Showing posts with label bintik hitam. Show all posts

EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM BERKESAN KE?

EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM BERKESAN KE? Tu dia persoalan paling gangster di alam maya katanya. Berkesan ke produk ephyra skin nano advanced repair serum ni? Tengok ramai mula dok sebut sebut. Ntah2 indah khabar dari rupa jer.. Almaklum la sekarang ni pujian pun boleh di bayar katanya apatah lagi nak bayar pengamal media sosial untuk puji2 apa2 produk. Bukan susah pun nak buat ye dak??


Tak kenal kenal maka tak cinta. Tak semua pandangan itu boleh dibayar. Tak semua yang di bayar itu memberi komen yang tidak ikhlas. Sebab tu la sebelum kita membuat penilaian kita kena siasat dulu. Nak tau best ke tidak produk ni harus la cuba.. tak cuba mana nak tahu ye dak?? Jangan risau aku dah cuba maka aku akan bongkarkan segalanya tentang produk ni yang mungkin korang semua tak pernah tahu sebelum ni.

 Produk ephyra ni memang produk yang boleh di percayai. Apapun siri produk yang di keluarkan jarang mengecewakan pengguna. Aku pernah try ephyra skin bar sebelum ni. Dua tiga ketul jugak sabun dia aku guna memang sangat berkesan untuk kulit berminyak, berjerawat, kusam & gelap. Semua masalah tu mampu di selesaikan dengan seketol sabun ajaib ephyra.

Tapi sekarang aku malas nak cerita pasal kebaikkan epyhra skin bar tu.. sebab aku dah pernah tulis review dia dulu. Kalau nak tahu kebaikkan sabun tu pepandai korang search kat blog aku ni yer. Sekarang masa untuk kita bercakap tentang sesuatu yang lebih 'Wow!' memang ni betul2 'Wow!" bagi aku. Mana tidaknya dengan satu sapuan sebelum mengenakan bedak atau solekkan dapat memberi kesan yang buat kau feelling macam Ratu cantik gitu. Untuk kesan drastik.. memang akan nampak glowing & flawless. Tu terbukti dari eksperimen aku sendiri juga di akui dari kawan aku yang dah try. Sumpah tak tipu! Memang aku puas hati tengok muka aku sendiri. Memang elok di pakai sebelum mengenakan sebarang solekkan atau bedak. Nak tahu siri produk ephyra yang mana memberi effect "Wow!" tu teruskan membaca.. Kerana banyak lagi wow yang mampu buat anda teruja.

Ni bukan gambar dari application camera yang buat manusia yang muka sedih jadi flawless & glowing.. Ni gambar guna standart camera je kat smartphone. See the kening Ok! Kalau nampak berbulu tu Insya Allah takde sebarang editing. Selalunya camera effect tak kening hilang mesti kening jadi blur.. Mata je tak mampu nak tunjuk lagi. Maybe next review hahaha... Nampak tak shinning di wajahku. Itu adalah kesan dari Ephyra Skin Nano Advance Repair serum yang di pakai sebelum mengenakan sebarang bedak atau solekkan. Hasilnya memang menangis terharu Uolls.. Bukan saja memberi kesan yang sempurna secara drastik malah sambil merawat masalah kulit anda. Apa lagi korang mahu?
Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum adalah serum pertama keluaran Oceanlife Marketing Sdn Bhd dibawah jenama Ephyra. Dengan menggunakan Teknologi Nano yang dipatenkan di Switzerland, serum ini telah teruji dan terbukti secara klinikal dapat memulihkan kulit yang rosak dan mengembalikan kulit yang cantik berseri

Selain tu Ephyra skin nano Advanced repair serum ni memang berkesan untuk yang ada masalah jerawat. Aku ni kategori jurujerawat jugak la. Memang la masalah jerawat aku ni kategori dah solve tapi tetap ada sebiji dua jerawat bulanan katanya. Almaklum la.. Belum monopos kena hadap jugak la rutin bulanan tu. Aku dah try keberkesanan serum ni. Memang 3 hari je jerawat kecut. Selain masalah jerawat ia jugak mampu mengatasi masalah parut jerawat & jeragat. Tang parut jerawat aku setuju.. memang selama penggunaan tak sampai sebulan (lebih kurang seminggu) memang mampu memudarkan parut lama.


Selain tu ia juga berfungsi untuk menganjalkan & menegangkan kulit wajah yang dah sendu & kendur, menghilang bintik bintik hitam,mencerahkan kulit yang kusam, memperbaiki kulit yang tak sekata,mengekalkan kelembapan wajah,menghilangkan lebam bawah mata,merawat kulit yang kena sunburn,memberi kesan kilauan (glowing) pada kulit wajah.

Kelebihan ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum adalah serum dia tidak berminyak atau melekit. Bila sapu dia akan meresap terus ke dalam kulit. Selepas sapu kita akan rasa kulit jadi lembut & licin jer.. Selain tu ia merupakan produk terkini dari ephyra yang mengunakan kuasa teknologi Nano. Teknologi Nano adalah teknologi terkini dan sangat popular dalam bidang kecantikan. Teknologi ini menjadikan partikel serum sangat kecil sehingga mudah meresap untuk masuk ke lapisan kulit yang paling dalam. Partikel serum yang telah meresap akan memulihkan struktur dalaman kulit dan menjadikan permukaannya anjal dan tidak berminyak. Dengan serum ini, ia memberikan manfaat kepada kulit . Gabungan formulasi bahan antioksida iaitu Arbutin Semulajadi, Gluthathione, Vitamin C dan E mampu mencerah dan menaikkan seri wajah.


kandungan sebotol ephyra skin nano advanced repair serum ni adalah 15ml. Harga RM 88 (Sem.Malaysia) & RM 92 (Sabah/Sarawak) tapi sekarang tengah promosi harga cuma RM 68 & (Sem. Malaysia)RM 72 (Sabah/Sarawak). Elok la sapa nak try beli sekarang sementara harga promosi ni masih ada.


Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum boleh dibeli secara online melalui www.oceanlife2u.com atau Whatsapp ke HOTLINE : 019 - 7373770 / 019 -3800779.

Juga boleh didapati di semua rangkaian pengedar sah Ephyra termasuk Brunei dan Singapura dan terdapat juga dia farmasi terpilih serta kedai/toko jamu.

Anda juga boleh melayari..
Facebook : www.facebook.com/oceanlife2u
Instagram : @ephyra2u
Website : www.oceanlife2u.com

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke 019-3015577

Jadi pada anda yang mempunyai masalah kulit wajah.. Patut cuba Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum. Dalam 1 botol kecil mampu menyelesaikan banyak masalah yang ramai para wanita dari pelbagai peringkat umur hadapi. Dari remaja sehinggalah golongan warga emas.

GEL YANG MAMPU KECUTKAN JERAWAT DENGAN SEKALI PAKAI

Bagi yang ada masalah jerawat memang teruja kan baca tajuk entri ni. Rasa tak sabar nak tau... sapu dengan pebenda yang boleh kecutkan jerawat tu. Dah tu dengan hanya sekali pakai pun jerawat dah kecut. Nak tau marilah mentelaah kat entri ni.


Alkisah aku dapat Aloe vera Aqua Gel ni pada 7 Jan lepas. Time dapat tu bulan tengah mengambang penuh.. Biasa la tiap2 bulan orang pompuan ni ada hari wanita kan.Time bulan mengambang memang la jerawat subur. seketul2 dia mekar kat pipi kan? Nak di jadikan story.. dah dapat produk ni.. malam tu terus tempek la tanpa fikir panjang. Tak sangka pulak jerawat yang seketoi tubuh subur tu.. mengecut pulak keesokkan harinya lepas sapu Aloe vera Aqua Gel ni. kebetulan terbaca pulak blog dak Ezan Idma ni.. Dia pun mengalami kesan yang sama. Sekali sapu pun jerawat dia dah mengecut. Jadi bukan pasal black magic ke hapa memang produk ni effective la untuk masalah jerawat.

 Testimoni produk Evaros Skincare

Hari kedua pakai, aku perasan liang pori kat muka aku semakin mengecil.. Aku perasan atas batang hidung aku mula nampak bintik2 hitam aku tak tau pekebenda tapi memang lepas guna Aloe vera gel dah makin pudar.Lagi bersemangat la aku nak terus guna. Siang malam pagi petang aku pakai sebab gel ni jenis tak melekit & berminyak so pakai time mana pun ok jer...  Cuaca panas pun dia tak berminyak. Itulah kelebihan Aloe Vera Aqua gel ni selain bila pakai dia meresap terus dalam kulit. Kita pegang rasa licin jer kulit tak melekat lekit bagai.. Pakai sebelum makeup pun ok.. Sebab aku dah test. Dia berfungsi sebagai pelembab jadi bila pakai sebelum sapu bedak.. bila sapu bedak nampak sekata & cantik je. Tak kering & tak berminyak.

Status kehalalannya terbukti.Tak payah ragu ragu lagi
Gel Aloe vera ni.. aku dah test jugak kat anak aku. Sapu kat bekas gigitan nyamuk & bekas gatal2. Alhamdulillah kesan gigitan tu esoknya hilang dari radar sehingga sukar di kesan lagi. Dia pun tak garu2 lagi tempat gatal tu. Tu dia.. punya bagus kan produk ni. Dari mak, bapak hingga ke anak pun boleh guna. Bukan takat tenyeh kat muka ja.. dari kaki sampai kepala pun boleh. Bergantung pada masalah yang di hadapi. Lecur2 ringan, luka2 bagai tu pun boleh sapu, gel ni sejuk jadi nak sapu kat kulit budak2 pun tak jadi masalah.

 Duta produk Evaros skincare

Gel ni juga berfungsi untuk mencerahkan kulit, melindungi kulit selama 24 jam, mengurangkan bintik2 hitam, melicinkan kulit,  menjadikan tona kulit sekata & tampak lebih awet muda dengan penggunaan berterusan.

Selepas 5 hari guna produk ni memang aku puas hati dengan kesan pada kulit wajah aku. Kulit aku tak berminyak & kering. Nampak cerah sikit la dari sebelum ni.

Produk ni bagus untuk di cuba bagi sesiapa yang ada masalah kulit tak kira lelaki perempuan & sesuai untuk semua peringkat umur. Kalau minat nak try produk ni boleh la refer contact kat bawah ni..

Salah seorang pengedar produk Evaros Skincare,Finiedon

Fanpage : Evaros skincare
Instagram : @evaros_skincare

Pengedar Evaros Skincare
  1. Gombak, Selayang & sekitar KL hubungi Atikah : 013 2841767
  2. Ampang, Ulu Langat hubungi Zuraidah : 019 3238246
  3. Damansara & kawasan sekitarnya hubungi Darlacharms by Finiedon : 012 6801051
  4. Ipoh,Manjoi dan Silibin hubungi Alwiah : 012 7133502
  5. Johor bharu - Deliza kosmetik, Jalan Padi Emas, 1/4 Bandar baru Uda (belakang Plaza Angsana)
Untuk pembelian online atau berminat nak jadi pengedar @ stokis boleh jugak hubungi blogger yang lama bercuti dari update blog ni Zulfikar hazri tel/whatsapp : 017 6082361 (kalau call blogger cuti panjang ni cakap tau refer dari blog lekatlekit hahahaha)

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com