Showing posts with label sebamed. Show all posts

PRODUK SEBAMED DI FITNAH LAGI

PRODUK SEBAMED DI FITNAH LAGI. Semalam tak pepasal entri lama aku pasal status halal produk sebamed dapat views tinggi. Aku pelik jugak sebab tak nampak pun kat news feed FB aku apa2 kontroversi terbaru produk sebamed ni. Aku try post satu status tentang kepelikkan aku tu.. Ada friends dari FB bagitau kontroversi yang tengah viral pasal produk sebamed ni.

Bila salah seorang tunjuk gambar yang jadi viral tu ternyata isu lama di di viralkan balik. Pasal isu gambar yang pernah jadi viral tu pihak sebamed dah jelaskan tak sangka pulak nak jadi viral lagi. gamaknya sapa yang tak ada kerja dok viral fitnah macam tu tanpa usul periksa. Nasib baik la katanya blog lekatlekit.com yang merapu meraban ni pernah tulis pasal isu tu. Yelah.. aku antara pengguna produk sebamed kalau ada masalah kulit. nak guna produk ni secara consistent, almaklum la produk ni agak mahal la bagi orang tak kaya raya tapi kalau terpaksa beli masih mampu beli. Dulu anak aku sampai 3 tahun kot guna produk sebamed. Sebab anak aku masa baby agak sensitif dengan produk yang wangi2 ni.. Terutama produk Johnson baby tu. Dah masuk 4 tahun ni belasah pakai shower gel aku je kadang2 walau dia masih ada body shampoo khas untuk kids jenama Carrie junior. Cuma syampoo rambut je guna produk orang dewasa sebab yang kid punya semua dah tak berkesan untuk rambut dia yang panjang lebar tu.

Berbalik pada isu produk sebamed.. Walaupun jadi kontroversi balik tetap la aku masih yakin dengan produk terbaik ni. Sebab kulit aku jadi sensitif & semakin alergik kat bahagian tangan ni.. Tadi aku dah rembat kat guardian sebamed face & body wash. Harga dia RM26.18 untuk 200ml. Yang rasa was was jangan guna ok! sebab kalau was was jadi haram tapi yang perlukan kepastikan status halal produk Sebamed boleh rujuk kat entri ni >> Gosip Produk Sebamed Tidak Halal <<


Produk ni memang sesuai untuk kulit yang sensitif. Dari bayi sampai dewasa boleh guna produk ni. Aku memang biasa guna.. so kalau kulit aku ada effected apa2 aku akan cari produk sebamed. Pernah rambut aku jadi berminyak giler.. guna macam2 jenis syampoo jenama lain tak jugak berkesan. Last aku beli hair syampu sebamed ni jugak yang membantu. tak pernah ada kesan buruk sepanjang aku guna produk sebamed ni. 

Biasa la produk bagus ni mungkin ramai yang jeles. Tu yang tak ada angin tak ada ribut tetiba jadi kontroversi. Kita pun sebelum berkongsi sesuatu gosip.. siasat dulu. Jangan terus percaya. takut apa yang kita kongsi jadi fitnah tak pepasal dok menumpang dosa fitnah tu.

Moral of the story.. Untuk membuat tuduhan pastikan ada bukti sahih yang boleh mengukukuhkan tuduhan itu benar. Jangan jadi pak turut.. orang share kita share.

RAMBUT PECAH MINYAK BILA PANAS

Ni apa kes rambut pecah minyak bagai. Black magic ke hapa ni?? Macam mana rupa rambut pecah minyak tu maybe mungkin ada yang tak berapa paham kan?? Kejadian apakah rambut pecah minyak ni. Ok ok... jangan la konpius teruk2 sangat... Saja jer aku guna istilah pecah minyak tu sebab kalau kita masak.. tumis cili kisar tu nak tau cili tu dah masak ke belum kena tunggu sampai dia pecah minyak. Nak bagi pecah minyak memang kena panaskan, ye dak?? bila panas baru terhasil kejadian pecah minyak. Tu jer... hahahaha

Korang ada pernah tak alami atau sedang alami masalah rambut berminyak? Mesti rimas kan? Baru jer lepas syampoo kering jer rambut terus berminyak. Minyak pulak bukan sikit2.. dah rasa macam pakai minyak rambut code10 tu nak2 lagi kalau cuaca panas amboi kemain berkilat2 berketul2 rambut jadinya. Kalau tengah panas pecah telur atas kepala rasa boleh makan telur dadar jimat minyak & gas dah. Goreng telur atas kepala jer..

Lama jugak aku alami masalah rambut berminyak. Dalam 2 3 bulan jugak la. Cuba macam2 syampoo ni..  Tiap kali aku try satu2 brand syampo aku gagah jugak guna sampai abis sebotol tapi hasilnya hampa & hampeh. Tetap rambut jadi berminyak sampai aku dah tak pakai serum rambut takut semakin berminyak. Dalam minggu lepas aku secara tak sengaja terpandang syampoo sebamed (oily hair syampoo). Macam mengantuk di sorong bantal la kan.. Memang dok cari2 la apa2 lagi syampoo boleh atasi masalah rambut berminyak. So, tak fikir panjang rembat sampai gol la. hahahaha..

Gambar sumber Google

Consistent guna seminggu tanpa skip walau 1 hari. Alhamdulillah rasa sebamed ni la kot yang paling bagi kesan puas hati, jiwa & raga kat aku. Rambut dah tak berminyak lagi. Kulit kepala pun tak gatal.. apatah lagi kelumumur tak memang takde la. So bagi mereka yang ada masalah rambut berminyak tahap kritikal boleh try syampoo sebamed. Boleh beli je kat memana ada jual.. watson ada, guardian ada.. atau supermarket pun banyak jual. Harga dia 200ML RM20.80 aku beli. Mahal sikit jer dari syampo biasa dok beli janji rambut takde macam pakai minyak rambut code10 lagi, kan??

P/S : setiap produk ikut kesesuaian jugak.. Kita boleh mencuba mungkin hasilnya sama.. dan mungkin tak jugak tapi tak cuba tak tau kan??


GOSIP PRODUK SEBAMED TIDAK HALAL

Pagi2 dah terbaca kat blog kak Lydia Miza pasal sebamed bar yang katanya ada gelatin dari sumber babi & tidak halal di gunakan untuk umat Islam?? Tapi sejauh mana kebenaran gosip ni?? Ada mana2 pihak berwajib yang keluarkan kenyataan pasal status kehalalan produk ni ke??


Semua pun tak pasti.. Yang pasti gosip ni dah pun tersebar. Maka den ni pun pengguna produk sebamed tapi bukan untuk diri den just untuk budak kecik lala jer.. Lala guna mandian & losyen badan sebamed jadi kalau ada satu produk keluaran sebamed di sahkan tak halal.. maka den pun tak yakin untuk gunakan barangan mereka yang lain. Tapi kita tak boleh terima gosip ni bulat2 ok! Kena siasat dulu. Hasil siasatan den dengan google maka den jumpa ni




Sumber Rujukan islamgrid.gov.my

Apapun bagi yang was was jadi haram.. So sapa2 yang was was nak gunakan.. jangan gunakan. Tapi janganlah terus share fitnah sebab kita sendiri pun tak tahu sejauh mana kebenarannya.. Jangan apa yang kita buat tu memakan diri sudah. Sebelum kita mempercayai sesuatu khabar angin tu elok la di siasat secara terperinci dulu. Zaman fitnah hujung jari ni.. memang senang sangat tersebar & senang sangat orang percaya.


 Sumber Eltean M'sia

 Hakikatnya, semua produk di bawah nama Sebamed tidak mengandungi unsur gelatin lembu / babi . Bahan-bahan sebenar Pembersihan Bar Sebamed adalah seperti berikut:Disodium Lauryl Sulfosuccinate, Triticum vulgare starch, Palmitic Acid, Stearic Acid, Glyceryl Stearate, Cetearyl Alcohol, Talc, Sudium Lactate, Cera alba, Aqua, Lecihin, Sodium Lauroyl Sarcosinate, Cocamidopropyl Betaine, Panthenol, Inulin, Sodium Cocoyl Glutamate, Tocopheryl Acetate, Glycine, Magnesium Aspartate, Alanine, Lysine, Leucine, Benzophenone-4, Parfum, CI 47005, CI 61570, CI 77891.
Produk ini telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan telah dipasarkan di Malaysia, Indonesia , Brunei Darussalam , Arab Saudi , Kuwait , Qatar , Emiriah Arab Bersatu , Jordan , Republik Iran, dan lain-lain sejak tahun 1983. Tindakkan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang menyebarkan fitnah ini & maklumat palsu tentang Sebamed 
(Translate ke bahasa melayu bagi yang tak mahir English)

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com