Showing posts with label vape. Show all posts

FLAVOR VAPE MARIA OZAWA CONFIRM LELAKI SUKA

FLAVOR VAPE MARIA OZAWA CONFIRM LELAKI SUKA. Hari mingu lepas jenjalan kat GM Kl.. Terjumpa flavor vape perisa cendol & ABC (air batu campur).. punya cempeqa la laki bini tak tau selama ni ada flavor vape perisa cendol, abc bagai.. Almaklum la laki aku ni memang tak hisap benda2 berasap tak kira la vape ke hapa. Dia bukan smoker.. Alhamdulillah jimat duit. Duit beli makanan jin tu boleh la buat budget bawak aku & anak2 pi jenjalan. Maka bergelak ketawalah kami laki bini sebab tengok flavor vape perisa cendol & ABC.


Tup tup hari ni ternampak kat fanpage Amran Fans review untuk Flavor vape perisa Maria Ozawa.. Mak Aiih.. apa rasa maria ozawa ni. Mesti ada yang tak tau siapa Maria Ozawa ni.. Aku ni pun tak berapa kenal jugak dia memula. Tapi orang asyik dok sebut pasal dia alih2 ter tahu jugak. Yang aku tau dia ni pelakon filem lucah jepun, kalau tak silap la. Apa tajuk filem dia.. Sumpah aku tak tau. Nak google pun tak berapa sedap perut sangat la kalau dah tau tema filem lakonan dia tu.


Awat la depa letak nama flavor tu Maria Ozawa.. Ni kalau orang hisap terus terangsang nafsu seks ke macam mana ni? Bahaya jugak.. ntah apa dia letak dalam flavor tu. Ubat kuat ke hapa sebab nama dia pun sangat2 mencurigakan. hahahaha

Aduhai.. macam2 la orang nak meniaga ni kan? Kena pandai memanipulasi nama produk tu padahal kadang2 tak ada apapun. Macam flavor vape ni.. Maybe nama jer kontroversi ntah2 flavor vape perasa strawberi je kot. Vapor dengar nama Maria Ozawa confirm la rasa nak beli sebab nak tahu macam mana rasa Maria Ozawa tu kan?

Moral of the story.. Nama flavor pun ada unsur2 tak berapa nak sihat apatah lagi lepas menyedutnya. hahaha

INI GOLONGAN YANG BAKAL ANTI JOHOR

INI GOLONGAN YANG BAKAL ANTI JOHOR. Johor dah kuatkuasa pengharaman penjualan Vape bermula Januari 2016. Khabar khabar angin jugak katanya Johor akan haramkan rokok, judi, arak & pelacuran.. erk.. sebelum ni aktiviti pelacuran sah ke kat Malaysia ni?? hahahaha.. tanya je sebab selama ni yang aku tahu aktiviti pelacuran memang tak pernah di iktiraf sebagai perniagaan yang sah di Malaysia. jadi memang dah sedia haram sejak dulu lagi kot... Wah memang salute Sultan Johor. Bukan takat hensem, tegas & seorang pemimpin yang berani. tetiba rasa nak mengaku jadi orang johor pulak. hahahaha...


tak lama lagi vapor, kaki minum, kaki judi & perokok tegar mungkin banned Johor dari menjadi salah satu negeri untuk di lawati sebab tak ada jual benda2 yang menjadi favorite depa dah. Benda2 ni semua melibatkan ketagihan yang mustahil boleh di hilangkan dalam masa sehari. Kalau perokok ni nak skip sehari rokok pun susah apatah lagi berhari hari. Mungkin jugak peniaga2 atau pengedar semua produk tu akan mula berhijrah ke negeri negeri yang masih menghalalkan penjualannya. yelah.. dah tak boleh meniaga secara sah la kalau di haramkan. Kalau meniaga di kira macam salah satu aktiviti penyeludupan ke Johor jugak la kan.

Tak lama lagi Vape akan menerima nasib macam ni >> Katanya Makmal Untuk Produk Ni Sama Level Dengan Reban Ayam << Di aibkan secara besar besaran tanpa belas kasihan. Kalau yang buruk, yang kotor, yang bahaya dia je la. Padahal spesis dia yang ber title sikit macam bagus jer. Hahahahaha

Apapun yang baik kita sokong la kan.. Yang buruk kita tegah. Haramkan Vape tu bagi aku tak jadi masalah besar dari kenaikkan harga tambang erl, pengangkutan awam, minyak, barang keperluan harian. Yang tu mungkin rasa macam nak cubit2 je Pak Jib.. Dugaan tersebar untuk Malaysia sepanjang pemerintahannya.

BAKAL ADA VAPE HALAL & HARAM TIDAK LAMA LAGI

BAKAL ADA VAPE HALAL & HARAM TIDAK LAMA LAGI. Malaysia ni memang ramai pelawak di kalangan pakar2 & menteri menteri. Sebab tu hidup aku sentiasa cerita tersenyum & ketawa dengan statement2 kelakar nak mampus dari mereka. Sebelum ni isu GST... Sebelum GST kita tak tau yang Ahmad Maselan ni ada talent semulajadi berlawak. Selepas GST di laksanakan baru rakyat Malaysia tahu menteri kita yang sorang tu memang sangat2 suka melawak. Terbaru pasal Vape pulak. Aku bukan Vapor.. Suami aku pun tak hisap benda2 berasap ni. Jadi takde sebab aku nak sokong Vapor2 kat malaysia ni.


Cuma tu la aku rasa kelakar bila ikuti kes Vape ni. Mula2 katanya nak mengkaji & mencari rang undang2 untuk mengharamkan vape. Maybe sebab takde akta untuk mensabitkan vape sebagai pesalah kat Malaysia sekarang kerajaan tengah mengkaji pulak nak kenakan cukai kepada Vape. Dengar kata operasi merampas Flavor vape sedang di lakukan besar besaran, betul ke? Memang kelakar tahap babon benda ni bagi aku. Haritu beriya kau cakap bahaya nak mampus vape & kena haramkan.. tup tup tak boleh haramkan kau cukaikan dia pulak.

Rokok naik harga pun tak mampu kurangkan jumlah perokok kat Malaysia.. Kau cukaikan vape pun aku rasa tak mampu nak kurangkan vapor kat Malaysia jugak. Ye depa akan tetap hisap.. Jadi apa motif kenaikan harga & cukai tersebut? Kalau kita sendiri tahu cara tu tak berkesan untuk mengurangkan jumlah penggemarnya? Difatwakan haram pun orang tak peduli apatah lagi naik harga atau di cukaikan. Mereka akan sentiasa cari yang murah tak kira la secara sah atau seludup. tak ke nampak macam ambil kesempatan atas kesempitan rakyat? Kalau kau dah tahu rokok seludup tu bahaya tahap syaiton nirojim.. Dengan kenaikkan harga rokok bertambah la permintaan rokok seludup. Mustahil mampu benteras rokok seludup kalau harga rokok sah sentiasa naik. Apa usaha kerajaan untuk membantu perokok tegar yang memang mustahil untuk berhenti merokok agar mereka tidak menghisap rokok yang berisiko kononnya.. kalau asyik naik harga je?

Kalau Vape akan di cukaikan.. aku rasa tak lama lagi nasib sesetengah vape akan jadi macam barang2 ni jugak la. Walau ada yang tak bahaya mana pun tapi tetap di anggap bahaya >> Inilah Barang & produk di kategorikan Haram & bahaya kat Malaysia termasuk seluar jeans << Jadi memang tak mustahil la kalau vape di kenakan cukai confirm ada vape halal & haram. Yelah.. yang halal kena cukai.. yang tak kena cukai jadi haram.

Aku tak tahu apa Masalah Malaysia sekarang. Menteri2 semua dah jadi macam kongsi gelap yang asyik nak pow duit rakyat. Ada saja benda dorang nak naikkan. Betul la.. Takkan ada harga yang turun tapi setahun berapa juta kali harga barang & perkhidmatan kau nak naik. Kalau PRU akan datang pemerintah sekarang tak turun jugak aku syak ada jin yang mengundi dia sebab jin je rasanya tak terkesan dengan kenaikkan harga kat Malaysia ni.

SEJARAH VAPE YANG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU

SEJARAH VAPE YANG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU. Almaklum la masih kecoh pasal isu vape yang katanya bakal di haramkan di Malaysia cuma sekarang masih tak jumpa rang undang2 untuk mengharam penggunaan & penjualannya. Dah jumpa nanti.. apalah nasib vapers sekalian. Adakah mereka kembali ke pangkal rokok atau beralih menghisap ekzos kenderaan pulak bagi menghilangkan ketagihan terhadap vape. hahahaha.. Ok.. Ok.. jangan merepek meh kita buka buku sejarah vape ni. Yang hisap vape tu bukan semua tahu asal usul vape ni.

Sumber Google

Ramai orang jual vape & hisap vape tapi berapa kerat sangat tahu bila Vape mula di cipta. Jangan terkejut kalau aku cakap vape mula di perkenalkan pada tahun 1963 oleh Herbet A. Gilbert tapi tidak di komersialkan & kemudian lenyap pada tahun1967. Rokok Elektronik @ Vape yang di gunakan sekarang di cipta oleh seorang ahli farmasi china yang bernama Hon Lik pada tahun 2003 dengan menukar nikotin dalam bentuk wap yang di larutkan dalam cecair propylene glycol. Wap nikotin inilah yang di sedut masuk ke dalam paru2 seterusnya ke aliran darah. Tujuannya untuk memberikan dos nikotin kepada perokok supaya tidak perlu menyedut asap rokok yang lebih banyak bahan kimia bahaya. Dia cipta vape @ rokok elektronik ni selepas bapak dia mati akibat kanser paru2 sebab kuat merokok. So, vape di cipta untuk membantu golongan perokok berhenti merokok.

Rokok elektronik terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu bateri, atomizer dan penyedut. Secara ringkas, bateri membekalkan tenaga elektrik kepada atomizer yang akan memanaskan cecair e-liquid menjadi wap. Pengguna akan menyedut wap ini melalui penyedut.
Terdapat pelbagai model yang boleh didapati pada pasaran hari ini dan biasanya terbahagi kepada dua jenis iaitu elektronik dan mekanikal. Model elektronik mengandungi cip elektronik yang dapat mengawal kuasa elektrik yang dibekalkan kepada atomizer. Manakala model mekanikal pula tidak mengandungi sebarang kawalan namun ianya lebih digemari dan mudah dikendalikan kerana sifatnya yang sukar rosak. -sumber Rokok elektronik (Vape) -

Gitu kisahnya pasal Vape ni. Menurut artikel aku baca ada kajian di buat membuktikan dengan penggunaan Vape mampu membuatkan perokok berhenti merokok. Bagus la kalau mampu buat perokok berhenti merokok tapi jadi ketagih & obses dengan vape ni pun susah jugak macam laki si Diana Rafar, Zamarul hisham tu. Bukan je suka hisap vape malah ketagih nak membeli koleksi vape. Kan dah jadi satu pembaziran tu.

Apapun vape ke rokok ke dua2 bukan gaya hidup sihat. Dua2 pun ada kesan sampingan pada kesihatan. Sekarang ni kerajaan tengah nak mencipta momokkan terbaru berkenaan Vape pulak. Tapi kenapa tidak pada rokok yang masih secara bercukai... erkk.. ada di momokkan jugak kat kotak rokok tu tapi cuma takde sangat kempen momokkan secara besar besaran je. hehehehe

Moral of the story.. Satu benda je boleh hisap yang tak perlu keluarkan belanja atau memudaratkan kesihatan.. hisap jari. Meh kita kempen hisap jari untuk mengurangkan ketagihan rokok & vape ni. hahahaha

MESTI BACA! BERITA BURUK BUAT PENGHISAP VAPE

MESTI BACA! BERITA BURUK BUAT PENGHISAP VAPE. Dalam blog aku ni rasanya aku belum pernah kupas kupis mahupun mengopek secara rakus isu rokok elektronik @ Vape ni. Tapi di sebabkan terbaca satu artikel kat amanz.my yang katanya kementerian kesihatan tengah mengkaji untuk mengharamkan vape di Malaysia.  Katanya kajian tu di buat untuk mencari rang undang - undang yang akan di gunakan bagi mengharamkan & menghalang penjualan & penggunaan vape di masa akan datang.

Sumber Google

Abis la kaki kaki vape.. Kalau kajian ni berjaya & ada akta boleh di sabitkan kesalahan menjual & menghisap vape. Vape mungkin jadi macam dadah la.. tak kira yang jual atau hisap kedua dua di anggap pesalah. Pelik sungguh kan undang2 kat Malaysia ni.. Maybe sebab Vape lebih murah berbanding rokok yang bercukai & mungkin vape tidak menyalurkan apa2 pada pendapatan negara sebab tu gigih sangat depa nak haramkan penjualan & penggunaan vape. Aku bukan sokong orang jual atau hisap vape tapi benda ni bagi aku nampak kelakar. Seolah2 kat Malaysia ni apa je yang bercukai tinggi selamat & sihat di amalkan macam rokok yang di kenakan cukai atau di gelar sebagai rokok sah.

Kalau dah rokok tu membahayakan kesihatan apa jenis rokok pun tetap bahaya bukan hanya vape atau benda ni je bahaya & di katakan penyebab perkara seram ni berlaku di Malaysia. Malah rokok yang katanya sah pun bahaya jugak kenapa tak ada usaha untuk mengharamkan penjualan & penggunaannya. Tak perlu di jawab kita semua tahu apa jawapannya. hehehehe

Ni mesti kes sebab tahun depan katanya harga rokok akan di naikan lagi. Jika ramai perokok beralih kepada vape yang lebih murah, dah tentu bagi kesan kepada keuntungan penjualan rokok sah. Dah la nak kena bersaing dengan rokok seludup yang lebih murah sekarang vape pulak. Pening kepala kerajaan cari idea macam mana nak kikis duit rakyat lagi.

Moral of the story.. Kat Malaysia sejak PM sekarang memerintah memang banyak perkara yang buat kita rasa nak gelak sambil hentak kepala kat dinding. Tu di namakan ketawa dalam tangisan. Apapun merokok atau meng'vape kedua duanya membahayakan kesihatan.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com