Showing posts with label traffic blog. Show all posts

RIAKNYA BLOGGER TU ASYIK TUNJUK SCREENSHOT TRAFFIC BLOG JE

RIAKNYA BLOGGER TU ASYIK TUNJUK SCREENSHOT TRAFFIC BLOG JE. Ni kalau Blogger Diana Rashid baca tajuk entri mesti terkumat kamit mulut dia melazer. Berani kau dok cari pasal. Sebab Kak Diana Rashid antara blogger yang selalu berkongsi screenshot traffic blog dia kat Facebook. Memang tak di nafikan traffic blog dia memang gempak walau dia hanya berblog dari rumah je. Dia tak ada join apa2 komuniti blogger yang popular bagai nak rak di mana ahli2 dia pun kena tempias populariti tu bila muka manjang nampak kat event2 melibatkan blogger. Pun macam tu dia mampu menjana traffic harian yang buat ada yang menangis tiap kali tengok dia share.

Ni contoh screenshot traffic blog. Aku screenshot dari google analytic & nuffnang stats. Sebagai blogger kena tahu jugak nak screenshot benda ni. Kadang2 advertiser yang nak guna blog kita akan tanya benda benda ni ok.

Riak sungguh kan blogger macam tu?? Nak menunjuk la tu.. Traffic blog dia yang berpuluh ribu sehari tu kan? Dia tak tau ke perbuatan dia tu boleh buat blogger lain yang traffic rendah akan rasa down & sedih? Dia tak takut ke nanti blog dia kena hack sebab orang dengki? Atau memang dia tak ada life asyik nak menunjuk je traffic blog. Kiranya hidup dia memang tak ada apa yang best selain blog dia jer...??

Astagfirrullah.. Isgtifar jer anak anak. Statement tu aku ulang siar jer. Bukan aku nak mengumpat blogger2 yang suka tayang traffic kat blog. Blogger Diana Rashid tu sebagai contoh jer tapi bukan dia sorang jer buat macam tu. Ramai lagi blogger yang mengamalkan cara macam tu. Bagi blogger lain yang mempertikai & tak faham kenapa ada blogger menunjuk traffic blog dia.. Meh la sini makcik nak story mory sikit..

Kami ni blogger dari rumah yang memang berblog hanya dari rumah je. Salah satu cara nak menyakinkan orang memilih blog kami untuk beriklan atau mempromosikan produk atau service mereka adalah memberitahu berapa jumlah Views & visitor di blog. Kau fikir kalau tulis blog sehari sepuluh dua puluh orang je baca blog kau ada orang nak letak iklan kat blog kau. Ada orang nak bagi kau review berbayar? Kau letak banner nuffnang pun belum tentu dapat earning kalau views & visitor kau macam tu, OK! So, kena la canang kat orang blog kita berapa banyak views & visitor supaya orang tahu blog kita berpotensi untuk di jadikan medium pengiklanan & rujukan orang lain. Lain la yang jenis muka2 selalu join event bagai.Populariti depa maybe dah level2 macam orang ni >> Inilah Orang Yang Lebih Popular Dari Retis. Pendek kata dia lagi retis dari retis << so depa tak payah struggle sangat nak advertise service mereka di blog melalui media sosial. banyak jemputan ke event2 & review berbayar. Depa blogger cari income dari event2 macam tu maybe nampak rilex je tak asyik cakap pasal blog. Hanya cakap pasal event2 depa attend jer. macam kami dari rumah ni terhad sikit. Muka kami tak glemer jadi terpaksa la meng 'glemer' kan blog kami jer. Terpaksa tunjuk kelebihan yang ada pada blog sebab tak boleh nak jual muka macam blogger2 cantik & ensem yang ada kat alam maya ni. So kami jual penulisan kami je la. Jangan pulak pertikai kenapa tak libatkan diri dengan event2 macam tu? Setiap orang ada keterbasan mereka sendiri. So jangan nak compare hidup kau dengan hidup orang lain sangat la. Kalau ada yang menyampah tu bukan masalah kami.. Tu masalah depa. hahahaha

Asyik cakap pasal blog pun orang meluat?? Blogger yang serius dengan blog dia memang akan menjadikan blog dia keutamaan. Takkan dia nak pi cerita dengan jiran2 yang blog pun depa tak tau pejadahnya menatang tu. Mesti la dia cerita kat media sosial sebab blog pun salah satu aktiviti media sosial. Macam orang jual produk atau perkhidmatan dia secara online jugak. Dah tentu dia lebih banyak cakap pasal perniagaan dia. Lain la orang memang tak arah tujuan... membebel dengan anak laki bini kat facebook je 24 jam sehari macam tinggal lain lain rumah. Macam tak hadap orang2 yang dia bebel tu hari hari kat rumah sampai perlu guna FB nak bercakap dengan depa. Kalau yang bukan blogger menyampah tu ok la maybe depa tak faham tapi sesama blogger pun rasa menyampah maybe dia mengalami stress melampau dalam hidup la kot.hehehe

Jangan buruk sangka sangat dengan blogger yang menayang traffic blog tu.. Memang bekerja dengan blog ni mesti kena menunjuk nunjuk. Blogger memang terkenal suka menunjuk pun tak kira la tunjuk traffic blog ke, tunjuk produk review ke, tunjuk dia join apa2 event melibatkan blogger sebab itu memang berkaitan dengan kerja & pendapatan yang dia dapat dari blog. Perlu ke jadi isu?? Lagipun Tu salah satu cara menarik pengiklan atau individu untuk menggunakan khidmat di blog kita. Kau tak menunjuk orang tak tahu. Berblog memang tak boleh guna konsep low profile sangat . Biarlah orang tak tahu traffic blog kita berapa.. Tak penting pun katanya. Rezeki tu dari Allah.. Memang rezeki Allah yang bagi tapi dia tak bagi dengan hanya kau duduk tadah tangan tak buat apa apa. Dalam apa cara kau nak cari rezeki pun kena ada usaha & strategi katanya. Kalaupun kau tak tunjuk traffic kau kena tunjuk yang kau mampu untuk buat kerja tu baru orang yakin nak bagi kau job berbayar.

Moral of the story.. Walau kita berkerja dalam bidang yang sama sekalipun tapi rezeki kita tetap berbeza. Walau kita sama2 ada blog tapi traffic blog kita tak sama. Tu pun berkaitan dengan rezeki jugak. Yang penting terus berusaha kalau nak berjaya dalam bidang tu.. Kalau tengok traffic blog orang yang gempak pun terus rasa down & sedih macam mati laki/bini.. Better kau pergi kerja makan gaji je la. Tak sesuai untuk kau jadikan blog sebagai sumber pendapatan. hehehehe

P/S : Blog lekatlekit.com jugak menyediakan khidmat review & iklan. Berminat boleh email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

PAGERANK TINGGI, ALEXA RANK MANTAP ATAU ENTRI BERKUALITI?

Budaya berblog.. Apa yang menjadi matlamat pagerank yang tinggi & ranking yang mantap tapi entri?? Main SEO sampai nak taip seorang SEO tu di link kan?? Padahal entri takde apa sangat pun. wah sang lekit macam jeles jer... Jeles?? Meh kita kupas, kupis & kopek.

Bila ada blog... kebanyakkan blogger, pertama akan cari pembaca, kedua akan kejar follower, ketiga kumpul traffic, keempat tambahkan angka pada pagerank & kelima cari kedudukkan dalam ranking alexa. Tapi berapa kerat sangat blogger yang pentingkan kualiti dalam penulisan beliau?? Sang lekit pun masih belajar untuk menulis sesuatu yang yang berkualiti macam Nyah Zulfikar tu di samping mengejar yang lain (Pun masih tak berjaya lagi tapi takpe ada keinginan belajar). Tapi kalau baca blog yang asyik SEO bagai (aku pun sebenarnya masih tak paham SEO ni) sampai apa saja perkataan yang ada huruf SEO di buat link naik menyampah jugak kan??

Bagi sang lekit la kan... Penulisan yang mantap akan memberi bonus perlahan lahan kepada sesebuah blog untuk mendapat pembaca, follower, pagerank & traffic yang tinggi & kedudukkan yang mantap dalam ranking (orang kata biar lambat asal selamat). Tak perlu keterlaluan sampai nampak sangat korang tu gila SEO, traffic & ranking.

Kenapa dorang cari sangat semua tu. Sudah tentu la duit. Tapi ada jugak blogger yang kata dia tak heran dengan traffic apa yang penting earning (duit). Kalau blog kau takde orang clik.. ko nak jana pendapatan macam mana kan?? Tak tau la ko belajar ilmu tarik duit dari blog tanpa perlu blog ko ada visitor.

Tak kisah la apapun penceritaan, tema blog korang yang penting jangan la jadi gila SEO,Traffic,ranking sampai orang naik menyampah. Sapa taknak blog di kenali, ramai pembaca & boleh jadikan pendapatan samping tapi berpada - pada la dalam mengejar semua tu. Diulangi jangan sampai nak taip SEORANG pun huruf SEO tu di link kan. agak sakit mata sebab di lihat terlalu obses, terdesak & tidak ikhlas dalam penulisan tu.

Entri ni cuma pendapat peribadi. Kalau ada mana2 pihak terasa bermakna ada kena mengena la dengan beliau. Pun begitu entri ni tak merujuk kepada mana2 pihak, individu, blog mahupun blogger secara terus.

NAK TAHU PENYUMBANG TRAFFIC TERTINGGI DI BLOG MELEKIT?

Lagi ibu ayam nak riuh sekampung ni... Bukan la nak berlagak cuma nak berkongsi ilmu dengan semua. Sang Lekit ni memang suka kongsi apa saja sang lekit tahu & rasa membawa manafaat kepada orang lain. Den tak kedekut ilmu tau.. Bagi sang Lekit ilmu yang di kongsi untuk keuntungan bersama akan membawa lebih keuntungan & berkat. walau kadang - kadang Sang Lekit perasan ada blogger yang jenis kedekut sangat.. Lebih - lebih lagi nak share rahsia menjana traffic di blog so terpaksa la kita skodeng & curi sendiri ilmu tu.

Lekit pernah buat entri pasal apesal.com tak lama dulu.. Meh sini sang Lekit nak buktikan keberkesanan traffic di blog bila kita ping entri di apesal.com. walau tak genap pun sebulan Sang Lekit menjadi warga apesal.com tapi pulangan dari apesal.com ni memang agak mengkagumkan. Pernah mencecah 1000uv memalui stats di blogspot untuk satu hari di blog melekit ni. UV harian pula sekarang ni tak kurang dari 300uv. Selalunya akan cecah juga la 500uv sejak terjebak dengan apesal.com. Entri yang di ping kat apesal.com cuma 11 entri sahaja tapi tetap traffic mencanak. Kira satu kejayaan jugak bagi blog tepian longkang macam sang Lekit ni.

So, dengan kejayaan kecil ni rasa teruja juga nak kongsi dengan semua.. Mungkin ada di antara blogger yang memerlukan so jom kita sama - sama join apesal.com sebagai salah satu medan untuk memperkenalkan blog & penulisan kita. Jangan lupa baca dulu syarat - syarat yang di tetapkan agar entri anda tidak di rejectkan oleh pihak apesal.com.

Untuk traffic harian (hari ni)
Untuk traffic mingguan (minggu ini)
Untuk traffic bulanan (bulan ini walau belum sampai akhir bulan)
Peningkatan dari jumlah pageviews amat membanggakan bila ping entri di apesal.com
P/s : Ini cuma traffic yang di sumbangkan melalui apesal.com jer... Kalau di campur dengan penyumbang2 lain walau kecil tapi jumlahnya akan lebih dari apa yang korang tengok la. 

So, pada korang yang belum lagi sertai apesal.com jom la join. Boleh clik DISINI untuk ke website apesal.com & clik DISINI untuk mengetahui syarat & peraturan untuk ping entri.

Penambahan sebagai rujukan

Pageviews dari rujukan stats blogspot untuk 26 march sehingga pukul 12.00am
Jumlah pelawat dari Gengblogger pada 26 march 2011 sehingga pukul 11.55pm
Jumlah Pageviews (658) & Unique View (415) pada 26 march 2011 sehingga pukul 11.55pm. Rujukan analitik nuffnang


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com