Posts

Showing posts with the label cafe hispter

CAFE HIPSTER DALAM HUTAN DI KUALA LUMPUR

Image
CAFE HIPSTER DALAM HUTAN DI KUALA LUMPUR . 28 mei 2025 rabu yang lepas adalah tarikh hari ulangtahun suami aku yang ke.. Tak payah la tau. Agama dah ajar kita 3 perkara yang perlu di rahsiakan. 1. Umur 2. Hal keluarga & 3. Harta & kerjaya. Tak ada keperluan tak payah nak cerita atau tunjuk sangat mungkin boleh jadi fitnah & aib kan. Cukup la hangpa tau tarikh tu hari ulangtahun suami aku yang hensem di mata ku. Alah normal la isteri akan pandang suami dia ensem kan?  Macam biasa la sambutan hari jadi anak ke, bini ke atau suami sendiri cara kami meraikan adalah keluar jalan jalan & makan makan sahaja. Kalau anak anak tu bawa la pergi beli barang apa yang depa nak. Tak ada la majlis apa apa. Tu cara kami meraikan. Suami la belanja. Birthday pun tetap dia kena belanja kami anak beranak. Tapi aku tetap la belikan hadiah. Hadiah tu nanti next entri aku akan review. Sabaq ok!  Suami bawa kami pergi lepak lepak kat satu cafe dalam hutan. Putri D rimba cafe. Cafe ni c...