Showing posts with label warna rambut. Show all posts

MENJAWAB FITNAH ANONYMOUS TENTANG MEWARNA RAMBUT


Tudia komen Si Anon pada entri ANONYMOUS LEBIH BERMINAT KOMEN PASAL AURAT. Jelas terbukti fitnah & tiada bukti tuduhan si anon tu. Bila masa pula sang lekit warnakan rambut. Air kat rumah pun jernih, putih & bersih takde karat - karat. Rambut sang lekit pun warna hitam semulajadi takde pula sang lekit warnakan dengan warna2 tiruan ni.

Aduhai Si Anon.. Anda menegur tentang kekurangan diri saya tapi jelas sekali anda juga kurang didikan agama dalam hal ni. Menuduh tanpa bukti adalah fitnah apatah lagi menuduh sesuatu yang orang lain tak buat. Sejahil jahil diri sang lekit ni wahai Cik Anon.. Ada batasannya juga perbuatan sang lekit. Dia tanya lagi macam mana nak sembahyang?? Ambil wuduk & tunaikan solat macam biasa. Lagipun sang lekit pernah terbaca artikel pasal warnakan rambut ni.. Jom Sang Lekit kongsikan sedikit.

Jika ada sesuatu yang menghalang air untuk sampai membasahi rambut, maka tidaklah sah mandi hadas besar dan wudhu berkenaan. Sehubungan dengan itu ibadat-ibadat yang dilakukan seperti sembahyang menjadi tidak sah kerana hadas atau wudhunya itu tidak terangkat.jika pewarna rambut itu tidak melekat di atas rambut seperti ia sifatnya meresap sepertimana meresapnya inai (pacar) pada jari dan kuku. Ini tiada menghalang air daripada sampai ke bahagian yang wajib dibasuh. Mewarna rambut itu tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya dengan alasan bahawa pewarna yang digunakan itu adalah halal ataupun suci. Untuk artikel sepenuhnya sila clik DISINI

So, dengan jawapan yang di beri kepada Si Anon harap dapat memberi pengajaran di lain masa supaya siasat dulu sebelum mengeluarkan sebarang tuduhan atau komen & moga dengan perkongsian ilmu yang sedikit ni dapat memberi manafaat pada kita semua.

P/s : Apapun Si Anon jangan risau sang lekit memaafkan fitnah ni. Semoga di akhirat nanti takde dakwa dakwi lagi antara kita

**Thanks Akak LydiaMiza (Buat semua juga yang komen & memberi kata2 semangat tak putus2 di blog melekit ni) atas cadangan, pandangan & kata - kata semangat untuk sang lekit. Sang Lekit setuju untuk tidak lagi publish sebarang komen dari Si Anon ni. Sebab itulah yang dorang nak "Perhatian". Bak kata Nyah Zulfikar spesis Anon ni kurang kasih sayang. Nak bagi kasih sayang pun tak tau dorang ni hantu ke, jembalang ke, jin ke, Iblis ke, syaitan ke.Yelah.. ada kata - kata takde identiti, so dorang ni boleh jadi apa saja di luar jangkaan kita, kan?? Khurafat & syirik tu berkasih sayang dengan makhluk2 macam ni. Tapi kalau komen Anon yang berunsur nasihat tanpa sebarang dengki & khianat di kesan, Insyaallah sang lekit akan paparkan dengan bangganya.**

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com