Showing posts with label terengganu. Show all posts

ORANG ASING MASUK KAWASAN SEKOLAH CABUL MURID TAHUN DUA

ORANG ASING MASUK KAWASAN SEKOLAH CABUL MURID TAHUN DUA. Aku bila baca berita atau cerita2 macam ni memang terus berderau darah. Ya Allah kat malaysia ni memang betul betul tiada kawasan yang terjamin selamat dah. Kat mana2 saja orang jahat ada sampai kat tempat2 yang kita rasa selamat pun boleh jadi tak selamat. Kalaupun tempat tu secure di lengkapi dengan ciri2 keselamatan tapi belum tentu orang didalamnya itu selamat buat kita & anak anak kita.


Dua tiga hari ni Viral pasal pencabulan yang berlaku kat Sebuah Sekolah Tahfiz. Sebab masih dalam siasatan samada betul atau tak so.. Aku tak mau buat spekulasi apa - apa tapi bila pagi ni terbaca berita pasal budak darjah dua yang di cabul orang yang tak kenali yang masuk ke dalam kawasan sekolah..Hati seorang mak ni memang sangat sangat risau. Memang la anak aku masih kat tadika.. Tapi satu hari dia pun nak kena masuk sekolah rendah jugak. Bila berlaku benda - benda macam ni sedikit sebanyak buat aku rasa fobia & trauma.

Kejadian cabul tu katanya berlaku kat salah sebuah sekolah kat Sekolah Kebangsaan Batu 48, Dungun. Dari rakaman cctv seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20an berlenggar kat dalam kawasan sekolah. Nampak mula2 di dok ikut budak perempuan tu.. kemudian nampak budak perempuan tu pulak ikut dia. Ending video tu nampak budak perempuan tu berlari.

Menurut berita yang aku baca dari laporan polis katanya dia mengumpan budak tu dengan cerita ada kawan dia terperangkap dalam stor tapi bila sampai depan pintu bilik stor budak tu tengok tak ada sesiapa. Lepas tu dia dukung budak tu masuk bilik stor tapi sebab budak tu menjerit dia panik so dia lepaskan budak tu & budak tu pun terus lari la. Lepas kejadian tu katanya budak tu tak lagi menghadiri kelas fardu ain, hanya datang untuk sekolah di sesi pagi sahaja.

Sekarang ni polis dah kenalpasti identiti lelaki tersebut & sedang giat memburu suspek. Katanya ada mak suspek datang jumpa dengan ibu kepada kanak kanak tersebut merayu menarik balik laporan polis tapi gila la mak budak tu nak tarik balik laporan polis bila berlaku benda macam tu kat anak dia. Ni soal keselamatan bukan sahaja budak yang jadi mangsa tu malah pada semua kanak kanak lain jugak kalau orang2 macam tu di lepas bebas tanpa apa2 tindakkan undang undang di kenakan.

Nasib baik la dia tak sempat apa2kan budak tu.. Dalam kawasan sekolah tu macam mana la dia boleh seludup masuk & berani cuba buat benda tak baik kepada murid sekolah tu. Ni la berlaku bila nafsu dah susah nak kawan. Banyak lagi porno ke hapa tak tau la.

Sebab tu la kadang2 yang ada anak ramai terutamanya malas nak bawa anak anak keluar. Sebab Faktor keselamatan jugak. Aku yang anak sorang ni pun kalau kat luar memang tak lepas anak. Nak kerdip mata pun kadang2 tak berani katanya takut terlalai seminit, seumur hidup menyesal. Kita boleh nampak sekarang tak ada tempat yang selamat walaupun kat sekolah yang dulunya kita rasa anak2 bebas dalam kawasan sekolah sekarang bila ada kes2 macam ni rasa di sekolah pun dah jadi tempat bahaya jugak

AYAH PIN PENGASAS AJARAN SESAT KERAJAAN LANGIT MENINGGAL DUNIA

AYAH PIN PENGASAS AJARAN SESAT KERAJAAN LANGIT MENINGGAL DUNIA. Tadi dok tengok TV tertengok berita terkini pagi tadi. Terdengar jugak la tajuk berita tentang kematian Ayah pin yang dulu pernah mengembarkan negara dengan ajaran sesat yang di bawa. Konon dia memimpin kerajaan Langit. Bila majlis agama Islam & pihak berkuasa cuba tangkap dia lari menghilangkan diri. Tak tau la bila dia kembali ke terengganu semula.. tup tup dengar dah meninggal dunia je.


Ajaran sesat yang di bawa Ayah pin ni  berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut Terengganu. Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai wakil "Tuhan" segala agama. Manakala pengikut-pengikutnya pula menganggap Ayah Pin sebagai Tuhan yang menerima wahyu dari langit dan segala yang dibuatnya adalah berasaskan wahyu tersebut.

Dengan kehebatan Ayah Pin memimpin ajaran sesat Kerajaan Langit tu, ramai orang-orang tempatan malah luar negara dari pelbagai Agama mempercayai dan mengagungkan Ayah Pin bak setinggi langit. Ayah Pin berjaya memperalatkan dan mempengaruhi pelbagai lapisan masyarakat, agama dan status penduduk di negara ini untuk menyertai ajaran yang disebarkannya. Ini termasuklah beberapa orang artis tempatan. Tak tau la ilmu apa dia guna kan.. Memang bukan calang2 orang berjaya mempengaruhi berbagai golongan dari dalam & luar negara.

Dulu masa kecoh kes Ayah Pin ni tengok jugak video2 dia yang pergi ke serata tempat & di sembah dari pelbagai agama. Kira ayah pin ni bukan berjaya menyesatkan orang2 melayu Islam je.. bangsa & agama lain pun dia berjaya sesatkan.

Kalau ikutkan ayah pin ni bukan dari golongan educated pun.. malah baca pun tak reti.Kategori buta huruf tapi berjaya jugak meraih ramai pengikut & dia gunakan untuk membangunkan kerajaan langit dengan replika teko,pasu & banyak lagi la yang besar2 depan rumah dia. Tapi selepas 10 tahun mengasaskan & menyebarkan ajaran sesat tu akhirnya pihak berkuasa & jabatan agama Islam tempatan dapat mengesan aktiviti dia & ramai jugak pengikut dia di tahan & di dakwa di mahkamah. Ayah Pin yakin dia tidak boleh di dakwa sebab dia dah mengistiharkan keluar dari Islam sejak 1998 lagi.

Selepas pihak berkuasa buat serbuan kerumah dia.. Ayah pin terdahulu melarikan diri. Lari ke langit ke kemana tak tau la. hehehe. Ada kata dia ghaib. Ada kata dia lari ke selatan Thailand. Yang penting dia lari la. Di bawa sekali 4 bini dia ketika tu. 

Sebelum meninggal dunia katanya dia menderita strok lama jugak la. Jenazah dia di kebumikan di satu kawasan perkuburan khas di terengganu. tak tau la khas yang macam mana just kita bersangka baik sudah. Orang tu pun dah meninggal katanya. Semoga sebelum meninggal dia sempat memohon keampunan dari Allah & kembali ke ajaran Islam.

Apapun kita yang mempunyai akal & didik dengan ajaran Islam sejak kecil walau tak expert pun jadikan pengajaran. Jangan terpengaruh dengan ajaran2 sesat ni. Aku yang masih jahil ni pun rasa merepek sangat ajaran ajaran sesat yang ada macam la golongan profesional & educated boleh terjebak. Tu la.. kadang2 pandai dalam akademi je tak menjamin seseorang tu pandai untuk membuat penilaian sesuatu perkara.

Moral of the story.. Anak muda korang jangan mudah terpengaruh dengan ajaran & budaya yang tak elok. Benda2 macam ni la kadang2 buat senang orang nak mempengaruhi kita mengikut ajaran bukan bukan. 

HANYA SEMPAT BERKAHWIN SEHARI

HANYA SEMPAT BERKAHWIN SEHARI. Hanya orang yang kuat sahaja Allah Uji macam ni. Kita mungkin tak sehebat mereka sebab ujian kita lebih ringan. Pun macam tu kita dah rasa macam langit duduk atas bahu punya berat. Ujian paling menguji fizikal & emosi tak lain tak bukan ujian kematian orang tersayang. Nak2 lagi kematian tu datang selepas sehari di Ijabkabul. Allahuakhbar... Serius meremang bulu roma. Tersentap rasa hati membayangkan perasaan orang yang di Uji sebegitu hebat.


Bila terbaca berita satu kemalangan di Terengganu.. Perjalanan pasangan pengantin baru untuk ke majlis sambut menantu di rumah pihak pengantin lelaki, mereka terlibat dalam kemalangan. Pengantin perempuan katanya patah tangan Tapi pengantin lelaki bersama ibu kepada pengantin perempuan & 2 adiknya terkorban dalam kemalangan. Berderau darah aku baca cerita macam ni. Nak2 lagi baru sehari mereka di ijabkabul.

Pengantin perempuan bukan saja kehilang suami yang baru sehari di nikahi malah kehilangan ibu & dua adik sekaligus. Ya Allah.. tak terbayang aku perasaan dia sekarang ni. Dalam saat yang sepatutnya menjadi hari bahagia untuk dia.. bertukar menjadi trajedi hitam dalam hidup dia.  Semoga Allah memberi kekuatan & ketabahan dia menghadapi dugaan paling mencabar emosi ni

Sumber Harian Metro

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Dalam usia dia baru berusia 18tahun dia terpilih untuk di uji kehilangan suami, ibu & 2 adik pada hari yang sama. Sama2 kita doakan ketengan & kekuatan buat beliau.

Sesungguhnya yang hidup pasti akan mati. Semoga semua mereka yang terkorban dalam kemalangan tersebut di tempatkan bersama orang2 yang beriman. Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Alfatihah.

KANAK2 TAHUN YANG DI BUNUH TIDAK DI LIWAT DAN DI ROGOL

Berita yang paling stress minggu ni aku baca adalah berita kematian kanak kanak perempuan 2 tahun di Paka, terengganu tu. Mana taknya.. satu sebab dia budak kecik, kedua dia sebaya anak aku & anak aku pun gugirl jugak kedua sebab bila aku baca perkembangan berita ni aku detect kecuaian ni dari mak dia jugak even banyak versi cerita ni. Mula2 kata mak dia tinggal dalam kereta pi jumpa kawan kat restoran.. kemudian cerita tu kononnya cuma laporan palsu sebenarnya mak dia bagi anak dia pada suspect untuk bawak gi jenjalan sedang suspect tu seorang penangih dadah. Tak kira version mana betul tetap mak dia amik mudah soal keselamatan anak dia.

Yang mana dok ghairah share gambar mayat budak ni hentikan yer. Aku yang tengok pun jadi tertekan apatah lagi keluarga mangsa.Hormati perasaan orang lain sama jangan hanya kejar rating je. Sumber sozcyili.blogspot.com

Version pertama cerita ni konon kanak2 malang ni di liwat & di rogol sebelum di bunuh.. tapi berita terkini yang den baca kat berita harian online hasil bedah siasat menunjukkan tiada kesan penderaan seksual pada mangsa. Bermakna takde kesan dia di rogol & di liwat.. Cuma laporan tu belum di sahkan secara rasmi la. Masih menunggu laporan rasmi bedah siasat. Tapi tetap sapa yang bunuh budak tu takde perikemanusiaan atas apa alasan sekalipun. Kalau ko rasa tak puas hati dengan ahli keluarga dia.. kenapa budak kecik jadi mangsa. Ke kau memang tak puas hati dengan budak kecik tu?? Kalau kau tak puas hati dengan budak kecik tu sampai berbunuh bagai kau memang terencat & mental problem la.

Sumber Berita harian

Dengan siapa atau dimana2 sekarang ni dah takde zon selamat cuma apa yang kita mampu buat berhati hati & kena overprotect anak2 kita di samping memohon perlindungan dari Allah. Dari sekecil2 anak hingga sebesar2 bapak sekarang ni orang sanggup bunuh memang manusia dengan syaitan dah takde beza. Tak perlu kau pergi join aktiviti paranormal nak tengok jin & syaitan.. di kalangan manusia pun dah ada.

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

KEJAM! CAJ SEWA BOT RM100++ DAN JUAL MINERAL WATER RM6 SEBOTOL PADA MANGSA BANJIR

Dalam orang lain sibuk mengumpul derma untuk di beri kepada mangsa banjir ada jugak manusia yang berhati tak berapa manusia yang sanggup mengambil kesempatan atas kesempitan kepada mangsa - mangsa banjir. Terkejut juga den baca cerita dari seorang kawan blogger yang terlibat dalam banjir di terengganu yang rumah dia jugak tenggelam dalam banjir cerita pasal kejadian masa banjir

Menurut cerita kawan den tu.. ada manusia yang sanggup kenakan tambang/caj bot sampai RM100++ pada mangsa2 banjir & kat pusat penempatan mangsa banjir pula ada yang sanggup jual mineral water dengan harga RM6 sebotol... tak kejam & keji ke bunyinya tu. Orang dah la kehilangan harta benda.. takde makan pakai bagai.. yang mung dok cari keuntungan atas musibah menimpa orang lain takde perikemanusiaan langsung ke? Orang2 camni confirm tiap2 tahun dia berdoa supaya banjir yelah boleh buat duit time banjir.


Nama & identiti dia den tutup sebab takut dia terancam pulak

Pun macam tu syabas & terima kasih pada pasaraya yang sudi menderma untuk mangsa2 banjir. Kira dorang lebih ada hati perut dari individu yang sanggup ambil kesempatan atas kesempitan orang lain sampai tak fikir keselamatan & nyawa orang. Apapun malam ni Insya Allah mangsa2 banjir tak kesejukkan @ kelaparan lagi kot sebab dah banyak bantuan mula di hantar & sampai kepada mereka.

P/S : ini kisah benar dari kawan blogger yang terlibat dalam banjir bukan kutip dari orang dok share kat FB yer.. Dan sumber beliau den tak ragui.

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

BUAT MEREKA YANG SETIAP TAHUN HADAPI BANJIR MARI TIRU MAKCIK NI

Dari pemerhatian & pembacaan.. apa yang den nampak banjir tahun ni & kali ni sangat teruk berbanding2 banjir2 tahun2 sebelumnya. Tempat2 yang tak pernah banjir tu turut terlibat dalam banjir. Lebih menyentuh perasaan bila ramai yang update bantuan lewat di hantar, tak cukup & anak2 kecik menangis kelaparan sebab terputus bekalan makanan. Ada yang update tidur atas lantai tak berselimut atau berbantal. Hope hari ni & malam ni bekalan makanan & pakaian selimut bantal pampers susu mencukupi sebab sukarelawan2 mula memulakan tugas mengumpul derma & bakal di hantar kepada mangsa banjir secepat mungkin.

Ada di kalangan blogger yang terlibat dalam musibah banjir macam lyafrina, semoga tabah & sabar. Rumah lya memang total lost.. tenggelam terus.

Lya ada Update kat blog dia SINI

Semoga mereka terus bertabah dengan Ujian Allah ini

Dalam dok cari & baca berita2 terkini pasal banjir ni terjumpa pulak kat Sinar Harian kisah seorang ibu tunggal yang rumah dia selalu banjir & selalu kerugian harta benda akibat banjir. Sebab selalu sangat banjir maka makcik ni dapat idea untuk buat rumah rakit untuk kegunaan masa banjir bagi menyelamatkan harta benda dia. Bagus idea makcik ni untuk di guna pakai mereka2 yang memang tiap2 tahun akan menghadapi banjir.

Sumber Sinar Harian

So, pada mereka yang tak mampu bina sekaligus rumah rakit dalam 1 masa boleh buat sikit2 sementara nak tunggu musim tengkujuh tiba. Kalau ikutkan kos setiap tahun harta benda rosak & hilang.. rasanya rumah rakit macam makcik ni buat dengan kos RM4000 lebih berbaloi. Kenapa tidak korang yang tinggal di kawasan berisiko atau memang akan banjir setiap tahun pun buat macam makcik ni buat kan?? Bagi den sangat berbaloi


** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

TERKINI! DAH JUMPA BUDAK HILANG TAPI BUKAN DI VILLA NABILA

Pagi ni dah mula baca 2 3 status kat FB berkaitan budak yang hilang di Villa Nabila Johor tu. Berita gembira katanya sorang budak yang hilang tu dah di temui tapi yang tak bestnya bukan di kawasan Villa Nabila yang di kaitkan dengan berbagai kisah misteri & seram selama ni.

Katanya budak tu ada sedang bersembunyi kat rumah kawan dia. Motif dia buat macam tu tak di kenalpasti. Kena tunggu laopran berita yang lebih rasmi la kot. Berita ni pun cuma den baca kat blog & fb . Sejauh mana kebenaran den sendiri tak dapat pastikan cuma den share kan info terkini ni sebab nak kaitkan dengan satu kisah misteri yang pernah berlaku tak lama dulu.


Sumber fuh.my

Kalau korang ikuti blog melekit ni dari dulu lagi mesti korang ingat kisah anak dara bernama Siti Balqis dari kuala terengganu yang mengemparkan rakyat Malaysia dengan kisah misteri dia selalu hilang di tengah malam.. bila orang jumpa dia mesti kat kawasan pelik2.. macam kubur hutan bagai. Yang best.. ramai bomoh datang kononnya nak menghulurkan bantuan bagi meleraikan kemisterian yang berlaku. Ada bomoh cakap.. banyak jin di samping dia la.. ada bomoh ngaku tangkap jin tu letak dalam botol.. macam2 lagi bomoh2 yang merawat dia tu membuat spekualasi yang semuanya berkaitan dengan jin.

Last cerita budak Siti Balqis dia hilang lagi & kononnya di larikan jin ke gunung jerai kedah sana nu.. Jauh sungguh jin bawak di jalan2. Alih2.. misteri kisah siti balqis ni takde bomoh dapat selesaikan tapi polis jugak yang berjaya menyelesaikan. Hasil siasatan polis dapati dia pergi ke rumah seorang kakak angkat katanya di kedah dengan menaiki bas sebab polis jumpa tiket bas dalam beg dia.. sebelum2 ni dia yang di katakan selalu hilang lewat malam.. ada jiran pernah nampak dia keluar rumah & ada kereta yang tunggu dia. Yang pelik sepanjang dia hilang dia sempat bawak hp tu.. boleh mesej mak dia bagitau dia kat kubur la.. hutan la..

Bila dengar budak yang katanya hilang di Villa Nabila tapi di jumpai di rumah kawan dia.. memang kisah siti Balqis ni la yang terus den ingat. Sama la macam budak tu.. menyusahkan orang. Tapi kisah Siti Balqis lebih dahsyat sebab dia mampu mengarang cerita misteri untuk cover salah dia suka keluar lewat malam. Kau pernah terfikir macam dia?? hahahahaha

Kisah2 siti balqis di blog melekit ni korang boleh baca kat sini - JIN BURUK SIKU - JIN KENA FITNAHKISAH SEBENAR SITI BALQIS & JIN.. -DIA SEORANG PELAKON, PENULIS SKRIP, PENGARAH JUGA PENERBIT KISAH MISTERI -

Apapun.. kewujudan jin & makhluk ghaib/makhluk halus ni dalam Al-Quran pun ada menyebutnya & kita kena percaya tapi kepercayaan kita tu jangan la sampai termelakukan amalan2 khurafat & syirik. Tak payah dok buat kerja takde pekdah nak cari hantu bagai.. Biar dia dengan dunianya selagi dia tak ganggu kita. Takpayah nak cari yang susah nak nampak dengan mata kasar.. hantu2 yang boleh nampak dengan mata pun berlambak kat dalam dunia ni. Macam pesen & macam2 jenis.. tak puas lagi ke tengok. Nak jugak cari yang malu2 nak tunjuk rupa tu.

Update terkini
Johor Bahru: Seorang pelajar tingkatan empat yang dilaporkan hilang selepas mengunjungi banglo mistik, Villa Nabila pada Sabtu lalu sudah ditemui awal pagi tadi.
Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, ditemui di Bandar Dato' Onn di Tebrau pada jam 2 pagi tadi dan dalam keadaan selamat.
Ibunya, Norhayati Mohamad,38, berkata, keluarganya akan membawa remaja berkenaan untuk berubat secara tradisional.
"Dia menyatakan lupa jalan untuk pulang ke rumah seolah-olah ada individu yang membawanya ke suatu lokasi.

"Kemudian dia dibantu seorang lelaki yang memberi perlindungan di rumahnya," katanya ketika dihubungi pagi tadi.-Sumber harian metro -

Dah guna alasan lupa jalan balik rumah pulak. Tadi kata jumpa umah gepren. aduhai.. penuh misteri sungguh

ZORRO TAK BERSELUAR BURU GADIS DI TERENGGANU

Mesti gegadis ganu mula tak sedap hati bila baca tajuk entri ni kan?? Yang mak bapak gadis pun turut rasa tak tenang jugak la..  Mana la datangnya zorro tak berseluar ni pulak?? Dia shooting filem ke? ni bukan filem atau drama tapi ini betul2 punya terjadi..

MARANG - "Sebaik sahaja tersedar daripada tidur, saya lihat ada lelaki separuh bogel memakai topeng ‘Zorro’ berada atas badan. Saya cuba menjerit namun mulut saya penuh dengan cecair seperti minyak dan ditutup,” kata mangsa, seorang pelajar berumur 17 tahun.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, pelajar terbabit mendakwa lelaki separuh bogel itu telah memasukkan cecair seperti minyak dipercayai telah dicampur bahan lain ke dalam mulutnya agar dia tidak sedarkan diri.

Bagaimanapun lelaki yang tidak memakai seluar itu tidak sempat berbuat apa-apa apabila bapa pelajar terbabit juga tersedar daripada tidur lalu memeriksa bilik anak perempuannya sebelum menyergah lelaki itu yang kemudiannya melarikan diri. 


Menurut mangsa, lelaki terbabit hanya sempat mengambil telefon bimbit miliknya dan bersyukur kerana tidak diapa-apakan (artikel penuh baca kat SINAR HARIAN )

Jadi pada para gegadis tak kira la yang dah jadi mak bapak gadis andartu, janda, ibu tunggal malah sesapa saja la.. berhati hati yer sebab lelaki tak berseluar ni masih berkeliaran kat sana. Tutup rapat kunci mati semua pintu & tingkap sebelum tidur. Kang datang Zorro yang berseluar tu dalam bilik korang... Aduhai.. takut tak sempat nak jerit je. Be careful yer gegadis semua.

Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com