Showing posts with label sembuh. Show all posts

ESENTIEL COOLING LOTION MERAWAT DEMAM CAMPAK @ CHICKEN POX PALING BERKESAN

ESENTIEL COOLING LOTION MERAWAT DEMAM CAMPAK @ CHICKEN POX PALING BERKESAN.  Kali pertama anak saya kena demam campak sejak 19 July lepas. Sekarang Alhamdulillah sembuh sepenuhnya dah cuma ada parut sikit lagi kat badan. Cuma esok je nak pergi ambil surat pengesahan doktor yang mengatakan dia bebas chicken pox. Sebab tadika anak saya memang macam tu peraturan dia. Jadi kena la ikut.

Esentiel Cooling Lotion. Gambar di ambil lepas dah di gunakan. So memang comot tak hengat. hahahaha

Demam campak @ chicken pox ni kita sedia maklum penyakit yang berjangkit kan.. Jadi kita tak boleh selfish sangat memperjudikan kesihatan anak orang lain. Pastikan betul2 sembuh baru hantar ke sekolah. Bermakna dah tak ada kudis semua tu.. Baru hantar.

Yer tahu anda ibu - ibu yang bekerja tak macam saya. Surirumah je. Boleh la duduk rumah belek anak je ye dak.. Tapi Nak buat macam mana. Tu dah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa kan. Bekerjaya atau tak.. Kita kena jaga sendiri anak kita masa sakit. Tak boleh nak suruh cikgu jagakan. Tu bukan kerja cikgu nak jaga anak orang sakit, ok! Lagipun bukan anak kita je kat tadika atau taska.. Tapi ramai lagi budak budak lain. So, jangan sebab anak kita, anak orang lain berjangkit pulak.

Sebab saya ni duduk dalam kawasan bandar.. selepas campak mula banyak kat badan & muka.. Of course dia jadi tak selesa sebab rasa gatal. Ikut cara tradisi.. Guna daun semambu. Tapi kat sini memang susah dapat daun semambu tapi mujur la ada sepohon pokok semambu yang di tanam oleh seorang india kat parking. Boleh la minta sikit tapi anak saya meraung kalau kita mandikan dengan daun semambu atau tempek dengan bedak sejuk yang di campur daun semambu yang di tumbuk halus tu. Dia punya meraung macam kena histeria pulak..

Ada pergi ambil ubat sapu & makan kat klinik.. Tapi takde la mengurangkan sangat masalah chicken pox. Yelah.. kena ambil masa. So suami saya cuba mencari ubat kat farmasi.. Maybe farmasi suggest dia kot essential cooling lotion tu.

Apa yang best cooling lotion ni memang membantu kurangkan rasa gatal chicken pox tu. Jadi takde la tergaru garu budak tu. Selain tu dia mempercepatkan chicken pox tu kering. Sekali sapu esok tu boleh nampak kesan ada yang dah mula kering. Yang best tak menyebabkan parut pada bekas chicken pox tu kecuali kalau di garu. Mungkin anak saya picky eater juga kot so makanan yang di ambil agak terhad jadi kurang la parut tu.

Tapi memang essential cooling lotion ni mempercepatkan chicken pox tu sembuh. Dalam beberapa hari tu dah nampak kesan banyak yang dah mula kering & sembuh. bau dia pun wangi macam bedak. Jadi takde la terkepit sangat hidung. Harga dia saya tak sure.. dalam RM10++ kot sebotol. Sebotol kandungan dia 200ml.. Tak habis pun guna chicken pox anak saya dah baik.

Boleh di gunakan untuk merawat & melegakan kegatalan pada kulit akibat gigitan serangga

Saya sapu guna tangan je.. Sebab farmasi kata boleh je sapu pakai tangan. Sapu macam kita sapu lotion kat semua tempat yang di tumbuhi chicken pox tu selepas mandi & sebelum tidur. Insya Allah.. lena tanpa rasa gatal. Sebab bila di sapu pada kulit dia rasa mint.. Benda tu yang mengurangkan rasa gatal. Kalau bukan chicken pox pun.. kalau ada masalah gatal kat kulit boleh je sapu, takde masalah.

Sekarang ni nampak macam musim demam campak @ chicken pox kan.. Jadi mana2 ahli keluarga yang terkenal chicken pox tu boleh la ikhtiar merawat dengan esentiel cooling lotion ni. Kalau ikut orang dulu2.. bedak sejuk, daun semambu jer.. Tapi tu la cara hidup dah berubah. Nak cari daun semambu pun susah kan.. So, tak rasa guna ubat ubatan moden. Kita cuma ikhtiar selebihnya Allah yang menyembuhkan.

RAHSIA YANG ORANG TAK TAHU TENTANG PENCUCI MUKA SNAIL BIO ESSENCE

Sumpah aku sendiri pun tak tahu pasal ni dulu. Tak pernah terbaca kat mana2 pun pasal ni. Tak pernah nampak sapa2 pun cerita kan pasal ni. Dah beli & dah guna baru aku tahu pasal ni.. Pasal pencuci muka Bio energy Snail skin repair Bio essence yang baru2 ni aku beli. Kalau korang nak tahu apa rahsia yang telah terbongkar tentang pencuci muka snail bio essence ni sila jangan skip pembacaan hokay..

Pencuci muka yang tinggi. Yang pendek botol putih tu pelembab yer. Gambar ni bukti aku beli hokay hahahaha

Aku beli pencuci muka snail ni hari sabtu haritu. Kiranya baru 3 hari la aku guna pencuci muka ni. Yelah.. gedebuk gedebak orang dok cerita produk berasaskan lendir siput babi ni bagus sangat untuk kecantikkan kulit.. perempuan mana boleh tahan kan. Nak2 perempuan yang tak berapa cantik macam aku ni. Memang dengan niat nak cantik & nak pulihkan kulit yang bermasalah maka aku teruja nak guna.

Baru2 ni jiran pulak renovate rumah.. alergik pulak aku maybe pasal habuk2 kecil yang berterbangan. Habis gatal2 dua2 belah tangan aku. termasuk muka aku rasa merenyam jer. Ubat gatal dah makan.. krim gatal dah sapu.. dekat seminggu takde jugak perubahan. Naik bintik2 merah. Bila garu jadi luka la kan.. Dah abis idea ni.. tak tau nak buat apa.. tetiba Masa mandi lepas cuci muka lebihan buih pencuci muka kat tangan tu aku sental la tempat gatal2 tu...  Nak tau apa jadi?? Ni suspend sikit la.. Korang pun tak sangka apa akan berlaku..

Esoknya tempat yang tumbuh bintik2 merah yang gatal tu nampak kering & gatal2 pun dah tak berapa nak ada rasa. Aku ulang lagi buat benda yang sama.. lepas cuci muka saki baki buih pencuci muka snail tu aku gosok kat tempat gatal ternyata memang effective sangat. Dan saat aku karang entri ni alhamdulillah tak gatal lagi. Tapi aku tetap buat benda yang sama lepas cuci muka nak bagi hilang parut2 muda bekas garu tu.

Tu la orang tua2 kata.. tak kenal maka tak cinta. Tak cinta maka tak kawen.. dah kawen hidup bersama baru tau baik buruk. Begitulah perumpamaan aku dengan cleanser Bio Energy Snail skin repair Bio essence. Secara tak sengaja dia membantu aku yang hadapi masalah alergik & gatal2. Tu yang buat aku semakin semangat nak shopping produk bio essence. Dah la tanaka white night cream dia buat aku jadi cerah dalam masa seminggu (boleh refer entri ni Tanaka White Night Cream ). Ni cleanser dia pulak buat masalah gatal aku sembuh. Sayang bio essence ketat2 sebab tak sia2 kan pelaburan duit aku beli produk dia. hahahaha

Aku tak sure samada effective untuk orang lain.. tapi memang berkesan untuk aku. Tapi tak salah kita guna sebagai ikhtiar kan? kalau kat muka takde side effect takkan kat tangan jadi side effect pulak kan? Cuba - cuba la kot2 boleh membantu, ye dak??

P/S : ni bukan entri review berbayar.. siapalah aku bio essence nak bayar untuk review produk depa kan? Aku beli, aku guna & aku nikmati kelebihannya.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com