HARAM TONTON CERITA SERAM?
Sapa yang baca entri ni peminat cerita seram?? Tak kira cerita tu cerita tempatan ataupun luar. Sang lekit percaya masih ramai peminat filem seram sebab tu sampai sekarang produser filem & drama masih lagi mengeluarkan produk2 berunsur seram & stesen TV pun tak jemu2 & tak serik2 nak tayang cerita2 seram ni. Mustahil ada pengeluaran tapi takde permintaan, kan??Saya mengaku saya seorang pengemar cerita seram & selalu di ejek oleh asben saya sebab suka tengok cerita yang berunsur misteri, mistik.. hantu.. pontianak.. langsuir.. saka bagai ni. Tak tau la nak cakap sebab apa minat tapi yang pasti bila tengok tak jemu sangat.. Sebab cerita2 macam ni kurang dialog2 cinta.. ayat2 syahdu mahdu rahcun bagai tu.. cerita2 macam ni boleh di katakan tak mengantuk sangat. Kalau dulu zaman kanak2 ribena yang baru nak membesar bagai juara tu cerita2 seram ni tak di nafikan mampu menghantui diriku lebih2 lagi takhkala malam tiba.. Nak ke bilik air takut.. nak ke jamban takut.. nak kedapur takut.. apatah lagi nak tidur sorang2.. TAKUT! dah dah melangkah ke alam kebangkaan ni.. takde la nak menghantui sangat cuma kadang2 naik hantu je kalau tengok cerita berepisod sebab tengah suspen tetiba sambung minggu depan.. Mana tak naik hantu, kan?? kekekekekeke
Disebabkan pemilik blog melekit ni sangat suka cerita2 yang berunsurkan seram & hantu mantu ni maka sang lekit sesaja la mengaji dengan setaz & setazah google ni tentang hukum menonton cerita seram. Alangkah terkejutnya daku sambil mengigit sepuluh jari dengan wajah yang tergamam & ketakutan.. kengeriannya lebih ngeri dari tengok filem Ju On.. (Ketahuilah itu cuma sandiwara sahaja.. effectnya tak sampai la macam tu). Tak tahu mengaku tak tahu takpe.. janji dapat tahu juga dari tak tahu mengaku tahu last2 apa pun tak tahu, kan??
Bagi yang tak tahu hukum menonton cerita seram ni meh la sang lekit share secuit info mengenainya agar kita sama2 tahu & ambil tahu yer...
Satu persoalan dikemukakan kepada laman web JAKIM mengenai hukum menonton cerita / filem seram serta dalilnya ? Jawabnya, Hukum menonton filem seram adalah haram kerana boleh membawa kepada kepercayaan tahyul, khurafat, syirik, pemujaan syaitan dan lain-lain perkara yang bercanggah dengan hukum syarak. Dalilnya firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat 36 yang bermaksud "Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu apa jua...". (Di rujuk dari blog Cerita Seram Cemari Aidil Fitri ?
Kalau salah rujukan ni minta sesapa yang ada info berkenaan sila kongsi dengan sang lekit yer.. Yelah, ingat tengok je tak percaya @ mempengaruhi ni takpe. Sang lekit tengok cerita seram ni takde la sampai percaya orang mati akan jadi hantu, pontianak,toyol,langsuir bagai.. sebab sang lekit masih percaya bahawa setiap manusia yang meninggal dunia itu akan terpisahlah dia dari dunia. Dia tak mungkin la jadi hantu ke hapa nak balas dendam macam yang ada dalam cerita2/filem2 seram ni, kan?? Apapun.. sama2 la kita memperbaiki apa yang rosak, membetulkan apa yang silap & menghindarkan apa yang memudaratkan.
P/s : Kalau dah haram kenapa ia masih di luluskan untuk tayangan? hurmmmm...