PERKARA YANG AKAN BUAT ANDA MEROYAN NAK PERGI PERTH
PERKARA YANG AKAN BUAT ANDA MEROYAN NAK PERGI PERTH. Aku pernah tulis entri pasal Perth Australia dulu walaupun aku sendiri pun belum pernah jejak kaki kesana lagi. Almaklum la..tak berapa cukup modal lagi nak terbang jauh sampai ke Perth tapi sebab aku suka baca serba sikit pasal Perth ni so aku suka jugak share kat blog. Zaman hujung jari katanya.. satu dunia kita boleh jelajah walau hanya jelajah dengan info je. Takpe membaca tu salah satu cabang untuk cari ilmu.Perth salah satu tempat yang banyak tempat percuma anda boleh lawati & buat aktiviti. So, Perth salah satu tempat yang jimat kos jugak la boleh di lawati tapi kalau nak pergi Perth time2 sekarang lagi jimat. Nak tau sebab apa.. Ni lah sebab yang mungkin biji mata anda terjojol keluar bila tengok >> Ini Sebab Anda Perlu Flight Ke Perth Sekarang <<
Kalau ada budget nak jugak merasa ke sana.. Nak feeling bernafas keluar asap katanya. Hahaha. Almaklum la luar negara yang pernah aku sampai cuma Thailand & singapore je. Paling jauh pun sabah. Jauh dari tu belum ada rezeki nampaknya meninggalkan sisa kumuhan disana. Manalah tau tetiba rezeki tulis blog ni dapat sponsor satu family kesana.. merasa jugak. hahahaha
Jadi sapa2 nak taja percutian aku ke Perth boleh Pm.. manatau dua tiga hari ni dok bagi publisiti kat dato Vida tetiba dia bermurah hati nak taja aku sekeluarga ke perth ke kan.. Kena pakai baju pink pun aku sanggup katanya. Apadahal pakai baju pink kan.. hahahaha