Showing posts with label Jeram. Show all posts

SATU LAUK SATU GST MEMANG BERSIH POKET

SATU LAUK SATU GST MEMANG BERSIH POKET. Pelik sangat ke GST di kenakan pada setiap jenis lauk @ makanan?? Takde la pelik di Zaman kegemilangan Dato Seri Najib Tun Razak ni. dah jadi rutin harian hidup rakyat malaysia tak kira miskin atau kaya untuk membayar GST. GST adalah cukai yang tak pilih kasih ok. Takde kasta2 untuk bayar GST. sangat adil & saksama perlaksaan cukai GST ni. Kau berduit ke tidak tetap kau kena bayar GST bila kau beli barang yang di kenakan cukai GST.


Semalam.. Almaklumlah genap 20 tahun umur aku katanya (sila buat2 percaya). So, macam biasa celebration family cinonet aku ni kami akan spent time together pergi makan & jenjalan. Sebab aku request nak makan ikan bakar maka suami mithali bawak la ke JERAM sana. Aku memula taknak makan kat situ.. Last makan tak sedap & mahal. Mana lagi Aroma Ikan Bakar la. tapi Sang Suami budiman cakap.. alah umpama kita mencuba kembali buat pertama kali. Ok la.. Sebab time tu belum malam & belum ramai orang makan service pun memuaskan & masakan pun tak rasa puaka sangat. Kategori sedap hingga menjilat pinggan la. Di tambah memang tengah lapar tahap cipan. Maybe Aroma Ikan Bakar kembali menaik taraf kesedapan masakan depa atau memang depa tak masak kelam kabut sebab orang belum ramai tak sure la pulak.

Bab menu ok la tapi bila tengok bil..  alahai rasa nak tumpang bahu pakcik najib menempiaskan nafsu sedih tak terkata ni. Bersepah GST pada setiap menu. Even nampak kecik2 je angkanya tapi besar kesan sampingannya tau. Kenapa pakcik najib!! Kenapa semua ini harus terjadi?? pakcik Najib mungkin penat.. Sila la berehat. Jangan siksa diri sendiri & rakyat Malaysia dengan bebanan macam ni. Kita sama2 rasa susah. Kan pakcik Najib??

Harga makanan kat situ bukan la murah sangat di tambah GST walau RM5.21 aku terbayang tu baru makan 2 mulut kalau bermulut mulut lagi la banyak. Memang la masih mampu bayar kalau setakat bertahun sekali makan kat sini tapi i tetap tak suka GST tau! Apapun kali pertama makan pepahat. Apsal rasa dia macam ada pasir ke sebab kulit dia tu depa ketuk ada yang hancur sikit. ketam sekor,udang ada 3 4 ekor,ikan pari pun ketul yang paling kecik,pepahat je dia dah pack sesiap. 1 pack rm25 siapa masak. Memang semua lauk pauk tu untuk 2 orang makan je. Tu pun aku tak bagi laki aku order sayur ke tomyam bagai dah. Takut tak habis sebab aku memang jenis tak reti sangat makan banyak lauk pauk. hahahaha. maaf aku tak snap gambar makanan walau laki aku dah ingatkan. Aku malas hehehe

Ini Malaysia kini.. GST tidak mengenal pangkat & darjat. Dia datang tanpa kerelaan rakyat tapi tak nak pergi bila di halau. Sampai bila GST nak menakluk Malaysia?? Entahlah mungkin pakcik Najib ada jawapan. Nasib baik la aku surirumah rajin masak katanya.. (rajin la sangat kan.. hahaha) so jimat la sikit. Kalau tak satu lauk 1 gst. Bukan takat bersih wallet.. habuk tak sempat nak lekat punya korek. licin terus. hahahaha

Moral of the story.. semoga pakcik Najib di beri petunjuk & hidayah dari Allah bukan geluk jampi untuk kembali ke zaman sebelum bergelar Perdana Menteri. Sebagai rakyat Malaysia yang sayangkan pemimpin aku kesian tengok pakcik Najib.. kening pun dah putih. Tu tanda tanda wajib pencen dah tu.

P/S : sebab pakcik najib semalam tak boleh masuk KL nak pi merembat dvd seram sebab jam. Yelah.. kan hari ni ada perhimpunan bersih maka semalam bersepah roadblock.

KALI KE 2 TERPEDAYA DENGAN RANCANGAN JALAN2 CARI MAKAN

Ni la orang kata tak tau serik.. hahahaha. Yelah.. ngaku den memang cepat terpedaya & tertipu dengan pandangan pertama di kaca TV. Cepat jatuh cinta & cepat terpesona dengan keindahan fana.. amboi! Kemain madah berhelah.

Ahad dua hari lepas.. Seperti biasa pukul 12 tengahari rancangan jalan2 cari makan kat tv3. Sempat la tengok sesambil layan budak kecik tak tau diam ni. Sekali terpandang la ikram makan ikan bakar kat restoran nan satu ni. Apa yang membuat daku terpesona bila tengok ikan bakar kat restoran ni di bakar dengan arang di atas pemanggang. Yelah.. selalunya makan ikan bakar tengok cara dia bakar macam goreng je atas kuali leper besar, kan?? Paling best ikan bakar sekinchan la.. harga dah la separuh nyawa sekali hidang ikan yang sikit pun takde kesan bakar yang ada cuma ikan yang macam di kukus. Kau berani namakan dia ikan bakar yang sikit pun tak terbakar wahai sekinchan. Daku tengok belum makan pun dah rasa terbakar tau! Sekali tu je la makan kat sekinchan. Tu kisah restoran sekinchan ikan bakar..

Lain kisahnya dengan restoren Dapur DD di Sg buloh. Restoren dia senang je nak detect. Belakang The store sg buloh jer. Sang lekit pun tak pernah tau kewujudan restoran tu sehingga la keluar dalam episod rancangan Jalan Jalan Cari Makan Ahad haritu. Sebab macam best je tengok dia bakar ikan guna api arang tu.. Rasa macam kampung style. Dok bajet sedap macam tok nenek & mak kita panggang ikan kat kampung tu la. Mula buat ayat kat lelaki bernama suami.. ayat baik punya. Petang tu jugak kitorang anak beranak berangkat menuju ke restoran tu. Sampai kat restoran tu orang takde la ramai sangat.. Berbeza dengan restoran Nasi Beriani Anje kat bangi yang keluar JJCM dulu tu.. sampai petang orang beratur panjang lagi. Alih2 rasa nasi beriani memang totally amatur sangat tau! (boleh baca pasal Restoran Anje tu kat SINI ) Kita pun duduk dengan tenang.. order makan. Asben yang pilih lauk untuk di bakar.

Orang tak ramai mana pun.. restoran pun bukan besar macam Aroma Ikan Bakar kat Jeram sana tu.. Alah cuma 1 lot kedai jer tu pun meja tak penuh orang pun. Tapi kena tunggu dekat 2 jam.. Yelah.. yelah.. dia bakar pakai api arang kan.. Lambat sikit la masaknya. Di maafkan la. Kata nak dapat mood ikan bakar ala2 kat kampung hang kedah sana nu.. So, Jangan nak membebel sangat yer. Bila dah sampai tu.. alahai anak omak! Sayu tengok ikan kembung sekor size kecik, 4 ekor udang & 2 ekor sotong setelah mendapat sentuhan pembakaran guna api arang. Yang sotong tu walau kena bakar pun tetap rupa sotong jugak. Bakar semata2 letak garam jer. Tanya asben kenapa dia bakar kosong jer.. asben cakap tak tau sebab dia tanya nak bakar biasa ke nak bakar berempah. Asben ingat bakar berempah tu bakar ntah macam mana sebab biasa kita makan kat belakang istana cakap bakar je.. memang auto dia letak semua sambal @ rempah dia. Makan jugak la.. Nak ada rasa apa kalau bakar kosong je kan?? At Least kalau bakar biasa tu.. letak la garam kunyit sikit.. Ni kata bakar biasa.. memang macam mana rupa benda tu sebelum bakar, sama je rupa dia lepas bakar.

Bagi daku kalau nak makan seafood @ ikan bakar better travel jauh sikit la kat Jeram & makan kat Aroma Ikan bakar takde la tanggung dosa mengumpat sangat sebab puas hati

Yelah.. yelah.. bakar ikan guna garam kunyit tu orang kedah je kot buat, orang sg buloh memang bakar ikan camtu. Jadi takde la special mana restoran tu. Sedap?? selain ikan, udang & sotong bakar kita ada order sayur campur.. Pun rasa biasa je. Mujur la asben kita bijak.. untuk 1st time order sikit2. Kalau makan kat Aroma ikan bakar Jeram memang la tahap melantak punya menu sebab kita dah tau rasa dia macam mana. Memang menepati tekak kitorang la. Jadi untuk kedua kalinya daku rasa sedikit terpedaya jugak dengan JJCM bila tengok ikram makan sampai berpeluh2 gitu. Mungkinkah daku akan terpedaya lagi untuk kali ketiga. Kalau terpedaya untuk kali ketiga harap2 tak de la menangis sangat makanan tu yer.

P/S : Hope JJCM lepas ni lebih selected restoran2 yang betul2 sedap la.. hantar la undercover dulu pergi cuba sebelum buat rakaman kat sesatu restoran tu agar penonton tak rasa tertipu la sangat.. ke aku je rasa tak sedap tapi orang lain kata sedap?? hahahaha

P/S : Try google gambar restoran Dapur DD tu.. takde pulak dalam carian google. hahahaha 

---- Boleh baca kesinambungan entri ni kat sini >> DISERANG ANON RESTORAN DAPUR DD<< ---

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com