Showing posts with label kuning. Show all posts

JEREBU KUNING YANG MENAKUTKAN

JEREBU KUNING YANG MENAKUTKAN. Jerebu bukan makin pulih malah makin teruk. Dari kelabu terus jadi kuning. Sampai menakutkan tengok permadangan luar. Aku tak berani nak buka tingkap. Selak sikit jer dah bau asap kuat. Cuaca kuning ni dari dalam rumah aku pun nampak walau tutup tingkap. Memang teruk giler asap jerebu hari ni. Kat Facebook pun ramai update pasal jerebu kuning ni.

Ni permandangan di Malaysia yer.. Menguning bagaikan perhimpunan bersih katanya. Sumber gambar FB Mohd Hairey Yahya

Kita kat Malaysia dah kuning macam ni gamaknya kat Indonesia sana warna apa sekarang. Bila fikir jadi takut. Serius rasa macam bumi dah nak musnah sedangkan kita dok update blog lagi.. erkk.. segmen mengumpat diri sendiri ok! hehehe.

Gamaknya kalau Indonesia tak ambil iktibar lagi apa yang berlaku tahun ni & tahun2 sebelum ni tak tau la. Tahun2 sebelum ni takde la sampai kuning jadinya bumi Malaysia ni. Tahun ni habis Malaysia kena demam kuning. Kalau baby demam kuning boleh jugak mandikan air daun kucai, jemur bawah panas pagi bagai.. Ni kalau bumi kena demam kuning nak mandikan air kucai macam mana, ye dak??


Time2 jerebu ni kalau dapat lari ke tempat bebas jerebu pun best jugak kan? Gamaknya kalau lari sekejab atas Genting Highland tu selamat dari Jerebu tak? Kalau selamat memang elok la kesana nak2 lagi ada Promo 2 hari 1 malam menginap di First World Hotel  dengan harga serendah dari RM50. Erkk.. bukan aku tipu. Tak caya tengok kat sini >> Promo! 2 Hari 1 Malam Di First World Hotel Hanya Serendah RM50 <<

Semoga jerebu kuning ni akan berlalu pergi & lenyap di telan bumi. Semoga jerebu kuning tak lama menyinggah di bumi Malaysia. Sama2 kita berdoa semoga Allah melindungi kita dari sebarang malapetaka. Sesungguhnya bumi terlalu tua untuk menampung kerosakkan yang manusia buat. Jadi bertaubat

* Nak Menang Wang Tunai & Banyak lagi hadiah menarik Jom Join GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY *

ASAL KUNING JER BERSIH TAPI KALAU OTAK KUNING?

Sekarang sebut pasal kuning jer semua ingat BERSIH. Sapa pakai baju kuning, akan di kaitkan dengan BERSIH samada dalam gurauan atau serius. Pakaian rasmi raja2 melayu pun KUNING sejak dulu.. Ada kau berani kaitkan dengan bersih??

Macam mana pula budaya KUNING & OTAK KUNING yang di kaitkan dengan mereka yang mengemari porno? Kuning jugak kan?? Tapi takde sapa berani kaitkan aktiviti kotor tu dengan BERSIH. Kesimpulannya KUNING tak semestinya BERSIH ok. Cuba luaskan pemikiran anda.

Hasil carian google. Sekadar hiasan bukan mempersendakan. Ini hasil editing mereka2 yang tak bertanggungjawab. Bukan memihak kepada mana2 parti politik tapi sebagai contoh sahaja

Bosan sang lekit dengan KUNING & BERSIH ni. Tak kira la isu tu di cakap dalam gurauan atau serius. Maskot DIGI, Bumble Bee Transformer, apa jer yang menggunakan tema KUNING mesti jadi bahan untuk isu BERSIH ni. Pasal KUNING & BERSIH ni macam - macam benda di propagandakan. Kadang - kadang benda yang takde di adakan. Video2 di edit untuk menampakkan kezaliman sebelah pihak. Gambar - gambar pun ada di edit untuk tujuan yang sama. Benda - benda yang tak berkaitan cuma kebetulan dalam tema warna yang sama di jadikan bahan untuk mempersendakan/menyindir sebelah pihak lagi.

Ada sapa2 nampak Ultraman datang masa perhimpunan bersih?

Ramai yang ambil kesempatan pada isu panas ni untuk meraih perhatian sampai kadang - kadang sanggup menyebarkan fitnah. Agaknya bila nak bernoktah. Jemu jugak asal nak blogwalking jer mesti ramai tulis pasal KUNING & BERSIH. Yang takde ilmu atau pengetahuan pun tetap juga tu nak tulis. Main maki hamun, mencarut tanpa ada pengisian langsung. Nampak sangat macam mak/pak turut. Nampak sangat macam terdesak nak sertai jugak berhujah dalam isu hangat walau jelas nampak dia tu memang tak tahu sangat pun pasal pergolakkan politik dalam negara ni.

Atau Bumble Bee Datang menyelamatkan penyokong bersih di kejami?

Sang Lekit pun memang tak pandai pasal politik,sebab tu sang lekit tak berhujah pasal politik cuma memberi pandangan peribadi kepada mereka2 yang kononnya bijak dalam berpolitik berhujah dengan perjuangan masing - masing. Yang berhujah dengan berilmu tu ok la.. tapi yang terang2 takde ilmu tu yang merosakkan mentaliti orang lain terhadap politik.

Ambil kata - kata Ahadiat Akasha.. tulis apa yang kamu tahu. Baru tak nampak bodoh sangat. Kalau tulis apa yang kita tak tahu, memang la takde pengisian. Setakat nak ajar orang makin hamun, mencarut..  Ada lagi baik jangan menulis langsung.

P/s : Saya tidak pernah menyokong/membangkang mana pihak. Saya menyokong apa yang saya rasa baik & menentang apa yang saya rasa buruk tak kira dari mana2 pihak sekalipun. Kalau hujahnya betul saya terima, kalau hujahnya dah terang2 kesat & hina.. saya pun tak bodoh untuk menilai. Saya bukan pak/mak turut mana2 parti di Malaysia ni. Harap maklum

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com