali depa bunyikan loceng & bakar colok. Bau asap colok tu kan kuat. Tiap kali dia sembahyang serius.. Kalau boleh nak tutup setiap ruang udara yang ada dalam rumah ni. Kenot tahan beb! Dia pulak letak tempat sembahyang dia luar rumah. Bagi kepercayaan agama depa, tu la dewa depa. Tapi kita yang beragama Islam, benda tu jin la. Tak tau macam mana boleh tersinggah pulak kat rumah aku tengok2 ada budak comel yang speech delay. Tanya ustaz tu serius tak gangguan ni ustaz tu cakap agak serius tapi dia kata dia cuba rawat la.. Alhamdulillah.. lepas rawatan tu esok tu dah tak demam lagi. Bayaran kat situ pun ikut sedekah je.. Ni rawatan Islam yer.. Kami tengok dia buat rawatan & dengar dengan jelas bacaan ayat ayat Al Quran dia. So, tiada keraguan. Sapa ada masalah nak try boleh la berkunjung ke pusat rawatan Islam Al Qayyum di Sri Damansara Kuala Lumpur.
Facebook : Pusat Rawatan Al Qayyum
No tel : 017-765 1747
Ni bukan review berbayar ok! Sekadar berkongsi mungkin boleh membantu orang lain
Ni pengalaman keberapa aku dah lupa anak aku kena gangguan jin lintasan ni. Makcik aku cakap.. kalau dah biasa terkena dia macam ada laluan untuk jin. Ustaz pulak kata.. biasa la spesis jin ni memang suka ganggu budak budak. Hope lepas ni takde la dewa dewi bintang tiga dok mai singgah rumah aku lagi tiap kali jiran aku yang alim tu beribadat. Pi la dok rumah depa.. Depa yang panggil hang. Rumah kami tak asap colok. hehehehe
Moral of the story.. Tu pun salah satu teguran dari Allah juga untuk suruh mak bapak dia rajin2 la mengaji.hik hik hik.. Jadi, sila ambil pengajaran dari kisah pengalaman aku sendiri ni. Sentiasa perdengarkan aluan ayat2 Al Quran dalam rumah tak kira mengaji sendiri atau dari rakaman. Tapi lagi bagus baca sendiri la kan..