PAGERANK TINGGI, ALEXA RANK MANTAP ATAU ENTRI BERKUALITI?

7/01/2011 11:50:00 AM suria lekatlekit 10 Comments

Budaya berblog.. Apa yang menjadi matlamat pagerank yang tinggi & ranking yang mantap tapi entri?? Main SEO sampai nak taip seorang SEO tu di link kan?? Padahal entri takde apa sangat pun. wah sang lekit macam jeles jer... Jeles?? Meh kita kupas, kupis & kopek.

Bila ada blog... kebanyakkan blogger, pertama akan cari pembaca, kedua akan kejar follower, ketiga kumpul traffic, keempat tambahkan angka pada pagerank & kelima cari kedudukkan dalam ranking alexa. Tapi berapa kerat sangat blogger yang pentingkan kualiti dalam penulisan beliau?? Sang lekit pun masih belajar untuk menulis sesuatu yang yang berkualiti macam Nyah Zulfikar tu di samping mengejar yang lain (Pun masih tak berjaya lagi tapi takpe ada keinginan belajar). Tapi kalau baca blog yang asyik SEO bagai (aku pun sebenarnya masih tak paham SEO ni) sampai apa saja perkataan yang ada huruf SEO di buat link naik menyampah jugak kan??

Bagi sang lekit la kan... Penulisan yang mantap akan memberi bonus perlahan lahan kepada sesebuah blog untuk mendapat pembaca, follower, pagerank & traffic yang tinggi & kedudukkan yang mantap dalam ranking (orang kata biar lambat asal selamat). Tak perlu keterlaluan sampai nampak sangat korang tu gila SEO, traffic & ranking.

Kenapa dorang cari sangat semua tu. Sudah tentu la duit. Tapi ada jugak blogger yang kata dia tak heran dengan traffic apa yang penting earning (duit). Kalau blog kau takde orang clik.. ko nak jana pendapatan macam mana kan?? Tak tau la ko belajar ilmu tarik duit dari blog tanpa perlu blog ko ada visitor.

Tak kisah la apapun penceritaan, tema blog korang yang penting jangan la jadi gila SEO,Traffic,ranking sampai orang naik menyampah. Sapa taknak blog di kenali, ramai pembaca & boleh jadikan pendapatan samping tapi berpada - pada la dalam mengejar semua tu. Diulangi jangan sampai nak taip SEORANG pun huruf SEO tu di link kan. agak sakit mata sebab di lihat terlalu obses, terdesak & tidak ikhlas dalam penulisan tu.

Entri ni cuma pendapat peribadi. Kalau ada mana2 pihak terasa bermakna ada kena mengena la dengan beliau. Pun begitu entri ni tak merujuk kepada mana2 pihak, individu, blog mahupun blogger secara terus.

10 comments:

  1. baguh baguh baguh... i sokong sang lekit 1000000000 peratus....dahla main seo, lepas tu cakap besor......blog orang lain sumer tak ok....

    ReplyDelete
  2. betul betul betul... Nak LIKE 1000 kali boleh tak Nyah suria????

    baru nak ngomel pasal nak taik SEOrang tu...

    ko nampak dah kan nyah? nape yang aku meluat sangat?


    ada bloggger buta hati perut, dah mcm terdesak sangat...

    kalau naik dan famous melalui hasil usaha penulisan yang hebat tak boleh ke?


    cuba tengok Zack zukhairi, hanis zalikha, DR maza, dan blogger2 lama yang lain, diorg naik bukan kerana main SEO dan promote2 segman semua tu bagai!!

    diorg naik sebab entry diorg bagus, penulisan best.. sebab tu ramai org baca blog dia.

    ReplyDelete
  3. betul3 sy setuju,huhuhuhu nasebbaeklah blog aku x ada iklan nak isi lagi,huhuhu pasal link tu,huhuhuhu main letak pon boleh kan,huhuhuhu pendapat sy la yg x berapa cerdik ni...hi3

    ReplyDelete
  4. akak puntak ambil kisah sagt bab ranking2 bagai,....yg penting suka nak bercerita di dalam blog..

    ReplyDelete
  5. PR blog sy 1 pon dah suka tah pape tah..heheh..bkn apa..sy blogging ada org komen dh puas hati..yg lain tu x pandai sgt..x ambil pusing pon..cek PR pon sbb lekit ada bg link haritu..jd saje jelah cek..

    ReplyDelete
  6. hehe....bg asyraf sendiri..luahan...pendpt..pemerhatian...penulisan...kecantikan blog..menjd kepuasan kepada seseorg blogger... (^_*) ...

    ReplyDelete
  7. kenal sgt siapa SEOrang itu...,

    takpa ilmu dari dia kita amik.., benda yg kita tak suka dari dia kita amik pengajaran untuk blog kita..

    ReplyDelete
  8. rasa mcm kenal jgk sgn SEOrang itu..btw,utk jd blogger yang berjaya benda yang perlu dititikberatkan adalah kualiti bukan kuantiti

    ReplyDelete
  9. SEOrg??siapak itu??

    tp cma setuju ngan abby...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com