14 October 2014

AWAS! NUFFNANG SEDANG BUAT OPERASI MENGESAN PENIPUAN CLIK

Mana2 blogger yang pasang banner nuffnang mesti tak tahu benda ni kan? di sebalik korang dapat BE @ CPUV campaign yang panjang macam gerabak keretapi tu banyak perkara yang sebenarnya korang tak tahu apa yang berlaku. Yang rajin hantar tiket kat nuffnang jer, Insya Allah akan tahu.


Dalam bulan october ni ramai blogger dapat BE @ CPUV yang luar biasa banyak. Sebab pelik sangat trajedi oktober ni ada sorang blogger hantar ticket & tanya sendiri pada nuffnang.. jawapan dia terima nuffnang kata ada masalah sistem & selepas masalah tu berjaya di pulihkan mungkin ada BE yang akan di tarik balik. Jadi aku tak puas hati jugak la even BE aku bukan banyak bebenor.. setakat ni ada 10 je yang tengang on going.

Apa yang aku tak puas hati.. Kalau betul berlakunya masalah teknikal pada sistem Nuffnang kenapa nuffnang tak pernah nak bagi penjelasan secara rasmi kepada semua blogger. Kenapa biar je blogger terus berseronok dengan harapan palsu tu. Adakah trick nuffnang nak buat ramai blogger bercakap pasal Nuffnang? Aku ada jugak tanya kalau BE kena tarik balik adakah earning yang terkumpul jugak di tolak. Ini jawapan balas dari nuffnang kepada aku..


Jadi yang mana suka sangat exchange2 clik kat banner nuffnang tu berhati hati lah yer.. Kat shoutbox aku pun ada jumpa jugak camtu.done clik u'r ads bagai padahal aku tak pernah minta atau suruh pun. Aku pacak jer.. sapa minat nak clik, clik la. Takde tu bukan rezeki aku la kot. Apa yang aku buat cuma jaja entri  supaya ada traffic masuk ke blog.

Moral of the story..  Sapa buat dia mengelabah. Sebab aku tak buat aku tak kesah la sangat la pasal ni. Walau Malayan Tiger kata aku blogger murahan, pay for clik.. aku tak kecik hati sebab lebih baik pay for clik dari pay for fraud clik. Tu lagi hina.. ye dak??

30 Komen Melekat:

Yana Yani said...

ada ye penipuan click
saya tak pernah terfikir pula pasal tu
orang lain sonok bercerita asal nufnang sebab income masyuk
saya ni belum berezeki lagi

yanamib said...

gitu kisahnya...oke x gelabah jugak sbb mmg x suruh org klik2 iklan...hihi

safurara said...

errrr, saya selalu buat, g kat blog yg saya baca, then klik iklan,tapi mmg ada lah mention yg saya klik iklan dia, sbb tgk blogger lain ada buat cm tu.errrr,terasa ni terasa.hahahaha.so maknanya xleh ke kalau kita mmg BW dan kita klik iklan blogger lain kak? salah ke? hmmmm~

ringantangan said...

Oo.. Tenang sajer, kerana blog daku tidaklah ada main exchange click. Hehe..

Anonymous said...

pulak..ada kes tipu jugak ye sis..hati² ada mata yang memerhati..hehehe..

Nursaila Norman said...

x gelabah jgk..haha

khatyaiman said...

Assalam..ada plak yang tipu2 nie na..

Mrs Z said...

fraud click ni dari dulu sampai sekarang x pernah nak habis... dr generasi ke generasi.... hahaha..

Hani Rahman said...

Laaa ... Memang x leh ker, saya kadang2 ada jgk tulis cam tu bila dah klik, ....

Mummydearie said...

Ni nak tanya sikit, yang biasa tengok orang tulis done click sini, done click for NN, itu semua tak boleh ke? La akak kalau orang tulis gitu (walaupun kita tak suruh) ucap terima kasih je memanjang sebab sudi habiskan masa click-click suruh kita cepat kaya. Tak boleh rupanya....

Unknown said...

ada agi jenis klik cmnie.
nasib baik ler tak telibat.
best pulak dngar tak ditarik balik.
hehe

Aimie Mokhtars said...

sapekah malayan tiger? bukan ke yg bikin kecoh pasal ibu menyusu dalam train tu?

mila said...

sy xpnh plak terfikir psl penipuan klik ni.mcm mn ye? xphm...

JunAina said...

Akak tulis entri tarik pembaca nak klik tak klinik itu lain cerita. Banyak jugak BE sedang menari kat blog akak tapi earning sen2 je...

nurrazali.blogspot.com said...

mcm2 ek skng nih..

Suria Amanda said...

blogger yang dah lama berblog mungkin tahu kan...blogger lain yang baru? musnah la harapan...SA ada 16 iklan on going...kebanyakkan nya sama tajuk...tp macam suria ckp mandul...hehehehe

yana said...

huhu...patut la byk sgt BE menepek. Ini rupa nyer....Hati2...

Tunsha Ayunie said...

aiks.... aku kekadang je buat.... hahhahaha..... dulu tahu pasal froud click ni, tapi nampak orang lain buat, aku pun tumpang buat.... huwaaaa nyesal dan gelabah sehhh

MNH said...

Nasib baik saya x penah buat walaupun ramai blogger yg suruh buat mcm tu kalau nak dpt income dari nuffnang.

Julia Johari said...

Ok dah baca...mmg tak suka pun suruh org click iklan...tp suka review iklan nuffnang sahaja if ada BE masuk...itu baru benar2 iklan

kak T said...

oo..baru tahu ni

Mar Mansor said...

penipuan klik?camni pon hado ke?saya tolong klik iklan kalo saya tengok ada berjoget-joget

Sukma said...

Mcm nie pun boleh nuffnang ...buruk siku...dah bagi ambil balik....

Chekgu Azrine said...

Bijak jugak nuffnang..sbb ramai je yg klik2 fraud ni..nak banyakkan tabungan depa..hehe

Unknown said...

pelik cara diorg detect org buat fraud klik. yumida punya ada byk yg tgh on going. sebelum n selepas dpt cpuv yg byk tu, keje fraud klik memang takde kaitan. nak kata pembaca buat fraud klik byk2, memang takde. even ada jugak yg kata done menabung di sini. kalau tengok earning cpc yg diupdate setiap isnin, xde la dlm kuantiti klik yg byk pun. sungguh musykil.

cuma ada nampak perubahan dekat banner ads. tak ade lg iklan burung churp2 yg bertenggek lama situ. sentiasa ada promosi iklan baru.

Norihanyusuf said...

Baru ja mula nuffnang ni, dah dengar cite tak baik.

Senyap said...

saya 11 ongoing smpai sekarang tp takat ni tak ada hasil pon dari BE tu... klu ada pon satu 2 je...

Cik Balqis said...

keh3..isu yang lama sejak beberapa tahun dulu.
"hai, sy dtg singgah klik nuff awk. klik sy punya balik eh"

cett.

cydayf said...

Serius? kita baru je tahu. Notice jugak ada byk iklan tapi saja je buat tak tahu :)

LYAfrina said...

Sama la.. lya xpnh gk klik2 sdri. Pasang je.. ade rezeki adalah.. tu just sampingan.. y psti lg enjoy mnulis.

Post a Comment

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;