Sebenarnya ada banyak peniaga yang suka suki caj kad top @ reload prepaid ni lebih 50sen contoh kau beli topup RM10 tapi dia jual RM10.50. Dulu kat kampung aku pun ada satu kedai runcit buat macam tu. Bila kat kampung ni bukan macam pekan atau bandar2 bersepah kedai jual topup kan.. Ada satu dua kedai jual topup tu kira bertuah sangat tapi sekarang nampaknya dah semakin ramai pekedai kat kampung yang mula jual topup so, peniaga2 lain dah tak boleh ambil kesempatan kenakan caj lebih 50sen la.
Tadi terbaca kat sinar harian sebuah kedai yang menjual kad topup lebih harga...
BANTING - Tindakan sepasukan anggota Penguatkuasa Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sepang
menyamar sebagai pengguna membeli kad tambah nilai di sebuah premis
kedai serbaneka di sini berjaya membongkar aktiviti penjualan kad tambah
nilai yang dicaj lebih 50 sen.
kes disiasat di bawah Seksyen 12 (1)(a) Akta Perlindungan Pengguna 1999
iaitu memberi seseorang pengguna gambaran yang mengelirukan mengenai
harga yang padanya apa-apa barang atau perkhidmatan barang boleh
didapati.
tindakan mengenakan caj harga lebih walaupun 10 sen tetap
menjadi kesalahan kerana nilai pada barangan sudah tertera harga. Berita selanjutnya baca di SINI
Satu kejadian berlaku tak berapa lama sangat tapi kejadian tahun lepas la.. Nak beli topup kat Bukit fraser. Tetiba dia cakap RM10.50.. macam la aku tak tau adalah menjadi satu kesalahan mengenakan caj lebih pada jualan kad reload tu. Aku cakap la kat dia kenapa caj lebih 50sen pulak. Katanya minah tu dorang bukan agen tapi dorang turun beli sendiri kad toup so, di kenakan caj extra 50sen. Masalah pengguna ke kau agen ke tidak, kan?? Yang aku tau ko jual kad topup camtu memang salah di sisi undang2. Boleh pulak dia sound aku.. suka hati la nak beli ke tak.. Memang tak beli la jawabnya. Untung takde orang komplen atau report kedai kau tu.. kalau tak sesia je ko meniaga atas gunung sana alih2 di kenakan tindakkan undang2.
So pada peniaga topup.. ambil iktibar. Kalau rasa tak menguntungkan jangan jual tapi jangan gigih nak jual suka2 caj lebih pulak. Kalau ko tak kena menjawab dengan undang2 dunia sekalipun ingat kat sana esok tetap kau tak terlepas, kan??
** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang
baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom
sign up sekarang. Free je kat sini >>
CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE