Showing posts with label tuntutan. Show all posts

DILARANG MENGIKLANKAN PRODUK RUKYAH,SUNNAH ATAU APA APA BERUNSURKAN KEAGAMAAN.

DILARANG MENGIKLANKAN PRODUK RUKYAH, SUNNAH ATAU APA APA BERUNSURKAN KEAGAMAAN. Walaupun kita dah hampir ke pertengahan tahun 2022 namun masih ramai yang tertipu dengan produk produk overclaim walau yang dah ramai pihak tampil memberi kesedaran pada masyarakat. Tapi tu la..majoriti masih percaya pada penjual produk dari individu yang berautoriti. Itulah keistimewaan penjual produk sebenarnya. Tak payah belajar tinggi tinggi, tak payah jadi orang berilmu cuma mantapkan skill untuk memanipulasi atau menipu je memang boleh hidup senang di dunia. Sebab manusia ni banyak yang lebih suka dengar harapan indah yang kosong dari kebenaran yang pahit. Sebab tu ramai pilih telan produk overclaim yang tinggi kandungan gula dari ikut saranan pakar kesihatan dan mengambil ubat yang di bekalkan hospital sebab kebanyakan pahit.

Isu produk yang menggunakan tuntutan keagamaan ni bukan baru malah dah lama cuma saja la nak tulis balik kat blog ni untuk bagi kesedaran pada pembaca blog lekatlekit.com yang nak terima la. Yang tak nak terima mampuih pi kat hang la bak kata orang kedah. Itu pilihan masing masing. Kita sendiri pilih untuk jadi bijak atau di perbodohkan. 

Semalam tertengok la satu konten tiktok dari seorang founder produk yang di kenali dengan kontroversi promot produk garam konon boleh merawat gangguan makhluk halus ni. Urut dada & mengucap je la. Dengan harga garam dia jual tu rasa Ya Allah.. sesungguhnya orang jahat ni memang di dunia syurga buat mereka. Padahal kalau beli garam kasar lepas tu pergi darussyifa tak sampai suku pun harga produk garam tu. Kenapalah menipu sesama bangsa & agama demi memenuhi tembolok sendiri?

Sebenarnya produk macam tu dah ada kat pasaran dengan tuntutan macam macam la. Rukyah la.. sunnah la.. untuk memanipulasi. Yelah.. kalau jual garam je sapa nak beli kalau harga macam tu. Kena la overclaim konon dah di rukyah.. di bacakan 30 juzuk bagai. Lepas tu claim la merawat gangguan makhluk halus, sihir apa apa je la penyakit mistik atau penyakit lain. Tuntutan kena 1001 penyelesaian baru boleh jual dengan harga maha nirrojim.

Ramai yang tak tahu sebenarnya majlis Agama Islam melarang penjualan produk yang membuat tuntutan keagamaan seperti rukyah, sunnah dan sebagainya.

Perbuatan menjual produk-produk ruqyah atau jampi meskipun menggunakan ayat suci al-Quran dan doa-doa yang baik maksudnya, boleh membuka kepada pintu fitnah. Justeru, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Malaysia Kali Ke-108 yang bersidang pada 2-3 November 2015 telah membincangkan mengenai Hukum Penjualan Produk Menggunakan Ayat Ruqyah (Ayat Al-Quran) Untuk Tujuan Komersial.

Muzakarah berkenaan telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Islam tidak menafikan penggunaan ruqyah dan Rasulullah S.A.W. menyebutkan bahawa sebaik-baik ubat ialah ayat-ayat Al-Quran dan Baginda membolehkan untuk meruqyah selama mana tidak berlaku syirik.

Berdasarkan dapatan kajian yang dikemukakan, Muzakarah mendapati bahawa isu produk yang dilabelkan sebagai ‘makanan sunnah’ dan makanan/minuman yang diruqyahkan dengan ayat Al- Quran serta zikir semakin berleluasa dan menjadi pelan pemasaran pengusaha produk-produk makanan dan barangan di Negara ini. Ia telah menjadi kaedah untuk melariskan produk bersandarkan perkataan ‘makanan sunnah’ dan ruqyah.

Sehubungan itu, sebagai Sadd az-Zarai’ kepada unsur-unsur penipuan dan penyalahgunaan ayat-ayat Al-Quran untuk tujuan komersial, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan ruqyah dan istilah ‘makanan sunnah’ secara tidak bertanggungjawab untuk tujuan mengaut keuntungan dan melariskan produk perlu dihentikan kerana dibimbangi ia termasuk dalam perbuatan memperdagangkan ayat-ayat Al-Quran yang ditegah oleh ajaran Islam.

Oleh hal yang demikian, Muzakarah menggesa supaya perbuatan tersebut ditangani segera supaya istilah ‘makanan sunnah’ ini tidak difahami oleh masyarakat dalam konteks yang tidak tepat, dan penggunaan ruqyah tidak disalahgunakan sehingga menggugat akidah sekiranya masyarakat meyakini keberkesanan ruqyah pada sesuatu produk tersebut mengatasi usaha dan ikhtiar serta kekuasaan Allah S.W.T.

Muzakarah juga bersetuju memutuskan supaya penggunaan ruqyah pada sesuatu produk untuk tujuan komersial tidak dibenarkan sama ada untuk tujuan pelabelan, pengiklanan atau promosi.

Sumber : https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1351-al-kafi-397-hukum-menjual-produk-yang-diruqyah-dengan-alatan-elektronik

Produk macam ni juga di kategori sebagai produk overclaim. Overclaim juga salah di sisi undang undang. Boleh di saman dan di dakwa di mahkamah.

Di bawah Peraturan 18(6), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 menyatakan bahawa label makanan tidak boleh mengandungi akuan kesihatan seperti mencegah, mengurang, merawat dan menyembuhkan sesuatu penyakit dan kegagalan mematuhinya, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 dan penjara tidak lebih dua tahun.

Jadi pada pengeluar, pengasas dan penjual produk jadilah manusia bertanggungjawab dan jujur dalam perniagaan anda kerana ia berkaitan dengan sumber rezeki yang anda perolehi. Risau berlaku Istidraj.

BERPURDAH TAPI MATA TETAP DI SOLEK SEKSI & MENGGODA

BERPURDAH TAPI MATA TETAP DI SOLEK SEKSI & MENGGODA. Sekarang nampak berniqab atau berpurdah dah macam jadi satu fesyen pulak. Ramai dah orang pilih berniqab tapi tak ramai yang berniqab dengan niat yang betul. Maaf la aku memang tak layak nak cakap pasal aurat sebab aku pun belum sempurna cuma aku tertanya tanya je apa fungsi niqab kalau seorang perempuan itu masih nampak menggoda kaum yang berlawanan jantina?


Sebabnya aku tengok ada antara mereka berniqab ni walau tutup sampai nampak biji mata & kening jer.. Dia punya berhias kening & mata dia kemain cantik & menggoda sampai aku pun tergoda. Yelah.. even dia berniqab tapi dia masih nampak fashionista & seksi gitu. Serius nampak cantik sangat solekkan yang menyerlahkan mata dia tu. Tak perlu kau nak pakai gincu merah ang ang bak kata orang kedah.. dia tunjuk biji mata tu dah seribu kali lebih cantik dari muka aku ni hahahaha. Tapi aku tak tujukan pada mereka yang berniqab untuk photoshoot atau selfie yer... Aku tujukan buat mereka yang memilih berniqab secara kekal tapi masih menyerlahkan kecantikkan mata dengan kaedah solekkan.

Bila tengok fenomena macam tu tetiba tertanya.. Apa motif dia berniqab & apa motif dia solekkan mata dia sampai nampak menggoda & mungkin mengundang nafsu seksual orang lain? Berniqab ni rasanya tak wajib sebab muka bukan aurat. Tapi sebolehnya aku tak nak la sentuh bab aurat sebab aku sendiri pun belum sempurna. Kang jadi kecaman pulak. Cuma aku tertanya tanya golongan yang berniqab ni.. Walaupun bukan semua tapi boleh nampak semakin ramai yang berniqab macam satu trend fashion jer.. Tak ke nampak hipokrit macam tu. Kau nak menutup kecantikkan dari pandangan lelaki yang mungkin berimaginasi nakal & bernafsu buas tapi kau berhias sakan kat mata sampai menyerlahkan kecantikkan & nampak menggoda orang yang tengok kau berniqab pun jadi confuse jugak.

Sebagai perkongsian dengan semua. Selebihnya baca kat sini : DRMAZA.com

Bukan apa kesian golongan yang berniqab yang betul2 nak menutup kecantikkan dari pandangan mereka yang bukan mahram tapi bila muncul golongan yang menjadikan niqab sebagai fashion seolah olah mempalit tahi kepada mereka2 yang berniqab dengan ikhlas & cara yang betul. Tak salah pun berniqab.. Yang jadi salah cara anda gunakan niqab tu. Kalau rasa tak bersedia untuk berniqab dengan niat betul.. Rasanya tak perlu la pakai kot. Buat golongan yang masih mencari hidayah macam aku ni confuse je. Niqab di Malaysia satu fesyen atau untuk menutup kecantikkan dari pandangan lelaki yang tak sepatutnya?

Moral of the story.. Dugaan zaman sekarang bagi golongan berniqab adalah selfie & upload gambar. mungkin sebab teknologi smartphone dengan fungsi camera yang semakin canggih masing2 berlumba nak tunjuk kecantikkan dari gambar membuat Iman seorang wanita berniqab ni jugak tergugat. Tu yang jadi walau berniqab tetap pandangan mata dia nampak seksi dengan solekkan yang menggoda. hehehe

P/S : tetiba teringat iklan produk D'herbs terlajak laris yang menampilkan seorang wanita berniqab dengan solekkan mata menggoda sehingga menawan hati ramai lelaki.. Tetiba bila dia bukan niqab gigi dia agak berserabut & mancung. Ramai orang marah iklan tu seolah2 mempersendakan golongan berniqab tapi apa yang di tonjol memang segelintir mereka berniqab masih nak nampak menggoda walau hanya dengan solekkan mata. Betul la apa yang iklan tu tonjolkan dengan apa yang berlaku sekarang. hehehe

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com