Showing posts with label kuih tradisional. Show all posts

RESEPI KUIH CARA BERLAUK SAMBAL BILIS CRISPY MIZA

RESEPI KUIH CARA BERLAUK SAMBAL BILIS CRISPY MIZA. Kuih cara ni salah satu kuih tradisional juga. Ada dua jenis kuih cara.. Cara manis dan cara berlauk. tak tau la kenapa nama dia kuih cara. Cara tu membawa maksud apa tak pasti. Tapi bukan tu yang den nak cerita. Biarlah kat mana atau macam mana asal usul nama kuih cara.. Nanti next entri kalau ada rezeki kita sembang sembang sejarah kuih cara yer.

Entri ni saja la nak share resepi kuih muih yang mudah lagi di permudahkan katanya. Actually kuih cara ni memang kuih yang senang nak buat. Bahan bahan dia pun tak rumit & cara masak dia pun tak susah. Tapi Almaklum la kan.. Zaman sekarang semua orang kalau boleh nak cepat. Semua nak instant. Kalau makan pun pakai niat je terus ada dalam mulut. Kunyah kunyah telan je.

Sebab gaya hidup orang sekarang semua nak cepat sedang elok la den share resepi ni. Totally sangat sangat mudah. Orang kata masak sambil berjoget pun boleh.  Jom kita buat kuih cara berlauk sambal bilis crispy Miza


Bahan bahan

1 cawan Tepung gandum
1 Cawan santan
1 Biji telur
1 paket Sambal bilis crispy miza
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
Daun bawang (optional)
Cili Merah (Optional)

cara memasak

1. Ayak tepung kemudian masukan santan, telur, serbuk kunyit & garam. gaul semua sampai sebati & tepung tak berketul ( rujuk gambar)


2. Gris kan loyang dengan sedikit minyak & panaskan atas dapur atau nak letak atas kuali leper macam saya buat pun boleh.


3. Tuang adunan dalam loyang biar masak sekejab lebih kurang 5 - 10 minit kemudian letakan sambal bilis crispy di atas kuih. Boleh juga di tambah dengan daun bawang & cili merah untuk lebih cantik.


4. Biarkan masak sekejab dalam 10 minit atau sehingga masak. Boleh cucuk dengan lidi keatas kuih untuk pastikan betul betul masak. kalau tak melekat tu masak la.

5. Dah masak angkat & hidangkan.


Senang kan? Dah tak payah nak buang masa buat lauk untuk kuih cara ni. Boleh je guna sambal bilis crispy miza yang instant ni. Sedap pun sedap.

Sambal bilis crispy by miza ni boleh di makan dengan apa saja. Nasi, megi, mee/bihun goreng, roti. Yang best selain rangup & tahap kepedasan dia sederhana, Sambal bilis crispy ni juga tak ada biji cili yer. Bila kita makan tak rasa terganggu. Kerak kerak cili dia yang kering & rangup tu memang sedap. satu lagi tak berminyak sangat. Memang kalau untuk saya dah menepati citarasa tekak orang kedah la. almaklum la owner dia pun orang kedah juga kan. Orang kedah memang terkenal dengan masakan sambal. So antara kepakaran orang orang kedah la bab nak menyambal bagai. kekekekeke

Packaging dia pun memang sesuai untuk bawa travel. tak kira la nak travel dalam negeri atau luar negeri. Tak payah risau basi ke berfungus ke apa. Selagi packaging dia tak rosak, sambal bilis crispy kat dalam tu Insya Allah dalam keadaan yang baik dalam tempoh yang lama. bagi yang tinggal bujang atau di asrama lebih lebih lagi pelajar IPT yang memang kat asrama tak boleh memasak. Nak jimat boleh juga buat stok sambal bilis crispy miza ni. yelah.. kalau lapar tengah malam masa study.. boleh juga makan dengan roti gardenia ke apa kan? tabur atas megi pun sodap. tak kira megi goreng atau sup.

Nak dapatkan pun tak susah. tak payah nak start enjin kereta/motor bagai. Depan hp pun dah boleh order. Satgi sampai la depan pintu rumah hangpa. Boleh buat pembelian secara online. Boleh rujuk contact di bawah yer.. Juga ada perkhidmatan COD melalui agent agent mereka seluruh negeri.

1 paket Sambal bilis crispy miza ni 130g RM12 sahaja

 Call / Whatsapp : 012 246 5187 

 Facebook :  rosmiza abu bakar 

 Fb Page : sambal bilis crispy miza hq 

 Instagram : sambalbiliscrispymiza 

RESEPI MUDAH TEPUNG PELITA GUNA SUKATAN CAWAN

RESEPI MUDAH TEPUNG PELITA GUNA SUKATAN CAWAN. lama tak berkosngsi resepi di blog lekat lekit ni kan? Bukan tak memasak apa apa cuma masa nak meng update blog selalu tak berapa nak nak. Di sebabkan blog ni pun dah macam terawang antara alam manusia & bunian. Umpama ada dalam tiada jer sekarang. Dah tak seaktif dulu maka meh la kita aktifkan balik dengan berkongsi resepi mudah yang confirm menjelang bulan puasa je ramai akan cari.

Den ni tak pandai la sangat nak buat kuih muih. Setakat kuih muih simple simple macam ni boleh la kan.. Simple pun kalau tak tau cara nak membuatnya tak jadi juga. Ah.. jom la kita ke segmen dapur sekangkang kera lekatlekit katanya.

Untuk kuih tepung pelita ni kita sedia maklum ada dua bahagia & dua warna di mana kedua dua ni ada rasa dia tersendiri. So nak buat dia kena buat satu persatu dulu. So kena mulakan dengan buat yang bahagian hijau dulu sebab bahagian hijau kena letak di bahagian bawah.. 

Sukatan bahan kuih tepung pelita ni seperti sebekas container dalam gambar yer. kalau nak buat banyak pepandai hangpa lebihkan bahan bahan tu sendiri. Sukatan juga menggunakan cawan metrik. (rujuk gambar di bawah resepi nanti)



Bahan bahan untuk bahagian hijau

❧ 1/3 cawan tepung beras (Di ayak)

❧ 1 helai daun pandai di blend bersama 1/2 cawan metrik air. Tapis & ambil airnya sahaja

❧ 1/3 cawan gula

❧ 1/2 cawan air

❧ sedikit pewarna hijau

Cara memasak

₁ Campurkan semua bahan tersebut dalam kuali & gaul sebati.

₂ Masakan di atas api perlahan sambil kacau sehingga sedikit pekat (rujuk gambar)

₃ Tutup api & tuangkan dalam bekas. Tabur sedikit gula semasa masih panas. Biarkan dulu. Sediakan pulak bahagian putih

Bahan bahan untuk bahagian putih

❧ 1/3 cawan santan pekat kara

❧ 1 1/2 sudu besar tepung beras (di ayak)

❧ Secubit garam (hujung sudu kecil)

❧ 1 cawan air

Cara memasak

₁ Campurkan semua bahan dalam kuali & gaul sehingga semua sebati.

₂ Masakan atas api perlahan sambil kacau sehingga sedikit pekat. Sampai meletus tu ok. Sama macam masak bahagian hijau.

₃ Tutup api & tuangkan di atas bahagian hijau tadi dalam bekas. Boleh sejukan dalam peti sejuk kalau suka.

tepung pelita air tangan chef jadian lekatlekit katanya

Dah siap tepung pelita homemade. tak lama pun nak buatnya tapi Insya Allah sedap. Kalau rajin nak buat bakul dia dengan saun pandan atau daun pisang macam orang jual tu pun boleh. Rasa & aroma dia lagi sedap. tapi sebab kat bandar ni daun pun kena beli tak macam kampung ada je sekitar rumah boleh ambil.. Pilihan mudah guna container macam tu je la.

Semoga perkongsian kecil ni memberi manafaat kepada pembaca & pelayar blog lekatlekit.com

CARA NAK BUAT KUIH KERIA PALING MUDAH

CARA NAK BUAT KUIH KERIA PALING MUDAH. Bau bau ramadan tak jauh sangat. Time ni mungkin ada yang dah salin macam2 resepi nak masak untuk juadah bersahur & berbuka. Aku pun bulan puasa kebanyakkan masak sendiri je sebelum ni. Masak macam biasa je sebab bagi aku ramadan bukan bulan makan makan selama 30 hari. Makan macam biasa sudah la. Nak membazir sangat tu dah kenapa, ye dak?


Aku antara manusia yang tak pandai sangat masak kuih muih selain cekodok. Entah la.. nak kata tak reti pun tak tau la sebab aku tak pernah cuba nak membuatnya. Aku suka masak masakan berat2 macam lauk pauk. Tapi bulan puasa ni rasanya aku na start mengasah bakat masak kuih muih pulak la. Jadi aku rasa nak masak kuih paling senang ni dulu.

Aku pernah makan kuih keria yang lembut sangat. Tapi lupa pulak beli kat mana. Sejak tu rasa macam jatuh cinta pulak dengan kuih keria. Alah.. kuih keria pun tak tau ke? Macam donut tapi dia guna keledek. Jadi ada rasa ubi. Kalau donut rasa tepung je.

Bila tengok rupanya nak buat kuih keria ni senang je. semakin berkobar ni semangat nak buat kuih muih. Kalau korang yang spesis macam aku yang memang tak pernah cuba buat apa2 kuih sebelum ni elok la korang tengok resepi & cara nak buat kuih keria paling senang kat sini >> Kuih Keria Walau Nampak Macam Rumit Tapi Sebenarnya Sangat Mudah Nak buat. Tak Caya Tengok Kat Sini <<

Apapun jadi mudah kalau ada kemahuan tapi kalau asyik dok bagi alasan masak air pun jadi benda yang susah nak buat, ye dak

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com