Wah.. apakah?? Kenapa harga asal yang sebenarnya tak sampai RM10 tetiba jadi RM40. Kos tinggi sangat ke?? Yelah nak kena import dari myamar kan.. Tapi takkan berganda2 sampai macam tu. Adakah bedak yang Nora Danish Demo tu dengan yang ada kat pasaran sebelum ni (kebanyakkan di jual oleh orang myamar kat malaysia) tak sama kualiti? ke cuma tak sama pipi jer.. Pipi buruh myamar kat Malaysia ni mana ada harga berbanding pipi Nora Danish yang gebu tu kan??
Apa beza beli bedak yang di edarkan kat online (label Nora Danish) ni dengan beli kat kedai myamar kat luar sana?? Kalau kualiti sama jer.. Takde label Nora Danish pun takpe.. janji murah sudah. Buat apa bayar lebih untuk barang yang sebenarnya sama kat luar sana tapi harga je berbeza, ye dak?? Nak kata bedak tu tak sama.. tengok sama jer beza mungkin yang original myamar jual takde tulis tate ke hapa atas penutup tu yang nora danish pakai ada la tulis tate tapi ingredient & kualiti dia ada beza ker??.. entahlah mungkin harga jadi mahal bila permintaan semakin tinggi. Time ni la kot peniaga nak buat duit untuk orang2 yang obses dengan produk kecantikkan ni. Kalau boleh apa je jual kat FB/Blog semua dia nak beli tempek kat muka..hahahaha
P/S : Ni bukan entri nak tutup periuk nasi sapa2 di bulan puasa ni tapi ni entri ketidakfahaman kenapa harga bedak Thanaka ni berbeza sangat. Kalau yang jual bedak thanaka ni boleh explain kenapa produk & brand yang sama tapi harga yang berbeza??