Showing posts with label bedak. Show all posts

BEDAK COMPACT RONASUTRA MENUTUP CELA DI WAJAH & TIDAK BERCAPUK

BEDAK COMPACT RONASUTRA MENUTUP CELA DI WAJAH & TIDAK BERCAPUK. Nama bedak ni sebenarnya panjang. Tapi aku pendekkan kat tajuk entri tu. Kalau ikut nama penuh dia Ronasutra Instant coverage Pressed Mineral foundation. Nama dia je boleh buat sinopsis cerpen katanya jadi bagi yang mungkin confuse baca tajuk tu dah jelas la. Yelah mungkin ada yang masih tak tahu Bedak ronasutra ni dah ada dalam bentuk compact. Sebelum ni kan cuma ada loose powder. Bedak serbuk tu. Ada orang katanya alergik dengan bedak serbuk sebab asyik nak terbersin bila nak apply jadi boleh cuba jenis compact pulak.

Cantik cover Pressed Mineral Foundation Ronasutra ni. Nampak bergaya, elegant & mewah katanya.

Tapi sebelum cuba mesti ramai nak tahu sejauh mana ia mampu menukarkan wajah hantu kak limah kepada che ta katanya. Sebab nama dia pun ada coverage maka sememangnya dia berfungsi untuk cover & tutup cela di wajah. Almaklum la.. kalau aku ni yang bekas jurujerawat baru resign kesan kesan peninggalan jerawat tu still ada. Berlopak berliku kat muka aku even tak ada jerawat. Nak hilangkan kawah2 bulan tu ambil masa juga jadi untuk instant covergare aku try guna Ronasutra compact ni la.

Pertama kali apply masa kat booth Ronasutra di wangsa walk mall. Yang tu dia bagi free testing. Tak tau la cermin dia tu jenis menipu ke hapa.. tetiba aku rasa maca lawa pulak muka aku di tenyeh compact powder ronasutra ni. Amboi kemain berseri seri aku rasa muka aku. Dah memang niat di hati tu sejak berkurun lama nak beli. Maka membelilah di situ.

Ni aku ambil yang no 3. Yelah.. sejak semakin sedar diri yang kulit aku melayu asli aku dah tak pakai sangat bedak cerah2 macam dulu. Hahaha

Setelah  seminggu lebih memiliki Ronasutra pressed mineral foundation ni.. Kira banyak kali jugak la aku dah pakai. Sebab aku jenis selangkah keluar pintu muka mesti berbedak. Tu paing basic la aku kena pakai. Tak boleh keluar muka kosong sangat nanti aku mula rasa aku macam selebriti paling hodoh. Macam semua orang pandang aku walhal hujung mata pun orang malas nak tengok. hahahhaa.

Satu kelebihan Ronasutra compact ni adalah tak bercapuk atau nampak macam tebal kat muka walaupun kita tenyeh dekat setengah kilo. Almaklum la nak cover cela2 di wajah katanya kena la pakai tebal sikit. Senang nak pakai tak payah nak tenyeh teruk teruk sangat pun tetap dia nampak sekata je bila sapu di muka. Kedua.. benda ni kalau muka kita berpeluh & panas.. bila peluh tu blend dengan bedak dia bagi effect yang cantik jugak. Nampak macam flawless je tapi tak berminyak walaupun aku pakai dengan pelembab dari jenama Ronasutra jugak. Yang paling penting ia tak menyebabkan jerawat kat muka aku. Kita sedia maklum produk kosmetik ronasutra ni memang sangat sesuai untuk yang jenis kulit sensitif & berjerawat. Ia berasaskan mineral jadi tidak menyebabkan jerawat bila kita guna. Produk berasaskan mineral memang sangat di sesuai di gunakan bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat. Tak kira la apa jenama sekalipun.

Mak Jemah dari sendu tetiba gebu lepas tenyeh Ronasutra Instant Coverage Pressed Mineral Foundation ni. Senang pun senang tak payah tenyeh banyak perkara sebab memang jenis foundation dah. Harga terketar jari jugak nak bayar RM58 tapi tak jadi parkinson lepas suami tolong bayar. Hahaha

Bab Cover cela kat wajah.. Ok la. Dia cover jugak. Tapi kalau yang memang muka teruk sangat tak boleh bergantung sepenuhnya kepada Pressed Mineral foundation ni. Mustahil la dengan tenyeh Ronasutra Pressed Mineral Foundation kulit korang akan nampak gebu & licin kalau dah muka terlampau banyak siku likunya kan. Jerawat bertimbun timbun sampai tak ada jarak antara satu sama lain. Yang mungkin kena pakai concealer untuk cover yang lebih banyak. Tapi bagi yang maybe parut jerawat biasa tu. Jerawat manja2 sebiji dua.. Memang boleh di kaburkan dengan penggunaan Pressed Mineral Foundation ni.

Ronasutra Whitening Moisturizer RM48

Harga dia kalau ikut harga HQ tetapkan RM58. Aku beli pun dengan harga macam tu jugak cuma kalau kat online ada sikit permainan harga. Korang boleh dapat maybe dalam RM50. Pandai2 la cari pengedar produk ronasutra yang offer murah. Untuk Ronasutra Whitening Mositurizer harga dia RM48. Mungkin ada masalah kulit kering boleh pakai dengan mositurizer sekali.

Kesimpulannya... Setakat ni aku tak pernah kecewa lagi beli produk Ronasutra ni. Yang bedak serbuk dia dulu pun aku guna sampai licin jugak. tapi sebab pemalas nak tenyeh2 dengan berus tu aku malas nak repeat. Tapi bila dah ada dalam bentuk compact.. Memudahkan & menjimatkan masa untuk bermakeup. Kalau korang yang jenis manusia tahap busy melampau memang bedak compact Ronasutra paling sesuai dengan gaya hidup anda yang sentiasa nak cepat bersiap sebab dia senang sangat nak pakai. Jenis compact ni buka cover & sapu je. Kalau yang jenis loose power takde cermin pada cover bedak tu & untuk mendapatkan hasil yang lebih cantik kena guna berus. dah satu hal pulak nak tuang bedak dalam penutup bedak kemudia nak tenyeh guna berus ke muka. Jenis compact ni juga ada cermin. Senang la kalau kat luar nak touch up. Yang paling penting produk Ronasutra selamat & tidak merosakkan kulit.

RASA MUKA KOSONG BILA PAKAI CHRISZEN MOIST CAKE

RASA MUKA KOSONG BILA PAKAI CHRISZEN MOIST CAKE. lama tak buat produk review ni. Minggu ni ada 2 produk aku baru beli. Beli hokay!! So, takde istilah puji melambung sebab di bayar tulis review sebab ni produk aku kena bayar sendiri. hahaha.. Walaupun ada 2 produk kosmetik den baru beli tapi baru satu je cuba, satu lagi baru keluar kedai semalam so tak sempat nak test lagi. Yang belum test kita letak tepi dulu.. Meh kita cerita pasal yang kita dah cabul.


Sebenarnya dah lama aku dok berniat dalam hati nak try produk ni. Tapi selama ni cuma berniat. Nak menghabiskan stok2 yang ada dulu. Serius walaupun aku suka membeli produk tapi selalunya aku beli ikut keperluan. Nafsu membeli tu tahap terkawal lagi la. Jadi sebab compact powder miyami aku pun dah berkecai sebab anak dara nan sorang ni.. Maka Raya pertama Chinese new year haritu jenjalan la kat wangsa walk. Pucuk di cita, ulam mendatang katanya.. Jumpa pula satu kedai produk kesihatan & kecantikkan ni buka. Sekadar tanya je.. ada ke tidak jual produk tu. Alhamdulillah.. ada pulak. Harga pun rasa lebih murah dari yang aku pernah survey sebelum ni.

Chriszen Moist Cake & Serum

Selepas tanya lebih kurang.. try tester rasa ok la. Tak payah interview banyak2 la orang yang kena kerja hari cuti. Kesian pulak nak buli dia ye dak? Dah la frust tak dapat cuti.. kita pulak memang dah tau serba sedikit pasal produk tu dok gigih sangat beramah mesra lama2. Jadi ambil la seketoi. Sebab dia sejenis mosit cake.. memang sesuai la untuk jenis mak mak ada anak suka selongkar make up ni. Kalau compact powder jatuh confirm berderai.. kalau moist cake jatuh insya Allah selamat lagi.

Chriszen whitening/pore cover moist cake ni ada 3 fungsi.. Foundation, concealer & sunblock. Ada SPF50/PA++ . 3 in 1. Dia juga ada fungsi lain seperti memberi kesan pencerahan,menutup cela2 di wajah macam parut, bintik hitam & pori terbuka.. Yang paling best dia melembutkan kulit & memberi kesan pencerahan yang drastik selepas pakai. Maknanya kita apply kulit nampak cerah sikit la.

Chriszen Moist cake

Aku dah try.. Ya Allah tekstur dia sangat ringan beb! Tak rasa tebal kat muka bila pakai. Rasa macam tak letak apa2 pun kat muka & rasa muka macam kosong bebas kosmetik katanya. Tak bercapuk & nampak sangat natural. Senang nak pakai & memang sekata. Kulit nampak fresh je lepas apply & bila panas dia bagi effect lagi cantik pulak sebab dia tak berminyak tapi bila kita terdedah kat panas. Yang jenis kulit sensitif senang berjerawat elok pakai chriszen moist cake ni katanya tak menyebabkan jerawat. Pendek kata benda alah ni jimat masa kita nak bersolek. Almaklum la aku ni kalau nak keluar memang tak confident langsung dengan muka kosong. Nak make up kena la tutup & procted apa yang patut dulu.. pertama aku sapu day cream yang ada UV protection. Kadang2 aku sapu sunblock. Kalau kulit kering skit kena sapu pelembab dulu. Baru aku sapu foundation lepas tu concealer nak cover dark circle & dark sport bagai kat muka. Last sekali baru nak tenyeh bedak. Banyak kan perkara nak buat. Tapi dengan chriszen moist cake ni.. Satu benda cover 3 perkara. Settle.

Belanja la sekeping gambar testimoni. Kesian pulak asyik dok upload pic juon je tiap kali nak share testimoni kan. hahaha

Kali pertama apply chriszen moist cake ni memang puas hati. Rasa tak menyesal bayar RM53. Walau kat online ada yang jual serendah RM40 tapi hati2 produk ni ada tiruan. Kalau murah sangat better double check sebab harga pasaran dia RM59. Mungkin ada sesetengah pengedar yang main harga mungkin dapat murah sikit. Pandai pandai la hangpa survey yer.. Dengan pembelian dapat sekali dengan serum. Serum ni ni memberi kesan kulit nampak lembab & cerah. Di pakai sebelum kita pakai moist cake. Siap ada 24k gold lagi dalam serum ni. Alah.. macam bio essence 24k bio gold bio water tu. Ada cebisan2 emas. 2 benda ni harga RM53 ok la tu kan..

Chriszen serum. 24k Gold. Untuk melembab & mencerahkan kulit

Wanita bekerja sangat sesuai la produk ni. Pagi2 jimat masa bersolek. Surirumah macam aku pun tak salah nak pakai. Apa ingat surirumah tempek bedak sejuk je ke 24 jam & asyik terperap celah dapur  . Hello... ni surirumah 2016 hokay! Kami berhak nak cantik jugak tau walau duduk rumah je. kepakaran kami bukan hanya buat kerja rumahtangga, memasak,membasuh & mengemas jer.. Malah menconteng makeup ke muka juga. hahaha. Jadi jangan bila status seorang perempuan tu hanya surirumah.. nak muncung2 hokay.

Setelah aku sogokkan dengan gambaran yang indah tentang produk ni hope hangpa terhasut untuk mencuba. Best giler beb pakai menda ni! cuba dulu baru tahu.

RAHSIA BEDAK AGNESIA YANG MUNGKIN KORANG TAK TAHU

Punya la banyak produk dok beli alih2 bedak agnesia jugak paling membantu di musim panas ni. Yelah.. masuk je bulan puasa, cuaca dari agak panas dari kebiasaan. Kebetulan aku pulak baru jer nak cuba pencuci muka baru yang tak pernah aku cuba sebelum ni. Maka tetiba kulit aku jadi masalah balik even masalah lama pun bukan settle lagi. Mood terus dari beauty rasa jadi beast. Hahahaha

Panas menyebabkan kulit aku jadi berminyak lepas pakai pencuci muka bio essence Tanaka white. Lepas tu aku tambah pulak dengan koleksi skin care baru Evesoft skinz youth recall hydrating toning lotion.. konon nak bagi pori mengecil. rekemen akak kerja kat guardian kat kulim. Dah la kulit jadi berminyak.. pakai pulak tonner eversoft tu.. masalah jadi double. Minyak tambah muka aku tepi2 hidung jadi macam ruam & naik jerawat pasir pulak. Faktor cuaca panas jugak. Gelabah punya pasal aku order ephyra skin bar dengan dkna abza.

Produk yang kena kuarantin dulu.. hahaha

Sementara tunggu sabun pencuci epyhra tu sampai.. aku stop dulu semua skincare yang aku guna.. aku pakai bio essence miracle bio water foamy cleaser  yang ada fungsi oil control kemudian.. aku tempek je bedak agnesia. Pakai macam bedak sejuk tu. Alhamdulillah 3 kali jer pakai bedak agnesia.. minyak, ruam & jerawat pasir dah takde. Sebab bedak agnesia memang membantu menyembuhkan ruam pada kulit. Musim panas memang sesuai sapu kat anak anak bedak agnesia ni. Dia macam menyejukkan kulit jugak la. tapi sebelum ni mungkin ada antara korang yang tak tahu bedak agnesia boleh jugak di gunakan untuk masalah kulit wajah seperti jerawat, gatal,ruam,kulit berminyak bagai..Sebenarnya untuk kulit berjerawat pun boleh rawat dengan bedak agnesia sebab dia ada antiseptic yang membunuh kuman. Yang penting bedak ni murah jer berbanding skincare yang lain. Di percayai turun temurun & di gunakan kat kedai gunting rambut india sejak dulu kala hahahaha.


Semalam aku nak keluar pun aku skip pakai foundation. Aku cuma pakai bio essence sunscreen moisturizing cream yang ada spf 56, Maybeline pure concealer Mineral (aku pakai macam foundation. Tempek satu muka hahahaa) & bedak ronasutra. Alhamdulillah.. even cuaca panas muka tak jadi kuali goreng ikan sangat.


Skincare pulak aku pakai yang biasa aku pakai sebelum ni lepas minyak kat muka terkawal, ruam dah takde & jerawat pasir dah hilang .. Pakai balik la Bio essence bio gold water, Bio essence bird nest double whitening cream & cleanser aku pakai bio essence miracle bio water foamy cleaser. Yang aku reject buat sementara waktu.. Tanaka white cleanser & Eversoft tonner. Rasanya aku berani dah pakai kot hahaha..

Moral of the story.. petua yang aku boleh share bila korang cuba sesatu produk tu macam bagi effect tak baik kat kulit korang jangan terus pakai dulu. Stop & rawat. Macam aku stop semua termasuk skincare yang aku pakai sebelum ni.. aku rawat dulu dengan bedak agnesia... lepas dah ok baru pakai skincare yang aku pakai sebelum ni. Jangan ambil risiko.. nanti takut korang sendiri tak sudi tengok muka sendiri. hehehe

MR DIY JUAL PRODUK BERASASKAN BABI?

Erkk.. ni kontroversi baru ke? Mr DIY jual produk berasaskan babi tapi tak letak tag non-halal? betul ke macam tu? Kalau macam tu di kira sebagai menipu pengguna dah ni. Patut la murah katanya, sebab guna bahan2 dari oink oink.


Hang nak kena saman ke lekatlekit? Ada bukti ke dok tuduh macam tu? Tak tuduh cuma menjawab pertanyaan dari orang lain. Aku ada upload satu berus bedak murah yang aku beli dari kedai Mr DIY. Memang shopping kat situ best sebab murah2 kan. Kalau nak banding berus bedak Ronasutra kabuki tu harga berus bedak kat DIY ni jauh lebih murah la. RM9++ je aku beli. Actually aku pun tak pernah dengar gosip kata Mr DIY ni banyak jual produk berasaskan oink oink. Serius baru pertama kali dengar bila ada someone tanya hal ni kat komen pic berus bedak ni. Sapalah Sampai hati gosip camtu.. mentang2 la kami hanya mampu soping kat DIY jer.. Tunggu la income blog aku cecah puluh ribu confirm aku soping2 clik2 jer. hahaha. Bagi memberi info pasal ni maka aku dengan rasa prihatin buat jugak la entri ni

 Berus bedak yang aku beli kat Mr DIY

Janganlah sebab murah kita judge produk tu berasaskan babi. Babi pun bukan murahan sangat. babi hutan pun mahal harganya. almaklum la eksotik katanya. Kita sendiri boleh kesan produk tu berasaskan babi atau tak. tak kira la harga dia mahal atau murah jangan confident sangat yang mahal tu terjamin kehalalannya yang murah tu semua berisiko guna babi. Macam berus bedak ni.. Berus yang guna bulu babi dari info yang aku baca dia bersifat bercabang di hujung. Kalau di potong pun bentuk dia tak tirus/tajam lagi. atau lebih senang tak nampak semulajadi lagi la bentuk dia. Akan nampak bekas potong tu. Tapi berus bedak yang aku beli memang berbentuk tirus/tajam di hujung & tak bercabang even harga dia RM9++ je pun.

Sumber : Cara Mengenal Berus Dari Bulu Khinzir atau Babi

Jadi tak kira la produk tu mahal atau murah untuk langkah keselematan sebelum beli belek2 la dulu untuk lebih kepastian. Jangan rembat terus bayar. Mr DIY antara salah satu kedai harga murah yang banyak cawangan di Malaysia & agak di kenali rasanya mereka juga alert kot dengan isu yang melibatkan sensitiviti agama ni. Kalau depa main semborono je jual produk berasaskan babi tanpa ada tag non-halal, tak lama kena kecam & boikot la. Rasanya depa pun tau kesan di boikot macam mana ye dak??

Moral of the story.. Kita ada akal, kita ada teknologi.. so carilah info. Jangan mudah percaya khabar angin tanpa usul periksa.


AKHIRNYA TERBONGKAR RAHSIA BEDAK RONASUTRA

Baru - baru ni aku ada beli bedak Ronasutra sebab aku survey ramai yang kata bedak tu bagus, elok & cantik di samping bedak tu sangat baik untuk kulit sebab berasaskan mineral. Sesuai la bagi yang berkulit sensitif & bermasalah. Maka sebab survey aku lebih ramai recommend bedak Rona sutra maka aku tak teragak2 la nak bayar RM40 untuk sekotak bedak ni.

Sumber Google

Bedak Ronasutra bagi yang tak tahu bukan jenis compact.. yang biasa kita pakai beku seketul kemudian kita tenyeh2 dengan span sebelum sapu kat muka. Dia jenis serbuk (powder) macam tepung tu.. Almaklum la biasa pakai jenis compact kan... tenyeh & sapu je. sekali beli yang serbuk dia jadi bodoh sekejab la. Katanya boleh guna span.. tenyeh2 dengan span.. nampak hasil tak memuaskan. Sekali dua pakai.. macam tak best dah. Ingat nak tukar jer compact powder jenama farmasi pulak sebab ada orang kat selain ronasutra bedak compact farmasi pun bagus.

Tapi tu la.. baru je beli. Tak luak pun lagi. So, try la google cara pemakaian bedak Ronasutra ni. Jumpa la kat satu blog ni.. Dia bagi tutorial guna berus. Apa lagi berus memang dok ada.. try la tenyeh dengan berus pulak. Sememangnya bukan salah bedak Ronasutra yang tak cantik tapi salah orang yang pakai tak reti. Bedak jenis powder memang tak sesuai sangat guna span.. kena guna berus baru hasilnya malatop kebabom. Baru nampak sekata & cantik.

Antara berus yang ramai kata elok.tapi aku tak guna jenis ni la.Nanti baru nak pi cari

Bila dah tahu rahsia kecantikkan yang tersembunyi ni.. Niat nak campak dalam arkib bedak ronasutra tak jadi la pulak. Tapi tu la.. guna berus ni ambil masa sikit dari pakai bedak guna span tapi apa nak heran aku kalau bersiap memang ambil masa lama pun even guna bedak myami jer pun. aku punya bersiap konon2 hasilnya macam retis.. walhal macam hantu kak limah je pun. hahahaha. Aip.. nak dapat effect macam muka hantu kak limah pun bukan senang yer.. pendek kata nak nampak cantik pun tak mudah, nak nampak buruk pun bukan senang sangat. hahahaha

Apapun.. ini sekadar perkongsian sebab ada jugak yang tak reti guna bedak ronasutra terus buang. Jadi kalau yang tak tahu hope entri ni dapat membantu. Guna berus untuk menyapu bedak Ronasutra ke muka ada yer.. Insya Allah.. Tak jadi panda. bertompok2.

P/S : Pengedar bedak ronasutra pleas suggest pada pengguna yang baru cuba bedak ni supaya guna berus yer.. Kalau tak bagitau kami pun tak tau. Span sememangnya tak berapa effective sangat.

**Aku survey harga bedak ni kebanyakkan RM40++ tapi aku beli dengan sorang akak ni RM40 jer include postage. hari ni buat payment esok tu dah sampai tapi makesure buat payment hari bekerja la. Kalau sabtu ahad posmen cuti... Kalau nak order dengan dia pun boleh... Whatsapp jer 0193769190


BEDAK THANAKA RM40 DENGAN RM7 APA BEZANYA SELAIN HARGA?

Sejak Nora Danish jual & promosikan bedak Tanaka ni nampaknya kini bedak tu semakin mendapat permintaan tinggi. Mula2 den tak berapa ambil tahu sangat pasal bedak ni.. Sebab even ko calit kat muka Nora Danish pun kau fikir aku percaya dengan hanya amalkan bedak tu kulit aku boleh jadi secantik Nora Danish. Try korang pi skodeng meja make up Nora Danish.. Semata2 ada bedak Tanaka tu je ker?? 100% guaranty korang akan jumpa berbagai bagai produk mahal dia.

Ni la rupa botol bedak tu

Bila dapat tahu bedak Thanaka ni sebenarnya bedak dari myamar yang selalu aku dok tengok orang2 mymar tempek setompok kat pipi tu baru aku teringat 9 ke 8 tahun lepas den pernah dapat hadiah dari budak myamar bedak ni. Dorang bagi free jer tapi harga dia masa tu tak sampai RM10 pun. Tup2.. sebab Nora Danish tunjuk muka dia tempek bedak myamar ni terus harga dia sekarang RM40 Uolls.. Maybe ada mahal lagi kot dari tu.

Wah.. apakah?? Kenapa harga asal yang sebenarnya tak sampai RM10 tetiba jadi RM40. Kos tinggi sangat ke?? Yelah nak kena import dari myamar kan.. Tapi takkan berganda2 sampai macam tu. Adakah bedak yang Nora Danish Demo tu dengan yang ada kat pasaran sebelum ni (kebanyakkan di jual oleh orang myamar kat malaysia) tak sama kualiti? ke cuma tak sama pipi jer.. Pipi buruh myamar kat Malaysia ni mana ada harga berbanding pipi Nora Danish yang gebu tu kan??

Ni la gambar Nora Danish pakai bedak Thanaka

Den pun tak sure kenapa harga dia sangat berbeza.. Apa yang den survey kat online ni harga dia memang kebanyakkan RM40 tapi menurut perbincangan kat FB kawan den cakap dia baru je beli bedak tu kat kedai myamar di Bukit Mertajam Penang baru RM7. Jauh kan perbezaan harga. Kalau kos pos pun.. takkan sampai RM40 include postage, ye dak??



Apa beza beli bedak yang di edarkan kat online (label Nora Danish)  ni dengan beli kat kedai myamar kat luar sana?? Kalau kualiti sama jer.. Takde label Nora Danish pun takpe.. janji murah sudah. Buat apa bayar lebih untuk barang yang sebenarnya sama kat luar sana tapi harga je berbeza, ye dak?? Nak kata bedak tu tak sama.. tengok sama jer beza mungkin yang original myamar jual takde tulis tate ke hapa atas penutup tu yang nora danish pakai ada la tulis tate tapi ingredient & kualiti dia ada beza ker??..  entahlah mungkin harga jadi mahal bila permintaan semakin tinggi. Time ni la kot peniaga nak buat duit untuk orang2 yang obses dengan produk kecantikkan ni. Kalau boleh apa je jual kat FB/Blog semua dia nak beli tempek kat muka..hahahaha

P/S : Ni bukan entri nak tutup periuk nasi sapa2 di bulan puasa ni tapi ni entri ketidakfahaman kenapa harga bedak Thanaka ni berbeza sangat. Kalau yang jual bedak thanaka ni boleh explain kenapa produk & brand yang sama tapi harga yang berbeza??

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com