ZORRO TAK BERSELUAR BURU GADIS DI TERENGGANU
MARANG - "Sebaik sahaja tersedar daripada tidur, saya lihat ada lelaki separuh bogel memakai topeng ‘Zorro’ berada atas badan. Saya cuba menjerit namun mulut saya penuh dengan cecair seperti minyak dan ditutup,” kata mangsa, seorang pelajar berumur 17 tahun.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, pelajar terbabit mendakwa lelaki separuh bogel itu telah memasukkan cecair seperti minyak dipercayai telah dicampur bahan lain ke dalam mulutnya agar dia tidak sedarkan diri.
Bagaimanapun lelaki yang tidak memakai seluar itu tidak sempat berbuat apa-apa apabila bapa pelajar terbabit juga tersedar daripada tidur lalu memeriksa bilik anak perempuannya sebelum menyergah lelaki itu yang kemudiannya melarikan diri.
Menurut mangsa, lelaki terbabit hanya sempat mengambil telefon bimbit miliknya dan bersyukur kerana tidak diapa-apakan (artikel penuh baca kat SINAR HARIAN )
Jadi pada para gegadis tak kira la yang dah jadi mak bapak gadis andartu, janda, ibu tunggal malah sesapa saja la.. berhati hati yer sebab lelaki tak berseluar ni masih berkeliaran kat sana. Tutup rapat kunci mati semua pintu & tingkap sebelum tidur. Kang datang Zorro yang berseluar tu dalam bilik korang... Aduhai.. takut tak sempat nak jerit je. Be careful yer gegadis semua.
Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE
Takutnya...baca ayat kursi sblm tidor. Teringat kisah org minyak kat kg KZ beberapa tahun lepas. Buluh kuning di letak di dlm rumah dan tanam pokok pisang merah di laman, kononnya itu kelemahan org minyak tu.
ReplyDeletepelik2 la kelakuan org gile seks skrg nih...ngeri !!!
ReplyDeleteSalam Mummy Lala..
ReplyDeletehuhu..inilah dia manusia bertopengkan syaitan..
sentiasa berhati2..
Aduhhh... sib baik la tak jadi apa2 kat gadis tu...minta2 sepandai2 tupai melompat, akhirnya akan jatuh ketanah jua nanti...inshaAllah
ReplyDeleteso scary T_T
ReplyDeletedalam rumah sendiri pun tak selamat kan...mujur tak jadi apa-apa kat budak tu
ReplyDelete