BEDAK THANAKA RM40 DENGAN RM7 APA BEZANYA SELAIN HARGA?
Wah.. apakah?? Kenapa harga asal yang sebenarnya tak sampai RM10 tetiba jadi RM40. Kos tinggi sangat ke?? Yelah nak kena import dari myamar kan.. Tapi takkan berganda2 sampai macam tu. Adakah bedak yang Nora Danish Demo tu dengan yang ada kat pasaran sebelum ni (kebanyakkan di jual oleh orang myamar kat malaysia) tak sama kualiti? ke cuma tak sama pipi jer.. Pipi buruh myamar kat Malaysia ni mana ada harga berbanding pipi Nora Danish yang gebu tu kan??
Apa beza beli bedak yang di edarkan kat online (label Nora Danish) ni dengan beli kat kedai myamar kat luar sana?? Kalau kualiti sama jer.. Takde label Nora Danish pun takpe.. janji murah sudah. Buat apa bayar lebih untuk barang yang sebenarnya sama kat luar sana tapi harga je berbeza, ye dak?? Nak kata bedak tu tak sama.. tengok sama jer beza mungkin yang original myamar jual takde tulis tate ke hapa atas penutup tu yang nora danish pakai ada la tulis tate tapi ingredient & kualiti dia ada beza ker??.. entahlah mungkin harga jadi mahal bila permintaan semakin tinggi. Time ni la kot peniaga nak buat duit untuk orang2 yang obses dengan produk kecantikkan ni. Kalau boleh apa je jual kat FB/Blog semua dia nak beli tempek kat muka..hahahaha
P/S : Ni bukan entri nak tutup periuk nasi sapa2 di bulan puasa ni tapi ni entri ketidakfahaman kenapa harga bedak Thanaka ni berbeza sangat. Kalau yang jual bedak thanaka ni boleh explain kenapa produk & brand yang sama tapi harga yang berbeza??
baru first time dengar bedak ni.. jap.. nak try google gambar nya..
ReplyDeleteprint sticker Nora Danish tu mahal kot, hohoho
ReplyDeletesy masa mula2 dgr pasal bedak ni ingatkan rm25 tu dh murah upenye ble kwn gtau sbnrnya harga cume rm5 jer..trs x jd beli hahaha
ReplyDeletetu lah ramai sangat akak tgk org duk promote bedaka thanaka. pesbuk pun dr atas sampai bawah iklna tu je. naik penat dh nak scroll mouse. asyik tu yg kuar . namun akak ttp tak beli & tak amik tahu pulak pasal rege bagai ni. apa sahaja part mule mmg akak tak amik pedulik. sbb kulit akak sensitip. x berani nak try2. ni pakai yg skang ni ok dh. takmo tukar dh. lagi satu orgh duk canang pasal bedak arab.. teringin nak cuba. tapi takut miahahhahhaa... :p
ReplyDeleteMak akak pun ada jual bedak ni tapi tak pulak pernah tanya reganya.
ReplyDeletebedak tanaka tu dah lama dah ada. tapi, la ni sejak dikomersilkan oleh nora danish, suma pakat berebut pakai.
ReplyDeletesudahnya, aku pakai bedak sejuk opah buat tu jek. rimas lak nak berebut-rebut.
Tak pernah lak pakai. Biasa la berniaga mesti untong. Hehe
ReplyDeleteuntung lebih2 kang jadi riba pulak kan?? kekekee
ReplyDeleteagaga. paling murah sini jual rm15. :) nak try beli tp nak usha harga dulu ekeke.
ReplyDeleteSalam Mummy Lala..
ReplyDeletehiihi.. biaselah.bila mende dah glemer.. $$$$$ yg dicari..
senang2 pakai bedak sejuk je.hehe
ReplyDeletesebab nora danish keturunan myanmar :-)
ReplyDelete