Showing posts with label hari ke 17. Show all posts

YANG PERNAH TUDUH KAPTEN ZAHARIE ADA KAITAN DENGAN KEHILANGAN PESAWAT MH370 SILA SOROK MUKA DALAM SPENDER

Masa mula2 aku membaca spekulasi yang mengaitkan kapten Zaharie (Pilot MAS MH370) dalam kehilangan pesawat MH370 memang aku rasa geram & sakit hati sangat. sakit hati & marah bukan pasal dia ahli PKR atau penyokong kuat PKR tapi sakit hati sewenangnya orang mengaitkan dia hanya sebab dia penyokong & ahli parti pembangkang.

Sumber Google

Dari awal, aku tak pernah rasa atau anggap apa yang berlaku ada kaitan dengan Kapten Zaharie yang kononnya ini adalah konspirasi DS Anwar Ibrahim untuk jatuhkan PM DS Najib Tun Razak menggunakan kapten Zaharie untuk membawa lari pesawat MH370. Waktu simulator Kapten Zaharie di rampas & di siasat lagi teruk la tuduhan keatas dia.. Macam2 di pertikaikan.. Kenapa dia bina simulasi kat rumah? Tak puas flight lagi ke? Dia bina simulasi sebab nak belajar landing tempat2 tersembunyi la.. Semuanya menjurus kepada tuduhan nak kaitkan dia sebagai seorang pesalah la.. Sedangkan siasatan masih di jalankan.


 Sebahagian komen2 yang aku jumpa kat FB yang mengaitkan Kapten Zaharie dengan kehilangan Mh370 -Sumber FB

Waktu tu aku hanya baca jer.. Nak komen lebih2 kat wall orang yang dok buat spekulasi, fitnah & tuduhan kang jadi gaduh pulak. Yelah.. depa2 tu bukan jenis otak terbuka sangat. Nak komen yang angguk je depa kata.. Yang tak angguk satgi, mula la perang kat FB. So, baca je sambil istifar dalam hati. Nak buat camna depa bukan jenis berfikir di luar kotak tapi fikir di luar planet bumi & di luar batas kemanusiaan jadi depa boleh jer blame, tuduh atau fitnah sesapa saja demi nak tunjuk depa sangat bijak dalam membuat teori kes2 besar macam ni.

Sumber FB

Dan kini.. Allah semakin nak tujuk kebenaran. Satu persatu isi Simulator Kapten Zaharie di bongkar. Yang ada cuma games & aplikasi2 pembelajaran. Dan di akui kebanyakkan pilot memang ada simulator sendiri kat rumah bukan saja kapten zaharie. Mungkin atas dasar minat yang mendalam dalam dunia penerbangan ni.

Sumber Harian Metro

Dan kerana itu aku hanya membaca spekulasi & biar dia berlalu macam tu saja tanpa ambil serius sangat. Spekulasi ni sedap sikit sebut tapi spekulasi ni sebenarnya banyak fitnah dari teori yang betul. So, kalau yang rasa aku ni macam jahat sangat suka mengkritik & suka berdebat.. yang mengata aku tu, mulia sangat ke kalau asyik sebar fitnah jer? Kita sama2 manusia yang tak sempurna & kekurangan sana sini.. Aku tak rasa diri aku baik, tapi yang rasa diri dia tu baik, maka tunjukkan la kebaikkan supaya aku boleh belajar & contohi. Jangan kau dok rasa baik tapi dalam masa yang sama tunjuk kejahilan.. memang la aku pandang ko macam sampah jugak la.

P/S : Bukan masa mencari salah siapa.. Masa kita untuk mencari dimana mereka. Jom sama2 kita doakan Semoga hari yang ke 17 ni Allah permudahkan misi mencari & menyelamat seterusnya membawa pada penemuaan mangsa2 yang terlibat. Ya Allah dengan rahmat & kasih sayang Mu, kau munculkan semua mereka yang terlibat dalam kehilangan MH370. Apa juga keadaanNya, kau lebih tahu yang apa terbaik & kami sebagai hamba akan redha.
 p/s : aku bukan rakyat yang obses & fanatik dengan mana2 parti politik.. Jadi, senang aku nak nilai mana baik, mana buruk, mana bodoh & mana berakal.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com