NAK MENUNJUK 22 CPUV @ BE NUFFNANG TENGAH ON GOING
NAK MENUNJUK 22 CPUV @ BE NUFFNANG TENGAH ON GOING. Hari sabtu hari show off katanya. Sekali sekala kita kena menunjuk jugak dalam berblog ni. tak menunjuk langsung nanti orang kata tak nak share rezeki dengan orang lain. yelah.. tumpang tengok pun rezeki jugak. rezeki dapat tengok katanya.Sejak tukar template & berhijrah dengan domain lekatlekit.com ni Alhamdulillah rezeki dari Nuffnang tu semakin mencurah curah. Setiap bulan tu ada je la BE @ CPUV baru menyinggah. Iklan campaign pun selalu jugak berpesta kat banner tak kira siang atau malam. Cuma perlu rajin update untuk menjana traffic je. Almaklum CPUV ni di kira dari per view bukan per clik. So, kalau iklan tu di paparkan time ramai orang tengah baca blog kita makan dapat rezeki lebih sikit katanya.
Almaklum la blogger di boikot macam aku bukan senang nak tarik orang baca katanya. Kena struggle update blog macam orang takde anak laki. hahahaha... Ok! Drama sangat katanya. Aku tak stress pun setiap kali update blog maka aku enjoy buat apa aku suka.
takde jalan mudah untuk senang & dapat duit. Usaha je la setakat yang mampu, Insya Allah ada bahagian rezeki masing2. tak perlu la takut putus rezeki dengan dengki khianat orang sebab kalau kita yakin rezeki tu dari Allah tak perlu takut sangat dengan kejahatan manusia di belakang tabir. Yang penting jangan cepat putus asa. terus usaha walau hari ni tak memberi apa2 hasil, Insya Allah bila kita tak berputus asa kita akan rasa hasilnya nanti.
Inilah hasil berkat tak pernah putus asa & mengalah dalam berblog maka terhasilah deretan BE @ CPUV... hahaha.. macam kejayaan besar sangat,kan? Saja je nak tunjuk excited macam menang award blogger terbaik 2015 katanya. Ayat mesti drama sikit...
Moral of the story.. Takpe kan sikit sikit lama2 jadi bukit. Mana tau boleh kumpul hasil dari Nuffnang buat belanja