Showing posts with label serius. Show all posts

9 PERKARA YANG BERLAKU BILA TIBA PUASA & RAYA

Sekembalinya dari bercuti maka kena bekerjaraya di blog pulak untuk cari sepoket duit raya katanya. Yelah.. tak berapa hari lagi dah nak puasa lepas tu raya. Jadi dalam mood yang nak sambut puasa ni entri pun kena ada relate dengan sesuatu yang kita nak sambut nanti. Saja la bagi semangat untuk orang berpuasa. Bukan dengar jer pengumuman raya terus gastrik menyerang dengan jayanya...


9 perkara ni memang elak macam mana pun mesti berlaku jugak masa bulan puasa & menjelang raya. Tak berlaku kat kita berlaku kat orang lain.. Yelah.. kekadang ada jugak manusia beragama Islam tak jalani ibadah puasa.. dia rasa western sangat kot sampai rasa tak perlu nak puasa..

Tapi kalau hangpa baca 9 perkara yang akan berlaku bila tiba bulan puasa & menjelang raya confirm ada yang tersengih & setuju punya. Mesti ada yang mengaku depa pun buat macam tu. Tak caya meh baca kat sini >> 9 perkara yang berlaku bila tiba bulan puasa & raya <<

Dah baca? Betul ke tidak? hahahaha

Moral of the story... Hope tahun ni tak ramai yang di serang gastrik hehehe


MUKA EMMA MAEMBONG BERJERAWAT AKIBAT DISIHIR

Sapa la gamaknya yang menyihir emma maembong sehingga berjerawat yang serius sampai katanya kulit muka dia terkoyak. Macam mana gamaknya terkoyak kulit muka tu? Bunyi macam ngeri pulak.


Tapi kesahihan cerita konon di sihir emma maembong tidak menyiakan atau menidakkan. Katanya dia dah pergi check darah semua takde masalah. Dia sendiri tak pasti kenapa perkara tu berlaku pada diri dia & apa penyebabnya tapi dia cuba berfikiran positif la.


Tak tau la samada betul ada yang menyihir dia atau tak.. Tapi tak mustahil perkara macam tu boleh berlaku akibat sihir tapi kes emma maembong ni tak tau la kot2 dia stress pasal putus cinta pun boleh jadi menghasilkan sekebun jerawat nan  berbunga katanya.

Yang penting muka aku yang pernah subur dengan jerawat bukanlah akibat sihir tapi maybe terlampau banyak tengok filem seram tengah malam. hahahahha

Apapun semoga kulit emma maembong yang putih gebu tu kembali pulih. Insya Allah setiap penyakit ada penawar kecuali mati. Maka selagi hidup ada jalan untuk berikhtiar.. Maka rebutlah peluang wahai pengasas2 kosmetik yang ada. Boleh taja rawatan kulit kat emma maembong, kalau berkesan dah tentu benefit anda yang dapat. Kalau rasa nak buat amal jariah boleh taja den. hahahaha

Moral of the story.. jangan biarkan muka anda di selebungi... Jerawatttttttttttttt!!


SEDEKAH PALING MUDAH CLIK BUTTON SHARE

memang dia bukan anak kita.. kita tak rasa susah apa yang menjadi kesusahannya. Kita tak merasa perit apa yang menjadi keperitannya.. Tapi mampukah kita tidak merasa sedih melihat penderitaannya.. Dia terlalu kecil tapi terpilih untuk meneria Ujian & dugaan berat. Sekecil umurnya setahun lapan bulan.. Tapi dugaannya yang dewasa pun belum tentu mampu hadapi
 tiada siapa menduga takdir ALLAH. Pada usia tujuh bulan, Adik Izz tiba-tiba tenat dan keadaan itu memerlukan pembedahan segera dilakukan untuk memastikan punca sebenar.Setelah pembedahan dilakukan, doktor mengesahkan bahawa usus kecil Adik Izz telah terbelit Hati ibubapa mana yang tak luruh mendapat tahu perkhabaran seperti itu lebih-lebih lagi apabila mereka dimaklumkan bahawa peluang untuk Adik Izz hidup hanyalah 70 peratus.Adik Izz disahkan menghidap Short Bowel Syndrome. Pada usia sekecil itu, pejuang kecil ini telah melalui beberapa siri pembedahan disebabkan penyakit yang sangat rare ini. -entri penuh tentang penderitaan Adik Izz boleh baca kat sini >> Perjuangan Muhammad Izzsyraq Azraq <<
Adik Izz.. Memerlukan simpati & bantuan dari kita semua. Jika ada kemampuan dari kewangan, sumbanglah dalam bentuk kewangan, takde duit sumbangkan dengan cara menyebarkan khabar ni, kalau tak mampu sebarkan.. Sedekah doa untuk kesembuhan & kesihatan Adik Izz

Untuk sebarang sumbangan boleh merujuk kepada Bapa kepada Adik Izz
Blog : http://ekjozbuluh.blogspot.com/
 Fanpage : PRAY for Izzsyraq Azraq - Short Bowel Syndrome

Betapa mudahnya zaman sekarang kita hendak melakukan sedekah.. Mungkin sedekah kita bukan berbentuk harta atau wang ringgit tapi dengan sebarkan perkara ni mungkin di terima Allah sebagai satu sedekah siapa tahu. Dengan share kita mungkin yang berkemampuan dari segi kewangan dapat menyalurkan bantuan. Maka bantulah apa yang kita mampu. Takkan tak mampu walau hanya dengan 1 clik share kot....Sama2 kita doakan yang terbaik budak adik Izz.


CARA SEMBUHKAN SAKIT MATA DENGAN MUDAH & CEPAT

Alkisah semalam (9 November 2014) tetiba mata aku rasa semacam. Rasa macam berpasir, pedih & bengkak. Aku tengok kat cermin.. memang dah merah mata sebelah kiri. Pengalaman pernah sakit mata buat aku tahu.. Tu antara tanda2 sakit mata..

Sakit mata ni semua orang tahu boleh berjangkit. Setakat aku dengan asben aku kena sakit mata takpe lagi.. dok fikir budak kecik nan sorang tu. Sayu hati kenang kalau dia yang sakit.. aku akan bertambah lagi rasa sakit kalau anak aku sakit. Maka gigih google jugak petua nak ubat sakit mata selain dok fikir kalau tak ok jugak esok nak ke klinik je la.

Lebih kurang macam ni la sebelah mata aku semalam.

Aku jumpa satu petua ni.. kat blog mana tak ingat sebab google pakai tab tak bookmark pun blog tu.. rendam mata dalam air garam. Macam mana gamaknya nak rendam mata dalam air garam ni ni? kang bendul dok ingat kena korek mata pulak.. Alah.. buat sebesen air garam yang muat2 muka korang tu lepas tu rejam tanpa belas kasihan muka korang dalam air garam tu kemudian kelip2 mata dalam air tu. Jangan risau.. Aku dah buat semalam.. terbukti tak pedihkan mata... Tapi jangan lelama rejam muka tu kang mati lemas pulak. kekekeke

Bangun pagi ni.. mata tak bengkak merah pun dah tak berapa merah. Sakit mata tu memang nampak semakin hilang. Menjelang petang totally nampa recover sepenuhnya. Elok la korang cepat buat bila ada tanda2 sakit mata menyerang. Insya Allah.. dia menghalang sakit mata tu dari merebak. Aku dah cuba jadi aku berani la kata, effective jugak cara tu.

P/s : sesambil aku merendam mata dalam air garam tu aku pun cakap la kat asben aku.. ni la punca airmata jadi masin selamba dia jawab bukan mata je kena bilas air garam tapi otak pun kena bilas jugak.. hahaha ok paham. (sekadar share lawak laki bini eklusif tau. Ingat senang aku nak share yang suweet suwek dengan laki aku)


BUDAK TERSEPIT CELAH KERUSI HIDUP LAGI JADI TAK SALAH KITA GELAK

Alah tersepit celah kerusi je pun.. tak mati. Bukan je tak mati tak calar sikit pun kat mana2 anggota badan dia. Alah tersepit je pun. Nampak kelakar.. snap pic, upload.. sure orang share punya. Yelah.. gambar tu comel & kelakar sangat.

Amboi senyum sakan cikgu pose tepi budak yang dok nangis tersepit tu. Yelah.. kelakar kan mesti amik gambar & share

Memang kelakar sebab budak tu hidup.. budak tu tak alami apa2 kecederaan.. budak tu tak cacat kat mana2.. Tapi tak sedetik pun korang semua terfikir.. Benda tu tak mustahil boleh menyebabkan kecederaan. Korang rasa mustahil ke tersepit celah kerusi macam tu bakal menyebabkan kecederaan serius atau menyebabkan kematian. Hello... tersepit ok! silap langkah.. silap pergerakkan.. boleh mengakibatkan kecederaan malah tak mustahil kematian.

Bila aku cakap camni.. orang kata hidup aku ni serius & stress sangat.. tak enjoy langsung. Aku enjoy kalau benda tu aku rasa tak berisiko. Mula2 aku tengok orang dok share budak tersepit kepala celah kerusi.. Benda pertama terlintas dalam hati aku.. anak aku. Kalau tu anak aku.. aku nak snap pic dulu sambil gelak2 ke atau aku nak tolong cari jalan keluarkan anak aku dari tersepit. Aku mampu ke gelak2 sambil snap pic sedangkan anak aku tengah nangis takut & malu? Aku sanggup ke? Tak sanggup ok!! Abis tu kalau anak orang.. boleh pulak buat?? Anak orang pun aku tak gamak..

Anak aku demam pun aku mengelabah dah.. Inikan pulak tengok anak tersepit macam tu. Aku memang jenis suka fikir kemungkinan yang berlaku dari tunggu berlaku baru nak bertindak. Kebanyakkan manusia zaman teknologi dengan smartphone bercamera memang macam tu. Jumpa kemalangan.. yang pertama dorang buat snap gambar dulu. Gila rating.. gila glemer & semua kejar popular. Sapa dulu update dapat banyak share... Mengaku atau tak itulah fenomena yang berlaku. Jangan anggap benda yang kelakar & kemalangan simple macam tu tak boleh memudaratkan.. selagi ia melibatkan anggota badan manusia terutama kanak2 yang masih tak pandai protect diri sendiri.. semuanya masih berisiko. Untuk apa bila berlaku sesuatu baru nak melalak salahkan orang tu salahkan orang ni.. nak ambil tindakkan.. nak saman tu.. saman ni sedang masa kejadian kita boleh gelak2 snap pic. tetiba berlaku perkara tak di ingini baru nak mengelabah. Sebab tu ada pepatah yang kata.. cegah sebelum parah.. bukan gelak selagi tak parah.

Sumber sinar harian

Please la.. yang bergelar mak bapak.. anak korang calar sikit pun korang bising.. hantar nursery balik2 tengok berbintil badan kena gigit serangga pun korang rasa nak amuk satu taska.. tapi bila time anak orang tersepit celah kerusi korang boleh pulak share buat bahan gelak2. Sebab... anak orang kan.. Selagi bukan anak aku. ye dak??

Terpulang la pada korang kalau rasa moment tu lawak sangat teruskan gelak.. ia akan jadi kelakar kalau tak berlaku perkara buruk tapi cuba fikir kalau tetiba budak tu panik tarik kepala dia.. patah leher ke, apa jadi?? lawak jugak ke?? takpe... selagi tak jadi kan.. boleh la gelak. Nak panik tunggu la jadi dulu.. ye tak??

P/s : Bila benda macam ni di angkat sebagai lawak tak mustahil akan di tiru budak2 lain dengan tujuan lawak atau sekadar nak mencuba. Bayangkan masa dorang buat tu takde sapa2 di sisi dorang.. bayangkan je... Tak ke bahaya?? So terpulang la pada yang positif berhati bersih suci murni bagai minyak masak yang melalui pemeringkatan dua kali untuk terus positif sampai tak rasa nak ambil pencegahan awal untuk langkah keselamatan.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com