SANGGUP KE JADI BLOGGER UPAHAN
wah.. ni tajuk drama baru adaptasi novel mana pulak ni? Ada ke novel Blogger upahan ni? Wah blog & blogger pun dah di novelkan ke? Mana ada cerita ni bukan adaptasi novel yer.. Ni kisah seorang blogger upahan.. Macam mana blogger upahan tu meh la baca entri ni dulu. Asyik dok buat spekulasi dari tajuk entri.. buat la sikit anjakkan paradigma dalam hidup. Rajin la sikit membaca... membaca jambatan ilmu katanya...Sapa pulak blogger upahan ni lekat lekit Ooi! Sapa upah dia? dia di upah untuk apa? Yer.. yer.. nak cerita la ni la pasal blogger upahan ni. Blogger upahan aku nak cerita ni adalah blogger yang di upah untuk menulis blog orang lain. Tapi dalam bahasa manisnya.. Orang panggil penulis jemputan takde la orang guna blogger upahan.. Macam nampak murahan sangat kan? hahahaha... besa tajuk entri aku mesti hot & spicy.
Dari tahun2 yang lepas lagi aku ada jugak terima tawaran untuk jadi blogger upahan ni.. termasuklah semalam aku terima satu offer untuk menjadi penulis upahan kat blog yang agak di kenali ramai kat laman sosial ni. Yang Sebelum ni offer jadi penulis aku tak ingat dah.. Sebab yelah aku ni banyak kupas kupis & kopek isu2 semasa, isu2 viral laman sosial.. maybe blog2 macam tu rasa aku layak kot jadi penulisan upahan mereka.
Yang buat aku tak pernah terima adalah komitmen.. Bila bekerja dengan orang ni kita kena ikut rules & syarat yang di persetujui sedangkan aku ni berblog sekadar hobi & minat. Aku taknak jadikan blog tu priority sangat sebab aku ada komitment lain sebab aku adalah seorang isteri & mak pada seorang anak. Aku ni nak keluar kemana mana.. nak pergi holiday ke.. balik kampung ke hapa bukan jenis plan awal sebulan ke seminggu ke. Kadang2 decide terus jalan jer.. Dan aku jenis menikmati percutian atau riadah aku di luar tanpa internet. Kalau aku nak terima job blogger upahan tu.. Rasa macam tak sesuai pulak kan dengan cara hidup aku. Kecuali la dia bagi syarat ada artikel ada bayaran.. Kalau yang gaji bulan2 & ada schedule berapa entri yang kena buat untuk 1 hari.. Bukan tak boleh buat. Boleh kalau aku duduk kat rumah jer... Tapi bila aku di luar sememangnya aku tak mampu buat la.
Sebab tu dari dulu even bayaran yang di offer buat biji mata aku terkeluar jugak dari socket tapi bila terfikirkan kemampuan aku rasa, takpe la.. aku tumpu kat blog sendiri sudah. rasa nak update aku update.. rasa tak nak.. aku biar je. Bukan malas atau berlagak.. tapi aku tak suka buat kerja sekadar siap jer. Orang bayar kita, so kita kena la buat kerja setimpal dengan bayaran.
Kesimpulannya.. sapa nak upah aku jadi blogger kat blog depa boleh jer.. cuma tu la macam aku kata.. Kalau syarat dia bila free boleh update.. ada update ada bayaran. Ok la.. Insya Allah kalau syarat camtu aku boleh bagi komitment. hehehehe..
P/S : Tapi kalau nak upah aku review produk, service atau apa2.. boleh jer.. Meh la risik2 yer. Tak mahal pun. harga anak2 jer.. bukan harga tahap bapak bapak punya besar