SEMINGGU 3 KALI BERSALIN ANAK LELAKI
Kisah apa pulak ni? Kisah seram ke? kisah pelik ke? kisah dogeng? Dalam seminggu 3 kali bersalin anak lelaki.. kau hado? Bukan kembar & bukan jugak dalam hari yang sama. Tapi berbeza hari dalam minggu yang sama. naik pening aku fikir kejadian ni tau.. Pening bukan pasal bersalin 3 kali anak lelaki dalam 1 minggu yang sama tapi... Meh baca dulu.Alkisahnya selepas aku mimpi pelik pasal Saka sikat rambut dalam minggu tu jer aku sentiasa mimpi yang pelik2. Aku tak berani nak kaitkan dengan perkara mistik ke hapa.. Kang asyik fikir benda ghaib2 ni terkhurafat pulak. So aku fikirkan cuma mimpi tapi tu la kenapa mimpi tu pelik2 sangat. Aku ada jugak baca tafsiran mimpi berkenaan kalau mimpi beranak & baby ni.. ada yang positif & ada yang negatif tak berani aku nak percaya takut jatuh syirik.
Sumber carian google
Agak ganggu fikiran aku jugak la dengan mimpi2 tu sebab aku terfikir kenapa aku mimpi kisah yang seakan akan sama sampai 3 kali dalam minggu yang sama? Tapi setakat ni aku tak rasa apa2 pelik berlaku kat diri aku. Mungkin aku selalu tidur lepas tengok cerita rancangan The Unbelieveable kat NTV7 kot sebab tu suka mimpi mengarut. Tapi nak tanya pendapat semua yang baca entri ni.. kalau korang rasa pelik tak mimpi aku??
P/s : Nak kata mengidam anak lelaki sangat tu takde la pulak even nak jugak ada anak lelaki untuk akan datang.