Kebiasaannya kita dengar perkataan spam ni selalu kat email inbox,FB atau apa2 yang berkaitan la jarang nak dengar spam peti surat kan?? Bukan peti surat dalam email tapi peti surat rumah. Apa yang sang lekit maksudkan dengan spam dalam peti surat ni jom kita kupas, kupis & kopek isu ni.
Hasil carian google
Bagi mereka yang tinggal di kampung memang jarang menerima spam2 di dalam peti surat tapi bagi mereka2 yang tinggal di kawasan bandar, pekan.. lebih2 lagi rumah flat, apartment & bagai ni memang akan banyak menerima spam dalam peti surat. Spam yang sang lekit maksudkan adalah catalog2, name card2, Flyers, iklan2 produk yang kadang - kadang menyemakkan peti surat nak - nak lagi orang yang jenis macam sang lekit ni.. seminggu sekali pun kadang2 ter miss check peti surat. Bila check jer.. aduhai.. pinjaman along la,flyers kereta la, name card2 untuk pinjaman peribadi (sama la pinjaman along tu) macam sarang tikus.
Kadang - kadang bengang jugak sebab kita nak cari surat2 atau bil2 penting tapi terpaksa menyelam kedalam semak samun benda - benda yang takde kepentingan buat kita tu. Bukan takat mampu menyemarakkan perasaan bengang tapi benda2 macam ni juga penyumbang pada sampah sarap yang di buang merata - rata. Kalau macam kat rumah sang lekit ni.. dekat peti surat tu bukan permandangan yang pelik kalau kat lantai penuh dengan kertas - kertas hasil dari spam2 ni. Dorang main campak jer.. sebabnya setiap pagi & petang ada orang tolong kemas & buangkan sampah2 tu. Tapi sementara orang tu nak datang memang penuh warna warni la kat lantai tu dengan sampah2 spam ni.
kalau tinggal di flat atau apartment biasanya macam ni la peti surat dia. Yang pengedar spam ni main sumbat jer iklan dorang sampai tak muat pun di sodoknya juga.
(Gambar sekadar hiasan)
Spam dalam peti surat takkan ada antispam untuk menyekat kemasukkannya. Lain la rumah yang ber security. Nak masuk pun kena pass dulu. Macam tempat tinggal sang lekit dulu ada security tapi tak memainkan peranan sangat sebab sapa2 datang pun boleh masuk tanpa di soal siasat apa2 pun. Cuma pakcik guard tu pacak kan diri kat satu meja di ground floor tunggu la kat situ sampai bertukar shift kemudian balik. Sekarang langsung takde security sebabnya memang fungsi beliau di disini.
Yang paling banyak mengedarkan iklan2 spam ni adalah pinjaman peribadi.. tak cukup dia selit celah pintu rumah, dia edar lagi dalam peti surat. Sang Lekit pun takde idea macam mana nak membenteras gejala spam dalam peti surat ni, sebab dorang hanya buat kerja dorang & di bayar gaji tapi keburukkan dari spam2 peti surat ni adalah mengundang sampah sarap di kawasan tempat tinggal kita la. Makin banyak spam di hantar makin banyak sampah di hasilkan setiap hari. Tak guna berkempen beg plastik jer, kalau yang lain tetap bersifat tak menjaga alam sekitar. Sekurang kurangnya beg plastik tu ada juga faedahnya. Boleh kitar semula buat beg isi sampah berbanding cebisan - cebisan kertas iklan yang kadang2 siconet. Nak buat balut gula2 pun tak lepas apatah lagi nak balut nasi lemak. Kecik2 cili padi.. walau kecil kalau dah banyak tetap menyemak. Kan??