Showing posts with label jumpa. Show all posts

HAJAT IBU NAK JUMPA AZWAN ALI TIDAK KESAMPAIAN

HAJAT IBU NAK JUMPA AZWAN ALI TIDAK KESAMPAIAN. Hari ni ramai yang tahu Ibu kepada selebriti terkenal Azwan Ali juga merangkap ibu kepada menteri besar Selangor Dato Seri Azmin Ali telah pulang kerahmatullah akibat di serang sakit angin ahmar. Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital Pakar KPJ Damansara dalam usia 82 tahun.


Ibu kepada Selebriti terkenal ni semasa uzur dia berhajat nak jumpa anak anak dia sebelum meninggal dunia tapi sayangnya hajat dia tak kesampaian sebab tak sempat nak jumpa Azwan Ali. tak tau la apa masalah keluarga mereka sampai Azwan Ali tak balik jenguk mak dia yang sakit. Tak mau la buat apa2 spekulasi cuma tu la kan.. Ibu cuma satu.. Ibu datang & pergi sekali.. Ibu tiada di jual beli. Ibu juga manusia.. Kadang2 ada silapnya.. Tapi sebagai anak jenguk la ibu selagi masih ada nyawa. Bila perginya seorang ibu maka hilanglah segala doa2nya..


Tetiba teringat pulak kat mak sendiri di kampung. Mujur mak aku ni paham la dengan keadaan anak dia kat sini yang tak boleh nak curi masa balik kampung lagi. Untung la mereka2 yang tinggal dekat dengan mak bapak.. Boleh kerap balik jenguk. Aku ni kadang2 mak aku datang jenguk aku kat sini di samping dia nak datang shopping jugak. hehehe.. erkk.. apasal cerita pasal mak aku pulak ni...

Apapun tak tau la masa pengebumian mak dia.. Azwan Ali ada balik ke tidak memberi penghormatan terakhir. Mungkin dia pun sedih jugak tu dengan pemergian mak dia.. Mak kot. Marah macam mana pun dengan seorang mak.. Kalau dia takde mesti rasa juga kehilangan tu. Moga apapun masalah Azwan Ali balik la.. Kalaupun tak sempat jenguk mak dia masa masih hidup ziarah la kubur.. hadiahkan doa2 untuknya disana. Walaupun Azwan Ali macam tu aku percaya jauh di sudut hati dia.. Tetap sayangkan mak dia. So jangan la kecam dia lebih - lebih. Doakan yang terbaik untuk dia. Dengan doa - doa yang baik kita juga mendapat kebaikanya.

Moral Of the story.. Tak perlu kita nak judge Azwan Ali anak derhaka bagai sedangkan kita sendiri tak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

KISAH ORANG BUNIAN

KISAH ORANG BUNIAN. Kisah orang bunian ni memang popular di kalangan masyarakat melayu terutamanya. Memang sejak dulu kala lagi cerita orang bunian tak pernah habis. Masa aku budak2 pun aku memang minat sangat cerita pasal bunian ni sampai pernah ada impian nak jumpa orang bunian. Sebab selalu dok dengar yang best2 je cerita pasal orang bunian. Cantik la.. ensem la.. baik la.. Jadi sebagai budak2 aku memang tergoda jugak la dengan cerita orang bunian ni.


Bila dah besar barulah aku tahu orang bunian ni salah satu golongan jin jugak. Almaklum la jin dia boleh menjelma dalam macam2 rupa tapi kalau rupa asal dia rasanya kita pun tak tergamak nak hadap muka dia lama lama. Jangan kata lama2.. tertengok pun mungkin kita tak sanggup.

Sebab tetiba teringat pasal cerita orang bunian malam ni maka terasa pulak nak buat kompilasi kisah kisah orang bunian yang pernah aku baca..

kisah pertama

Cerita saya ni mungkin ada kena-mengena dengan bunian. Pada tahun 2003, saya dan staf2 saya menghadiri satu camp motivasi di Camp Rebutia, Gombak. Salah satu aktiviti ialah masuk dalam hutan mencari clue-clue. Aktiviti ini dibuat sendiri menggunakan facilities camp. Saya lead satu group 6 orang untuk masuk kehutan. Hari sudah petang lebih kurang 5pm. Apabila ikut map tu, kami tersilap jalan sehingga terpaksa melalui pagar kerawat duri sehingga sampai ke sempadan lebuh raya Karak. Apabila tersedar kesilapan , kami berpatah balik. Kami cuba bertanya kepada satu rumah dalam hutan tu. Saya menyuruh seorang staf pergi bertanya. Oleh kerana rasa tak sedap hati, lagi pun dia perempuan, saya menemaninya. Tetapi rumah itu kosong dan sunyi sepi. So, kami pun beredar mencari jalan sendiri..... Tak ada apa sangat kan?

Esoknya selepas semua aktiviti selesai, kami mula bercerita termasuk tentang sesat jalan, bertanya kat rumah, dll. Saya menceritakan, semasa mencari jalan, rumah yang saya suruh staf saya bertanya tu sebenarnya ramai penghuni. Ada seorang bapa mendukung anak kecik, ada seorang ibu, ada kanak-kanak bermain, ada beberapa ekor kambing , ada beberapa ekor ayam berkeliaran, ada pokok-pokok bunga dan suasana hingar-bingar. Sebab tu saya cuba bertanya semasa berpatah balik. Itu saj atumah yang ada. Rumahnya kecik sahaja rumah kayu bertiang seperti rumah-rumah orang Melayu zaman 50an.

Staf2 saya berkata mereka tak nampak semua tu, tak dengar semua tu. Adakah mereka tu Bunian/Jin? Menurut pengalaman pak cik saya, dunia bunian ni 30-40 tahun terbelakang berbanding dunia manusia dari segi facilities. Mereka masih menguunakan pelita, dan lain lain dan keadaan kampung mereka suram shaja. :-)

kisah kedua..

aku nak share satu cerita benar. ini pengalaman aku bersama adik angkat aku yang diikuti bunian. mungkin terpilih la.
hamba allah nie masih remaja lagi. nenek dia sebelum meninggal dunia dulu (dah setahun) pandai mengubat orang.nenek dia pandai membuat minyak2 pengasih dan banyak lagi.
cerita dia mcm nie. selepas nenek dia meninggal. dia ada bawa balik barang2 nenek dia seperti kuali tembaga(tempat bakar kemnyan) tapak lilin tembaga sepasang. serta tangkal dan azimat .(ini barang ada dengan aku.dalam kantung tu ada kertas bertulisan jawi,kacip,kayu putih,quran kecik,dan tangkal dalam balutan kain kuning).
pada suatu hari aku dapat geliga lipan dari seberang. ntah kenapa orang tu tarik aku dan bg barang tu pada aku bg rm10 la pada dia.balik jer dia suruh aku perasap barang tu. pening punya pening. pakai la barang nenek dia bakar kemyan arab perasap geliga tu. dalam seminggu. tiba badan adik angkat aku tu berbau bunga. wangi sangat2. bau bunga mawar. bila dia berjalan jer harum semerbak. sampai mak dia pening knp pakai minyak wangi bau bunga kuat sangat. yang pelik kawan aku tak bau pulak.tapi selalu jer dia ngadu panas badan.
bau tu pulak tiba datang bau tak kira la kat shopping mall ker kat mana. last2 kami g jumpa sorang ustaz .ustaz cakap bunian suka pada dia lepas kami memanggil dia tapi bunian tu suka pada adik angkat aku. apa lagi kami cerita la kat ustaz tu dari a sampai z. lepas minta ustaz tu buang bau dah takda lagi.
tapi aku rindu la plak ngan bau tu, sebab bau bunga tu best..
barang nenek dia tu masih ada ngan aku. aku simpan dalam keta.
masalahnya.. betul ker bunian ada bau wangi mcm bunga. alangkah bestnya kalau dia ikut aku. takyah beli minyak wangi mahal2.
sekarang aku pelik sebab aku sunga beli minyak wangi misik,zafran,zikir,dan mcm2 minyak pelik jual kat kedai barang mistik aku beli. masa tido aku selalu pakai. niat nak mimpi mcmana rupa orang bunian tu. hehehe

Cukup la dua kisah ni dulu yer.. kang aku share banyak - banyak
 kisah2 yang aku baca dari forum  korang pulak ting tong. Kita buat secara episod je. Cerita2 ni aku tak edit sebab malas sikit malam ni. Biarlah korang baca versi original pulak kan. Selalu baca versi editing je di selang seli dengan ayat2 merapu aku.. sekali sekala kita straight to the point pulak kan.

Moral of the story.. apapun gelaran bunian ke apa.. Mereka tetap dari golongan jin & makhluk Allah yang tak ada apa2 kuasa melainkan dengan keizinan Allah untuk berlaku. Jadi jangan taksub sampai mendewa dewakan golongan jin ni.

MISTERI KEHILANGAN TANPA TANDA,GHAIB DI ALAM NYATA

MISTERI KEHILANGAN TANPA TANDA,GHAIB DI ALAM NYATA. Ayat tipikal drama.. kalau mati mana kuburnya, kalau hidup mana orangnya. Macam tu la aku ibaratkan situasi sekarang.  Misteri yang menghantui aku sejak pagi tadi. Masih menjadi misteri yang tak berjawapan sampai saat aku karang entri ni. Tak tau samada dah arwah atau masih tersembunyi kat mana2 sudut dalam rumah ni. takkan ghaib macam tu je kot.. Macam tak masuk akal pulak aku fikir.


Alkisahnya Galaxy Y pusaka kesayangan aku.. ghaib dengan tiba tiba. Aku baru perasan dalam pukul 11.30 pagi tadi. Aku tak tau anak aku dah jatuhkan dari tingkat 9 rumah aku ni secara tak sengaja masa menikmati permandangan dari tingkap atau anak aku tercampak kat mana2 sudut dalam rumah ni. Aku cari sana sini tak jumpa. Aku syak dah arwah kat bawah la anak aku jatuhkan... Tapi aku turun ke bawah pun dah lambat. Kalau betul jatuh bersepai segala organ dia pun mungkin tukang cuci bangunan dah bersihkan sisa2 anggota badan dia yang dah berkecai.

Apapun aku memang tak boleh la benda2 hilang macam ni. Hilang yang kita tak tahu kat mana. Kalau kena curi dah tau kena curi.. Tapi ni tak tau tersepit celah2 ketiak sesapa ke.. tersorok bawah lipatan kain ke.. Atau tercampak ke bawah dari tingkat 9. Semua spekulasi jer.. Ni kena pergi cari air penawar nak lupakan misteri ni kalau tak boleh gila isim aku fikir. hahahaha

Moral of the story.. Setiap kehilangan tu selalunya Allah nak ganti dengan lebih baik. Dan mungkin suatu hari dia akan muncul sendiri, Siapa tahu.. Sebab kadang2 kita cari berkali kali kat tempat yang sama tak jumpa tapi bila lama2 kita akan jumpa barang hilang kat tempat yang kita dah pernah cari. Tak tau kenapa kita tak nampak masa cari.. Mungkin itulah hikmah yang Allah nak bagi. Dia hilangkan & kemudian bagi semula waktu kita betul2 memerlukannya macam kes2 ni >>11 Benda Yang Pernah hilang Di di temui & buat orang rasa macam menang loteri <<

P/S : kapal terbang sebesar MH370 hilang pun orang cari tak jumpa, apatah lagi enpon kecik aku tu.. kan? hehehe

SEMUA ORANG PERNAH RASA MENANG LOTERI WALAU LOTERI HARAM

SEMUA ORANG PERNAH RASA MENANG LOTERI WALAU LOTERI HARAM. Sebelum mengarut panjang lebar nak bagi sedikit amaran buat semua umat islam yer.. Loteri adalah berunsur perjudian, judi adalah haram di sisi agama Islam. Walaupun kadang2 ada perkara yang kita rasa seronok macam menang loteri walhal tak pernah main loteri pun macam mana boleh feel orang main loteri & menang. tapi nak mengambarkan betapa kita rasa Ya Allah.. Syukur yang amat. Seronok sampai tak ada ayat nak tulis & gambarkan.. tup tup muncul perumpaan macam orang menang loteri.


Sekadar perumpamaan bukan kejadian sebenar. Dalam hidup ni kadang2 benda yang kita tak jangka tu berlaku di saat kita memerlukan memang la rasa seronok tu macam kitalah orang paling bertuah dalam dunia. Contoh tengah2 bulan memang takde duit dah nak buat belanja. Bukan wallet berterbangan debu.. Yang ada cuma resit2 bank bukti duit yang kita korek sampai ke sen yang terakhir. Nak minta pinjam.. hutang lama pun tak settle lagi. Segan la pulak.. Dah la selama ni asyik dok mengelak je jumpa dengan orang yang ada hutang. Takkan tetiba nak muncul minta hutang lagi ye dak? Melainkan tahap kemaluan tu di luar spender. Boleh la buat macam tu. Dok tengah susah hati.. pergi la tenangkan hati membasuh baju tetiba jumpa la not2 merah hijau biru dalam poket seluar jeans. Ya Allah.. Hanya orang pernah melalui je tahu macam mana girangnya rasa hati.. Allah hantar rezeki yang terselit celah poket seluar jeans.

Tu salah satu contoh yang buat orang rasa macam menang loteri. Sebenarnya banyak lagi perkara yang mengambarkan rasa happy tu macam orang menang loteri yang berlaku dalam kehidupan kita. 

Tu la namanya keajaiban walau sebenarnya bukan la benda tu turun dari langit. Cuma ia mungkin hilang waktu kita tak berapa peduli & muncul pada saat kita sangat2 memerlukan. Perancangan Allah tu maha hebat.. Kadang2 dia bagi kita rasa kecewa kehilangan sesuatu sebab dia nak bagi balik pada waktu yang sepatutnya. Jadi terus bersangka baik dengan Allah.

Moral of the story.. Tiada suatu pun perkara tu berlaku sia sia.. Pasti ada alasan & hikmahnya yang memerlukan kita sabar untuk nikmati

KISAH CINTA YANG MENYERAMKAN SELEPAS KEKASIH MATI

KISAH CINTA YANG MENYERAMKAN SELEPAS KEKASIH MATI. Manusia ni kadang2 sanggup buat kerja gila bila cinta tu dah menguasi diri. tak boleh terima hakikat orang yang di cintai tu dah mati.. Nak2 mereka rasa bersalah atas kematian orang tersayang tu. Sentiasa di hantui rasa bersalah sehingga menyebabkan mereka sanggup buat apa saja untuk berjumpa dengan roh orang yang dah mati. kalau kita orang Islam ayat biasa bila tak sempat minta maaf dengan orang yang dah mati ni.. merangkak la kau kat padang masyar cari orang yang kau buat salah tu untuk minta maaf. Tapi bagi yang non-muslim ada yang percaya mereka masih boleh bertemu & bercakap dengan orang yang dah mati kat dunia ni cuma perlu mengadakan atau melakukan upacara tertentu.


Macam tu jugak dengan kisah seorang lelaki yang rasa bersalah kerana menyebabkan kematian kekasihnya. Dia cuba sedaya upaya untuk bertemu semula dengan kekasih dia yang dah mati untuk minta maaf. Apa saja cara yang orang cakap boleh temukan dia dengan roh kekasih dia ni, dia akan buat walau bahaya sekalipun. Termasuklah mengumpul semua barang peribadi orang yang dah mati. Kebetulan pula dia bekerja dengan sebuah skuad penyelamat yang memang sentiasa berdepan dengan orang mati dalam macam2 keadaan. Ada mati dalam kemalangan & ada mati bunuh diri. Dari situ dia mengumpul semua barang yang di temui bersama si mati untuk buat dia boleh nampak roh kekasih dia. Walaupun dah di halang kawan2 lain dia tetap meneruskan niat dia sehingga rumah dia di penuh roh2 orang mati yang pernah dia ambil barang mereka untuk di simpan. Kebetulan ada seorang lelaki yang mempunyai deria ke enam yang boleh nampak roh datang mengambil semula barang2 orang mati & di serahkan kepada waris mereka untuk membebaskan roh2 tersebut. Dia berjumpa la dengan roh kekasih lelaki ni yang masih berkeliaran dalam rumah lelaki tu. Disebabkan kata2 terakhir perempuan tu adalah.. Kekasih dia takkan dapat berjumpa dengan dia sampai bila2 sebab tu walau apa cara sekalipun dia buat dia takkan dapat bercakap atau nampak roh kekasih dia sebab kata2 tu dah menjadi satu sumpahan sebab ia kata2 terakhir sebelum wanita tu mati. Tapi lelaki ni tetap tak berputus asa. Dia tetap nak mencuba cara lain. Dia pilih untuk ke satu bangunan usang yang memang terkenal berpuaka & ada sumpahan. Sesiapa yang masuk kesitu jarang boleh keluar dalam keadaan masih hidup. Dia bersama seorang kawan perempuan yang sanggup temankan dia. Kat dalam bangunan tu mereka di serang dengan bermacam macam jenis hantu. Terpaksa dia call & minta pertolongan dari kawan kawan dia. Tapi kesemua kawan kawan lain yang cuba membantu mati hanya dia & seorang kawan perempuan yang temankan dia je boleh keluar dalam keadaan bernyawa. Selepas kejadian tu akhirnya dia dapat melihat kekasih dia & meminta maaf..

watak hero dalam filem ni muka macam pelakon Aiman Mentor. hehehe

Tu secara ringkas kisah dalam filem cinta seram The Eyes Diary. Filem ni kalau nak kata seram sangat bagi aku, memang tak seram. Sebab aku dah tak ada sangat deria seram. Lagipun filem Klasifikasi P13 memang tahap seram dia sederhana bagi yang macam aku. Bagi yang penakut maybe dah seram kot. Perjalanan cerita ni.. starting tu macam slow sikit tapi lama kelamaan dia mula buat kita melekat. Babak seram dia nak kata sepanjang cerita tak jugak tapi seimbang la. Yelah.. tema dia ada cinta & ada seram. Alhamdulillah aku tak rasa membazir beli dvd filem ni. Nak buat macam mana kena terima hakikat filem seram Thailand memang jarang mengecewakan berbanding filem seram melayu. So, peminat filem seram yang belum tengok, aku rekemen tengok la filem ni. Not bad jugak.

Moral of the story.. Kita sekarang nak tengok filem dah senang. Kadang2 kat TV pun melambak boleh tengok. Tak cukup dengan siaran kat TV.. boleh beli dvd lagi macam aku berbanding orang dulu nak tengok tv pun struggle giler. Tentu korang tak sangka orang dulu tengok tv macam ni >> Orang yang suka tengok TV je akan tahu bertapa benarnya 5 perkara ni! << Jadi bersyukur la yer anak anak. Setakat takde astro tu tak payah sesedih. Orang dulu jangankan nak tengok TV nak tengok intisari rancangan tv pun susah. hahahaha

SIBUK INTAI SELUAR DALAM JIRAN

SIBUK INTAI SELUAR DALAM JIRAN. Tu dia tajuk entri hot & spicy. Kontroversi katanya. Ada aku kesah orang nak judge aku dari tajuk entri. Hanya orang yang bijak menilai orang lain dengan menyiasat terlebih dahulu. Setakat judge cerita dari tajuk tu namanya spy malas. hahahaha. Kalau rajin jemput baca kisah jiran paling penyibuk dalam dunia.

Gambar sekadar hiasan tiada kena mengena dengan cerita

Aku ada jiran yang dulu kalau boleh aku nak elak dari terserempak dengan dia walau dia tinggal sebelah je rumah aku. Kalau aku balik kerja tu nampak dia ada kat laluan yang aku nak guna balik rumah, kalau ada jalan lain confirm aku guna jalan lain asalkan dia tak nampak aku & aku tak perlu hadap dia. Bukan apa.. Dia ni jenis suka cerita. Kalau cerita tu best takpe gak tapi banyak cerita dia berunsur gosip penduduk setempat & jiran2 lain. Kadang2 orang yang dia mengumpat tu aku sendiri tak kenal & aku malas nak dengar sangat. Jadi sedaya upaya aku akan cuba mengelak dari terserempak dengan dia. Kadang2 sampai fobia nak buka pintu kalau tahu dia yang ketuk. Pendek kata dialah jiran paling menyusahkan hidup aku & annoying sangat. Tapi sekarang lega sikit sebab dia dah tak baik dengan aku so dia tak payah ganggu hidup aku.

Pernah terbaca kawan aku up pasal jiran dia yang sangat annoying. Suka bertandang kat rumah dia tak kira masa. Lepas tu bawa cerita mengumpat macam2. Dari cerita pasal laki dia, laki orang, family dia, family orang.. semua dia nak cerita. Pernah kawan aku cerita kat wall sampai spender laki kawan aku pun dia prihatin. Katanya laki kawan aku tu kecik jer.. sebab tengok spender laki kawan aku tu kecik. Dia tengok kat penyidai katanya. Amboi sampai apa orang jemur kat ampaian pun dia prihatin. Bayangkan la korang dapat jiran macam ni. Confirm hidup di selubungi ketakutan setiap masa. Nak2 jenis pantang nampak pintu rumah orang terbuka terus masuk tak bagi salam. Dah tu apa jer harta benda orang dalam rumah dia nak pinjam dia main ambil je.

Bila kita ada kenal manusia macam ni serius boleh fobia jadinya. Jangan kata orang lain.. aku pun pernah fobia dengan jiran yang annoying tahap boleh jadi tekanan kita nak hadap dia. Bukan aku je yang pernah lalui pengalaman dengan orang2 yang kita rasa annoying giler malah ramai lagi yang ada masalah macam ni. Kadang2 bila terpaksa berdepan dengan orang macam ni depa jadi mati akal sekejab. Tak tau nak buat macam mana supaya boleh elak dari mengadap manusia macam ni lama lama. Jadi pada korang yang nak buat persediaan awal.. nak tahu cara nak buat korang boleh cabut awal dari mengadap orang yang korang tak suka lama lama, meh tengok ni >> 5 Cara Untuk Cabut Dari Orang Yang Korang Tak suka Jumpa <<

Moral of the story.. Sebagai jiran bukan kata sampai tak peduli orang lain tapi jangan sampai terlampau menyibuk sampai menyusahkan orang lain

MH370.. NASKAH MUQADDAM DI TEMUI DI PULAU REUNION

MH370.. NASKAH MUQADDAM DI TEMUI DI PULAU REUNION. Satu kepelikkan aku dalam misteri kehilangan MH370... selepas serpihan pesawat yang di sahkan milik MH370 yang hilang setahun lalu di temui.. macam2 pulak barang di temui yang di katakan ada kaitan dengan MH370. Sebelum ni aku syak memang penduduk pulau Reunion memang tak pernah tau pasal kehilangan MH370.. Baru sekarang depa tau kot. Sebab.. katanya sebelum depa jumpa banyak barang hanyut ke pulau tu.. Tapi tak terfikir langsung pasal MH370. Kalau luar biasa banyak sampah pelik2.. kerusi pesawat la.. beg pakaian bagai tak tak pernah syak apa apa. Misteri sungguh kes MH370 ni...Sungguh hanya Allah yang tahu apa di sebalik yang kita belum tahu sehingga hari ni.

Sumber harian Metro. Clik untuk paparan yang lebih jelas

Terbaru katanya naskah Muqqadam pulak di temui. Elok je kertas dia.. putih bersih lagi. berbaik sangka.. Allah memelihara kalam Nya. Hope jumpa bukti yang lebih sahih & boleh di terima semua waris mangsa & masyarakat yang mengikuti kes ni. Semakin lama semakin pelik & semakin misteri... Jam otak mistik aku nak fikir.. hehehehe

Kita cuma orang biasa yang takde kepakaran dalam kes macam ni hanya mampu mendoakan yang terbaik. Harap Allah membantu kita semua dalam mencari kebenaran misteri kehilangan MH370. Semoga Allah melindungi kita semua dari malapetaka.. Semoga kita di lindungi dari anasir2 jahat. Amin...


Jerawat??? Parut Jerawat?? Boleh ke nak cover dalam masa seminit?? Alah.. tak pandai makeup untuk cover?? Kalau nak tau macam mana nak cover parut jerawat dengan sepantas kilat Korang mesti tengok ni >> 13 Trick mudah untuk sembunyikan parut jerawat tanpa perlu jadi pakar solekkan <<

JUMPA GIGI MANUSIA DALAM KENTANG GORENG MC DONALD

Takde benda lagi rare ke nak jumpa dalam makanan. Aduhai.. macam mana la benda alah tu boleh tercampak dalam kentang goreng. Dah tu terkantoi pulak dengan pelanggan. Budak kerja Mc Donald ni mengalami pereputan gigi ke gaduh masa tengah goreng french fries. hahahahaha

Sumber Google

Gigi tu. Gamaknya macam mana la gigi boleh tercampak dalam kentang goreng mc donald ni. Baca pun rasa geli tekak.. Bukan setakat gigi.. ada yang jumpa cebisan plastik dalam Mc Donald chicken nugget sampai Mc Donald terpaksa menarik sejuta Chicken nugget & minta maaf pada pelanggan.

Tapi kisah tu bukan kat Malaysia la.. Nun jepun sana. Even tak berlaku kat Malaysia tapi aku dah lama pulak tak makan kat Mc Donald sejak di isytiharkan boikot dulu. Orang yang masih setia dengan Mc Donald aku takde la apa2 pertikaian. Lantak la.. nak makan hak memasing cuma pastikan tak jumpa gigi  manusia atau cebisan plastik la. hehehehe.

Boleh baca artikel asal kat SINI

Apapun even sebersih mana pun, fast food bukan makanan yang elok sangat di makan secara kerap. Bukan tergolongan dalam spesis makanan sihat.

Moral of the story.. Mc Donald bukan pilihan menu yang elok untuk di amalkan. Pada pekerja Mc Donald pastikan gigi anda tak tertanggal semasa goreng kentang yer. hehehehe Peace!


PERKARA YANG TAK PATUT CAKAP BILA JUMPA SEMULA KAWAN LAMA

Era laman sosial sekarang ni memang memudahkan urusan jejak kasih, jejak kekasih & segala macam jejak la. Dari aku sendiri pun laman sosial memang banyak menemukan aku dengan kawan2 lama yang ada berpuluh tahun tak pernah jumpa apatah lagi dengar khabar, nak2 lagi kawan sekolah tak kira sekolah rendah atau sekolah menengah. Pertemuan paling aku tak sangka adalah dengan cikgu kelas aku masa darjah dua, cikgu Fauzilah. Sampai sekarang cikgu fauzilah masih sama macam aku pernah kenal. Cikgu yang cukup penyayang & sentiasa buat anak murid rasa nak bermanja dengan dia.

Berbalik pada isu yang di bangkitkan.. Isu soalan atau kenyataan yang tak patut kita cakap bila bertemu semula dengan kawan lama nak2 lagi yang dah makan puluh tahun tak pernah jumpa sebab mungkin sekarang depa dah jadi orang yang berbeza jadi kena hati hati dengan percakapan atau persoalan kita nak tanya.

1. Bila jumpa kawan lama jangan sesekali cakap tentang fizikal kalau benda tu tak kearah pujian sangat. Tak perlu puji palsu cukup jangan sentuh bab tu lagi. Contoh kita tengok dia dah gemuk.. Ambil masa berbual isu lain dulu macam tanya khabar bagai dulu untuk kenali perangai kawan kita samada dia masih macam dulu atau dah berubah sebelum kita ajukan soalan yang sensitif tentang bentuk fizikal

2. Tak perlu baru je jumpa balik tak sampai sejam nak cerita semua kebahagian.. kekayaan atau kejayaan kita miliki. Kadang2 ada jenis kawan camtu. Tak menyempat nak menunjuk ni sampai orang tak tanya pun dia sendiri cerita. Akan buat orang rasa tak berapa nak rapatkan hubungan dengan kita dah kalau dah perangai macam tu. Rasa bangga diri yang melampau2 sesungguhnya tak ramai orang suka. kekekeke

3. Tak payah soal siasat rumahtangga orang sangat. Ni baru je jumpa balik.. sembang baru 5 minit dah tanya laki kau keja apa.. kau pakai kereta apa.. duduk rumah berapa tingkat. Tak semua orang selesa nak cerita hal peribadi macam tu even di suatu ketika puluhan tahun yang lalu kita pernah rapat dengan dia. Masing2 dah terpisah lama.. mungkin ada kejanggalan untuk berkongsi cerita peribadi bila jumpa balik.

4. Soalan biasa yang kadang2 jadi sensitif kadang2 tak bergantung pada individu.. iatu status perkahwinan. Seeloknya jangan jumpa terus tanya. Tukarkan soalan dah kawen ke belum tu dengan soalan.. sekarang buat apa? Kadang2 dari soalan tu kita boleh dapat jawapan status dia. contoh.. aku sekarang surirumah jer.. jaga anak. laki tak bagi kerja. Kan?? tak perlu tanya kita dah tau status dia. Atau yang single akan menjawab.. kerja pejabat gomen jer.. tak kerja pun nak buat apa. Laki takde.. anak apatah lagi. Pun kita boleh detect jugak status dia.

5. Jangan terus ungkit kisah lama yang menyakitkan hati kawan kita. Mungkin lucu bagi kita.. tapi mengaibkan bagi dia. So, nak mengulit kenangan pun kita kena kenali perwatakkan & perangai kawan kita sekarang. Masa boleh mengubah seseorang jadi tak seperti apa yang pernah kita kenal jadi perlu berhati hati dalam pertemuan semula sebab kita umpama berkenalan semula dengan orang yang kita pernah kenal satu ketika dulu.

Sekadar hiasan sumber dari google

Ni survey takde rujukan dari mana2.. aku tulis sendiri berdasarkan apa yang aku rasa & aku lihat jugak dengar dari orang2 sekeliling. kalau ada penambahan boleh tambah kat kotak komen. Apapun setiap patah kata kita kena jaga bila kita berhadapan dengan orang yang dah lama kita tak jumpa apatah lagi dengan orang yang baru kita kenal sebab kita kena tahu tahap sensitiviti orang tu untuk terima apa yang kita tanya atau cakap jangan kita main sondol tak pakai helmet takut nanti tak pasal pasal kepala benjol. Yang paling penting nak bergurau jangan over.. Slow2 dulu jangan nak buat lawak tak tengok traffic light kaler apa dah. kekekekeke


TERKINI! DAH JUMPA BUDAK HILANG TAPI BUKAN DI VILLA NABILA

Pagi ni dah mula baca 2 3 status kat FB berkaitan budak yang hilang di Villa Nabila Johor tu. Berita gembira katanya sorang budak yang hilang tu dah di temui tapi yang tak bestnya bukan di kawasan Villa Nabila yang di kaitkan dengan berbagai kisah misteri & seram selama ni.

Katanya budak tu ada sedang bersembunyi kat rumah kawan dia. Motif dia buat macam tu tak di kenalpasti. Kena tunggu laopran berita yang lebih rasmi la kot. Berita ni pun cuma den baca kat blog & fb . Sejauh mana kebenaran den sendiri tak dapat pastikan cuma den share kan info terkini ni sebab nak kaitkan dengan satu kisah misteri yang pernah berlaku tak lama dulu.


Sumber fuh.my

Kalau korang ikuti blog melekit ni dari dulu lagi mesti korang ingat kisah anak dara bernama Siti Balqis dari kuala terengganu yang mengemparkan rakyat Malaysia dengan kisah misteri dia selalu hilang di tengah malam.. bila orang jumpa dia mesti kat kawasan pelik2.. macam kubur hutan bagai. Yang best.. ramai bomoh datang kononnya nak menghulurkan bantuan bagi meleraikan kemisterian yang berlaku. Ada bomoh cakap.. banyak jin di samping dia la.. ada bomoh ngaku tangkap jin tu letak dalam botol.. macam2 lagi bomoh2 yang merawat dia tu membuat spekualasi yang semuanya berkaitan dengan jin.

Last cerita budak Siti Balqis dia hilang lagi & kononnya di larikan jin ke gunung jerai kedah sana nu.. Jauh sungguh jin bawak di jalan2. Alih2.. misteri kisah siti balqis ni takde bomoh dapat selesaikan tapi polis jugak yang berjaya menyelesaikan. Hasil siasatan polis dapati dia pergi ke rumah seorang kakak angkat katanya di kedah dengan menaiki bas sebab polis jumpa tiket bas dalam beg dia.. sebelum2 ni dia yang di katakan selalu hilang lewat malam.. ada jiran pernah nampak dia keluar rumah & ada kereta yang tunggu dia. Yang pelik sepanjang dia hilang dia sempat bawak hp tu.. boleh mesej mak dia bagitau dia kat kubur la.. hutan la..

Bila dengar budak yang katanya hilang di Villa Nabila tapi di jumpai di rumah kawan dia.. memang kisah siti Balqis ni la yang terus den ingat. Sama la macam budak tu.. menyusahkan orang. Tapi kisah Siti Balqis lebih dahsyat sebab dia mampu mengarang cerita misteri untuk cover salah dia suka keluar lewat malam. Kau pernah terfikir macam dia?? hahahahaha

Kisah2 siti balqis di blog melekit ni korang boleh baca kat sini - JIN BURUK SIKU - JIN KENA FITNAHKISAH SEBENAR SITI BALQIS & JIN.. -DIA SEORANG PELAKON, PENULIS SKRIP, PENGARAH JUGA PENERBIT KISAH MISTERI -

Apapun.. kewujudan jin & makhluk ghaib/makhluk halus ni dalam Al-Quran pun ada menyebutnya & kita kena percaya tapi kepercayaan kita tu jangan la sampai termelakukan amalan2 khurafat & syirik. Tak payah dok buat kerja takde pekdah nak cari hantu bagai.. Biar dia dengan dunianya selagi dia tak ganggu kita. Takpayah nak cari yang susah nak nampak dengan mata kasar.. hantu2 yang boleh nampak dengan mata pun berlambak kat dalam dunia ni. Macam pesen & macam2 jenis.. tak puas lagi ke tengok. Nak jugak cari yang malu2 nak tunjuk rupa tu.

Update terkini
Johor Bahru: Seorang pelajar tingkatan empat yang dilaporkan hilang selepas mengunjungi banglo mistik, Villa Nabila pada Sabtu lalu sudah ditemui awal pagi tadi.
Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, ditemui di Bandar Dato' Onn di Tebrau pada jam 2 pagi tadi dan dalam keadaan selamat.
Ibunya, Norhayati Mohamad,38, berkata, keluarganya akan membawa remaja berkenaan untuk berubat secara tradisional.
"Dia menyatakan lupa jalan untuk pulang ke rumah seolah-olah ada individu yang membawanya ke suatu lokasi.

"Kemudian dia dibantu seorang lelaki yang memberi perlindungan di rumahnya," katanya ketika dihubungi pagi tadi.-Sumber harian metro -

Dah guna alasan lupa jalan balik rumah pulak. Tadi kata jumpa umah gepren. aduhai.. penuh misteri sungguh

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com