Showing posts with label banner. Show all posts

BUDAYA MENIPU CLIK IKLAN DI BLOG MASIH BELUM PUPUS RUPANYA

BUDAYA MENIPU CLIK IKLAN DI BLOG MASIH BELUM PUPUS RUPANYA. Perkara yang pernah popular satu ketika dulu ingatkan blogger dah ada kesedaran tentang cara salah untuk meraih clik pada banner iklan nuffnang & iklan special 8share rupanya masih ada yang berani buat segmen secara terbuka macam tu untuk membuat penipuan clik (clik fraud) pada iklan. Aku ingat dah pupus budaya menipu clik ni.. Rupanya wujud lagi. Hahaha. Kalau takde masakan ada yang bangkitkan isu ni kan?


Dulu masa 8share mula2 nak naik.. memang ramai yang dengan beraninya buat penipuan clik dengan cara exchange clik. Penuh je rewards dia delete semua link yang dia post minta orang buat exchange clik. Bukan kata blogger picisan yang kurang follower je yang buat, yang ramai follower & agak popular pun tak terkecuali. Semua sebab duit.. Bila orang persoalkan betul ke cara dia berkongsi iklan tu.. Dia cuma jawab entah. Sebenarnya dia pun tau cara tu salah sebab menipu. Kalau dia tak tau mustahil lepas penuh rewards dia delete link2 yang dia share kat media sosial kan. Supaya security 8share tak dapat detect la tu penipuan dia buat. Bila delete takde bukti penipuan. Tapi tak kemana.. akhirnya account depa tetap kena banned. Takpe la depa tak dapat nak jana pendapatan dengan 8share sebab depa blogger yang banyak job2 luar kan. Apalah sangat kena  banned dengan 8share tu. hehehe

Kalau nak cari pendapatan tambahan melalui media sosial.. Buat la cara yang betul. Menipu ni serius mungkin sebelum di tangkap korang boleh jana banyak tapi bila tertangkap.. peluang nak jana pendapatan dah tak ada. Menipu ni untung yang bersifat sementara je. Aku pun pernah jugak tersilap share iklan 8share kat blog tapi bukan lah niat aku nak menipu cuma aku tak tau cara tu tak boleh. So, account aku masih selamat sebab dalam code of honour 8share tak jelas sangat. Sekarang aku pilih berkongsi secara selamat. Rezeki tu dari Allah.. So, usaha je la.

Pada adik2 yang masih buat aktiviti clik fraud dengan segmen clik iklan macam tu rentikanlah.. Serius! tak untung banyak mana pun. Banyak cara nak dapat duit contoh macam kat Instagram ni. Tak perlu nak share iklan atau letak banner kat blog bagai cuma cuba buat ni jer >> Inilah Cara Paling Mudah Untuk Dapat RM1000 Melalui Instagram Tanpa Perlu Share Iklan << Cubalah mana tau rezeki korang kan? Dari dok menipu clik jer.. Buat apa.

Moral of the story.. Takde benda senang nak dapat duit.. Menipu jugak bukan benda mudah nak buat jadi pilihlah jalan selamat. Ia soal rezeki yang kita nak guna mungkin beli buku untuk belajar, makanan untuk isi perut atau keperluan harian yang perlu kita guna. Jadi renung renungkan selamat beramal... peace no war! hehehe

CARA PALING SENANG BUAT BANNER SECARA ONLINE

Kalau nak buat secara manual nak setting size memang susah sikit tapi sekarang ni dunia hujung jari semua jadi mudah. Tak perlu nak bayar orang untuk buat banner simple2.. Kita sendiri boleh buat. Nak tau macam mana cara paling senang nak buat banner.. meh khatam entri ni dulu.

Aku tahu ramai peniaga online yang nak letak banner kat blog tapi kadang2 tak reti nak buat banner sendiri. Tak reti nak buat template banner.. Nak masukkan gambar, text (caption) kat sini aku nak share satu application online yang memudahkan korang create banner sendiri. Apa2 size banner pun boleh...

Caranya clik kat website ni Banner Maker . Lepas clik link tu korang akan nampak template banner dalam tu. Ada pelbagai size. Contoh macam gambar kat bawah. Pilih banner size yang macam mana korang nak. Nak empat segi ker.. panjang ke.. pilih dulu ikut standard size di beri.


Bila dah pilih.. kalau korang nak setting ikut size banner korang.. korang boleh clik kat background  & di bawah tu bahagian canvas size boleh setting size macam yang korang nak.


Kalau nak masukkan gambar pun korang just clik add photo.. so pilih dari mana gambar korang nak ambil & masukkan. Kalau nak buang gambar asal dari template just clik pada gambar & clik tanda X tu.


Nak tukar text caption tu cuma perlu clik pada text yang sedia ada pada template akan keluar kotak option & masukkan caption text anda.


Dah siap nak save banner anda sila ikut tutorial bergambar di bawah.


Senang tak? senang kan? Kalau setakat nak buat banner simple2 tak payah upah orang.. boleh buat sendiri tapi kalau nak letak banner iklan korang tak tau kat mana boleh letak kat blog den ni.. 200x170 hanya RM10 sebulan. Ni promosi awal tahun. Ada beberapa slot lagi kosong. Sapa nak meh la cepat...



SEWA TAPAK BANNER IKLAN RM10 SEBULAN

Tu dia promosi sempena musim banjir katanya.. Tak boleh mahal2. Kang ada pulak yang tuduh ambil kesempatan atas musibah banjir yang melanda beberapa buah negeri. Bukan macam tu.. Kebetulan offer ni time musim banjir, bukan ambil kesempatan. Takde pun aku tulis sewa tapak banner iklan untuk mangsa banjir kan?? So jangan la negatif manjang.


Aku tak pernah la buat offer sewa tapak iklan.. Tapi aku pernah juga sewakan tapak iklan untuk beberapa produk atas permintaan mereka bukan dari offer aku la. Tapi rasanya dah boleh kot buka tawaran macam ni.. Murah jer.. Harga pengenalan katanya even sebelum ni harga orang sewa tu bukan harga yang aku tawarkan la. Harga dia mahal sikit la. Tapi takpe.. Sempena musim banjir ni aku offer banner size 200x170 RM10 je untuk sebulan.

Sapa2 berminat boleh PM kat FB. slot yang kosong korang boleh tengok kata atas & side bar tu yer.. Pilih je nak pacak kat side mana. kalau ada yang minat boleh jugak risik2. Semua PM jer kat FB.

P/S : Mesti ada kata.. blogger dah mula gila duit. Bukan gila duit.. manafaatkan blog dengan benda sampingan yang mendatangkan hasil. Bukan salah pun.. kan??harga pun bukan cekik darah sangat.. ye dak?? sekadar manafaat ruang kosong di blog jer


AWAS! NUFFNANG SEDANG BUAT OPERASI MENGESAN PENIPUAN CLIK

Mana2 blogger yang pasang banner nuffnang mesti tak tahu benda ni kan? di sebalik korang dapat BE @ CPUV campaign yang panjang macam gerabak keretapi tu banyak perkara yang sebenarnya korang tak tahu apa yang berlaku. Yang rajin hantar tiket kat nuffnang jer, Insya Allah akan tahu.


Dalam bulan october ni ramai blogger dapat BE @ CPUV yang luar biasa banyak. Sebab pelik sangat trajedi oktober ni ada sorang blogger hantar ticket & tanya sendiri pada nuffnang.. jawapan dia terima nuffnang kata ada masalah sistem & selepas masalah tu berjaya di pulihkan mungkin ada BE yang akan di tarik balik. Jadi aku tak puas hati jugak la even BE aku bukan banyak bebenor.. setakat ni ada 10 je yang tengang on going.

Apa yang aku tak puas hati.. Kalau betul berlakunya masalah teknikal pada sistem Nuffnang kenapa nuffnang tak pernah nak bagi penjelasan secara rasmi kepada semua blogger. Kenapa biar je blogger terus berseronok dengan harapan palsu tu. Adakah trick nuffnang nak buat ramai blogger bercakap pasal Nuffnang? Aku ada jugak tanya kalau BE kena tarik balik adakah earning yang terkumpul jugak di tolak. Ini jawapan balas dari nuffnang kepada aku..


Jadi yang mana suka sangat exchange2 clik kat banner nuffnang tu berhati hati lah yer.. Kat shoutbox aku pun ada jumpa jugak camtu.done clik u'r ads bagai padahal aku tak pernah minta atau suruh pun. Aku pacak jer.. sapa minat nak clik, clik la. Takde tu bukan rezeki aku la kot. Apa yang aku buat cuma jaja entri  supaya ada traffic masuk ke blog.

Moral of the story..  Sapa buat dia mengelabah. Sebab aku tak buat aku tak kesah la sangat la pasal ni. Walau Malayan Tiger kata aku blogger murahan, pay for clik.. aku tak kecik hati sebab lebih baik pay for clik dari pay for fraud clik. Tu lagi hina.. ye dak??


NUFFNANG DEDAH KRITERIA BLOG YANG DI PILIH UNTUK IKLAN CPUV (BE)

Bunyi tajuk macam pendedahan berani mati je kan?? Tak de la berani mati sangat pendedahan ni.. Kira berani dedah je bukan berani mati sangat. hahahaha.. Ramai blogger baru yang turut memasang banner iklan nuffnang kat blog. Kalau blogger lama depa dah tak heran dah bab2 tips nak dapat BE atau iklan CPUV. Tapi bagi blogger baru mungkin ni dapat bantu anda memahami bagaimana sesuatu blog tu di pilih untuk dapat iklan CPUV (BE) sebab iklan kempen ni la yang membantu meningkatkan earning dengan lebih cepat berbanding Iklan CPC.

Sumber google

Bagi yang tak tau apa kelebihan kalau dapat kempen Iklan CPUV kat banner nuffnang di blog kita.. Kalau iklan biasa tu (CPC) tu kalau orang clik baru la dapat earning tapi kalau dapat kempen iklan CPUV (BE) ni.. earning di kira dari berapa orang yang masuk blog kita semasa iklan CPUV sedang di siarkan. Tak perlu clik kita dah dapat duit dari pengunjung yang datang ke blog kita semasa iklan tu sedang di mainkan. Ok.. faham..

Aku sesaja la nak beramah mesra dengan nuffnang sebab kot2 dia terlepas pandang blog aku sebab dekat 2 bulan dah takde pun iklan CPUV. Buat2 la tanya soalan apa kriteria blog untuk dapat iklan kempen CPUV ni. Jawapan ni mungkin boleh di jadikan panduan buat semua yang baru sign up dengan Nuffnang. Yang otai2 tu tak payah dah nak bagitau.. depa lagi expert katanya...


Apapun jangan down even traffic blog kita dah mantap.. tapi tetap tak terpilih untuk iklan kempen CPUV ni. Mungkin kriteria blog kita tak memenuhi kehendak pengiklan & paling penting kita kena percaya pada rezeki Allah. Ada rezeki Insya Allah tak kemana yang penting usaha jer. Takde kat situ.. maybe ada kat sana, kan?? Semoga korang happy berblog tanpa ada rasa down sebab tak dapat BE. kekekekeke


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com