Kebiasaannya kita dengar perkataan spam ni selalu kat email inbox,FB atau apa2 yang berkaitan la jarang nak dengar spam peti surat kan?? Bukan peti surat dalam email tapi peti surat rumah. Apa yang sang lekit maksudkan dengan spam dalam peti surat ni jom kita kupas, kupis & kopek isu ni.
Hasil carian google
Bagi mereka yang tinggal di kampung memang jarang menerima spam2 di dalam peti surat tapi bagi mereka2 yang tinggal di kawasan bandar, pekan.. lebih2 lagi rumah flat, apartment & bagai ni memang akan banyak menerima spam dalam peti surat. Spam yang sang lekit maksudkan adalah catalog2, name card2, Flyers, iklan2 produk yang kadang - kadang menyemakkan peti surat nak - nak lagi orang yang jenis macam sang lekit ni.. seminggu sekali pun kadang2 ter miss check peti surat. Bila check jer.. aduhai.. pinjaman along la,flyers kereta la, name card2 untuk pinjaman peribadi (sama la pinjaman along tu) macam sarang tikus.
Kadang - kadang bengang jugak sebab kita nak cari surat2 atau bil2 penting tapi terpaksa menyelam kedalam semak samun benda - benda yang takde kepentingan buat kita tu. Bukan takat mampu menyemarakkan perasaan bengang tapi benda2 macam ni juga penyumbang pada sampah sarap yang di buang merata - rata. Kalau macam kat rumah sang lekit ni.. dekat peti surat tu bukan permandangan yang pelik kalau kat lantai penuh dengan kertas - kertas hasil dari spam2 ni. Dorang main campak jer.. sebabnya setiap pagi & petang ada orang tolong kemas & buangkan sampah2 tu. Tapi sementara orang tu nak datang memang penuh warna warni la kat lantai tu dengan sampah2 spam ni.
kalau tinggal di flat atau apartment biasanya macam ni la peti surat dia. Yang pengedar spam ni main sumbat jer iklan dorang sampai tak muat pun di sodoknya juga.
(Gambar sekadar hiasan)
Spam dalam peti surat takkan ada antispam untuk menyekat kemasukkannya. Lain la rumah yang ber security. Nak masuk pun kena pass dulu. Macam tempat tinggal sang lekit dulu ada security tapi tak memainkan peranan sangat sebab sapa2 datang pun boleh masuk tanpa di soal siasat apa2 pun. Cuma pakcik guard tu pacak kan diri kat satu meja di ground floor tunggu la kat situ sampai bertukar shift kemudian balik. Sekarang langsung takde security sebabnya memang fungsi beliau di disini.
Yang paling banyak mengedarkan iklan2 spam ni adalah pinjaman peribadi.. tak cukup dia selit celah pintu rumah, dia edar lagi dalam peti surat. Sang Lekit pun takde idea macam mana nak membenteras gejala spam dalam peti surat ni, sebab dorang hanya buat kerja dorang & di bayar gaji tapi keburukkan dari spam2 peti surat ni adalah mengundang sampah sarap di kawasan tempat tinggal kita la. Makin banyak spam di hantar makin banyak sampah di hasilkan setiap hari. Tak guna berkempen beg plastik jer, kalau yang lain tetap bersifat tak menjaga alam sekitar. Sekurang kurangnya beg plastik tu ada juga faedahnya. Boleh kitar semula buat beg isi sampah berbanding cebisan - cebisan kertas iklan yang kadang2 siconet. Nak buat balut gula2 pun tak lepas apatah lagi nak balut nasi lemak. Kecik2 cili padi.. walau kecil kalau dah banyak tetap menyemak. Kan??
dulu pernah buat perangai buangkan spam2 yang 'abang long' masukkan dalam peti surat. pastu koyak2 iklan yang diorang lekat kat stesen bas. baik sungguh. hahahaha..
ReplyDeletekihkihkih...apesal tak setkan spam filter, kihkihkih...kasi kumpol sampai 2,3 tan pastu jual kat recycle center...kihkihkih
ReplyDeletehahahaha... iyou paham.. iyou paham.. igtkn spam ape lah tadi...
ReplyDeleteslalunya raga moto iyou pn jadi mangsa spam2 nih jugak... seryes semak.. tinggal x sampai sejam parking moto, dah bertimbun2 spam dalam raga.. haih!
Hakmi bagi idea bernas.. :)
ReplyDeleteselalu kalau pamplet dari shopping complex tu sukelah..hehehe sebab boleh tau ape yg murah2 kan...kengkadang farmasi cam guardian lah pon ada sampai...kalau yg setakat surat2 berantai tu buang ke ler
ReplyDeleteaah dikk kalau perumahan biasa2 tu pun dia taruk jugak .. sumbat selagi boleh sakit ati jugak huhuh
ReplyDeletemasa praktikum dulu penah la jadi cenggini...pening nak mengosongkan peti surat tu ha...
ReplyDeletebetul2..memang spam sungguh..wat semak postbox..dan boleh mengundang sampah..
ReplyDeletepaling tak suka bila iklan spam yg lekat kat cermin dpn kete tuh..pastu x perasan nk buang..then hujan..then kita on viper..then mula lar smua carik2 mengotorkan cermin keto dennnnnnn!!iskkkk..
ReplyDeleteselain kat peti surat..kat cermin kete pun dia letak...haisshh...
ReplyDeleteha'ah la.. tak suka betul!! kadang tu dok intai dari lubang peti surat yang belah atas tu, tengok macam ada surat, beria2 la nak bukak. tengok2........hampehh.... banyak iklan dengan flyers jek..
ReplyDeleteвєнιη∂ тнєѕє єуєѕ | Cer Cite! Cer Cite!
вєнιη∂ тнєѕє єуєѕ | Lelaki dan Panas Baran
selalunya kalau flyers yang masuk dalam peti surat..memang takkan amik biar je la dalam tu sampai banyak..
ReplyDelete