Showing posts with label salah faham. Show all posts

PENJELASAN PAKAR MOTIVASI YANG KENA VIRAL ISU JANGAN BALIK KAMPUNG

Zaman sekarang ni silap satu perkataan pun boleh menjadi viral yang maha dahsyat apatah lagi berlakunya salah faham dari sepotong ayat. Dalam kes pakar motivasi yang kena viral & troll pasal statement dia jangan balik kampung di hari perayaan untuk berjimat.. Aku sendiri tak tengok rancangan talk show tu cuma membaca perkongsian di laman sosial jer.. Jadi tak tau siapa betul, siapa salah atau siapa salah faham.


Terbaca kat astroawani penjelasan pakar motivasi ni yang katanya orang salah faham apa yang dia cakap. Sebenarnya dia tak bermaksud bagi cadangan jangan balik kampung pada hari perayaan tapi... Baca sendiri petikan artikel astroawani ni. Kang aku olah2 jadi lain pulak maksudnya. Bertambah salah faham pulak nanti..

 
Artikel penuh baca kat Astroawani
Bagi yang tengok rancangan Talk show tu maybe tahu apa yang berlaku sebenarnya. Bagi yang tak tengok macam aku ni kita cuma mengambil sumber dari laman sosial jer jadi kita sendiri pun tak sure benda @ perkara tu benar2 berlaku atau di manipulasikan oleh pihak lain untuk memburukkan beliau. Tapi aku tak kata pakar motivasi tu betul.. maybe statement dia nak selamatkan diri selepas terlepas cakap & maybe juga dia mangsa fitnah. Jadi takde kesimpulannya dari aku.

Moral of the story.. hati hati bila mengeluarkan kenyataan. Kadang2 kita tak perasan @ sedar benda tu mungkin menjadi salah faham yang boleh memudaratkan kita jadi susun kata2 elok2 sebelum berkata kata. hehehe


SARAPAN YANG SELAMA NI KITA RASA BERKHASIAT SEBENARNYA TIDAK SIHAT

Kat Malaysia semua orang tahu nasi lemak, roti canai tu sarapan biasa yang tidak sihat tapi sedap. Yang konon mengamalkan hidup sihat konon sarapan ala2 western yang dia rasa sihat sangat la. Sebenar ada beberapa jenis sarapan yang selama ni kita rasa makanan yang sihat & berkhasiat di ambil waktu sarapan sebenarnya tak la berapa sihat.


Antara sarapan pagi yang paling popular & di rasakan berkhasiat adalah roti bakar & telur separuh masak & bijirin sarapan bersama susu tapi sebenarnya tidaklah begitu berkhasiat & sihat. Nak tahu kenapa meh la baca kat sini >> Antara Sarapan yang biasa Rakyat Malaysia ambil tapi sebenarnya tidak sihat <<

Kat artikel tu ada lagi beberapa sarapan yang tidak sihat yang selalu kita ambil. Juga ada senarai makanan untuk sarapan yang lebih berkhasiat. Jadi tak rugi kita baca. Untuk info kita menyediakan sarapan sihat untuk keluarga.

Moral of the story... Makanan yang sedap memang kebanyakkan tak sihat. hahahaha


PENJELASAN ROSLINA SHAHARUDDIN TENTANG KOMEN HINA SURIRUMAH

Zaman media sosial ni semua pun pakai taip takde nada yang ada cuma ayat yang boleh jadi macam2 maksud. Kadang2 maksud kita lain tapi cara penyampaian kita salah maka jadi salah faha, Yelah.. takde bernada la katakan. Nak2 lagi ayat2 sindiran ni.. Bukan semua orang paham ia cuma satu sindiran. Kadang2 orang paham apa yang tertulis tu je


Macam tu jugak yang berlaku pada akak sorang ni yang komen dia semakin jadi viral sebab katanya menghina surirumah.. Rupanya akak ni pun seorang suri rumah apa yang dia komen cuma macam nak sindir orang2 yang pernah ucapkan kata2 macam tu kat dia hanya kerana dia surirumah




 Kita terima yang psoitif sudah la. Hentikan menyebar salah faham ni.

Kesian pulak.. den pun tersalah paham jugak mula2. Yelah tak tau hujung pangkal tetiba orang sebar screenshoot komen dia yang agak pedas jugak la bila kita baca nak2 kita ni surirumah kan.

Moral of the story.. Berhati hati nak menulis di laman sosial ni.. kalau nak perli @ sarcasm ni makesure orang faham benda tu satu sindiran sebab kalau berlaku salah faham akan berlaku la perkara perkara yang boleh mengaibkan diri sendiri. Yer Allah tahu niat kita tapi kita kena jugak protect diri sendiri. Moga jadi pengajaran pada kita semua yang bersosial di laman sosial


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com