Showing posts with label menu iftar. Show all posts

MASAK APA HARI NI?

MASAK APA HARI NI? Dah macam nama satu page fb popular tu pulak kan tajuk entrinya. Apa kes pulak ni?  Tak ada kes apapun. lama tak buat entri personal ni. Almaklum la blog lekatlekit ni banyak mengupas kupis & kopek isu2 semasa je kan selain review & cerita seram. Sesekali kita tulis entri berbentu personal tak berdosa kot di bulan Romadhoun ni..


Sedar tak sedar dah hari ke 6 kita berpuasa. Allahu masa sekarang memang laju macam MRT. pejam celik pejam celik dah 6 hari puasa.  Pejam pejam tak bangun2.. sedar dalam kubur dengar takbir raya je kan.. Sepanjang 6 hari bagi yang bekerja maybe pasar Romadhoun la jadi pilihan nak cari juadah berbuka bagi yang suriram ram ni (surirumah) kebanyakkan memasak tapi bukan semua masak pun. Tak mau la mengumpat ke apa.. Pilihan masing masing. Kalau semua orang masak sapa nak bagi rezeki kat peniaga2 bazar Romadhoun sana kan? Ekau pandai cakap.. dalam rezeki kita ada rezeki orang lain.. Tapi bila orang membeli juadah kat bazar ekau kecam pulak Milah Ooi.. Hidup ni dah nama pun satu perkongsian kan? Kau malas masak.. kau bagi rezeki kat orang rajin masak & pandai masak.

Hari ni engkorang dah tau ke nak masak apa berbuka nanti. Den ni cadangnya nak masak gulai kuning ikan tongkol bersama kacang buncis. Semalam tak masak.. Berbuka dengan lauk sahur je. Bunyi macam sedih je kan. Sebabnya berbuka sengsorang cenggitu la. Hari ni kena memasak.. Kang sahur esok malas nak bangun awal masak dah. Pakej sekali je masak berbuka dengan bersahur. laki den tak tentu balik ke tidak berbuka. Biasa la mencari sekampit beras. Tak lama lagi nak raya.. Budget nak balik kampung kena la kumpul ye dak.. kekekeke

Walaupun Gulai kuning atau sebenarnya macam masak lemak ikan jer dah biasa masak tapi sejenis kaki online tetap nak google tengok resepi orang tau. Yelah.. setiap orang tu bukan sama cara masa dia walau menu yang sama pun. Tak salah kita nak mencuba resepi orang lain. Engkorang macam tu jugak tak? Suka google resepi even masakan yang korang memang dah sedia tahu resepinya?

Jadi ke tidak gulai kuning ikan tongkol.. Tunggu je la pukul 5 jab lagi katanya.. Biasa la kita merancang Allah yang menentukan. Dasar manusia ni hati cepat berubah.. Sekejab dia kata nak makan gulai kuning.. tup tup jadi sambal merah pulak sapa tahu kan? kalau jadi jabgi kita share la kat Ig : @lalalekatlekit kemudian Link ke FB : Suria Azizan tu yer. Jangan lupa menonton siaran langsungnya nanti yer kekekeke.

Apapun korang nak masak nanti.. Ingat yer pesanan ni. Api kecil jadi kawan besar jadi lawan. Engkorang jangan masak sambil dok layan KRT kang hangus rentung habis.. terbakar dapur engkorang baru tau.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com