Showing posts with label simbolik. Show all posts

PENTING UNTUK ANDA TAHU TENTANG SIMBOLIK WALK A PAYUNG

PENTING UNTUK ANDA TAHU TENTANG SIMBOLIK WALK A PAYUNG. hang tau ka apa maksud simbolik Walk A Payung tu? Confirm ramai yang tak tahu kan? Sebab kita manusia ni biasa la.. Lagi benda tu tak kena kat batang hidung kita selagi tu kita susah nak ambil tahu sesuatu perkara tu termasuk la aku. Sebab aku pun dalam spesis manusia jugak. Ada sikap yang kadang2 malas nak ambil tahu kalau perkara tu tak ada kaitan dengan diri aku. Tapi bila kita bergaul dengan pelbagai golongan, pelbagai latar belakang & sejarah.. Secara tak langsung apa perkara yang mereka kongsikan itu kita terambik tahu tanpa sengaja. At Least.. bila orang cakap isu tu takde la terngaga sangat. Macam Walk A Payung ni la..


Walk A payung..Mesti ramai yang tak tahu. Pejadah pulak la berjalan bawah payung ni? Simbolik musim hujan ke camna? Bukan... simbolik musim hujan ke hapa. Asal payung jer mesti kaitkan dengan hujan kan. Walk A payung ni adalah salah satu aktiviti luar yang di adakan bagi memberi kesedara tentang penyakit LUPUS @ SLE. Tadi Walk A payung... sekarang LUPUS @ SLE pulak.. Penyakit apa pulak tu lekat lekit Ooi. Tu dia pening dah hangpa kan? Ok ok.. meh sini nak explain sikit pasal penyakit LUPUS @ SLE ni bagi yang tak pernah tahu. Lepas ni tak ada lah morning sickness sangat hangpa dengar nama penyakit SLE @ LUPUS ni..

Apakah lupus?
Lupus ialah penyakit autoimun yang kronik di mana banyak protein darah yang dikenali sebagai antibodi dihasilkan dalam tubuh pesakit kerana sebab yang tidak diketahui. Antibodi ini mula bertindak balas terhadap tisu badan pesakit.
Sistem imun adalah sistem pertahanan diri yang kompleks untuk melindungi tubuh dari agen-agen penyakit berjangkit seperti bakteria dan organisma asing yang lain. Jika seseorang menghadapi penyakit autoimun, sistem imunnya menjadi bercelaru dan mula menyerang tisu badan sendiri dan bukan agen-agen penyakit berjangkit.

Ada tiga jenis lupus :-

1. Discoid Lupus Erythematosus ( DLE )
- Hanya melibatkan kulit
- Jarang merebak ke organ lain

2. Sistemik Lupus Erythematosus ( SLE )
- Boleh melibatkan organ-organ lain seperti kulit, jantung, paru-paru, buah pinggang, sendi atau saraf
- Boleh membawa maut

3. Lupus akibat perubatan
- Berlaku sebagai kesan sampingan akibat perubatan untuk penyakit.
- Hanya melibatkan 5% kes-kes lupus

Untuk info lanjut nanti korang baca sendiri kat sini >> SLE << Bukan apa aku terpaksa copy & paste sebab aku tak berani nak edit takut jadi salah information.

Sebab penyakit ni memang tak ramai yang tahu atau mungkin terlepas pandang ahli keluarga atau anak - anak mereka yang mungkin menunjukkan tanda tanda menghidapi SLE @ LUPUS ni so program Walk A Payung ni adalah salah satu kempen untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang LUPUS @ SLE. Penting sangat tau untuk kita tahu apa simtom awal penyakit ni.. Sebab boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuk anak anak kita.

Simbolik Walk A Payung (Berjalan bawah payung). Setiap peserta akan berjalan sejauh 2.5km - 3km dengan menggunakan payung. Ini adalah untuk memberitahu kepada masyarakat bahawa pesakit LUPUS @ SLE ni harus mengelak dari terkena cahaya matahari bagi mengelakkan mereka terkena radang pada kulit. selain itu ia juga bagi tujuan mengumpul dana untuk aktiviti kebajikan pesakit SLE ni. Di samping mengeratkan silaturrahim antara pesakit, orang awam juga pakar pakar perubatan agar mereka lebih bersedia dengan ancaman dan risiko yang bakal dihadapi oleh pesakit SLE. Tak kenal maka tak cinta.. Nak cinta kita kena rapat rapatkan diri dulu kekdahnya. So aktiviti macam ni salah satu cara untuk eratkan hubungan antara satu sama lain. Sambil berjalan bawah payung.. Romantik kan? Manatau tetiba jumpa jodoh kat situ siapa tahu. hehehehe


Biasanya program ni di adakan di beberapa buah negeri seperti KL, Selangor, Johor, sabah & pada tahun 2014 ia secara rasminya di adakan di negeri terengganu. Antara blogger yang terlibat dalam aktiviti Walk A Payung, juga salah seorang pengidap SLE ni adalah seorang pelukis Doodle yang comel iatu Dayang Deno. Kat blog dayang banyak berkongsi tentang SLE & aktiviti walk in payung ni.

Kalau anda anda ahli keluarga yang mengidap SLE @ LUPUS atau ingin memberi sokongan pada mereka boleh la join Walk A Payung ni pada tarikh berikut

Tarikh : 13 Mei 2017
Masa : 7.00pagi - 12.3000tengahari
Tempat : Taman Shahbandar, Kuala Terengganu, Terengganu

Aturcara Majlis
7.00am : Pendaftaran peserta
7.30am : Senamrobik
8.15am : Majlis Perasmian
8.45am : Taklimat Perjalanan
9.00am : Walk-a-Payung bermula
9.15am : Pemeriksaan kesihatan percuma
: Lawatan pameran
11.30am -
12.30noon : Penyampaian hadiah dan cabutan bertuah

Yuran penyertaan adalah RM50 sahaja & anda akan mendapat tiket yang membolehkan anda mendapat baju -T Walk-a-Payung, payung Walk-a-Payung dan cenderahati.

Sekiranya berminat untuk menyertai aktiviti ni boleh hubungi facebook


Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti Walk In Payung ni boleh layari Blog : WALK-A-PAYUNG 2017

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com