Showing posts with label zaiton sameon. Show all posts

PERJALANAN HIDUP SEORANG PENYANYI POPULAR AKHIRNYA DI PENTAS KARAOKE UPTOWN

Kita tak boleh meneka apa yang akan jadi seminit lagi apatah lagi esok hari, minggu depan, bulan depan, tahun depan dan masa depan. Mungkin hari ni kita di julang penuh gemilang.. mengecapi populariti sehingga terlupa jika Allah nak tarik balik saat gilang gemilang cemerlang & terbilang tu seminit lagi pun boleh, kan??

Sebelum ni Sang Lekit ada terbaca dekat salah satu blog yang cerita pasal penyanyi popular era 80an yang berkaraoke di uptown danau kota. Tadi lepas pergi membeli belah sikit - sikit takde la gempak sangat. Baru dok tengok - tengok barang baby.. ada la satu dua beli buat langkah permulaan. Memang serius bila tengok barang baby tak tau nak beli apa. Kang terlebih membazir, terkurang tak cukup. So, beli sikit - sikit dulu, bulan depan sambung membeli lagi.

Berbalik pada cerita kita tadi lepas pergi membeli secara ala kadar tu, malam sempat singgah ke uptown danau kota cuci cuci mata. Sampai kat pentas karaoke tu terdengar la satu suara yang macam kenal sedang nyanyi lagu melayu lama yang sang lekit tak tahu tajuknya. Dah lalu depan stage tu mesti la pandang siapa empunya suara.. Alahai kak eton sameon rupanya (Zaiton Sameon). Suaranya masih merdu macam dulu.. tapi takde la seksi macam zaman popular dia dulu. Rambut maintain karat jugak.. make up maintain.. lipstik maintain merah menyala. Tapi bukan itu yang sang lekit nak highlight.

Saat kegemilangan zaiton sameon (Hasil carian google)

Kenapa sampai begitu jadinya. Dari pentas gilang gemilang akhirnya di pentas karaoke uptown danau kota yang selalunya tumpuan orang yang berkunjung kat situ bukan sasaran artis pun. Buat Sang Lekit mula insaf.. Nikmat itu adalah pemberian Allah yang di pinjamkan kepada kita. Jika Dia ingin merampas semula nikmat yang di beri takkan ada kuasa yang mampu menghalang. Mungkin hari ni kita lihat Dato Siti Nurhaliza cemerlang dengan kerjayanya seorang artis sehingga mampu membina empayar sendiri tapi takkan mustahil kalau Tuhan nak uji Dato Siti macam kak Zaiton Sameon tu dengan sekelip mata dia boleh hilang segala galanya kan?? Bukan doa cuma contoh.. Moga apa yang berlaku pada Kak eton tu memberi kita kesedaran & keinsafan.

Yang gemilang hanya kenangan.. Kini!

Entri ni bukan untuk mengaibkan beliau tapi sekadar buat renungan untuk kita semua. Jika ada mana2 hati yang tersentuh dengan entri ni terlebih dahulu sang lekit minta maaf yer.

P/S : Lagu Menaruh harapan pernah menaikan nama Zaiton Sameon di zaman kegemilangannya dulu. Jom kita imbau kembali..



BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com